1KONTROVERSI ISLAM HADHARISemenjak pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan, pelbagai reaksi dan pentafsiran telah timbulmengenai slogan Islam Hadhari terutamanya dari segi maksud dan cara-cara pelaksanaannya.Perkataan Islam Hadhari telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat (ayat tesis),ada yang mengkritik dan ada pula yang menyokong istilah Islam Hadhari ini. Ada juga pengkritik yang menganggap Islam Hadhari ini sebagai suatu tambahan terhadap Islam itusendiri sedangkan Islam itu berdiri dengan sendirinya dan tidak perlu ditambah lagi dengan apa-apa tambahan kerana ia telah sempurna. Terdapat juga pihak yang mempertikaikan istilah IslamHadhari sebagai satu penyelewengan dari segi sejarah dan terminologinya.Antara pihak yang mempertikaikan penggunaan istilah Islam Hadhari ini ialah pihak PAS. Menurut Dato’ Nik Abdul Aziz (2005) apabila ada pihak yang menyebut Islam Hadharisecara langsung mereka menganggap bahawa di sana ada Islam yang tidak Hadhari. SedangkanIslam itu dari awal sampai akhir bersifat hadhari. Beliau juga mempersoalkan di mana perginyaIman Hadhari sebagai regu Islam Hadhari. Menurut beliau regu adalah ciptaan Allah sepertilangit regunya bumi, pagi regunya petang, Islam regunya iman. Maka ke mana perginya ImanHadhari sehingga kini masih tiada. Pendekatan Islam Hadhari juga dianggap suatu pendekatan palsu untuk mengelirukan rakyat (Nik Abdul Aziz 2008). Bagi Dato’ Abdul Hadi Awang puladalam bukunya
Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari
(2005) istilah yang sepatutnyadigunakan ialah
Hadharah Islamiyyah
bukanya Islam Hadhari bagi melambangkan tamadunumat Islam. Konsep ini diibaratkan sebagai topeng untuk menyesatkan umat Islam di negara ini.Islam hanya diambil namanya sahaja untuk dijadikan topeng bagi menipu dan menghalangkebangkitan rakyat kembali kepada Islam. Ideologi yang diamalkan ditampal dengan jenamaIslam, lalu diperkenalkan istilah Sosialis Islam, Nasionalis Islam, Komunis Islam, Islam Liberaldan lain-lain.Pandangan tentang Islam Hadhari ini bukan sahaj a dikritik oleh pihak PAS tetapi turut
dikritik Mufti Perlis. Dr Asri (2008) mengkritik Islam Hadhari kerana pemilihan nama itu sangat