You are on page 1of 6

Bahan BMM 3116

1. Teknik Kerusi Panas Kerusi panas ialah satu teknik dalam latihan asas penghayatan watak dan perwatakan. Teknik ini sering digunakan dalam latihan asas teater untuk membuat justifikasi tentang perwatakan sesuatu peranan yang dilakonkan. Biasanya pelakon akan diberikan satu peranan ( berdasarkan skrip) dan pelakon akan cuba mengimaginasikan gaya atau aksi watak tersebut dalam semua aspek seperti cara bercakap, cara berjalan, pemikirannya atau seumpamanya. Pelakon juga dikehendaki mengkaji berapakah umur, watak, gambaran fizikalnya dan bagaimanakah dia bertindak. Dalam aktiviti kerusi panas, kita boleh melihat pelbagai aspek pada diri watak yang dikaji berdasarkan teks yang disediakan. Langkah pelaksanaan teknik kerusi panas. 1. Guru memilih seorang murid yang akan memainkan peranan seseorang watak. 2. Murid yang dipilih dikehendaki duduk di atas kerusi di hadapan kelas, menghadap pelajar lain. 3. Beberapa orang murid mengemukakan soalan kepada watak tersebut berdasarkan peranannya sebagai menjawab secara spontan. 4. Semasa sesi penyoalan ini guru mengawal kelas dan menghentikan apabila masa cukup. 5. Guru merumuskan watak dan perwatakan si penjaga panggung. Cara pelaksanaan aktiviti kerusi panas 1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan. 2. Setiap kumpulan dibahagikan tugas untuk membincangkan watak dan pereatakan yang telah ditetapkan 3. Setiap kumpulan diminta membina soalan untuk diajukan kepada wakil kumpulan yang memegang watak yang telah ditetapkan. 4. Setelah soalan disiapkan, seorang wakil diminta duduk di kerusi dihadapan kelas. Manakala ahli kumpulan yang lain akan mengajukan soalan kepadanya tentang watak dan perwatakan dan dia akan menjawabnya secara spontan. Di samping itu, ahli kumpulan dibenarkan untuk menyoal. 5. Jika pemegang watak tidak menjawab, rakan-rakan dalam kumpulan tersebut boleh membantu. Ketika ini rakan yang menonton akan mencatat watak dan perwatakan dalam lembaran grafik. Sebagai kesimpulannya teknik kerusi panas digunakan bagi mengajar aspek watak dan perwatakan. Oleh itu, teknik ini dapat menarik minat pelajar pada bidang sastera yang semakin dilupai. Dengan mempelajari teknik ini, pelajar berpeluang merasai situasi sebenar yang berlaku dalam cerita. Teknik kerusi panas ini membantu ingatan dan minat murid pelajar serta menimbulkan keseronokan semasa belajar. Guru dapat menerapkan ilmu dan nilai-nilai murni di samping mencungkil bakat pelajar dalam lakonan. Muzik tradisional yang digunakan juga menimbulkan

semangat pelajar menjiwai watak iaitu sesuai dengan konsep prosa tradisional. Teknik ini sesuai bagi mengajar prosa tradisional, novel, cerpen atau drama. Ini kerana teknik ini mudah dan menarik minat pelajar mengikuti aktiviti belajar dan mengajar. Oleh itu guru perlu menguasai pelbagai teknik mengajar bagi mencapai matlamat tersebut. 2.Pentomin Pentomin adalah lakonan situasi tanpa dialog manakala skripnya akan dibaca oleh pelajar lain mengiringi lakonan tersebut. Lakonan jenis ini dapat memberi peluang kepada pelajar berlakon dengan yakin tanpa memikirkan masalah menghafaz dialog.

Melalui aktiviti pentomin , Nellie Mc. Caslin (1984) dalam buku Drama Dalam Pengajaran Bahasa , menyatakan bahawa pelajar-pelajar dapat melatih diri dalam menguasai kemahiran mendengar iaitu ia harus meneliti dan mendengar skrip yang dibaca agar ia dapat melakonkan watak itu seperti yang diperlukan oleh skrip. melalui aktiviti pentomin ini juga, pelajar diberi peluang untuk malahirkan perasaannya melalui gerak badan dan bukan melalui kata-kata. Ini dapat membina keyakinan diri dan motivasi kepada pelajarpelajar yang lemah dalam kemhiran lisan. Guru harus memperkenalkan pentomin tentang sesuatu cerita dengan langkah-langkah yang mudah. Di samping itu, ia perlu menerangkan dan menerangkan apakah pentomin yang perlu dilakukan oleh seseorang pelakon sebelum pelajar berlakon. Misalnya guru boleh berpentomin bagaimana membuat hadiah harijadi, memotong rumput di padang, menangkap ikan dan sebagainya. Permainan teka teki atau tajuk nyanyian boleh dijadikan aktiviti permulaan pada pentomin. Pelajar perlu melakonkan pentomin secara individu untuk memahirkan teknik-teknik itu dahulu sebelum mempentominkan dengan dua orang apabila sudah mahir dalam teknik ini, ia boleh mencuba pentomin itu dalam kumpulan yang memerlukan penyelarasan dengan beberapa orang pelakon yang lain. Untuk pentomin kumpulan, seorang pelajar boleh membaca cerita dengan suara yang kuat seambil melakonkan pentomin itu. Aktiviti ini boleh dijalankan dengan iringan muzik latar yang sesuai. Guru dan pelajar yang menjadi penonton menyediakan ruang lakonan dan peralatan yang diperlukan.

