You are on page 1of 18

Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu

Menurut Awang Sariyan (1988:6), ahliahli bahasa telah bersependapat tentang dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K.L pike dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja, dan tidak ada huruf yang senyap.

GARIS PANDUAN
Sebutan Huruf Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. Sebutan Kata Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan.

Intonasi Nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.

Huruf dan fonem vokal a


Sebutan Baku Vokal a dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka, tertutup, di tengah atau di akhir kata. Ini bermakna vokal a disebut seperti mana dieja dan dieja seperti mana dilafazkan. Contoh :

Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf i


Mengikut sebutan baku fonem vokal i perlu dibunyikan dengan [ i ], sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal i perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal i pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [e]. Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor Riau Contoh :
Alih Mukim Hasil [a lih] [mu kim] [ha sil] [ a leh] [mu kem] [ha sil]

Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf u


Mengikut sebutan baku fonem vokal u perlu dibunyikan dengan [ u ], sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal u perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan JohorRiau bagi fonem vokal u pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [o]. Contoh:
Ejaan Betul Lanun tutup Sebutan baku [be tul] [la nun] [tu tup] Sebutan Johor- Riau [ be tol] [la non] [tu top)

Penyebutan Kata Terbitan


Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV , KV + KV , KVK , KVK + KVK. Kata terbitan dengan imbuhan awalan :
Ejaan Pengajar Pengedar Terasa Berlari terangkat Sebutan baku [pe nga jar] [pe nge dar] [te ra sa] [ber la ri] [ter ang kat] Sebutan Johor- Riau [pe nga ja] [pe nge da] [te ra s] [ber la ri] [ter ang kat]

Kata terbitan bahasa Arab, Indonesia dan Inggeris :


Kata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.

Ejaan Standard i) Bahasa Indonesia : Sama bunyi Anda Merdeka

Sebutan baku

Sebutan Johor-Riau

[an da] [mer de ka]

[an da] [mer de ka]

Berbeza bunyi Bangsa


ii) Bahasa Arab :

[bang sa]

[bang s]

Sama bunyi Fatwa Takwa


Beza bunyi Makna iii) Bahasa Inggeris : Frasa drama

[fat wa] [tak wa]

[fat wa] [tak wa]

[mak na]

[mak n]

[fra sa] [dra ma]

[fra sa] [dra ma]

Intonasi dalam Bahasa Melayu


Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap. Ia hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu, sama ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya.

Ia digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Angka 1 : nada yang paling rendah Angka 2 : memulakan ujaran Angka 3 : nada tekanan Angka 4 : nada yang paling tinggi Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya.

Fungsi Intonasi
Fungsi emosional : Menyatakan pelbagai makna sikap, seperti kegembiraan, kebosanan, kemarahan, kekejutan, keakraban, kekecualian, ketakutan dan ratusan sikap yang lain. Fungsi gramatis : Menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran, sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan, positif atau negatif dan seumpamanya.

Fungsi struktur informasi : Untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut. Fungsi tekstual : Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain.

Fungsi psikologi : Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat, seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan. Fungsi indexical : Untuk menandai identiti seseorang, iaitu membantu mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza, seperti khatib, penjual ubat atau sarjan tentera.

Sebutan bagi Nama Khas


Ia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya:
Ejaan
Muhammad Hatta Lim Keng Yaik Selangor Darul Ehsan

Sebutan
[mu.ham.mad hat.ta] [lim kng yk] [se.la.ngor da.rul h.san]

New Zealand
Bank Bumiputera Universiti Teknologi Malaysia

[niu zi.lnd]
[bangk bu.mi.pu.te.ra] [u.ni.ver.si.ti tk.no.lo.gi me.l.sia]

Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu : (i) cara sebutan akronim menurut cara pemenggalan suku kata ejaan, (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya:
Ejaan Felda Sebutan [fl.da] atau (Federal Land Development Authority) (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)

UNESCO
UMNO

[yu.ns.ko] atau (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization)


[am.no] atau (United Malays National Organization) (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu)

Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara, iaitu : (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi, (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya:
Ejaan Sebutan

DBP
RTM TLDM

[di.bi.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka)


[ar.ti.m] atau (Radio Televisyen Malaysia) [ti.l.di.m] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia)

You might also like