You are on page 1of 3

ISL M2 (9-13 JAN)

KONSEP PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN


Konsep Pertumbuhan Karl E. Garrison: Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar. Atan Long: Perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain dari semasa ke semasa. D.S Wright & Ann Taylor: Pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang (sifat jasmani saiz, tinggi, berat badan dan lain-lain). Porter merumuskan bahawa kadar pertumbuhan fizikal adalah pengasas perihal maju/ lembabnya seseorang kanak-kanak tetapi pendapat ini ditentang oleh Franz Voaf.

Faktor-faktor Mempengaruhi Pertumbuhan Manusia Potensi yang diwarisi (baka). Keadaan kesihatan ibu semasa proses kehamilan. Kadar pertumbuhan sebelum lahir. Ada atau tidak ada trauma sebelum lahir. Pemakanan dan keperluan badan lain dapat dijaga. Ada atau tidak kecacatan fizikal. Kemudahan perubatan dan kesihatan. Keadaan hidup satu budaya atau kebudayaan masyarakat

Konsep Perkembangan Crow & Crow: Perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yg lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Karl G. Garrison: Perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan adalah mengikut urutan semula jadi dan bersifat sejagat. D.S Wright & Ann Taylor: Perubahan yang berlaku dalam warisan hayat. Charls Darwin (pengasas teori evolusi): Jika sistem saraf sesuatu organisma kompleks, maka masa yang diperlukan untuk matang adalah lama. Atan Long: Perubahan kualitatif tidak dapat diukur secara kualitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada perinkat awal dan

berlakuberterusandaripadapercambahanhinggaakhirhayat. Beltes, Reese & Nesselroade (1977): Dengan bertambah umur, perubahan evolusi yang lain akan berlaku iaitu dalam bentuk sahsiah, kognitif, moral, fizikal. Mohd Nazar(1990): Perubahan dengan masa iaitu perubahan dengan umur dan perubahan daripada jenis evolusi atau ontogenik.

ISL M2 (9-13 JAN)

PERTUMBUHAN

Woolfolk Dan Margetts (2007) o Perubahan dalam saiz dan kematangan. o Dari segi fizikal: pertambahan dalam saiz bahagianbahagian badan, ketinggian, dan juga bilangan sarafsaraf ke otak. o Perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan ditukar daripada satu peringkat ke peringkat yang lain.

CIRI-CIRI o Bersifat kuantitatif (dapat dilihat dan diukur) o Saiz dan struktur badan bertambah, kelihatan lebih besar secara fizikal. o Saiz otak dan organ-organ dalaman bertambah : pertambahan saiz otak memberi kanak keupayaan yg lebih untuk menaakul dan mengingat. o Melibatkan aspek kognitif dan fizikal. o Dipengaruhi oleh baka/keturunan, kmatangan, kesihatan ibubapa dan persekitaran individu. o Kadar pertumbuhan berbeza, berlaku peringkat demi peringkat. (cth: dulu kecil then jadi besar)

PERKEMBANGAN

Santrock (2008) o Perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioekonomi individu yang bermula drpd peringkat percambahan hingga ke akhir hayat. o Perubahan kualititatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat drpd sifat baru yang berlainan drpd sifat yang lebih awal.

CIRI-CIRI o Bersifat kualitatif dan perubahan yang berlaku adalah dr segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral. o Pubahan ini stabil, blaku scara teratur dan progresif dlm arah tertentu. (cth: kanak mula mgenal nombor, huruf, mberi nama objek) o Pubahan yg blaku berterusan spanjang hayat dan mlalui peringkat kmatangan tertentu. (mrujuk kpd pubahan smulajadi dan ditntukan genetik) o Ia dpgaruhi oleh baka dan persekitaran. o Pkmbangan adlah hasil dr kmatangan dan pmbelajaran.

ISL M2 (9-13 JAN)

Prinsip Pertumbuhan Dan Perkembangan: Pertumbuhan dan perkembangan berlaku dari umum ke khusus. o Contoh: perkembangan ialah bila bayi menangis dan kemudiannya berfokus kepada sebab yang khusus, seperti lapar atau ketidakselesaan fizikal. Pertumbuhan dan perkembangan yang menunjukkan peningkatan kerumitan (complexity). o Contohnya, pertumbuhan dari otot kasar ke otot halus. Contoh perkembangan ialah bila kanak-kanak belajar menyelesaikan masalahharian menggunakan strategi-strategi yang canggih. Pertumbuhan dan perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza. o Contoh pertumbuhan ialah pencapaian ketinggian seseorang individu berbeza pada umur yang sama. Maka adalah menjadi kebiasaan terdapat kadar pertumbuhan yang berbeza didalam bilik darjah. Pertumbuhan dan perkembangan yang mengikut tertib. o Contoh pertumbuhan ialah kematangan kepala mendahului tangan dan kaki. Perkembangan pula, bila seorang individu membuat sesuatu sebelum meneruskan yang lain. o Contohnya, bayi duduk sebelum berjalan; mulakan dengan percakapan bayi sebelum bercakap. Pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara beransur-ansur. o Didalam permainan badminton, seorang murid yang tidak dapat melakukan servis dengan betul, akhirnya dapat juga menguasai kemahiran tersebut walaupun ia mengambil masa.

You might also like