You are on page 1of 36

j2kk

SULIT 3755/1

3755/1
Perdagangan
September 2009
1 ¼ jam

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA


SEKOLAH MENENGAH
NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

PERDAGANGAN
KERTAS 1

Satu Jam Lima Belas Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan .

2. Jawab semua soalan.

3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan.

4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap soalan.

5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.

6. Anda boleh membuat kerja mengira di ruangan kosong pada kertas soalan.

7. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan.

______________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak

[ Lihat sebelah
3755/1© 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT
j2kk

SULIT 2 3755/1

1 Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai keperluan?

A Perkhidmatan yang dihasilkan untuk keselesaan hidup


B Barang yang dihasilkan untuk kesempurnaan hidup
C Sesuatu yang diingini untuk hidup mewah
D Sesuatu yang diperlukan untuk hidup

2 Maklumat berikut berkaitan aktiviti Encik Aziz Khan.


Beliau telah membina sebuah kilang karpet di Kulim
dan membuka kedai mencuci karpet di Sungai Petani.

Apakah cabang pengeluaran yang terlibat?

A Ekstraktif dan perniagaan


B Ekstraktif dan khidmat terus
C Ekstraktif, perusahaan dan khidmat terus
D Perusahaan, perdagangan dan khidmat terus

3 Rajah 1 adalah berkaitan pengkhususan.

Jenis Pengkhususan

Profesion X Kawasan Y
Rajah 1
Mengapakah wujud pengkhususan X dan Y dalam pengeluaran?
I Wujud pembahagian tugas
II Wujud pengeluaran secara besar-besaran
III Terdapat perbezaan iklim dan keadaan geografi
IV Tingkat kemahiran dan kebolehan manusia yang berbeza
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

3755/1 © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT


j2kk

SULIT 3 3755/1

4 Maklumat berikut berkaitan dengan bantuan perniagaan.


 Meluaskan pasaran
 Mengekalkan permintaan
Apakah bantuan perniagaan tersebut?
A Promosi
B Komunikasi
C Pergudangan
D Pengangkutan

5 Gambar 1 menunjukkan sejenis perkhidmatan.

Gambar 1
Apakah jenis saluran agihan yang sesuai digunakan?
A Pengeluar pengguna
B Pengeluar ejen pengguna
C Pengeluar peruncit pengguna
D Pengeluar ejen peruncit pengguna

6 Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan perniagaan dalam negeri?
I Beras dibawa masuk dari Thailand
II Lada hitam dibeli dari Sarawak oleh pemborong di Ipoh
III Sharil membekalkan belacan ke pasar raya di sekitar Kulim
IV Seorang jurutera dari India bekerja di kilang Perwaja Gurun
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

[Lihat sebelah
3755/1 © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT
j2kk

SULIT 4 3755/1

7 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sejenis peruncit besar-besaran.

 Mempunyai banyak cawangan


 Mempunyai nama dan logo yang sama
 Di bawah kawalan dan pentadbiran ibu pejabat
Apakah jenis peruncit tersebut?
A Gedung aneka jabatan
B Pasar raya besar
C Koperasi runcit
D Kedai sejaras

8 Apakah dokumen yang dihantar oleh penjual kepada pembeli apabila barang dipulangkan
kerana rosak?
A Nota debit
B Nota kredit
C Nota serahan
D Nota kiriman

9 Maklumat berikut berkaitan pemborong berfungsi terhad.

 Mengawasi pergerakan stok barang


 Ruang niaga disediakan oleh peruncit
 Hak milik barang dipegang oleh pemborong
Apakah jenis pemborong tersebut?
A Pemborong jober para
B Pemborong bayar dan bawa
C Pemborong pesanan berwakil
D Pemborong perkhidmatan pengangkutan

10 Antara yang berikut, faktor manakah yang mempengaruhi pemilihan kaedah jualan?
I Saluran agihan
II Tingkat teknologi
III Kemampuan pembeli
IV Keperluan aliran tunai
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3755/1 © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT


j2kk

SULIT 5 3755/1

11 Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar mengenai maksud perniagaan
antarabangsa?
A Kegiatan jual beli oleh penduduk di sesebuah negara
B Kegiatan jual beli dalam kalangan penduduk negara sendiri
C Kegiatan jual beli antara penduduk dalam sempadan negara
D Kegiatan jual beli antara penduduk sebuah negara dengan negara lain

12 Antara yang berikut, yang manakah merupakan sebab kewujudan perniagaan antarabangsa?
I Perbezaan mata wang
II Perbezaan sumber alam
III Perbezaan tahap teknologi
IV Perbezaan bilangan penduduk
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

13 Maklumat berikut adalah butiran dokumen perniagaan antarabangsa yang diterima oleh
seorang ejen.

 Anggaran harga barang


 Cara pembungkusan dan pelabelan
 Jenis dan kuantiti barang yang dipesan
 Tarikh serahan dan syarat pembayaran
 Nama syarikat pengeluar dinyatakan

Apakah dokumen tersebut?


