You are on page 1of 6

Konsep & definisi TERAPI HERBA

Herba adalah bahan yang mengandungi atau beberapa bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan. Terapi herba dilakukan secara sinergi iaitu tidak berasingan dan diikuti dengan herba lain yang ada sifat yang berbeza daripada herba yang digunakan.

Terapi Herbal atau sering disebut Herbalisme adalah penggunaan tanaman ubat untuk kemampuan terpeutik atas kemampuan untuk menyembuhkan penyakit seseorang. Maksud Herba adalah tanaman atau bahagian tanaman yang memiliki nilai kerana memiliki khasiat dalam perubatan, aromatik atau rasanya, dan orang yang mengamalkan terapi herba dalam merawat pesakitnya disebut Herbalis.

Terapi herbal adalah kaedah perubatan yang paling tua sepanjang sejarah kehidupan manusia. Setiap tempat kebudayaan memiliki pengetahuan tentang herba masing-masing. Berdasarkan pengalaman turun-temurun dan cara mereka memerhati haiwan yang memanfaatkan tanaman tersebut dengan kaedah cuba jaya (trial and error). Orang zaman dahulu menggunakan pelbagai tanaman yang ada di sekitarnya untuk digunakan sebagai ubat.

Menjelang era moden kini, kaedah perubatan herba mengalami masa kebangkitannya dengan istilah "Back to Nature" kembali ke alam dan mula diterima sebagai komponen untuk perubatan konvensional. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan 4 million atau sekitar 80% dari penduduk dunia pada masa kini menggunakan kaedah perubatan herba untuk beberapa aspek kesihatan dan kehidupan mereka. Sekitar 25% dari ubat-ubatan yang dihasilkan di Amerika Syarikat masa kini mengandungi satu bahan aktif yang berasal dari tanaman.

Menurut WHO pula, terdapat 119 jenis ubatubatan di farmasi yang berasal dari tanaman. Perusahaan-perusahaan farmasi terkemuka dunia kini sedang giat melakukan kajian intensif mengenai bahan tanaman yang dikumpulkan dari hutan hijau (rainforest) untuk diteliti potensinya dalam perubatan.

You might also like