You are on page 1of 14

Masjid Al-Jamiul Al-Jalal

Tajuk : Peranan institusi agama , qariah Pajak Song , Kepala Batas , Pulau Pinang. ( Masjid Al-Jamiul Al-Jalal ) Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz Harjin , Pensyarah CTU 101 Disediakan oleh : Farhana Binti Abdullah Nombor Matrik : 2010624216 Nombor kad pengenalan :921129-07-5262 Kumpulan : ACD1Aa Program : Diploma Perakaunan (AC110)

~Isi kandungan~ Abstrak Pendahuluan Pengenalan Masjid (sejarah,lokasi,pengiktirafan) Sistem Organisasi Masjid Biro-biro Masjid Surau-surau dalam qariah Masjid Anugerah-anugerah yang dirangkul oleh Masjid Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Masjid Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Masjid Sumber kewangan Sumbangan Harapan Kesimpulan

Abstrak
Masjid sebagaimana yang kita sedia maklum didefinisikan sebagai tempat ibadah umat Islam. Ini merupakan definisi secara umum. Kalimah 'masjid' dari sudut bahasa Arab membawa maksud 'tempat sujud'. Sebagai sebuah negara Islam, maka

Masjid adalah suatu simbol agama yang dipandang mulia dan suci, selain daripada menjadikan tempat untuk beribadat.Menurut maklumat lisan yang diperolehi dari warga emas dalam qariah Pajak Song, masjid yang terawal telah dibina di kawasan sekolah agama Pajak Song dalam tahun 1866. Lebih kurang 10 tahun kemudian iaitu pada tahun 1876, masjid ini tidak dapat memenuhi keperluan semasa di mana bilangan penduduk telah meningkat manakala keadaan masjid yang kecil itu semakin tua dan uzur pula. Oleh itu mereka telah bermesyuarat untuk mendirikan masjid yang baru. Masjid ini telah dibina di atas tapak masjid yang ada sekarang , ianya direka bentuk dan dibina oleh tukang-tukang Melayu.Jawatankuasa masjid telah bermesyuarat beberapa kali dan akhirnya jawatankuasa pembinaan masjid baru dibentuk untuk mengelolakan pembinaannya.Pihak jawatankuasa telah melawat dan membuat pemerhatian ke atas beberapa buah masjid yang terdapat dalam negara kita. Sesungguhnya usaha untuk mendirikan sebuah masjid bukannya sesuatu perkara yang mudah dan memerlukan kerjasama dan komitmen dari pelbagai pihak.Masjid ini dipengerusikan oleh Haji Zainal @ Mustafa bin Ahmad dan dibantu oleh pagawai masjid dan ajk tambahan yang lain bagi menguruskan Masjid Al-Jamiul Al-Jalal. Masjid Al-Jamiul Al-Jalal mempunyai enam orang biro seperti biro pelajaran, dakwah,keceriaan,pemuda,wanita,dan kubur dan turut terdapat beberapa surau yang berada dalam qariah Masjid Al-Jamiul AlJalal seperti surau Kampong Paya, surau Al-Mustaqim,surau Permatang Tiga, surau Al-Furqan dan surau Seri Serdang 2. Selain itu, Masjid Al-Jamiul Al-Jalal turut merangkul beberapa anugerah dan menjadi Masjid contoh untuk negeri Pulau Pinang. Aktiviti masjid terbahagi kepada 2 iaitu aktiviti harian dan aktiviti pada bulan ramadhan. Masjid ini mempunyai beberapa kemudahan bagi memberi keselesaan kepada para jemaah. Masjid Al-Jamiul Al-Jalal telah mendapat sumber kewangan dari hasil kutipan pada setiap Hari Jumaat dan pada Hari Raya dan turut mendapat dari Kerajaan Negeri dan Jabatan Perdana Menteri. Masjid ini juga memberi sumbangan kepada fakir-fakir miskin,ibu-ibu tunggal dan pelajar yang cemerlang.Harapan saya,agar Masjid Al-Jamiul Al-Jalal bukan sahaja berfungsi sebagai pusat ibadat tetapi sebagai pusat ilmu dan pusat ekonomi seperti Zaman Nabi Muhammad S.A.W. Kesimpulannya, peranan institusi agama seperti Masjid Al-Jamiul Al-Jalal dapat melahirkan masyarakat yang berilmu dan bertaqwa kepada Allah Taala dan RasulNya.

