You are on page 1of 2

NUR SHAHIRAH ZAFIRAH BINTI ZAINUN 1 PISMP TESL 4 Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru,

Johor. Tuan Haji Baharum bin Sulman, Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor. 4 FEBRUARI 2013

Tuan, Rayuan Mengurangkan Jumlah Denda Terus Akta 174 Merujuk perkara di atas, saya bernombor kad pengenalan 930228065478 daripada opsyen 1 PISMP TESL ambilan Jun 2011. Untuk makluman tuan, saya telahpun dikenakan denda terus Akta 174 . 2. Disebabkan kesalahan saya ini, saya telah dikenakan bayaran berjumlah

RM50.00 untuk dibayarkan kepada pihak HEP sebagai denda di atas kesalahan saya ini. Kesalahan yang saya lakukan ini bukanlah disengajakan . Saya mengaku atas kesalahan yang telah saya lakukan dan saya memohan maaf atas kesalahan yang saya lakukan kepada pihak tuan. 3. Pada hakikatnya saya merasa amat terbeban dengan jumlah kompaun

kesalahan yang dikenakan kepada saya. Oleh itu, saya ingin membuat rayuan kepada pihak tuan untuk merendahkan jumlah kompaun tersebut kepada RM15.00 sahaja supaya saya tidak berasa tertekan untuk membayarnya. Saya mohon tuan mempertimbangkan semula rayuan saya ini memandangkan ini kali pertama saya

membuat kesalahan yang melibatkan denda terus. Saya berjanji bahawa ini adalah kali terakhir saya melakukan kesalahan ini. Saya tidak akan ulanginya semula pada masa akan datang. 4. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan semula rayuan saya ini.

Ihsan daripada pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih saya ucapkan atas budi bicara daripada pihak tuan.

Disediakan oleh,

.. (Nur Shahirah Zafirah)

You might also like