A Invois eksport
B Inden tertutup
C Inden terbuka
D Invois konsular

14 Pernyataan yang manakah benar tentang Industri Kecil dan Sederhana (IKS)?

A Jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta atau mempunyai pekerja sepenuh masa tidak
melebihi 150 orang
B Jualan tahunan melebihi RM25 juta atau mempunyai pekerja sepenuh masa tidak
melebihi 150 orang
C Jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta atau mempunyai pekerja sepenuh masa
melebihi 150 orang
D Jualan tahunan melebihi RM25 juta atau mempunyai pekerja sepenuh masa melebihi
150 orang

[Lihat sebelah
3755/1 © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT
j2kk

SULIT 6 3755/1

15 Rajah 2 menunjukkan kaitan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan industri berat.

Syarikat Vendor Syarikat


Anchor
Syarikat A
(membekal tayar)
Syarikat D

( Pembuat
kereta
Syarikat B tempatan)
(membekal kusyen)

Syarikat C
(membekal bateri)

Rajah 2
Apakah bentuk jalinan kerjasama antara kedua-dua industri tersebut?
A Subkontrak
B Pengaturan kontrak khas
C Pembangunan pemasaran
D Program pembangunan infrastruktur

16 Rajah 3 menunjukkan cara memulakan perniagaan.

Cara Memulakan Perniagaan

Mengambil alih X Memulakan sendiri Diundang Francais

Rajah 3

Apakah X?
A Warisan
B Koperasi
C Perkongsian
D Milikan tunggal

3755/1 © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT


j2kk

SULIT 7 3755/1

17 Rajah 4 menunjukkan perubahan sebuah agensi kerajaan akibat dasar penswastaan.

Syarikat
Jabatan Telekom Telekom
Malaysia (JTM) Malaysia Berhad
(STMB)

Rajah 4
Apakah kelebihan dasar tersebut?

A Mengurangkan kadar bayaran kemudahan awam


B Mengurangkan persaingan antara syarikat
C Mengurangkan beban kerajaan
D Mengurangkan kuasa monopoli

18 Maklumat berikut berkaitan data kewangan Syarikat Al-Amin sehingga 31 Disember 2008.
Jualan RM 10 000
Belian RM 5 000
Pulangan jualan RM 100
Belanja runcit RM 100
Kos jualan RM 5 000
Berapakah untung kasar syarikat tersebut?
A RM 4 800
B RM 4 900
C RM 5 000
D RM 5 100

19 Maklumat berikut berkaitan dengan spekulator.


Membeli syer yang baru diterbitkan oleh syarikat dengan harapan
menjualnya pada harga yang lebih tinggi apabila syer itu diniagakan di
bursa saham.

Apakah jenis spekulator tersebut?


A Penelah turun
B Penelah naik
C Stok
D Stag

[Lihat sebelah
3755/1 © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT
j2kk

SULIT 8 3755/1

20 Apakah pulangan yang akan diterima oleh seorang pelabur daripada pelaburannya dalam
saham?
I Dividen
II Faedah
III Syer bonus
IV Keuntungan modal
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

21 Antara yang berikut, yang manakah fungsi bank pusat?


A Menggerakkan tabungan ke sektor pertanian
B Membiayai peniaga, pengguna dan sektor swasta
C Sebagai jurubank kepada semua bank perdagangan
D Menerima simpanan daripada orang ramai dan korporat

22 Antara yang berikut, perkhidmatan manakah yang disediakan oleh Bank Rakyat?
I Memberi pinjaman kepada ahli dan orang ramai
II Menerima simpanan daripada orang ramai
III Mengendalikan akaun semasa
IV Mendiskaunkan bil
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

23 Antara yang berikut, yang manakah bukan perbezaan sistem perbankan konvensional dan
sistem perbankan Islam?
Sistem Perbankan Konvensional Sistem Perbankan Islam
A Berlandaskan undang-undang sivil Berlandaskan hukum Islam
B Berasaskan kadar faedah Berasaskan kongsi untung
C Bebas daripada unsur maisir Bebas daripada unsur gharar
D Mementingkan keuntungan maksima Mementingkan keadilan dan saksama

3755/1 © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT


j2kk

SULIT 9 3755/1

24 Rajah 5 menunjukkan sekeping cek.


01 – 05008
STAMP DUTY PAID
BANK JAYA BERHAD
Cawangan Sungai Petani
Tarikh : 29 .5 . 2009
Date

BAYAR ATAU PEMBAWA


PAID TO OMAR BIN BAHAROM OR BEARER
RINGGIT
MALAYSIA SERATUS SAHAJA RM100.00

Beekam
JANGAN DITANDATANGAN DI BAWAH GARISAN INI

193354 40 0 2084 9010005568 01


Rajah 5
Cek tersebut hanya boleh dikemukakan di
A Bank Jaya Berhad, Kota Bharu
B Bank Maju Berhad, Kota Bharu
C Bank Jaya Berhad, Sungai Petani
D Bank Maju Berhad, Sungai Petani

25 Antara yang berikut, yang manakah risiko boleh diinsuranskan?


A Kejatuhan harga barang
B Perubahan cita rasa pengguna
C Pekerja yang tidak jujur dan amanah
D Kerosakan harta benda kerana bencana alam

26 Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan prinsip kepentingan boleh insurans?
I Nathan telah memberi maklumat yang benar semasa mengisi borang cadangan
II Cindy mendapat ganti rugi setakat kerugian yang dialami sahaja
III Ahmad menginsuranskan rumahnya dari risiko kebakaran
IV Lukman dibenarkan menginsuranskan nyawa isterinya
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

[Lihat sebelah
3755/1 © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT
j2kk

SULIT 10 3755/1

27 Encik Fadzil sedang memikir manfaat yang akan diperolehnya apabila membeli sejenis
insurans.

 Waris aku akan dapat ganti rugi jika aku


meninggal dunia
 Harap-harap aku dapat semula wang
jika tiada apa-apa berlaku selepas 15
tahun

Apakah jenis insurans yang perlu dibeli oleh Encik Fadzil?