Pendahuluan

Masjid sebagaimana yang kita sedia maklum didefinisikan sebagai tempat ibadah umat Islam. Ini merupakan definisi secara umum. Kalimah 'masjid' dari sudut bahasa Arab membawa maksud 'tempat sujud'. Mengapa disebut tempat sujud? Sedangkan masjid merupakan tempat sembahyang dan ibadah. Kalimah ini merupakan majazi (metafora) dari sudut ilmu Balaghah di mana ia hanya menyebut satu bahagian tertentu daripada suatu perkara namun maksud sebenar adalah perkara tersebut. Seperti sujud yang merupakan satu rukun daripada rukun-rukun sembahyang digunakan di sini namun ia membawa maksud sembahyang. Ertinya masjid adalah tempat sembahyang. Sebagai sebuah negara Islam, maka Masjid adalah suatu simbol agama yang dipandang mulia dan suci, selain daripada menjadikan tempat untuk beribadat. Untuk melaksanakan konsep Masjid sebagai sebuah institusi, maka kita haruslah mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan dan menjadikan Masjid sebagai Pusat Pembangunan Islam yang merangkumi semua kegiatan yang boleh diterjemahkan sebagai ibadah.

Sejarah Masjid Al-Jamiul Al-Jalal


Menurut maklumat lisan yang diperolehi dari warga emas dalam qariah Pajak Song, masjid yang terawal telah dibina di kawasan sekolah agama Pajak Song dalam tahun 1866. Bangunannya berdindingkan papan dan berbumbungkan atap

nipah sahaja namun ianya memadai untuk menampung bilangan penduduk ketika itu. Kerja pembinaan adalah atas daya usaha dan tenaga penduduk-penduduk qariah tanpa bantuan dari manamana pihak pun. Punca kewangan adalah dari sumbangan ikhlas anak-anak qariah demi mendirikan sebuah rumah Allah di sini. Lebih kurang 10 tahun kemudian iaitu pada tahun 1876, masjid ini tidak dapat memenuhi keperluan semasa di mana bilangan penduduk telah meningkat manakala keadaan masjid yang kecil itu semakin tua dan uzur pula. Maka satu kata muafakat telah dibuat dan persetujuan telah diambil untuk membangunkan sebuah masjid baru yang lebih besar dan sempurna. Sekali lagi anak-anak qariah lelaki dan perempuan telah berkorban apa sahaja terutama tenaga dan wang ringgit untuk perbelanjaan pembinaannya. Masjid ini telah dibina di atas tapak masjid yang ada sekarang , ianya direka bentuk dan dibina oleh tukang-tukang Melayu. Tanah-tanah untuk tapak masjid dibawa oleh anak-anak qariah dengan pelbagai cara dari kampung masing-masing. Sesungguhnya pengorbanan mereka amat besar demi kesempurnaan pembinaan masjid yang baru ketika itu tanpa jentera-jentera moden sebaliknya tulang empat kerat sahaja. Jawatankuasa masjid telah bermesyuarat beberapa kali dan akhirnya jawatankuasa pembinaan masjid baru dibentuk untuk mengelolakan pembinaannya. Sekali lagi anak-anak qariah dan orang-orang awam tampil menyumbangkan derma walaupun sasaran kutipan awalnya ialah RM200,000 sahaja tetapi sumbangan yang diterima adalah di luar jangkakan iaitu melebihi RM700,000. Selain sumbangan ini , Jawatankuasa Masjid menerima sumbangan dari kerajaan negeri sebanyak RM800,000, Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebanyak RM500,000, Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM30,000, tabung masjid lama sebanyak RM77,000 dan dari keuntungan pelaburan sebanyak RM41,000. Ini menjadikan anggaran perolehan untuk pembinaan sebanyak RM2.1 juta. Sementara projek pembinaan masjid baru sedang berjalan, anak-anak qariah telah berpindah ke masjid sementara yang didirikan bertentangan Pejabat JKR Pajak Song untuk bersolat jemaah. Pihak jawatankuasa telah melawat dan membuat pemerhatian ke atas beberapa buah masjid yang terdapat dalam negara kita. Akhirnya setelah digabung dan diubah suai mengikut citarasa,

