You are on page 1of 2

Teori Rasional Emotif Situasi: Aminah merupakan seorang murid dari kelas 4 Maju.

Rakannya, Hassan seorang pelajar yang malas. Perlakuan sampai lewat ke sekolah telah menjadi kebiasaannya. Masalah ini diketahui oleh setiap guru dan rakan sekelasnya. Walaupun didenda setiap kali sampai lewat ke sekolah, dia tidak berubah sikapnya. Pada suatu pagi yang indah, guru kelas telah masuk ke dalam kelas dan mulai mengajar. Seperti biasa, pada masa ini, Hassan masih tidak sampai ke kelas. Aminah memerhati keadaan sekitar kelasnya, dia mendapati bahawa Siti, penolong ketua kelas mereka juga belum sampai ke kelas. Semasa Aminah masih tercari-cari Siti, tiba-tiba guru disiplin muncul di depan kelas, sebelahnya diikuti Hassan dan Siti. Seperti biasa, Hassan dirotan di depan semua murid. Siti pula dibenarkan balik ke tempat duduknya atas sebab kelewatannya, iaitu kereta bapanya rosak semasa menghantarnya ke sekolah. Aminah berasa marah melihat keadaan ini. Dia berasa tindakan ini amat tidak adil. Dia berpendapat bahawa Dunia ini mesti adil kepada semua manusia, orang yang berbuat salah perlu didenda. Dia seterusnya berjumpa dengan kaunseling sekolah untuk berbincang tentang masalah ini. Setelah mendengar masalahnya, guru kaunseling memberikan sekeping gambar kepada Aminah untuk diperhatikan. Apabila guru kaunseling bertanya kepada Aminah apakan yang dia nampak daripada gambar tersebut, jawapannya seekor kuda. Namun, guru kaunseling berkata bahawa pada pandangannya, haiwan yang dia dapat nampak daripada gambar tersebut ialah seekor katak. Berdasarkan keadaan ini, guru kaunseling menjelaskan kepada Aminah bahawa setiap satu perkara apabila dilihat dari sudut yang berlainan, akan diperoleh pandangan yang berlainan. Guru kaunseling juga menjelaskan kepadanya bahawa tindakan guru disiplin bukannya tidak adil. Hal ini disebabkan Siti dapat memberikan sebab yang munasabah dan boleh diterima tetapi Hassan tidak. Melalui perbualan dengan guru kaunseling, Aminah berubah pemikirannya. Kini, Aminah telah menjadi seorang yang berfikiran rasional.

Kelebihan dan Kelemahan Rational Emotif Therapy Kelebihan A. Pendekatan ini cepat sampai kepada masalah yang dihadapi oleh klien. Dengan demikian, perawatan juga dapat dilakukan dengan cepat. B. Para klien biasa memperoleh sejumlah besar pemahaman dan akan menjadi sangat sedar akan sifat masalahnya. C. Kaedah berfikir logik yang diajarkan kepada klien dapat digunakan dalam menghadapi masalah yang lain. D. Klien merasa dirinya mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuan dari cara berfikir. E. Menekankan pada pemahaman yang baru diperoleh ke dalam tindakan yang

memungkinan klien mempraktikkan tingkah laku baru dan membantu mereka dalam pengkondisian ulang.

Kelemahan A. Ada klien yang boleh ditolong melalui analisa logik dan falsafah, tetapi ada pula yang tidak begitu cerdas otaknya untuk dibantu dengan cara yang sedemikian yang berasaskan kepada logikal. B. Ada sebagian klien yang begitu terpisah dari realiti sehingga usaha untuk membawanya ke alam nyata sukar sekali dicapai. C. Ada juga sebagian klien yang memang suka mengalami gangguan emosi dan bergantung kepadanya dalam hidupnya, dan tidak mahu berbuat apa-apa perubahan lagi dalam hidup mereka.

Maklumat dipeoleh dari http://marabpisurya.blogspot.com/2010/12/terapi-rasional-emotif-kembangkandan.html

You might also like