You are on page 1of 17

Literasi Nombor

Subjek Literasi nombor merupakan subjek yang yang menarik dan unik untuk dipelajari kerana subjek merupakan satu-satunya subjek menggabungkan penggunaan angka dan ayat dalam satu-satu masa. Literasi nombor ini berbeza daripada subjek matematik biasa kerana melalui subjek ini kita dapat mengaplikasi strategi penyelesaian berbanding penggunaan formula yang kritikal yang diterapkan dalam subjek matematik lain untuk menyelesaikan masalah. Untuk kerja kursus ini, saya diminta untuk membuat satu kajian berkenaan dengan sistem jalur lebar yang ada di Malaysia berikutan banyak individu yang mendapat manfaat melalui sistem jalur lebar yang ada. Melalui jalur lebar inilah pelbagai kehendak rakyat Malaysia ditunaikan. Saya juga diminta untuk memilih pakaej yang paling sesuai di antara beberapa syarikat telekomunikasi yang menawarkan khidmat internet mudah alih. Saya harus menilai beberapa aspek untuk mengukuhkan pilihan saya kerana setiap syarikat telekomunikasi yang ada sudah pasti memberi pulangan ataupun layanan berbeza kepada para pengguna mereka. Saya berharap melalui kerja kursus ini, saya akan mendapat menjadi seorang pengguna yang bijak untuk memilih mana-mana produk yang sesuai dengan kehendak saya agar tidak merugikan diri sendiri, sesuai dengan kata orang berfikir dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan agar tidak merana diri.

Literasi Nombor

Pertama sekali saya, saya memanjangkan syukur kepada Tuhan kerana telah memberi saya peluang untuk menyiapkan kerja kursus Literasi nombor ini. Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah Literasi nombor kami iaitu Puan Wah Mong Weh yang telah memberi bimbingan dan panduan kepada saya dalam tempoh menyiapkan kerja kursus ini. Saya sedari, tanpa jasa dan bimbingan beliau, saya tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus dalam masa yang ditetapkan. Disamping itu, saya turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada pihak IPG Kampus Sultan Abdul Halim (KSAH) yang telah menyediakan kemudahan yang memuaskan kepada saya dalam tempoh ini. Contohnya, terdapat balai ilmu dan ruang legar yang selesa untuk saya membuat dan mengadakan pembincangan dengan rakan-rakan. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Pada mulanya, agak terlalu sukar untuk saya menyiapkan kerja kursus ini, tetapi hasil dorongan dan perbincangan yang kerap saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan baik. Akhir kata daripada saya, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara atau tidak langsung dalam proses saya menyiapkan kerja kursus Literasi nombor ini tanpa bantuan anda semua kerja kursus ini tidak akan ke mana. Terima kasih.

Literasi Nombor

Literasi Nombor
Untuk memilih perkhidmatan internet mudah alih, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk memuaskan kehendak kita sebagai pengguna. Antara perkara yang boleh dipertimbangkan semasa memilih perkhidmatan jalur lebar ialah jenama perkhidmatan internet mudah alih tersebut. Kadang-kala jenama sesuatu perkara itu banyak mempengaruhi seseorang itu memilih sesuatu produk tersebut. Contohnya, jenama Celcom yang sememangnya lapak bertapak di Malaysia dan sangat popular, jadi dengan secara tidak langsung anda akan terpengaruh untuk memilih untuk menggunakan jenama tersebut. Seterusnya, pakej-pakej yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat internet mudah alih turut menjadi perkara yang diambil berat. Sejujurnya sebagai pengguna yang bijak, kita akan memilih produk yang memberikan kita keistimewaan kepada kita. Contohnya, syarikat Maxis menawarkan diskaun kepada penggunannya, jadi sudah pasti kita akan memilih Maxis daripada jenama lain kerana jenama lain tidak menawarkan pakej seperti yang ditawarkan oleh Maxis. Kemudian ialah faktor geografi. Faktor geografi mungkin dianggap tidak terlalu mempengaruhi pemilihan internet mudah alih, tetapi faktor ini turut menjadi perkara yang dipertimbangkan oleh sesetengah pengguna dalam menentukan jenama mana yang sesuai dengan mereka. Contohnya, jika kita tinggal di kawasan bandar-bandar utama, kita sudah tentu memilih Digi ataupun Maxis kerana masih terdapat rangkaian mereka di kawasan bandar tetapi sekiranya di kawasan luar bandar, tidak ada rangkaian untuk dua jenama di atas, jadi kita akan memilih jenama yang mempunyai rangkaian yang menyeluruh seperti Celcom. Kelajuan internet mudah alih turut menjadi perkara yang difokuskan dalam perkara yang perlu dipertimbangkan. Jika anda seorang pengguna yang suka memuat turun sebarang fail dari internet, anda sudah tentu memilih sistem internet mudah alih yang terpantas agar memudahkan urusan anda. Contohnya jika broband anda sepantas 8Mbps, anda akan dapat menghantar email, berkongsi gambar, Facebook, bermain online game dan sebagainya. Jadi kelajuan sesuatu internet mudah alih amat penting dalam menentukan jenama mana yang bagusdari segi penggunaanya.

