Konsep Tamadun Menurut Perspektif Islam.
Islam dikatakan sebuah kerajaan yang mempunyai sejarah ketamadunan yanggemilang. Kerajaan Islam juga dikaitkan dengan pencetus kepada ketamadunan dunia.Kejayaan Nabi Muhammad S.A.W. dikaitkan dengan kemujulan tamadun dunia yangmerubah kehidupan masyarakat jahiliyah. Beberapa tokoh islam memberi definisitersendiri berkaitan dengan tamadun. Profesor Syed Naquib Al-attas telah mendefinisikantamadun sebagai
satu keadaan kehidupan masyarakat yang telah mencapai tahapkehalusan tatasusila dengan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruhmasyarakat
. Pada pandangan beliau, tatasusila ataupun tingkah laku merupakan simbolkepada sesebuah tamadun. Sebagai contoh, kedatangan islam telah menghapuskan segalaamalan jahiliyah seperti menanam bayi perempuan, zina, minum arak dan sebagainya.Amalan dan akhlak yang ditonjolkan oleh Rasullullah telah mempengaruhi masyarakatarab pada masa dahulu untuk mengikut ajaran islam dan patuh kepada segala hukumislam serta meninggalkan amalan jahiliyah. Mereka dengan penuh tawaduk mengamalkan akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian dan senario inilahmenggambarkan tentang definisi tamadun yang diutarakan oleh Profesor Syed NaquibAl-attas. Selain beliau, terdapat beberapa lagi tokoh islam yang tampil dengan definisiyang tersendiri. Antaranya,.i.Sayyid Qutb.Bagi beliau, tamadun ialah
segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat
seperti sistem sosial, pemerintahan politik,ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan
syariat Allah
, serta bercirikannilai-nilai moral islam.Dalam islam, sesebuah tamadun memerlukan sebuah sistem pemerintahan yang mapan dan mampu memberi kesan kepada semuamasyrakat. Hal ini kerana pemimpin sesebuah sistem sosial yang akanmenentukan hala tuju organisasi tersebut. Di samping itu, segala aspek kehidupan perlulah berteraskan kepada ajaran islam kerana islam adalahad-din iaitu satu cara hidup yang sempurna.3