A Insurans kesihatan
B Insurans endowmen
C Insurans hayat sementara
D Insurans hayat seumur hidup

28 Apakah kelebihan pengangkutan kereta api?


A Ruang muatan luas
B Serahan pintu ke pintu
C Kurang kerja pemunggahan
D Sesuai untuk semua jenis barang

29 Maklumat berikut berkaitan pengangkutan sejenis barang.


Pengusaha ternakan udang harimau di Tanjung Dawai ingin
menghantar pesanan udang hidup yang diterima daripada
pengusaha restoran di Hong Kong.
Pilih gabungan pengangkutan yang sesuai digunakan.
A Kereta api dan kapal terbang
B Lori dan kapal terbang
C Kereta api dan kapal
D Lori dan kapal

3755/1 © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT


j2kk

SULIT 11 3755/1

30 Maklumat berikut berkaitan dengan peranan komunikasi kepada peniaga.

 Mengetahui keadaan pasaran


 Mengetahui turun naik harga barang
 Membantu membuat perancangan dan tindakan yang menguntungkan
perniagaan
Apakah peranan tersebut?
A Meluaskan pasaran
B Menyebarkan maklumat
C Melicinkan aktiviti perniagaan
D Mengelakkan kerugian dan kerosakan

31 Maklumat berikut berkaitan dengan promosi kemudahan pelancongan.


Encik Ismail ingin memperkenalkan resort pelancongannya di Tanjung Rhu
kepada pelancong luar negara.
Perkhidmatan audio visual yang manakah sesuai digunakan?
I E-mel
II MAYPAC
III Sidang video
IV Laman web
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

32 Antara yang berikut, yang manakah peranan pergudangan kepada pengeluar?


I Membolehkan aktiviti pecah pukal dilakukan
II Mengelakkan kerosakan dan pembaziran
III Membolehkan pengeluaran berterusan
IV Meluaskan pasaran
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

[Lihat sebelah
3755/1 © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT
j2kk

SULIT 12 3755/1

33 Antara yang berikut, yang manakah peranan gudang berbon kepada kerajaan?
I Memperoleh maklumat berkaitan import dan eksport
II Mengutip cukai dengan lebih teratur
III Melakukan kegiatan pecah pukal
IV Menangguhkan bayaran cukai
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

34 Rajah 6 menunjukkan campuran pemasaran.

Campuran
Pemasaran

Z Harga Promosi Agihan

Rajah 6

Apakah Z ?

A Promosi jualan
B Pengiklanan
C Publisiti
D Produk

3755/1 © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT


j2kk

SULIT 13 3755/1

35 Gambar 2 menunjukkan sebuah media elektronik.

Gambar 2

Apakah kekurangan media tersebut kepada peniaga?


A Dapat mengetahui rupa bentuk serta cara penggunaan barang
B Iklan dapat didengar dan dilihat di seluruh negara
C Dapat menaja rancangan yang bersesuaian
D Kos iklan ditanggung oleh peniaga

36 Pilih pernyataan yang benar tentang agensi dan peranannya.

Agensi Kerajaan Peranan

A Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia Promosi dan Pemasaran

B Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Latihan dan Pengurusan

C Perbadanan Usahawan Nasional Berhad Penyelidikan dan Pembangunan

D UDA Holdings Berhad Kemudahan Infrastruktur

37 Maklumat berikut berkaitan fungsi sebuah agensi kerajaan.

 Menyediakan latihan kepada pengusaha bumiputera


 Menawarkan skim bantuan kredit kepada peniaga bumiputera

Apakah agensi tersebut?

A Majlis Amanah Rakyat


B Perbadanan Produktiviti Negara
C Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
D Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad

[Lihat sebelah
3755/1 © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT
j2kk

SULIT 14 3755/1

38 Maklumat berikut berkaitan peranan agensi khas yang memberi perlindungan kepada
pengguna.

 Menerima dan menyiasat aduan


 Menjalankan penyelidikan
 Mengadakan pendidikan kepenggunaan
Apakah agensi tersebut?
A Majlis Penasihat Perlindungan Pengguna Kebangsaan
B Tribunal Tuntutan Pengguna
C Persatuan Pengguna
D Mahkamah Sivil

39 Berikut adalah maklumat berkaitan dengan tanggungjawab penjual.

 Barang dan perkhidmatan yang dijual tidak melanggar budaya, adat resam
dan agama
 Aktiviti perniagaan mestilah tidak mencemarkan alam sekitar
Maklumat ini merujuk kepada tanggungjawab penjual kepada
A kerajaan
B pembekal
C pelanggan
D masyarakat

40 Pernyataan berikut berkaitan hak pengguna.

Setiap peniaga wajib meletakkan tanda harga pada barang mengikut Akta
Kawalan Harga 1946.

Apakah hak pengguna tersebut?


A Hak mendapat perwakilan
B Hak mendapat maklumat
C Hak mendapat keselamatan
D Hak mendapatkan pendidikan kepenggunaan

KERTAS SOALAN TAMAT

3755/1 © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT


j2kk

SULIT 3755/2

3755/2
Perdagangan
Kertas 2
September 2009
2 jam

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA


SEKOLAH MENENGAH
NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

PERDAGANGAN
KERTAS 2

Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A dan Bahagian B .

2. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan wajib di Bahagian B.

3. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam
kurungan.

4. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah dibenarkan.

______________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.

3755/2 © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT


j2kk

SULIT 2 3755/2

Bahagian A

[ 75 markah ]

Jawab tiga soalan sahaja

1 (a) Rajah 1 menunjukkan model Hierarki Keperluan Maslow.

KEPERLUAN
ROHANI

KEPERLUAN
SOSIAL

Rajah 1
(i) Apakah X? [1 markah]

(ii) Jelaskan tiga ciri X. [3 markah]

(b) Gambar 1 menunjukkan perbualan Encik Fauzi dan Puan Sabariah, seorang usahawan.