Literasi Nombor
Penjimatan pengunaan kewangan merupakan antara sebab dan perkara yang boleh menjadi pengaruh utuk memilih servis internet mudah alih. Contohnya, syarikat Celcom tidak mengenakan sebarang pembayaran tambahan semasa penggunaannya tetapi Digi mengenakan pembayaran tambahan untuk menggunakannya, jadi secara logik anda akan memilih celcom, kerana tidak ada bayaran tambahan untuk penggunaanya, jadi anda telah jimat dari segi pengunaan sumber kewangan anda untuk menggunakan servis internet mudah alih. Harga turut menjadi sesuatu dominan dalam menggunakan dan memilih sesuatu perkara dan tidak tidak terkecuali juga dalam pengunaan internet mudah alih. Saya mengambil contoh syarikat Celcom untuk plan Celcom Broband Entry ialah RM 48 (sebulan), Celcom Broband Basic RM 68 (sebulan) dan Celcom Broband Advance RM 98 (sebulan). Jadi saya merasakan harga ini berpatutan dengan kapasiti yang yang ditawarkan berdasarkan harga-harga tersebut jadi saya akan Celcom atau sebaliknya jika terdapat syarikat yang menawarkan harga yang lebih menarik. Justeru itu, pilihlah sevis internet mudah alih dengan bijak agar memberi pulangan menarik kepada anda sebagai pengguna, abaikan jenama tetapi pentingkan kualiti yang ditawarkan agar keperluan anda dipuaskan.

Literasi Nombor

Literasi Nombor

Saya menggunakan sistem internet mudah alih Celcom yang berkapasiti 1GB yang saya bayar RM 48 untuk sebulan. Saya telah mengambil purata pengiraan untuk bulan Ogos iaitu bulan lepas. Melalui maklumat di atas, untuk bulan lepas, saya telah menggunakan 123.02 MB yang menunjukkan saya telah menggunakan 10.16 MB untuk menghantar fail dan maklumat menggunakan internet mudah alih dan 112.86 MB untuk memuat turun fail dan maklumat. Ini bermaksud untuk tempoh sebulan saya lebih banyak menggunakan sistem internet mudah alih saya untuk memuat turun fail daripada menghantar fail. Untuk melihat sama ada saya menggunakan sistem internet mudah alih saya dengan rasional, saya telah membuat pengiraan sedikit dengan menukarkan MB kepada GB. Iaitu jumlah sebulan pengunaan dibahagikan dengan jumlah kapasiti broadband saya berkapasiti 1GB (1000MB). Hasil pengiraan tersebut ialah 0.1230 GB dan ini bermaksud saya tidak menggunakan broadband saya melebihi kapasiti yang ada untuk bulan lepas. Ini bermakna saya menggunakan broadband saya dengan waras dan rasional.

Literasi Nombor

Untuk memastikan ketepatan pengiraan saya dalam mengira pengunaan internet saya dalam tempoh sebulan saya telah menggunakan Broband usage calculator. Untuk Mengira pengunaan internet saya dalam sebulan saya diminta untuk menjawab beberapa soalan iaitu : 1) Berapa jam yang saya gunakan untuk melayari internet dalam seminggu ? 2) Berapakah email yang saya terima dan hantar tanpa attachments dalam seminggu ? 3) Berapakah email yang saya terima dengan attahments dalam seminggu ? 4) Berapa lagu yang saya muat turut dalam seminggu ? 5) Berapa lama masa yang saya gunakan untuk menonton video selama seminggu ? 6) Berapakah filem yang saya muat turun dalam tempoh sebulan ? 7) Berapa jam dalam sehari saya mendengar radio secara online ? 8) Berapa jam yang saya perlukan untuk bermain komputer secara online ?