Ciri-ciri Pentomin Sebelum melaksanakan pengajaran dengan menggunakan teknik drama dengan aktiviti pentomin di bilik darjah, guru sewajarnya mengetahui ciri-ciri pentomin. Antara ciri-ciri pentomin adalah seperti berkut:-

1. Tanpa Dialog - Pengendalian aktiviti pentomin adalah mudah. Semasa beraksi pelakon tidak perlu berdialog. Kemudian ini memberi peluang kepada pelajar berlakon dengan penuh yakin tanpa memikirkan masalah menghafaz dialog. Arahannya dapat difahami melalui suara. 2. Apresiasi terhadap watak Pelakon seharusnya terlebih dahulu menghayati skrip bersama-sama dengan pembaca skrip sebelum memulakan lakonan. Ini supaya lakonan dapat diselaraskan dengan skrip yang dibaca oleh pelajar lain. Tumpuan perhatian hanya kepada latihan aksi dan teknik persembahan sahaja. 3. Tanpa Prop ketika melaksanakan aktiviti ini, prop tidak dipentingkan. Pelakon hanya melakonkan aksi sahaja. Contohnya, perbuatan mengasap kemenyan tanpa menggunkan kemenyan dan bara api, doktor merawat pesakit tanpa menggunakan alat dan sebagainya. 4. Menggunakan kostum yang sederhana Pelakon tidak perlu bersolek atau berhias dan berpakaian yang berlebihan ketika mempersembahkan pentomin. Sudah mencukupi sekiranya pelakon hanya memakai sebuah topeng atau memberikan gambaran yang sedarhana. Dengan kata lain, pentomin dapat menjimatkan kos dan tidak perlu berbelanja banyak. 5. Pemilihan bahan guru mempunyai banyak pilihan dalam menentukan bahan yang akan digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik drama dengan aktiviti pentomin ini. Antara yang boleh dan difikirkan sesuai digunakan oleh guru ialah: 1. Cerita dan skrip- Peristiwa malam kemerdekaan negara 3.Teknik Main Peranan

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.

Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.

Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip. Pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.

Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

4. Teknik Simulasi

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.

Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.

Dalam proses ini pelajar digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.

Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis.

Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. Mestamu

Seorang murid akan mendeklamasikan sebuah sajak manakala rakannya melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.Boleh dilaksanakan secara berpasangan atau berkumpulan.Gunakan melodi lagu yang diminati /popular dan gantikan lirik lagu dengan sajak atau puisi yang dipelajari.Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan seloka.

5.Dikon

Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi. Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak/puisi.Teknik ini sesuai untuk sajak.

6.TEATER BERCERITA
Teater bercerita ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang dilakonkan secara spontan. Teater bercerita menggabungkan pelakon dan pencerita pada masa yang sama. Pencerita akan bercerita, manakala pelakon akan melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan oleh pencerita itu. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu untuk dibaca dan dihayati. Aktiviti ini boleh mendidik pelajar untuk bertutur dengan intonasi yang betul. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

Objektif Teater Bercerita 1. Melatih murid-murid dengan kemahiran mendengar, bertutur, pemahaman dan mengarang. 2. Menambah perbendaharaan kata murid. 3. memperbaiki dan memperkayakan penguasaan murid dalam bahasa 4. mengasah bakat lakonan murid 5. memupuk sikap kerjasama di kalangan murid-murid 6. Berhibur sambil belajar (Didik Hibur) Langkah Perlaksanaan 1. Atur kedududukan murid dalam bentuk separuh bulatan. 2. Edarkan bahan cerita pada murid yang menjadi 'pencerita' 3. pencerita duduk disebelah kiri penonton dan membaca cerita

4. Apabila pencerita menyebut nama watak murid yang telah ditentukan, watak tersebut keluar melakonkan aksi seperti yang di bacakan dalam cerita dan duduk semula di tempat asal apabila selesai melakonkan situasi yang di baca oleh pencerita 5. Aktiviti di teruskan sehingga selesai cerita. 6. Guru membuat aktiviti susulan untuk membina kemahiran berbahasa. *..semua watak akan melakonkan watak secara spontan tanpa skrip. Hanya pencerita sahaja yang membaca skrip. Kriteria pemilihan bahan 1. cerita boleh dilakonkan 2. menepati objektif, kemahiran, dan masa 3. sesuai dengan minat dan peringkat kebolehan dan umur murid 4. mesej dan nilai positif 5. meningkatkan pemikiran daya kreatif 6. boleh merangsang murid berinteraksi.

You might also like