Senario Kajian Tindakan di Malaysia
Kementerian Pendidikan khususnya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan(BPPDP/EPRD), telah memulakan inisiatif untuk membudayakan Kajian Tindakan di sekolah melaluiaktiviti Sub-Program 4, iaitu Penyelidikan Pendidikan di bawah program yang dikenali sebagai'Programme for Innovation, Excellence and Research (PIER)'. Program pembiayaan Bank Dunia inibermula pada tahun dari 1993 sehingga 1996 dengan mengadakan kursus-kursus Kajian Tindakankepada guru-guru di seluruh Malaysia serta menyediakan peruntukan untuk menjalankan projek KajianTindakan di sekolah-sekolah. Sebanyak 741 projek Kajian Tindakan telah berjaya dilaksanakan olehguru-guru sepanjang program PIER (Madzniyah: 1998).Pada tahun 1998 hingga 2000, BPPDP/EPRD telah mendapat peruntukan khas dari Kementerian Sains,Teknologi dan Alam Sekitar di bawah Program Kesedaran Sains untuk membolehkan aktiviti KajianTindakan dilaksanakan. Sebanyak 632 projek Kajian Tindakan telah dijalankan oleh guru-guru Matematikdan Sains di seluruh negara di bawah peruntukan ini. Manakala bagi kursus Kajian Tindakan, sebanyak20 kursus telah dijalankan kepada guru-guru Matematik dan Sains selama 3 tahun ini (Madzniyah: 2000).Sejak tahun 1993, Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan telah diadakan oleh BPPDP/EPRDsebagai wahana untuk menyebarkan hasil-hasil penyelidikan, terutama di kalangan guru untuk dikongsibersama. Di samping itu, beberapa orang guru yang terlibat diberi peluang membentangkan hasil KajianTindakan mereka (Prosiding Seminar, BPPDP: 2000).Selain daripada usaha BPPDP/EPRD, terdapat universiti-universiti tempatan dan maktab-maktabperguruan di bawah Bahagian Pendidikan Guru yang terlibat dalam membantu dan memberi sokongankepada guru-guru dalam usaha mereka mengkaji dan menyelidik isu dan masalah di dalam bilik darjahdan sekolah. Di antaranya ialah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (Kim PhaikLah: 1994) dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (Hanipah Hussin:1999)Apakah kaitan antara perkataan di bawah dengan Kajian Tindakan?
Situasi Sosial
Hubungan antara perkataan situasi sosial dengan kajian tindakan dapat dilihat dengan jelas apabila gurumelihat dan meneroka perkara-perkara yang berlaku di sekitar bilik darjah, sekolah, masyarakat, daerahdan hingga ke peringkat negara. Situasi sosial juga dilihat dari aspek aliran pemikiran yang berkembangdalam masyarakat yang membawa kesan kepada tingkah laku pelajar, guru, pentadbir dan masyarakatSituasi sosial yang kritikal biasanya mendapat perhatian guru. Kritikal di sini bermaksud masalah utamayang harus diselesaikan segera . Guru perlu bertindak untuk memperbaiki situasi sosial di tempat kerjamereka mengikut bidang tugas guru dan kemampuan guru. Cara paling berkesan ialah denganmerancang tindakan, melaksanankan rancangan, menilai tindakan dan kesan tindakan dan membuatrenungan ke atas proses pendidikan yang telah berlaku. Jika guru berbuat demikian, maka guru telahberada dalam gelungan kajian tindakan.Kolaboratif Kolaboratif membawa makna muafakat dan pemuafakatan antara seorang guru dengan guru yang lain,antara guru dengan pelajar, antara guru dengan pentadbir, antara pentadbir dengan institusi dansebagainya. Kolaboratif bermaksud bekerja dalam pasukan, usaha sama, mempunyai hubungan duahala, konsep pengongsian dan pengorbanan dalam menjayakan satu tujuan dan matlamat yangmembawa kebaikan bersama. Kolaboratif merupakan sistem pemuafakatan yang harus dibina sebelummembina tujuan kajian tindakan atau harus dibina dalam proses menjalankan kajian tindakan.InkuiriInkuiri dalam konteks kajian tindakan merupakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan menyoal, merenung danmenaakul masalah, memerhati, menyelidik, meneroka alternatif mencari jawapan dan menyoal jawapansemula dalam usaha mencari satu keputusan untuk bertindak menyelesaikan masalah. Inkuiri dalam