Literasi Nombor
9) Berapa jam yang saya perlukan untuk membuat panggilan melalui internet ? 10) Berapa banyak gambar yang saya terima melalui internet selama seminggu ? Saya telah membuat pengiraan secara anggaran dan saya dapati saya telah menggunakan 0.99 GB melalui perisian ini yang jauh berbeza dengan jumlah pengiraan yang saya kira secara manual pada awalnya iaitu 0.1230 GB. Saya berpendapat perbezaan ini berlaku disebabkan berberapa masalah teknikal yang dihadapi oleh saya pada bulan lepas. Pada bulan lepas, Celcom menghadapi masalah rangkaian yang sangat-sangat mempengaruhi pengunaan saya. Jadi sedikit sebanyak ini telah memberi impak kepada jumlah pengunaan internet saya dalam sebulan. Namun begitu, saya tetap merasakan jawapan saya dengan menggunakan pengiraan manual lebih tepat kerana saya mengira berdasarkan statistik pengunaan yang ada di Broadband saya berbanding dengan menggunakan perisiaan yang hanya memberi anggaran sahaja tanpa merujuk mana-mana maklumat. Justeru itu, saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Celcom.

Literasi Nombor

10

Literasi Nombor
Untuk soalan ini, saya telah memilih untuk membandingkan dua buah syarikat telekomunikasi yang menawarkan perkhidmatan internet mudah alih iaitu Celcom dan Maxis. Dengan itu saya paparkan pakej-pakej yang ditawarkan dua syarikat internet mudah alih ini.

Rajah 1.1

Rajah 1.1 untuk pakej-pakej yang ditawarkan oleh syarikat celcom. Terdapat empat jenis broadband yang ada dan menawarkan servis yang berbeza-beza. Untuk Broadband Lite yang berkapasiti 1.5 GB dan berkelajuan 700 Kbps. Jenis broadband ini sangat sesuai jika anda ingin memeriksa email, chat dan melayari internet dan anda hanya perlu membayar RM 48 sebulan. Untuk Basic pula amat sesuai jika anda seorang yang suka memuat turun video, lagu dan melayari laman web yang anda gemar pakej ini amatlah sesuai kerana pakej ini berkapasiti 4GB dan berkelajuan 1.5 Mbps dan anda hanya perlu membayar RM 68 sebulan untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Untuk pakej advance yang akan memberi kepuasan hiburan kepada anda hanya RM 98 sebulan yang berkapasiti 6GB dan berkelajuan 3.6 Mbps, Sekirannya anda masih belum puas dengan pakej yand ada, anda bolehlah mencuba pakej Pro. Pakej ini,khas untuk keluarga dan pengguna yang tegar serta anda

11

Literasi Nombor
boleh memuat turun apa sahaja yang anda mahu. Pakej ini RM 138 sebulan dan berkapasiti 10GB serta berkelajuan 7.2 Mbps. Seterusnya mari kita lihat pakej-pakej yang ditawarkan oleh syarikat Maxis pula.

Rajah 1.2

Untuk syarikat Maxis mereka menawarkan lima pakej menarik untuk para pengguna. Pakej pertama ialah plan Lite. Lite mempunyai kapasiti 1.5 GB dan berkelajuan 512 kbps.serta RM 48 sebulan. Pakej Swift pula menawarkan kapasiti yang sama dengan pakej Lite tetapi berbeza dari segi kelajuan di mana Swift berkelajuan 1Mbps. Untuk tiga pakej yang seterusnya, kelajuan tidak ada had tetapi berbeza dari segi kapasiti begitu juga dengan harga. Tetapi itu bergantung kepada keperluan pengguna. Untuk pembayaran peraktifan internet ialah RM 100 dan anda boleh menikmati rebat RM 33 untuk tempoh tiga bulan pertama. Selain itu, Maxis turut menawarkan plan broadband dengan modem yang mempunyai sedikit perbezaan seperti yang terdapat pada rajah 1.2 di atas. Selepas membuat perbandingan di antara dua syarikat ini, saya telah membuat keputusan untuk memilih pakej yang ditawarkan oleh syarikat Celcom. Kenapa saya memilih Celcom ? Saya ingin mengambil contoh pakej Lite yang ditawarkan oleh

