You are on page 1of 6

Budaya Timur Tengah

Lokasi
Timur Tengah adalah sebuah wilayah yang secara politik dan budaya merupakan bahagian dari benua Asia, atau Afrika-Eurasia Pusat wilayah ini adalah daratan di antara Laut Mediteranian dan Teluk Parsi serta wilayah yang memanjang dari Semenanjung Arab Media dan beberapa organisasi antarabangsa seperti PBB umumnya menganggap wilayah Timur Tengah adalah wilayah Asia Barat Daya (termasuk Cyprus dan Iran) ditambah dengan Mesir. wilayah ini terdiri daripada: Bahrain, Cyprus, Mesir, Turki, Iran (Parsi), Iraq, Israel, Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Qatar, Arab Saudi, Syria, Emiriah Arab Bersatu, Yaman, Palestin (mewakili wilayah-wilayah Tebing Barat dan Genting Gaza).

Budaya
Wilayah tersebut mencakupi beberapa kelompok suku dan budaya termasuk suku

Iran, suku Arab, suku Yunani, suku Yahudi, suku Berber, suku Assyria, suku Kurdis
dan suku Turki Bahasa utama di wilayah ini adalah bahasa Parsi, bahasa Arab, bahasa Ibrani, bahasa Assyria, bahasa Kurdis dan bahasa Turki. Walaupun terdapat banyak suku di wilayah ini, namun budaya mereka adalah kebanyakkannya sama kerana lebih berpandukkan kepada ajaran agama Islam dan juga lebih berpaksikan kepada Al-Quran. Namun budaya suku Yahudi adalah berbeza kerana mereka menganuti agama Yahudi.

Budaya timur tengah dapat dilihat melalui beberapa aspek. Akhlak


Orang Timur Tengah terkenal dengan sifat memuliakan tetamu, walaupun yang datang itu musuh mereka. Mereka sentiasa menjaga maruah keluarga Masyarakat Timur Tengah juga terkenal dengan cara mereka bersalaman. Mereka akan memeluk tetamu atau kenalan mereka dan mengucup mereka di pipi. Mereka juga memberi kepentingan kepada institusi kekeluargaan seperti

yang dituntut dalam agama Islam. Mereka akan menjaga hubugan baik di
antara ahli keluarga.

Pakaian
Pakaian masyarakat timur tengah adalah selalunya labuh dan menutup aurat mengikut kehendak agama Islam. Mereka lebih suka memakai pakaian yang kemas dan yang dapat meningkatkan harga diri mereka. Pakaian mereka juga selalunya diperbuat daripada material-material yang mahal. Misalnya adalah seperti sutera. Selain itu, cara berpakaian mereka adalah selalunya sopan dan tidak mencolok mata Kaum Hawa pula selalunya memakai hijab yang terdiri daripada pelbagai variasi

You might also like