kewangan dan keluasan tanah yang ada, maka terhasillah reka bentuk masjid ini. Ianya dapat memuatkan hampir 2000 jemaah jika ruangan di tingkat satu dan dua digunakan sepenuhnya. Sesungguhnya usaha untuk mendirikan sebuah masjid bukannya sesuatu perkara yang mudah dan memerlukan kerjasama dan komitmen dari pelbagai pihak. Alhamdulilah setelah menempuh pelbagai cabaran akhirnya impian kita dapat direalisasikan iaitu dengan terbinanya Masjid Al-Jamiul Al-Jalal. Tenaga pengarah pembinaan adalah dalam kalangan tokoh dan pemimpin yang berpengaruh ketika itu, diantaranya Allahyarham Tuan Haji Muhammad Hitam dan Tuan Haji Muhammmad Putih serta tokoh-tokoh yang tidak diketahui nama mereka lagi. Adalah difahamkan bahawa tanah yang menjadi tapak masjid adalah kepunyaan salah seorang daripada mereka. Sumbangan semua pihak yang terlibat itu mendapat balasan yang setimpal daripada Allah dan roh-roh mereka dihimpunkan bersama orang-orang yang beriman. Abad baru menjelma dan usia 100 tahun masjid ini telah disambut dengan meriah pada hari Rabu, 14 April 1976 bersamaan 14 Rabiulakhir 1396 Hijrah. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Mufti Pulau Pinang dan TYT Gabebor Pulau Pinang iaitu Tan Sri Datuk Haji Sardon Bin Haji Jubir. Majlis diisi dengan menunaikan solat Zohor, bacaan Al-Quran, syarahan Maulud Nabi, nasyid dan ucapan oleh TYT Gabenor. Setelah 123 tahun digunakan, keadaannya mula menjadi usang dan tidak dapat lagi menampung bilangan jumlah jemaah yang semakin meningkat apatah lagi dengan terbinanya banyak taman perumahan baru dalam qariah ini. Usaha untuk membaik pulih masjid pula memerlukan kos yang sangat tinggi, maka adalah lebih baik dengan membina masjid yang baru.

Oganisasi Masjid Al-Jamiul Al-Jalal


Masjid ini dipengerusikan oleh Haji Zainal @ Mustafa bin Ahmad dan dibantu oleh pagawai masjid dan ajk tambahan yang lain bagi menguruskan Masjid Al-Jamiul Al-Jalal.Ahli jawatankuasa sebanyak 15 orang dan 15 orang lagi adalah ajk tambahan.Masjid ini mempunyai 3 orang imam iaitu Asmoni bin Haji Ahmad, Ahmad bin Taib, Imam Haji Muhammad. Masjid ini turut mempunyai 2 orang siak iaitu Haji Hassan bin Haji Darus dan Muhamad Zani bin Yatim.

Biro-biro Masjid Al-Jamiul Al-Jalal


Biro-biro yang terdapat di Masjid Al-Jamiul Al-Jalal ialah : Pelajaran/dakwah - Haji Muhammad Rashid bin Haji Ismail Keceriaan - Haji Hassan bin Darus Pemuda - Muhammad Nazri bin Fadhil Wanita - Soleh bin Mat isa Kubur - Muhammad Zamzuri bin Fadhil

- Biro pelajaran/dakwah :

Bertanggungjawab terhadap aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan agama seperti mengadakan kuliah untuk anak-anak qariah. - Biro keceriaan :

Bertanggungjawab terhadap kebersihan masjid dan kecantikan masjid supaya dapat memberi keselasaan kepada para jemaah. - Biro pemuda :

Bertanggungjawab untuk menganjurkan aktiviti yang sesuai untuk pemuda. - Biro wanita :

Bertanggungjawab untuk menganjurkan aktiviti yang sesuai untuk kaum wanita. - Biro kubur : Bertanggungjawab terhadap penjagaan kubur dan menyimpan rekod si mati.

Surau-surau dalam qariah Masjid Al- Jamiul Al-Jalal


Surau yang terdapat dalam qariah Masjid Al-Jamiul Al-Jalal : Surau Surau Surau Surau Surau Surau Kampong Paya Al-Mutaqim Taman Seri Serdang 1 Permatang Tiga Permatang Sireh Al-Furqan Taman Seri Indah Seri Serdang 2

Anugerah-anugerah yang dirangkul oleh Masjid

- Masjid Al-Jamiul Al-Jalal dianugerahkan Masjid terbaik kategori kebersihan dan keceriaan.

- Masjid Al-Jamiul Al-Jalal dianugerahkan sebagai masjid terbaik dalam ketagori pengurusan dan kewangan.

- Masjid Al-Jamiul Al-Jalal dianugerahkan sebagai masjid gemilang.

- Masjid Al-Jamiul Al-Jalal dianugerahkan masjid terbaik kategori kebersihan bilik wudhuk.