12

Literasi Nombor
Celcom. Biarpun hanya berkapasiti 1.5 GB tetapi pakej ini mempunyai kelajuan 700 kbps berbanding dengan pakej yang sama yang ditawarkan oleh syarikat Maxis yang hanya berkelajuan 512 kbps. Bukan apa, sebab sebagai pelajar, saya perlu mendapatkan maklumat atau melayari sesuatu laman web dengan pantas untuk menjimatkan masa saya. Selain itu, Syarikat Maxis turut mengenakan bayaran untuk mengaktifkan akaun untuk menggunakan sistem internet mudah alih mereka berbanding dengan Celcom yang tidak mengenakan sebarang caj tambahan untuk membuka akaun penggunaan sistem internet mudah alih mereka. Jadi saya merasakan Syarikat maxis agak membebankan pengguna mereka dengan bayaran tambahan yang dikenakan oleh syarikat mereka sebab itulah saya merasakan Celcom lebih baik dari Maxis. Disamping itu, masalah rangkaian Maxis juga mempengaruhi saya untuk memilih Celcom. Rangkaian internet mudah alih Maxis tidak ada liputan di kawasan perumahan saya dan lebih-lebih lagi kawasan luar bandar. Perkara ini begitu menyulitkan saya untuk melayari internet dan melaksanakan tugasan saya semasa cuti penggal. Berbeza dengan Celcom yang mempunyai liputan hampir kesemua kawasan di Malaysia. Kesimpulannya, saya lebih berminat untuk memilih Celcom kerana syarikat ini memberi pakej-pakej yang menarik dan dapat memuaskan kehendak saya sebagai pengguna, lebih-lebih lagi pelajar seperti saya yang memerlukan sistem internet mudah alih yang terbaik untuk memyempurnakan tugasan, membuat rujukan dan hiburan saya. Sebab itulah saya merasakan Celcom merupakan pilihan terbaik saya.

13

Literasi Nombor

14

Literasi Nombor
Pertamanya saya ingin bersyukur kepada Tuhan kerana diberi peluang menyiapkan kerja kursus Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia pada tempoh masa yang ditetapkan oleh pensyarah. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah Literasi Nombor kami iaitu Puan Wah Mong Weh kerana beliau banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya, sekiranya tidak sudah semestinya saya tidak menghasilkan sebuah kerja kursus yang lengkap seperti ini. Pada permulaan dalam proses menyiapkan kerja kursus ini saya menghadapi banyak cabaran, salah satunya kekurangan sumber berkaitan dengan topik saya.Tetapi hasil perbincangan dengan rakan-rakan saya akhirnya dapat membuat kerja kursus yang baik walaupun mempunyai sumber yang agak terhad. Selain itu, kekangan masa turut memberi masalah kepada saya dalam tempoh menyiapkan kerja kursus ini. Namun begitu, namun berbekalkan itizam dan semangat juang yang tinggi saya telah berusaha dengan sempurnakan kerja kursus ini. Semasa melaksanakan kerja kursus, saya telah memperoleh banyak input dan pengetahuan berkaitan dengan sistem internet mudah alih dan belajar untuk menjadi seorang pengguna yang bijak memilih servis yang berkualiti dengan harga yang minimum. Saya berharap selepas ini, saya akan menerap dan mengaplikasikan apa yang yang telah pelajari melalui kerja kursus ini suatu hari nanti apabila saya menjadi seorang guru kelak, kerana saya merasakan banyak input yang saya perolehi hasil tugasan ini.

15

Literasi Nombor

16

Literasi Nombor
Internet http://amanz.my/2010/08/celcom-broadband/ http://www.celcom.com.my/ http://theskop.com/?p=2129 http://ariffshah.com/maxis-digi-atau-celcom-broadband/

17

You might also like