You are on page 1of 6

JIJ2013

AKTIVITI-AKTIVITI PERTANDINGAN

RINGKASAN EKSEKUTIF BAGI AKTIVITI-AKTIVITI PERTANDINGAN THE 25TH JOHOR INTERNATIONAL JAMBOREE 2013 SEKRETARIAT JIJ203

AKTIVITI AKTIVITI PERTANDINGAN


Untuk Aktiviti-aktiviti Pertandingan sempena JIJ2013 ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Pertandingan Utama, Pertandingan Kontinjen dan Kategori Pasukan & Individu. Maklumat umum adalah seperti berikut:KATEGORI 1: UTAMA ANUGERAH KONTINJEN TERBAIK JIJ2013 1. Merupakan kategori utama di dalam JIJ2013 2. Merangkumi pemarkahan daripada Pertandingan-pertandingan Kontinjen, Pasukanpasukan dan individu - individu 3. Mengambilkira permarkahan daripada sumbangan peserta-peserta daripada Aktiviti. 4. Hadiah adalah berbentuk Piala & Piala Pusingan 5. Terdapat tiga jenis kategori iaitu i. Kategori Daerah-daerah daripada Dalam Negeri Johor ii. Kategori Negeri-negeri di dalam Malaysia iii. Kategori Kontinjen-kontinjen Antarabangsa 6. Penilaian adalah berdasarkan kepada i. Markah pertandingan Pintu Gerbang & kebudayaan ii. Markah aktiviti peserta kontinjen / jumlah sebenar kontinjen iii. Markah pertandingan-pertandingan berbentuk patrol, troop dan individu 7. Hadiah adalah berbentuk Piala, Piala Pusingan dan Hadiah-hadiah Iringan yang lain

KATEGORI 2: KONTINJEN 1. PERTANDINGAN PINTU GERBANG JIJ2013 1. Menonjolkan identiti kontinjen & menyerlahkan kemahiran Pengakap yang tinggi 2. Berbentuk 3 dimensi dan menggunakan Kayu dan buluh sahaja sebagai bahan. Bahan disediakan sendiri oleh Kontinjen. 3. Terdapat tiga jenis kategori yang akan dipertandingkan iaitu i. Pintu Gerbang Kumpulan ii. Pintu Gerbang Daerah & iii. Pintu Gerbang Kontinjen 4. Penilaian terhadap pintu-pintu Gerbang tersebut adalah berdasarkan kepada i. Kreativiti ii. Bahan iii. Konsep iv. Kemahiran Pembinaan berdasarkan kepada Skil Kepengakapan. 5. Hadiah adalah berbentuk Piala & Piala Pusingan

2. PERTANDINGAN PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN JIJ2013 1. Menonjolkan kebudayaan asal kontinjen-kontinen 2. Peserta Kebudayaan adalah ahli Pengakap yang menyertai Jambori ini sahaja 3. Prop & Bahan persembahan disediakan sendiri oleh Kontinjen. 4. Muzik atau Minus One disediakan sendiri oleh Kontinjen di dalam bentuk CD/USB 5. Jangka masa persembahan tidak melebihi 10 minit 6. Jenis persembahan adalah termasuk tarian dan nyanyian dan sebagainya dengan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dan agama serta tidak menyimpang daripada tatacara Prinsip & Pergerakan pengakap. 7. Terdapat tiga jenis kategori iaitu i. Persembahan Kebudayaan Daerah-Daerah Negeri Johor ii. Persembahan Kebudayaan Negeri-negeri di dalam Malaysia iii. Anugerah khas Persembahan kebudayaan Antarabangsa 8. Penilaian adalah berdasarkan kepada i. Keseragaman ii. Koroegrafi iii. Tempoh iv. Pakaian & Solekan v. Keaslian 9. Hadiah adalah berbentuk Piala, Piala Pusingan & Pingat

3. ANUGERAH KHAS JOHOR YOUTH FORUM a. Anugerah ini merupakan anugerah khas yang akan diberikan kepada pasukan daripada kontinjen yang menunjukkan pencapaian yang tinggi di dalam siri-siri pembentangan di dalam sesi JIJ2013 YOUTH FORUM. b. Setiap pasukan akan diwakili oleh 5 orang ahli Pengakap Muda/Remaja yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, pengetahuan yang luas serta daya imaginasi yang tinggi. c. Markah akan ditentukan melalui siri-siri pembentangan isu-isu semasa yang melibatkan program-program Kepengakapan Antarabangsa seperti Messengers of Peace, Scouts of the World Award, World Environment Programme dan program Muda Remaja yang lain yang melibatkan Millennium Development Goals. d. Hadiah adalah berbentuk Piala, Piala Pusingan & Pingat

KATEGORI 3: PASUKAN & INDIVIDU 1. PERTANDINGAN JIJ2013 FUTSAL CHAMPIONSHIPS a. Pertandingan Futsal ini merupakan aktiviti pertandingan tambahan terbuka kepada semua patrol atau kumpulan yang berminat. b. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM20.00 bagi setiap pasukan. c. Hadiah kemenangan adalah sebanyak RM1,000.00 bagi Johan berserta Piala Pusingan & Pingat. d. Fomat pasukan ialah 5 sebelah dengan Format Kalah Mati.