Encik Fauzi, saya Bagus Puan Sabariah, tapi


nak buka kilang roti puan perlu tahu beberapa
di Gurun, Kedah faktor pengeluaran yang
terlibat.

Gambar 1

3755/2 © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT


j2kk

SULIT 3 3755/2

(i) Tentukan faktor pengeluaran yang diperlukan oleh Puan [3 markah]


Sabariah.

(ii) Jelaskan faktor pengeluaran yang dimaksudkan di (b)(i) [3 markah]

(c ) Gambar 2 menunjukkan aktiviti pengeluaran di Malaysia.

Penanam padi

Nelayan

Peladang nanas

Gambar 2

(c) Huraikan dua jenis pengkhususan yang terlibat dalam pengeluaran


tersebut. [6 markah]

3755/2 © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT


[Lihat sebelah
j2kk

SULIT 4 3755/2

(d) Encik Roslee ialah pemilik ROSCAR Trading, penjual kereta baru dan
terpakai di Sungai Petani. Kebanyakan pelanggannya adalah penduduk sekitar
negeri Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak Utara.

Bagaimanakah bantuan perniagaan berikut membantu ROSCAR Trading?


(i) Komunikasi [4 markah]

(ii) Promosi [5 markah]

2 (a) Berikut adalah jenis peruncit yang terdapat di Taman Aman Suria, Pokok Sena,
Kedah
 Penjaja
 Pegerai
 Kedai am
 Kedai khusus

Jelaskan ciri perniagaan tersebut? [6 markah]

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan runcit besar-besaran.

KBB Plaza yang beroperasi di Bandar Baharu mempunyai ciri-ciri berikut.

 Ditempatkan di sebuah bangunan besar yang bertingkat-tingkat


 Ruang di dalam kedai dibahagikan kepada beberapa jabatan yang
diketuai oleh seorang pengurus
 Lembaga Pengarah menentukan dasar peniagaan
 Pelanggan menikmati keselesaan dengan pelbagai kemudahan
membeli-belah

(i) Tentukan jenis peruncit tersebut? [1 markah]

(ii) Apakah kelebihan perniagaan di (b)(i) kepada pemilik KBB Plaza? [5 markah]

(c) (i) Nyatakan dua perbezaan di antara sebut harga dengan senarai harga. [4 markah]

(ii) Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan dalam negeri.

Peniaga Fungsi
Encik Abdullah membeli secara pukal dari pengeluar dan menjual
kepada peruncit kecil-kecilan

Bagaimanakah fungsi Encik Abdullah boleh diambil alih? [4 markah]

3755/2 © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT


j2kk

SULIT 5 3755/2

(d) Gambar rajah 1 adalah berkaitan satu kaedah jualan.

MOTORSIKAL UNTUK DIJUAL TANPA PENJAMIN


TUNAI : RM6 000

DEPOSIT : 10%

ANSURAN :RM300
BULANAN

TEMPOH : 24 BULAN

GAMBAR RAJAH 1

Hitungkan;

(i) Jumlah faedah yang dicaj. [3 markah]

(ii) Kadar faedah setahun. [2 markah]

3 (a) Jelaskan kepentingan perniagaan antarabangsa kepada pengguna. [5 markah]

(b) Pernyataan berikut berkaitan dengan Syarikat Auto Caring Sdn. Bhd. , sebuah
syarikat pengeluar alat ganti kereta tempatan.

Pengurus syarikat merancang untuk mengembangkan perniagaannya


dengan membekalkan alat ganti kereta tempatan ke pasaran United
Kingdom. Pada masa yang sama beliau juga ingin menjadi
pembekal alat ganti kereta import di pasaran tempatan. Namun
begitu, pihak syarikat kurang pasti tatacara dan jenis saluran import
yang akan digunakan. Pihak pengurusan juga mendapati banyak
halangan yang perlu dihadapi untuk memasuki pasaran
antarabangsa.

(i) Jelaskan kepada Syarikat Auto Caring Sdn. Bhd tatacara import yang [6 markah]
perlu dipatuhinya?

(ii) Tentukan tiga saluran import yang sesuai digunakan oleh Syarikat Auto [3 markah]
Caring Sdn. Bhd .

(iii) Cadangkan cara mengatasi halangan apabila memasuki pasaran tersebut. [5 markah]

3755/2 © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT


[Lihat sebelah
j2kk

SULIT 6 3755/2

(c ) Rajah 2 menunjukkan kaitan antara Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan industri berat.

PENGELUAR
TAYAR

SYARIKAT
PENGELUAR
KERETA
PENGELUAR PENGELUAR
NAT DAN BATERI
SKRU KERETA

RAJAH 2

Terangkan kaitan tersebut. [6 markah]

4 (a) Dialog berikut antara pekerja A dengan Encik Adnan.

Pekerja A Tahniah! Encik Adnan kerana dilantik sebagai


pengurus sumber manusia yang baru di syarikat ini.

Encik Adnan Terima kasih, sebagai seorang pengurus saya perlu


prihatin dengan keperluan kakitangan syarikat ini.

Jelaskan aspek yang perlu diberi perhatian oleh Encik Adnan. [6 markah]

(b) Nyatakan faktor yang perlu dipertimbangkan untuk memulakan [5 markah]


perniagaan.

3755/2 © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT


j2kk

SULIT 7 3755/2

(c) Maklumat berikut berkaitan sebuah milikan perniagaan.

Koperasi Sejahtera Berhad mempunyai lebihan sebanyak RM80 000


bagi tahun perakaunan 2008. Syarikat itu bercadang menyimpan
RM10 000 sebagai rizab dan membayar dividen 10% ke atas modal
syer yang berjumlah RM20 000. Bakinya dibayar sebagai rebat. Jumlah
belian pada tahun berkenaan ialah RM100 000.

