You are on page 1of 5

1.Ekonomi Malaysia semakin merosot berbanding negara Pertumbuhan negara jiran.

ekonomi Malaysia sebanyak 7.2% yang dicatatkan negara pada tahun 2010 perlu dikaji dengan lebih dekat untuk memahami keseluruhan implikasinya. Angka 7.2% perlu dibandingkan dengan pencapaian jiran-jiran kita dan bukannya dinilai secara bersendirian. Singapura dan Indonesia contohnya masing-masing berjaya mencatatkan pertumbuhan 14.5% dan 6.1% dalam tahun 2010. Kedua-dua jiran kita ini mengatasi pertumbuhan Malaysia; apatah lagi apabila pertumbuhan Indonesia adalah berdasarkan angka pertumbuhan asas yang lebih tinggi kerana Indonesia tidak mengalami penguncupan ekonomi dalam tahun 2009 seperti mana Malaysia dan Singapura. , ranking Malaysia menunjukkan pola menurun, ketika Bank Dunia mengumumkan kedudukan negara mengikut kemudahan berniaga (The Ease of Doing Business) pada tahun 2010 - dari prosedur untuk memulakan perniagaan, melaksanakan perjanjian dan sebagainya. Walaupun Malaysia berkedudukan ke-23 antara 183 buah negara, namun kemudahan untuk berniaganya tidak begitu baik, berbanding dengan pesaing negara jiran seperti Singapura dan Thailand.

Pada masa yang sama, senarai yang sama diumumkan Forbes pada tahun 2010 pula, menyaksikan bagaimana Malaysia menurun dari kedudukan ke-25 pada tahun 2009, hingga ke-31 pada tahun 2010. Sembilan daripada 11 perkara yang dinilai menunjukkan Malaysia mundur ke belakang. Ini belum lagi termasuk indeks rasuah yang jatuh dariranking 38 kepada 45, birokrasi yang menurun dari 42 kepada 66 - yang sememangnya merumitkan lagi prosedur dan membebankan kos berniaga. Amaran mengenai masalah ini telah diberikan sejak sedekad yang lalu, namun tidak ada satu langkah yang berkesan yang diambil kerajaan selain dari retorik politik yang dibayar oleh rakyat. Pertumbuhan sektor perkilangan yang lebih rendah berbanding jiran diburukkan lagi dengan penguncupan dua sektor penyumbang utama di dalam suku keempat 2010. Sektor perlombongan dan pertanian adalah penyumbang utama kepada pendapatan Kerajaan Persekutuan melalui hasil minyak dan gas serta kelapa sawit. Kedua-dua sektor ini mencatatkan penguncupan dalam suku keempat pada kadar 1.3% (perlombongan) dan 4.3% (pertanian).

Malaysia hadapi krisis ekonomi 2. Di Malaysia. Jumlah hutang Kerajaan

Persekutuan telah mencecah RM407 bilion menjelang akhir 2010, bersamaan 53.1% berbanding saiz KDNK negara. Kegagalan merancakkan pelaburan swasta menyebabkan kerajaan terlalu bergantung kepada projekprojek mega dan perbelanjaan kerajaan untuk mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi, sehinggakan defisit fiskal menjadi salah satu masalah utama ekonomi negara. Defisit fiskal negara memuncak pada aras 7% dalam tahun 2009 dan hanya menurun kepada 5.6% tahun lalu, sedangkan sasaran kerajaan yang diumumkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 adalah 5.3% bagi tahun 2010. Malaysia hanya berjaya menarik aliran masuk pelaburan asing (FDI) sebanyak USD7 bilion dalam tahun 2010, jauh ditinggalkan Singapura yang mendapat sejumlah USD37.4 bilion aliran masuk pelaburan asing.

Ekonomi negara terus kekal di takuk lama sejak krisis kewangan Asia Timur 1997/98. Selepas sedekad berdepan dengan kelesuan ekonomi, Malaysia kini ditinggalkan jauh oleh negaranegara seperti Korea Selatan, Taiwan dan Singapura sementara kita juga diancam oleh jiran serantau seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Jawapan pentadbiran sedia ada kepada kemelut ekonomi ini adalah dengan menabur janji-janji melalui kempen slogan yang menelan belanja ratusan juta wang rakyat. Rakyat disajikan dengan pelbagai perancangan ekonomi seperti Model Ekonomi Baru (MEB), Program Transformasi Kerajaan (PTK), Program Transformasi Ekonomi (PTE) dan lainlain yang sebenarnya tidak keluar dari kebijakan ekonomi yang digunapakai selama ini. Program-program ini masih bersandarkan kepada keborosan membelanjakan wang rakyat untuk membina projek-projek mega tanpa ada keikhlasan untuk melaksanakan reformasi ekonomi yang diperlukan negara.

12 tahun berturut-turut kerajaan Malaysia mengalami belanjawan defisit. 10 tahun berturut-turut Malaysia gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi. 4.7% purata pertumbuhan ekonomi 2001 2005, sedangkan sasaran adalah 7.5%. 4.2% purata pertumbuhan ekonomi 2006 2010, sedangkan sasaran adalah 6%. KDNK negara adalah lebih kecil dari KDNK Singapura bermula dari tahun 2009, kali pertama dalam sejarah ia berlaku.

You might also like