- Pengerusi Masjid Al-Jamiul Al-Jalal dianugerahkan sebagai pemimpin yang terbaik dalam kategori kepimpinan dan pengurusan Masjid.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Masjid


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di masjid antaranya : - Masjid ini mengadakan kuliah selepas maghrib : 1. Kelas fikah diadakan pada setiap hari Isnin yang disampaikan oleh Wahab Awang Bin Kechik iaitu pensyarah USM 2. Kelas tajwid diadakan pada setiap hari Selasa oleh Ustaz Haji Baharom iaitu bekas johan qari Negeri Pulau Pinang dan tempat ke-3 kebangsaan. 3. Kelas tafsir diadakan pada setiap hari Rabu oleh Ustaz Haji Hassan B. Abdul Latif iaitu ahli panel jemaah musyarakah Tabung Haji. 4. Pada setiap hari Khamis diadakan bacaan Yasin dan tahlil. 5. Kelas Fardhu Ain diadakan pada setiap hari Jumaat oleh Ustaz Asmoni B. Haji Ahmad iaitu Imam Pertama Masjid AlJamiul Al-Jalal. 6. Kuliah Subuh diadakan pada setiap hari Ahad untuk mempelajari hadis Nabi. - Mengadakan kursus mandi mayat - Perarakan Maulidur Rasul

- Majlis akad nikah - Pengurusan zakat

Aktiviti-aktiviti pada bulan Ramadhan : Pemberian bubur lambuk Pembersihan kubur Mengadakan majlis berbuka puasa Majlis tadarus Al-Quran Qiamullail

Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Masjid


Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Masjid Al-Jamiul Al-Jalal ialah : Ditingkat bawah dikhaskan untuk jemaah lelaki. Ditingkat atas dikhaskan untuk jemaah wanita. Kolah air Tandas awam untuk lelaki. Tandas awam untuk wanita. Bilik mesyuarat. Papan kenyataan. Tempat letak kenderaan.

Sumber kewangan Masjid


Masjid Al-Jamiul Al-Jalal mempunyai rumah sewa dan koperasi. Ini merupakan sumber kewangan Masjid Al-Jamiul Al-Jalal bagi membiayai bil elektrik dan air. Malahan duit tersebut digunakan untuk menjemput penceramah jemputan yang bertaliauh. Selain itu, masjid ini turut mendapat sumber kewangan melalui tabung pada Hari Jumaat dan Hari Raya.Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Perdana Menteri turut memberi bantuan kewangan kepada Masjid Al-Jamiul Al-Jalal ketika mula-mula pembinaannya.

Sumbangan Masjid

Masjid Al-Jamiul Al-Jalal bukan sahaja bertindak sebagai pusat ibadat malahan sebagai pusat kebajikan.Hal ini dapat dibuktikan apabila Masjid Al-Jamiul Al Jalal memberi sumbangan Hari Raya kepada ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim.Hal ini dapat menggembirakan hati mereka dan Islam juga menggalakkan kita memberi daripada menerima. Bukan itu sahaja, Masjid Al-Jamiul Al-Jalal turut memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Masjid Al-Jamiul Al-Jalal memberi sumbangan tersebut bertujuan sebagai pembakar semangat anakanak qariah supaya mereka lebih bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

Harapan
Harapan saya pada masa akan datang, supaya Masjid AlJamiul Al-Jalal dapat menjadi masjid contoh bukan setakat dalam negara malah antarabangsa dengan memenangi beberapa anugerah dari kebersihan, keceriaan, pengurusan dan kewangan. Seterusnya, dapat menganjurkan pelbagai aktiviti untuk anakanak qariah supaya mereka tidak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Tambahan juga, apa gunanya Masjid tesergam indah dihiasi lampu neon yang cantik tetapi hanya satu saf para jemaah. Marilah kita menyemarakkan lagi Masjid dengan solat berjemaah dan perpaduan umat Islam akan lebih utuh. "Sembahyang berjemaah mendapat ganjaran 40 pahala berbanding sembahyang bersendirian."

Kesimpulan
Peranan institusi agama seperti Masjid Al-Jamiul Al-Jalal dapat melahirkan masyarakat yang berilmu dan bertaqwa kepada Allah Taala dan RasulNya serta melahirkan insan yang berdasarkan alQur'an dan As-Sunnah dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti kuliah maghrib.Selain daripada itu, Masjid berperanan untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta mengawal penyelewengan aqidah, khurafat dan fikiran yang menjejaskan kesucian Islam. Masjid Al-Jamiul Al-Jalal turut menyalurkan bentuk-bentuk sumbangan seperti derma, zakat dan menyelaraskan aktiviti-

aktiviti kemasyarakatan yang berfaedah serta menjaga kepentingan dan perpaduan ummah. Hal ini kerana untuk menggalakkan lagi semua penduduk Pajak Song untuk menunaikan solat secara berjemaah. Justeru, kita perlu bermuhasabah semula. Kita perlu fikirkan bersama cara untuk mem'popular'kan masjid sebagai sebuah pusat kegiatan segala aktiviti. Sebagaimana masjid merupakan tempat sembahyang yang merupakan asas pembangunan umat Islam, yang gemilaang semasa Zaman Nabi Muhammad S.A.W.

You might also like