Hitungkan;

(i) Jumlah dividen tunai [2 markah]

(ii) Kadar rebat bagi setiap ringgit belian [4 markah]

(d) Berikut adalah dialog di antara Encik Chandran dengan Encik Su


.
Encik Chandran Encik Su, dengan khabar saham Syarikat XYZ
Berhad akan naik. Baguslah kalau kita dapat beli
sekarang. Tentu boleh dapat untung bila kita jual
nanti.

Encik Su Tak naklah. Saya tak berani sebab kekurangan


wang.
Encik Chandran Apa susah. Kita boleh pinjam dari bank.

Encik Su Masalahnya bank kenakan terlalu banyak syarat


sebelum meluluskan pinjaman.

(i) Adakah Encik Chandran seorang spekulator? [4 markah]


Berikan tiga alasan.

(ii) Terangkan syarat yang dimaksudkan oleh Encik Su. [4 markah]

3755/2 © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT


[Lihat sebelah
j2kk

SULIT 8 3755/2

5 (a) Gambar 3 menunjukkan masalah yang dihadapi oleh Encik Kamal.

Saya nak beli insurans untuk memudahkan anak-


anak saya belajar pada masa depan. Tapi saya tak
tahu bagaimana caranya?

Gambar 3

(i) Cadangkan jenis insurans yang sesuai dibeli oleh Encik Kamal dan berikan
tiga alasan. [4 markah]

(ii) Jelaskan prosedur yang perlu diketahuinya. [7 markah]

(b) Nyatakan lima peranan pengangkutan. [5 markah]

(c) Maklumat berikut berkaitan sejenis perniagaan.

Pusat Tuisyen Skor baru dibuka di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah.

(i) Cadangkan dua media pengiklanan yang sesuai digunakan untuk [2 markah]
memperkenalkan pusat tuisyen tersebut

(ii) Mengapakah media di 5(c) (i) digunakan? [7 markah]

3755/2 © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT


j2kk

SULIT 9 3755/2

BAHAGIAN B

[25 markah]

Soalan ini wajib dijawab

6 Syarikat Roti Herba Sendirian Berhad telah beroperasi di kawasan perusahaan Sungai Petani.
Syarikat ini telah mengeluarkan berbagai jenis roti seperti roti planta, roti coklat dan roti
sandwich. Semua jenis roti adalah menggunakan adunan tepung gandum berkualiti tinggi dan
herba yang diimport dan disimpan di tempat khas di premisnya.

Syarikat memasarkan roti menggunakan rak khas miliknya di kedai runcit seluruh Kedah.
Pekerja syarikat memungut hasil jualan lima hari kemudian dan membayar komisen kepada
peruncit berdasarkan hasil jualan. Kebanyakan peruncit telah menjual dengan laris dalam
tempoh dua hari dan menghubungi syarikat untuk menghantar roti tambahan manakala
beberapa peruncit lain enggan menghubungi syarikat kerana menambahkan bayaran bil telefon.
Tambahan pula kawasan tersebut selalu berlaku kecurian kabel talian tetap.

Sebaliknya jualan di beberapa kedai runcit tidak laris menyebabkan roti yang tamat tempoh
masih dijual. Baru-baru ini sebuah keluarga telah keracunan makanan dan dihantar ke hospital.
Pihak hospital mengesahkan bahawa keracunan makanan berpunca dari roti herba. Pihak
syarikat bersetuju membayar kos perubatan dan gantirugi kepada keluarga tersebut. Pegawai
kesihatan telah memeriksa kilang roti tersebut dan mendapati premis kilang bersih tetapi roti
herba keluaran syarikat ini tidak mendapat pengiktirafan dari SIRIM Berhad.

Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut:

(a) (i) Apakah kaedah jualan yang diamalkan oleh Syarikat Roti Herba Sendirian [1 markah]
Berhad?

(ii) Berikan empat alasan bagi kaedah jualan yang dipilih di (a) (i). [4 markah]

(b) (i) Cadangkan dua perkhidmatan telekomunikasi lisan yang sesuai untuk [2 markah]
memudahkan peruncit membuat pesanan.

(ii) Berikan dua alasan bagi setiap perkhidmatan telekomunikasi yang dicadangkan. [4 markah]

(c) Huraikan jenis gudang yang digunakan oleh syarikat tersebut? [3 markah]

(d) Adakah Syarikat Roti Herba Sendirian Berhad telah menjalankan [5 markah]
tanggungjawabnya?
Kemukakan alasan anda.

(e) Huraikan dua peranan kerajaan yang sesuai untuk membantu [6 markah]
Syarikat Roti Herba Sendirian Berhad.

KERTAS SOALAN TAMAT

3755/2 © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT


[Lihat sebelah
j2kk

PERATURAN PEMARKAHAN
PERDAGANGAN KERTAS 1 (3755/1)
2009

No. Jawapan No. Jawapan


1 D 21 C
2 D 22 A
3 C 23 C
4 A 24 B
5 A 25 C
6 C 26 D
7 D 27 B
8 B 28 A
9 A 29 B
10 D 30 B
11 D 31 B
12 C 32 A
13 B 33 A
14 A 34 D
15 A 35 D
16 A 36 D
17 C 37 A
18 B 38 C
19 D 39 D
20 C 40 B
j2kk

SULIT 3755/2(PP)

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA


SEKOLAH MENENGAH
NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

PERDAGANGAN
KERTAS 2

PERATURAN PEMARKAHAN

3755/2(PP) © 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah) SULIT


j2kk

SULIT 3755/2(PP)

