/  11
 
Isu Gengsterisme di Sekolah Malaysia
 
1.0Pendahuluan
Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha berterusan ke arahmemperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untumewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalahuntuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberisumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Demikianlah murninya hasrat dan semangat Falasafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). Pendidikan negara bermatlamatkan dan memfokuskan penjanaan warganegarayang mampu memberi sumbangan bermakna kepada diri masing-masing, masyarakatdan negara. Maksud yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ituditerjemahkan dalam Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan menjadi asaskepada usaha ke arah peningkatan dan pengukuhan sistem pendidikan negara bertaraf dunia. Fokus yang mendasari matlamat utama ini ialah pengembangan potensi pelajar  pada tahap optimum. Pencapaian matlamat utama pendidikan itu amat bergantung pada kewujudaniklim sekolah yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Menyedarihakikat ini, maka Kementerian Pendidikan sentiasa memberi penekanan kepadakepentingan pengukuhan disiplin pelajar dengan menyediakan berbagai-bagai panduan, peraturan dan dasar disiplin yang dikuatkuasakan di sekolah-sekolah. Dalammasa yang sama semua Jabatan Pelajaran Negeri dipastikan mengawal danmembendung pembabitan pelajar dalam sebarang kegiatan berbentuk negatif.Pendekatan-pendekatan tertentu telah dilaksanakan untuk melahirkan suasanakondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran. 
2.0Definisi Operasi
2.1
 
Kumpulan gengster bermaksud kumpulan seminat yang dianggotai oleh ahli-ahli yang berkecenderungan melakukan perlakuan negatif atau pelbagai salah laku
 
dan penubuhannya melibatkan upacara ritual. Ahli-ahlinya diikat dengan peraturandan undang-undang yang ketat dan kumpulan ini umumnya bergerak secara sulit, dan,mempunyai seorang ketua yang mengetuai perancangan dan pelaksanaan program danaktivitinya. Sementara itu kumpulan samseng merupakan kumpulan seminat yangdianggotai oleh samseng-samseng yang berkecenderungan melakukan perlakuannegatif atau pelbagai salah laku. Ahli-ahlinya diikat dengan peraturan-peraturan danundang-undang yang longgar. (Dr.Amir Mohd Selleh, 1999). 2.2
 
Gengsterisme di sekolah bermaksud kewujudan kumpulan gengster yangmelibatkan para pelajar sekolah harian sebagai ahlinya sama ada sebagai ahli aktif atau penyokong sesuatu kumpulan dalam melakukan salah laku dan pelanggarandisiplin dan undang-undang. ((Dr.Amir Mohd Selleh, 1999). Kumpulan pelajar yangterlibat dalam kumpulan gengster dan samseng terdiri daripada pelbagai jantina, etnik,umur, peringkat persekolahan dan jenis tempat kediaman mereka. 2.3
 
Disiplin secara amnya boleh didefinisikan sebagai latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri. (Kamus Dewan, 1984).Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai Pelaksanaan Dasar Pendidikan (1979)menyebut disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu menghormati undang-undang, bekerja mengikut tatatertib, menghormati hak individu, mengamalkantingkah laku yang baik, saling menghormati, tolong -menolong dan membaikikeadaan dalam usaha membina. 2.4
 
Moral pula merujuk segala tingkah laku manusia yang berkaitan dengan apa-apa yang betul atau salah, baik atau buruk dan apa-apa yang kita harus buat dan apa-apa yang kita harus elakkan. Moral juga berkaitan dengan cara manusia berinteraksiantara satu sama lain, dan bagaimana tingkah laku mereka mempengaruhi perasaandan kepentingan orang lain. (Iheoma, 1986) 2.5
 
Akhlak ialah suatu daya kemampuan iradah yang bersifat tetap dalam dirimanusia yang melahirkan rasa cenderung untuk memilih perlakuan yang baik danlurus (jiwa akhlaknya baik) ataupun cenderung untuk memilih perlakuan yang jahatdan buruk jika akhlaknya jahat. (Mohd Sulaiman Haji Yasin, 1992) 
 
 
3.0Persoalan
Persoalan yang berkait dengan isu gengsterisme di sekolah amat banyak danmemerlukan kajian untuk menyelesaikannya. Antaranya sebagaimana senarai berikut:-3.1
 
Sejauh manakah tahap kegiatan gengsterisme wujud di sekolah-sekolah diMalaysia? Adakah kegiatan gengsterisme merupakan gimik atausememangnya realiti yang sedang dihadapi oleh sekolah-sekolah di Malaysia.3.2
 
Siapakah kumpulan pelajar yang sering terlibat dengan kumpulangengsterisme? Apakah latar belakang mereka?3.3
 
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kewujudan kumpulan gengster di sekolah?.4.0
Sumber Aktiviti Gengsterisme
4.1
Kertas Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (SekarangKementerian Pelajaran Malaysia)
Menurut sumber Unit Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan danPenyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulanOktober 1999 (lampiran disertakan) terdapat 13 jenis salah laku jenayah yang seringmelibatkan pelajar kumpulan gengsterisme mengikut respons Pengetua dan Guru(rujuk lampiran 1 dan 2) di sekolah seperti berikut :- berjudi, mencuri, melawan guru,melawan pengawas, memeras ugut, membuli, kes pelacuran, kes salah guna dadah,membawa senjata, mencabul kehormatan, mengancam murid, mengugut guru danmenceroboh. Sementara itu terdapat 5 salah laku lucah yang sering melibatkan kumpulangengster di sekolah mengikut respons Pengetua dan Guru (rujuk lampiran 3 dan 4)sebagaimana senarai berikut :- berkhalwat, mengintai murid perempuan, membawa bahan lucah, menggunakan kata lucah dan melukis gambar lucah.

Share & Embed

More from this user

Recent Readcasters

Add a Comment

Characters: ...

pzahleft a comment

tq co much...

sanakkialeft a comment

thanks

Cicimayekleft a comment

de sape2 nak knalan x.....?

Cicimayekleft a comment

mmg bagus web nie..mekasih.....muachhh.