You are on page 1of 2

LAPORAN BINA INSAN GURU SIRI 3/2010 29 MAC 1 APRIL 2010

Ketiga... Baik rakan-rakan. Disebabkan BIG Siri 3/2010 pada kali ini kami lakukan aktiviti perkhemahan di dalam insitut kami sendiri selama 4 hari 3 malam maka kami perlu menulis laporan atau tulis diari setiap hari dan perlu dimuat turun dalam laporan BIG. Okey, CONTOH:

Laporan Program Bina Insan Guru (BIG) PISMP Pendidikan Jasmani Semester 1 Siri 3/2010. Isnin, 29 Mac 2010 Pada 29 Mac 1 April 2010, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman telah mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) di Pusat Kegiatan Kokurikulum IPG Kampus Darulaman. Para peserta program ini terdiri daripada tiga kelas, iaitu PISMP Pengajian Agama Islam Semester 1, PISMP Pendidikan Jasmani Semester 1, dan PISMP Pemulihan Bahasa Cina Semester 1. Program BIG ini disertai seramai 57 orang, iaitu seramai 21 pelajar lelaki dan 36 pelajar perempuan. Program ini diketuai oleh Encik Nasrul bin Samsuar selaku Kem Komandan Program BIG Siri 3 2010. Saudara Mohamad Syafik bin Yakop telah dilantik sebagai pengerusi program BIG... Tulis laporan anda pada hari... Selasa Rabu Khamis
Keempat... Wajib ada REFLEKSI INDIVIDU. CONTOH:

Refleksi Individu Setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga di panjatkan kepada Allah S.W.T kerana saya, NAMA PENUH ANDA peserta Bina Insan Guru Siri 3/2010 dari kursus PISMP Pendidikan Jasmani Semester 1 telah berjaya dan selamat menjalani kursus BIG ini dengan sempurna. Kursus Bina Insan Guru Siri 3/2010 yang bermula pada 29 Mac hingga 1 April 2010 telah dijalankan di tapak perkhemahan IPG Kampus Darulaman iaitu Kem Seri Banai. Kursus BIG ini sememangnya wajar dilaksanakan kerana melalui penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program dalam membina daya tahan mental dan fizikal serta menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru...

Penutup~ Melalui Kursus Bina Insan Guru ini, insan guru dapat dilihat sebagai golongan pembina dan penjana modal insan yang cemerlang disamping menjadi role modelkepada masyrakat Malaysia umumnya. Justeru, program Bina Insan Guru ini akan membantu para bakal guru dalam memantapkan serta menguatkan jati diri dalam lima aspek penting iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) .

You might also like