Soalan Butiran Markah


1 (a) (i) H1 - keperluan fisiologi 1

(ii) H2 - terdiri daripada keperluan asas/ keselamatan 1

H3 - diperlukan untuk hidup / kebebasan/perlindungan daripada 1


segala bahaya

H4 - terdiri daripada makanan/ pakaian/tempat perlindungan /


pasukan polis/tentera/ undang-undang 1

Jumlah [3m]

1 (b) (i) F1 - Tanah 1

F2 - Buruh 1

F3 - Modal 1
[3 m]

(ii) H1 - Tapak kilang membuat roti/tepung/contoh bahan mentah yang


sesuai 1

H2 - Pekerja yang terlibat di kilang roti tersebut/contoh yang sesuai


1

H3 - wang tunai/mesin pembakar roti/perabot/contoh yang sesuai


1
Jumlah [ 3 m]

(c) F1 Pengkhususan mengikut kawasan 1

H1 - disebabkan bentuk muka bumi / kesuburan tanah berbeza 1

C1 - contoh Kedah (padi)/ Johor (nanas)/ Terengganu (perikanan) 1

F2 - Pengkhususan mengikut profesion/ pekerjaan 1

H2 - kemahiran/ kebolehan yang berbeza 1

C2 - petani/nelayan/peladang/ usahawan 1

Jumlah [ 6m]

Soalan Butiran Markah

(d) (i) Komunikasi membantu Encik Roslee

3755/2(PP) 2 SULIT
© 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah)
j2kk

SULIT 3755/2(PP)

H1 - Menyebarkan maklumat perniagaan 1

H2 - menggunakan telefon/surat/faks/e-mel 1

H3 - Memudahkan kegiatan promosi 1

H4 - Mengiklankan perniagaannya menggunakan pelbagai saluran


media seperti media elektronik/media cetak/contoh media
yang sesuai 1

H5 - Melicin / mempercepatkan aktiviti perniagaan/ tempahan 1

H6 - meluaskan pasaran 1

maks [ 4m ]

(ii) Promosi membantu Encik Roslee

H1 - Memperkenalkan/memberitahu syarikat ROSCAR Trading 1


kepada orang ramai

H2 - Mengekalkan pasaran / mewujudkan kesetiaan pelanggan/ 1


mengekalkan pelanggan sedia ada

H3 - Memujuk/mempengaruhi pelanggan di kawasan utara 1

H4 - memantapkan imej/ kelebihan kereta yang terdapat di 1


syarikatnya

H5 - meluaskan pasaran / mewujudkan pasaran baru 1

H6 - menambahkan jualan/ keuntungan 1

H7 - Menyaingi/ mengatasi pesaing 1

maks [5m]

Soalan Butiran Markah


2 (a) H1 - Modal yang kecil/ modal daripada simpanan sendiri/pinjaman
daripada ahli keluarga/sahabat handai/institusi kewangan 1

H2 - Ditubuhkan secara milikan tunggal/perkongsian 1

H3 - Mudah dibentuk/ tidak banyak peraturan 1

3755/2(PP) 3 SULIT
© 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah)
j2kk

SULIT 3755/2(PP)

H4 - Mudah diurus/ditadbir oleh pemilik sendiri/ ahli keluarga/


pembantu 1

H5 - Lokasi perniagaan berdekatan pelanggan/ kediaman 1

H6 - Layanan peribadi kepada pelanggan 1

H7 - Perkhidmatan selepas jualan/penghantaran barang ke rumah/ 1


pembaikan / pemasangan

H8 - Kos overhead yang rendah/ tiada bayaran sewa/ cukai/ gaji/


iklan 1

maks [ 6m ]

(b) (i) F1 - Gedung Aneka Jabatan 1


[ 1m]
(ii) Kelebihan Gedung Aneka Jabatan kepada peniaga

H1 - Dapat membeli barang secara pukal dari pengeluar 1

H2 - Pentadbiran menjadi cekap/ ada pengkhususan 1

H3 - Menjimatkan kos promosi/ satu promosi meliputi semua 1


jabatan

H4 - Risiko kerugian dapat dikurangkan/ keuntungan antara jabatan 1


dikongsi bersama

H5 - Jualan secara tunai/ tiada hutang lapuk 1

[ 5m]

Soalan Butiran Markah

2 (c) (i) Sebut harga Senarai harga


B1 Menyatakan barang B1 Mengandungi semua jenis
yang ditanya oleh barang yang dijual oleh
pembeli sahaja 1 pembekal 1 1+1
B2 Berfungsi untuk B2 Berfungsi secara am/
menjawab pertanyaan memberikan harga semua
tentang harga barang barang yang dijual 1 1+1
tertentu 1

3755/2(PP) 4 SULIT
© 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah)
j2kk

SULIT 3755/2(PP)

[4m]
(c) (ii)
H1 - Kemunculan peruncit besar-besaran/ contoh mempunyai
modal yang besar / perolehan yang tinggi 1

H2 - Kemunculan perniagaan jualan langsung/ contoh lain/ barang


dijual tanpa melalui orang tengah/ menjual terus kepada
pengguna 1

H3 - Penubuhan kedai sejaras/ contoh rangkaian kedai sendiri 1

H4 - Barang tempahan khas daripada pelanggan/ contoh 1

H5 - Pengeluar melantik ejennya sendiri / contoh 1

H6 - Kerajaan menubuhkan lembaga pemasaran/ contoh


maks [4m]

2 (d) (i) - Jumlah Faedah = (RM 300x24 bulan)/ = RM7 200 1

- = (RM6 000 x 10% )/ = RM600 1

- = (RM7 200 + RM600) - RM6 000/


RM7 800 – RM6000 1

- = RM1800 1
maks [3 m]

