You are on page 1of 7

KERTAS KERJA PROGRAM ASRAMAKU RUMAHKU 2011 SK PENDIDIKAN KHAS KUANTAN ( P ) INDERA MAHKOTA 2 ANJURAN BERSAMA UNIT KEBERSIHAN,

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, JAWATANKUASA ASRAMA

1.0 PENGENALAN Program Asramaku Rumahku merupakan program untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan penghuni asrama SKPK Kuantan. Di samping itu, ia bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan warga asrama. Program ini akan dilangsungkan pada 12 Februari 2011 ( Sabtu ) dimana aktiviti-aktiviti dijalankan dalam bentuk latihan dalam kumpulan, gotongroyong dan juga ceramah. Diharapkan program ini dapat memberi banyak manfaat kepada warga asrama, menggalakkan warga asrama bekerjasama dan tolong-menolong di antara satu sama lain. dan memberi kesedaran untuk berubah ke arah personaliti diri yang ideal.

2.0 MATLAMAT Program Asramaku Rumahku diadakan untuk melahirkan persefahaman dan toleransi di kalangan warga asrama. Semua aktiviti ini akan memberi ketahanan mental yang tinggi dan dapat melahirkan warga asrama yang penyayang, berwibawa dan berketrampilan.

3. 0 i. ii. iii. iv.

OBJEKTIF Melatih warga asrama untuk berdikari Menyemarakkan semangat kerjasama , toleransi dan hormat-menghormati Menanam perasaan kecintaan terhadap asrama berkonsepkan ASRAMAKU RUMAHKU . Membina hubungan yang postif dan sikap berbaik sangka

4.0

PENGANJUR Program ini anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling, JK Asrama dan Unit Kebersihan.

5.0 TARIKH AKTIVITI Tarikh yang dicadangkan untuk menjalankan aktiviti ini ialah pada 12 Februari 2011 ( Sabtu ) .

6.0 TEMPAT AKTIVITI Tempat program yang dicadangkan untuk menjalani aktiviti ini ialah di Dewan Terbuka SKPK Kuantan, Asrama Putera dan Puteri SKPK Kuantan.

7.0

SASARAN Semua penghuni asrama masalah pendengaran dan masalah penglihatan.

8.0

AKTIVITI- AKTIVITI YANG DICADANGKAN 1. Taklimat 2. Ceramah 3. Aktiviti mengikut bilik 4. Gotong-royong

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM Jawatankuasa program seperti di Lampiran 1 10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM Anggaran perbelanjaan seperti di Lampiran 2

11.0 ATURCARA PROGRAM Aturcara program khusus adalah seperti tercatit pada Lampiran 3

12.0 PENUTUP Pelaksanaan aktiviti ini secara langsungnya diharapkan dapat memupuk dan melahirkan rasa sayang pada asrama dan juga semangat kerjasama dan toleransi di kalangan warga asrama SKPK Kuantan. Akhir sekali, diharapkan juga agar program ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada semua pihak supaya segala perancangan yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah digariskan.

Disediakan oleh, . (NOR HAZRALIN BT A GHAPAR) Penyelaras Unit Kebersihan SKPK Kuantan

Lampiran 1 JAWATANKUASA PENGELOLA

PROGRAM ASRAMAKU RUMAHKU 2011 SK PENDIDIKAN KHAS KUANTAN, INDERA MAHKOTA 2 25200 KUANTAN

Pengerusi Naib Pengerusi

: Pn Hjh Naemah bt Hj Ali : Pn Rohana bt Ahmad GPK Pentadbiran : Pn Saripah bt Samad GPK Ko Kurikulum

Setiausaha

: Pn Norhayati bt Mohd Salleh GPK Hal Ehwal Murid : Cik Rohaiza bt Zakaria

Pen. Setiausaha

AJK

: Cik Norhasliza bt Aziz ( Pengacara Majlis )

: En Bahari b Manap ( Pembaca Doa ) : Pn Rosshahidah bt Zulkifli ( JK Jamuan ) : En Norhisham b Alwi ( JK Persediaan Tempat ) : En Bahari b Manap ( Jurugambar ) : Cik Rohaiza bt Zakaria ( JK Dokumentasi ) : Pn Nor Hazralin bt A Ghapar ( JK Kebersihan, Keceriaan & Gotong-royong )

JAWATANKUASA KERJA

1. Pengacara Majlis

Cik Norhasliza bt Aziz

2. Pembaca Doa

En Bahari b Manap

3. JK Persediaan tempat dan siaraya

En Mohd Norhisham b Aluwi En Mohd Nidzam b Mohd Sharif Fudin

4. Jurugambar

En Bahari b Manap

5. JK Jamuan

Pn Rosshahidah bt Zulkifli

6. JK Dokumentasi

Cik Rohaiza bt Zakaria Pn Nor Hazralin bt Abd Ghapar

7. JK Kawalan Murid

En Norhisam b Taib Cik Nur Khailah bt Mohamed Latif Pn Norlida bt Abd Aziz PnNor Ain Azmira bt Aziz

8.JK Keceriaan, kebersihan Pn Nor Hazralin bt Abd Ghapar dan gotong-royong Pn Hjh Fadhilah bt Salehuddin

Lampiran 2

ANGGARAN PERBELANJAAN

Makan & minum

1. Murid 2. Guru dan PPM

: 80 orang : RM 2.00 x 80 = RM 160.00 : 10 orang : RM 2.00 x 10 = RM 20.00

: 90 orang : Jumlah

= RM 180.00

Lampiran 3

PROGRAM ASRAMAKU RUMAHKU 2011 SK PENDIDIKAN KHAS KUANTAN

ANJURAN BERSAMA UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, JK ASRAMA DAN UNIT KEBERSIHAN

ATURCARA PROGRAM

8.15 pg

Guru, PPM dan murid berkumpul di Dataran Terbuka SKPK Kuantan

8.30 pg 9.00 pg

Bacaan Doa Taklimat oleh En Norhisham Ketua Warden SKPK Kuantan

9.00 pg 10.00 pg

Ceramah Asramaku Rumahku oleh Cik Rohaiza, Guru Bimbingan Kaunseling SKPK Kuantan

10.00 pg 10.30 pg 10.30 pg 11.30 pg

Minum pagi

Gotong royong bersihkan dorm, asrama putera dan asrama puteri

11.30 pg 12.00 tgh

Penutup dan rumusan

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUANTAN INDERA MAHKOTA 2, 25200 KUANTAN, PAHANG

KERTAS KERJA
PROGRAM ASRAMAKU RUMAHKU 2011 ANJURAN BERSAMA : UNIT KEBERSIHAN UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING JAWATANKUASA ASRAMA

TARIKH MASA TEMPAT

: 12 FEBRUARI 2011 ( SABTU ) : 8.30 PG 12.00 TENGAH HARI : DATARAN TERBUKA ,ASRAMA PUTERA & PUTERI SKPK KUANTAN

You might also like