Professional Documents
Culture Documents
Bab 2
Teori-teori Hubungan Etnik
Pengenalan
Konsep asas penting untuk membina suatu kefahaman yang lebih mendalam. Bab ini memfokus kepada konsep asas hubungan etnik dan aplikasinya. Tiga konsep penting yang akan dibincangkan ialah masyarakat, budaya dan perpaduan.
Konsep Masyarakat
Masyarakat kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Hubungan sosial di dalamnya bergantung kepada saiz unit seperti peringkat individu, keluarga dan kumpulan kecil. Setiap masyarakat mempunyai budaya yang tersendiri.
Manusia sebagai anggota masyarakat bertanggungjawab mencipta, menokok tambah dan melestarikan budaya. Kebudayaan diturunkan daripada satu generasi kepada generasi dalam peradaban manusia. Dua bentuk budaya: budaya material dan budaya bukan material.
Oleh itu, ciri-ciri masyarakat adalah seperti: Berkelompok; berbudaya; mengalami perubahan; berinteraksi (dalaman dan luaran); mempunyai kepimpinan dan mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta).
Bangsa Malaysia boleh diukur berpandukan 3 perspektif: 1. Semangat kenegaraan keutuhan negara yang ditanam melalui simbol seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan dan Rukun Negara. 2. Semangat kewarganegaraan warga negara Malaysia.
3. Semangat kebangsaan ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yang merupakan penggerak dalam menguatkan semangat kebangsaan dan menjadi batu asas kepada pembentukan bangsa Malaysia.
Etnisiti rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujudnya satu kebudayaan dan subbudaya jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.
Etnosentrisme kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Konsep ini juga membawa makna suatu perspektif melihat kelompok lain daripada lensa dan kaca mata etnik sendiri.
Rasisme wujud pada 2 tahap: 1. Individu kepercayaan dan sikap individu. 2. Institusi melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza.
Stereotaip kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik merupakan gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain. Terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik.
Konsep Diskriminasi
Diskriminasi perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Diskriminasi merupakan manifestasi prasangka (prejudis) yang wujud dalam kalangan sesuatu kumpulan etnik.
Konsep Budaya
Budaya Budhi (Sanskrit) + daya (Melayu). Budhi kecergasan fikiran dan akal. daya kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Budaya tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa.
Budaya suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu. Ia meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap & nilai. Budaya boleh dibahagikan kepada budaya kebendaan (material) dan budaya bukan kebendaan (bukan material).
Dua peranan utama pembentukan budaya: 1. Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti 2. Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Budaya mempunyai ciri-ciri tersendiri: Dipelajari Dikongsi Sejagat Diwarisi Berubah Mempunyai perlambangan Adanya pandangan semesta
Beberapa unsur integrasi: 1. Integrasi Wilayah mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur. 2. Integrasi Ekonomi usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik.
3. Integrasi Kebudayaan usaha membentuk satu kebudayaan kebangsaan. 4. Integrasi Sosial usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial.
5. Integrasi Pendidikan mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani 6. Integrasi Politik usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.
Proses-proses integrasi: Konsep Segregasi pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.
Konsep Akomodasi proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. A + B + C = A + B + C.
Konsep Akulturasi proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.
Konsep Asimilasi proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Asimilasi mutlak menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. A + B + C = A.
Konsep Amalgamasi proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. A + B + C = D.
Kesimpulan
Hubungan etnik tidak wajar dilihat dari sudut luaran sahaja tetapi lebih penting dari sudut konseptual. Aspek-aspek yang menjadi teras kebudayaan kebangsaan sewajarnya dipelihara kerana kebudayaan kebangsaan berteraskan kepada kebudayan asal rantau ini.
Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsan dan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan mengikut acuan Malaysia.