(ii) - Jumlah faedah setiap tahun = RM1800 / RM900 1


2

- Kadar faedah setahun = RM900 x 100 1


RM6 000

- = 15% 1
maks [2m]

Soalan Butiran Markah


3 (a) Kepentingan perniagaan antarabangsa kepada pengguna ialah;
H1 - Meluaskan pilihan barang / memenuhi keperluan / kehendak 1

H2 - Menikmati barangan lebih murah / bermutu 1

H3 - Mendapat peluang pekerjaan 1

H4 - Meningkatkan taraf hidup 1

H5 - Menambah pengetahuan / pengalaman 1


[ 5m ]
b (i) Tatacara yang perlu dipatuhi ialah;

3755/2(PP) 5 SULIT
© 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah)
j2kk

SULIT 3755/2(PP)

H1 - Mematuhi kehendak undang-undang 1

H2 - Membuat pesanan 1

H3 - Mendapatkan dokumen import 1

H4 - Membuat persiapan menerima barang / menunggu ketibaan


kapal 1

H5 - Menuntut barang / bayar duti kastam 1

H6 - Periksa / angkut barang 1


Nota: Tatacara mesti ikut urutan [ 6 m]
(ii) Tiga saluran yang sesuai digunakan ialah;
F1 - Ejen import / Ejen pengembara 1

F2 - Saudagar import 1

F3 - Pejabat cawangan pengimport 1


[ 3m]
(iii) Cara mengatasi halangan tersebut ialah;
H1 - Wujudkan kerjasama dengan peniaga luar negara 1

H2 - Mengadakan promosi intensif 1

H3 - Mengeluarkan barang berkualiti/ menepati piawaian SIRIM 1

H4 - Mendapatkan bantuan MATRADE / agensi kerajaan 1

H5 - Mendapatkan / kumpul maklumat pasaran 1

H6 - Membuat penyelidikan dan pembangunan / R&D 1


maks [ 5m]

Soalan Butiran Markah


3 (c) Kaitan IKS dengan industri berat berlaku melalui;

F1 - Pemasaran bersepadu 1

H1 - Pengeluar kereta beli barang keluaran IKS 1

F2 - Pengaturan kontrak khas 1

H2 - IKS bekalkan produk kepada pengeluar kereta mengikut perjanjian /


kontrak 1

F3 - Subkontrak 1

H3 - Pengeluar kereta pindahkan proses pengeluaran komponen kepada

3755/2(PP) 6 SULIT
© 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah)
j2kk

SULIT 3755/2(PP)

IKS 1
[ 6m]
4 (a) H1 - Meningkatkan kecekapan pekerja 1

H2 - Pekerja diberi tugas mengikut kebolehannya/ memberi latihan


kemahiran dari masa ke semasa 1

H3 - Menjaga kebajikan pekerja 1

H4 - Menyediakan tempat penginapan/ ibadat/ riadah/ gaji setimpal/


bonus/ perubatan/ percutian 1

H5 - Mewujudkan hubungan yang baik 1

H6 - Hubungan yang harmonis /baik /mesra 1

H7 - Mematuhi undang-undang 1

H8 - Akta Pekerja 1955 (Semakan 1981) / Akta keselamatan Sosial 1969


/Ordinan KWSP 1955 1
maks [6 m]

Soalan Butiran Markah


4 (b) F1 - Minat, pengetahuan dan pengalaman 1

F2 - Modal yang mencukupi 1

F3 - Jenis/ milikan perniagaan 1

F4 - Undang-undang/ peraturan 1

F5 - Sumber bekalan mencukupi 1

F6 - Persaingan yang dihadapi 1

F7 - Lokasi perniagaan/ strategik 1


maks [5m]

(c) (i) Jumlah dividen:


= 10% x RM20 000 1

3755/2(PP) 7 SULIT
© 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah)
j2kk

SULIT 3755/2(PP)

= RM2 000 1
[2m]
Kadar rebat:
(ii) = RM80 000 – RM10 000 – RM2 000 1

= RM68 000 1

Kadar rebat setiap ringgit belian


= RM68 000
RM100 000 1

= RM0.68 1
maks [4m]

(d) (i) - Ya/ Tidak 1


Alasan Ya: [1m]
H1 - Tidak menganalisis risiko secara terperinci 1

H2 - Bertindak berdasarkan sentimen / khabar angin 1

H3 - Ingin mengaut keuntungan dalam jangka pendek/ singkat 1

H4 - Bermatlamat mendapat keuntungan modal 1

Nota: Jika jawapan Tidak calon hanya mendapat 1 markah sahaja


maks [3m]
Soalan Butiran Markah
4 (d) (ii) F1 - Tujuan pinjaman 1

H1 - Menghasilkan pulangan yang munasabah / potensi untung /sesuai


dengan syarat yang ditetapkan oleh bank 1

F2 - Kedudukan kewangan pemohon 1

H2 - kemampuan membayar balik pinjaman/ rekod / reputasi baik. 1

F3 - Nilai aset yang dicagarkan/ penjamin 1

H3 - Cagaran berbentuk aset tetap/ kedudukan kewangan penjamin 1

F4 - Dasar Bank Pusat / Dasar kerajaan/ keadaan ekonomi 1

H4 - Keadaan ekonomi menentukan jumlah kredit yang diberi 1


maks [6m]
5 (a) (i) F1 - Insurans pendidikan: 1
Alasan: [1m]
H1 - Kos pendidikan semakin tinggi 1

H2 - Membantu menabung untuk masa depan 1

3755/2(PP) 8 SULIT
© 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah)
j2kk

SULIT 3755/2(PP)