2. PERTANDINGAN JIJ2013 PAINTBALL CHAMPIONSHIPS a. Pertandingan Paintball ini merupakan aktiviti pertandingan tambahan terbuka kepada semua patrol atau kumpulan yang berminat. b. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50.00 bagi setiap pasukan. c. Hadiah kemenangan adalah sebanyak RM1,000.00 bagi Johan berserta Piala Pusingan & Pingat d. Fomat pasukan ialah 3 sebelah dengan Format Kalah Mati.

3. PERTANDINGAN JIJ2013 INTERNATIONAL SCOUTRACE a. Pertandingan ini merupakan aktiviti pertandingan tambahan terbuka kepada semua patrol atau kumpulan yang berminat. b. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50.00 bagi setiap pasukan. c. Hadiah kemenangan adalah sebanyak RM1,000 bagi Johan berserta Piala Pusingan & Pingat Kemenangan d. Fomat pasukan ialah 10 orang di dalam satu pasukan e. Pasukan akan bertanding pada 20 November 2013 di dalam pelbagai aktiviti kemahiran Berpengakap dan Berpasukan.

4. PERTANDINGAN JIJ2013 FOX HUNT a. Pertandingan ini merupakan aktiviti pertandingan tambahan terhad kepada semua patrol atau kumpulan yang berminat terutama sekali di dalam Komunikasi Radio Amatur. b. Fomat pasukan ialah 5 orang di dalam satu pasukan c. Pasukan akan bertanding pada 18 & 19 November di dalam pelbagai aktiviti kemahiran komunikasi dan radio amatur d. Hadiah adalah berbentuk Piala & Pingat

5. PERTANDINGAN JIJ2013 SCOUTS GOT TALENT a. Pertandingan ini merupakan aktiviti pertandingan tambahan terbuka kepada manamana individu atau kumpulan yang berminat untuk menunjukkan bakat di dalam persembahan b. Persembahan adalah terbuka dengan had masa selama 5 minit c. Jenis persembahan adalah termasuk tarian, nyanyian, pertunjukan alat muzika, kugiran, lakonan, sajak, puisi, pentomin dan sebagainya dengan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dan agama serta tidak menyimpang daripada tatacara Prinsip & Pergerakan pengakap. d. Persembahan adalah di Pentas Kebudayaan Kecil JIJ2013 e. Pemenang pertandingan ini akan menerima hadiah berbentuk piala dan pingat f. Individu atau Pasukan akan bertanding pada setiap malam bermula daripada 17hb 18 & 19 November 2013 g. Hadiah adalah berbentuk Piala & Pingat. Pemenang dijangka akan membuat persembahan pada malam penutup JIJ2013

6. PERTANDINGAN JIJ2013 CREATIVE SCOUTS a. Pertandingan ini merupakan aktiviti pertandingan tambahan terbuka kepada manamana individu atau kumpulan yang berminat untuk menunjukkan bakat di dalam bidang-bidang kreatif. b. Kategori pertandingan adalah seperti berikut: i. Gambar Fotografi yang diambil di dalam JIJ2013 ii. Video yang diambil di dalam JIJ2013 iii. Lukisan yang dibuat sebelum atau semasa mengenai JIJ2013 iv. Website & Blog yang mempamerkan berita-berita atau catatan semasa sebelum dan semasa perkhemahan di JIJ2013 v. Facebook Fan Page/ Facebook Page yang mempamerkan berita-berita atau catatan sebelum dan semasa perkhemahan di JIJ2013 vi. Twitter yang aktif mempamerkan berita atau catatan sebelum atau semasa perkhemahan di JIJ2013 vii. Cerita-cerita Pendek, Sajak atau Puisi yang berkaitan dengan Kepengakapan di Malaysia c. Hasil kreativiti adalah tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dan agama serta tidak menyimpang daripada tatacara Prinsip & Pergerakan pengakap. d. Hasil-hasil karya akan dipamerkan di JIJ2013 dan pemenang pertandingan ini akan menerima hadiah berbentuk wang ringgit, piala dan pingat e. Hasil pertandingan atau karya adalah menjadi hak milik JIJ2013 dan akan dipamerkan di dalam Media Sosial JIJ2013.

Dokumen Tamat.
Nota :- Tarikh kemaskini : 03 November 2013 Dokumen ini adalah hak milik Jawatankuasa Sekretariat JIJ2013 dan tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula dalam apa jua bentuk samada manual atau eletronik tanpa kebenaran bertulis daripada Jawatankuasa Sekretariat JIJ2013.

You might also like