H3 - Peningkatan kesedaran kepentingan pendidikan 1

H4 - Kesukaran mendapat pembiayaan pendidikan 1

H5 - Pendidikan satu keperluan utama masa kini 1


maks [3m]
(ii) Prosedur membeli polisi insurans
H1 - Menghubungi insurer/ ejen/wakil syarikat insurans 1

H2 - Mendapatkan maklumat tentang risiko/ syarat / jumlah premium 1

H3 - Mengisi borang cadangan / mematuhi prinsip penuh percaya mutlak/


maklumat yang benar 1

H4 - Pertimbangan/ kelulusan pihak insurer 1

H5 - Membayar sumbangan / premium 1

H6 - Menerima nota lindung/ polisi sementara 1

H7 - Mendapatkan polisi insurans 1


Nota:Prosedur mesti ikut urutan [7m]

Soalan Butiran Markah

5 (b) F1 - Mengelakkan lebihan/ kurangan barang di pasaran 1

F2 - Meluaskan pasaran/ menggalakkan perniagaan antarabangsa 1

F3 - Menggalakkan pengeluaran besar-besaran 1

F4 - Mengurangkan kos penyimpanan stok 1

F5 - Mempelbagaikan pilihan pengguna 1

F6 - Membantu pertumbuhan ekonomi / pembangunan negara 1


-
F7 - Menyebarkan hasil ciptaan/ sains teknologi 1

F8 - Menggalakkan pergerakan tenaga buruh 1

F9 - Mengelakkan pembaziran 1

F10 - Menggalakkan pengaliran modal/ industri pelancongan 1

maks [5m]
5 (c) (i) Media pengiklanan yang sesuai digunakan oleh Pusat Tuisyen Skor
ialah:

F1 - Risalah 1

3755/2(PP) 9 SULIT
© 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah)
j2kk

SULIT 3755/2(PP)

F2 - Poster 1
[2m]
(c) (ii) Media tersebut digunakan kerana:
H1 - Kos murah/ jimat kos 1

H2 - Hanya memerlukan helaian kertas bercetak 1

H3 - Mudah disediakan 1

H4 - Boleh dicetak/ dibuat sendiri/ difotostat 1

H5 - Disampaikan terus kepada pengguna sasaran 1

H6 - Diedar sekitar Sungai Petani/ ditampal di tempat strategik 1

H7 - Boleh guna kreativiti sendiri/ berbentuk grafik/ berwarna 1


[7m]

Soalan Butiran Markah


6 (a) (i) F1 - Jualan konsainan 1
[1m]
Alasan:
(ii) H1 - Hak milik barang terus dipegang oleh syarikat / konsainor 1

H2 - Menjimatkan masa/ belanja menjual roti 1

H3 - Kedai runcit/Konsaini membantu menjual/ mengutip hasil jualan 1

H4 - Dapat menjual di kedai/gedung yang mempunyai reputasi baik 1

H5 - Hanya perlu membayar komisen kepada peruncit 1

H6 - Mudah meluaskan pasaran 1


maks [4m]
6 (b) (i) F1 - Telefon bimbit 1

F2 - Panggilan tanpa tol 1


[2m]
(ii) Telefon bimbit
H1 - Menyampaikan/ menerima maklumat secara terus/ serentak 1

H2 - Dapat berurusan secara langsung/ di mana-mana/ liputan luas 1

H3 - Beroperasi/ berfungsi tanpa talian/ menggunakan gelombang radio 1

maks [2m]
Panggilan tanpa tol
H1 - Panggilan pelanggan/ peruncit tidak dikenakan bayaran/ caj 1

H2 - Caj panggilan ditanggung oleh syarikat. 1

3755/2(PP) 10 SULIT
© 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah)
j2kk

SULIT 3755/2(PP)

H3 - Menggalakkan pelanggan/peruncit membuat pesanan 1

maks [2m]

Soalan Butiran Markah


6 (c) F1 - Gudang pengilang 1

H1 - menyimpan bahan mentah/ barang siap 1

C1 - tepung/ herba/ roti 1


maks [3m]
(d) F1 - Ya/ Tidak 1
Alasan Ya: [1m]
H1 - Mempraktikkan amalan perniagaan yang baik 1

H2 - Menghasilkan roti dari tepung yang berkualiti 1

H3 - Bersedia menerima rungutan/ mengambil tindakan pembetulan 1

H4 - Syarikat membayar kos perubatan/ gantirugi 1

H5 - Memelihara kebersihan/ kilang bersih/ menjamin keselamatan alam 1


sekitar
maks [4m]
Nota: Jika jawapan TIDAK ,calon hanya mendapat 1 markah
sahaja(tiada markah untuk alasan)
6 (e) F1 - Penyelidikan dan pembangunan 1

H1 - Untuk meningkatkan kebajikan/ kesihatan/ keselamatan 1

C1 - SIRIM Berhad 1
[3m]
F2 - Perundangan Perniagaan 1

H2 - Untuk mengawal penjualan makanan supaya selamat/ kandungan tidak


membahayakan pengguna 1

C2 - Akta Makanan 1983 1


[3m]
F3 - Kemudahan infrastruktur 1

3755/2(PP) 11 SULIT
© 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah)
j2kk

SULIT 3755/2(PP)

H3 - Memperbaiki kemudahan asas/ menaiktaraf talian tetap/ liputan/


gelombang 1

C3 - Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia/ Syarikat


Telekom Malaysia Berhad/ STMB 1
[3m]
Nota: Pilih mana-mana 2F, 2H dan 2C maks 6m

3755/2(PP) 12 SULIT
© 2009 Hak Cipta terpelihara PKPSM (Cawangan Kedah)

You might also like