You are on page 1of 23

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

TAJUK 1

TERMOKIMIA

1.0 Sinopsis Termokimia ialah suatu kajian tentang perubahan tenaga yang menyertai suatu tindak balas kimia. Dalam tajuk ini, anda akan diberi pendedahan tentang jenis tenaga dan perubahan tenaga. Anda juga akan mengkaji tentang Hukum Pertama Termodinamik, pemuliharaan tenaga, tenaga dalam dan pemindahan tenaga, tindak balas eksotermik dan endotermik.

1.1 Hasil Pembelajaran

1. Mengenal pasti pelbagai jenis tenaga; 2. Menyatakan perubahan tenaga; 3. Mendefinisi konsep pemuliharaan tenaga/ Hukum Pertama Termodinamik; 4. Menerangkan konsep tenaga dalam dan pemindahan tenaga; 5. Menerangkan tindak balas eksotermik dan endotermik; 6. Melaksanakan aktiviti PCK untuk mengajar tajuk kurikulum yang sesuai.

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

1.2 Kerangka Tajuk

Termokimia

Sifat Tenaga

Perubahan Tenaga

Hukum Pertama Termodinamik Tenaga Dalam dan Pemindahan Tenaga Tindak balas eksotermik dan endotermik

Pemuliharaan Tenaga

Rajah 1.1 Kerangka Tajuk

1.3 ISI KANDUNGAN 1.3.1 Jenis Tenaga Tenaga ialah sesuatu yang berkemampuan untuk membuat kerja atau memberi haba. Ia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Tenaga digunakan dalam semua bidang seperti menggerakkan jentera, menyalakan lampu elektik, memasak makanan, menggerakkan kenderaan dan sebagainya. Tenaga wujud dalam berbagai bentuk seperti yang berikut:

Tenaga kimia Tenaga kintetik Tenaga keupayaan Tenaga haba Tenaga elektrik 2

SCE3109 Tenaga dalam Kimia Tenaga cahaya Tenaga bunyi Tenaga nuklear

1.3.2 Sifat Tenaga

Tenaga wujud dalam dua bentuk asas iaitu tenaga keupayaan dan tenaga kinetik. Sistem kimia mengandungi kedua-dua tenaga keupayaan dan tenaga kinetik. Tenaga keupayaan ialah tenaga yang disebabkan oleh kedudukan sesuatu objek. Tenaga keupayaan sesuatu bahan bergantung kepada komposisinya, jenis atom dalam bahan, bilangan dan jenis ikatan yang menggabungkan atom dan cara penyusunan atomnya. Sebagai contoh, air tersimpan dalam empangan mempunyai tenaga keupayaan graviti kerana berada tinggi dari paras. Sekiranya pintu empangan dibuka, air akan turun dipengaruhi oleh graviti dan membuat kerja memutarkan janakuasa bagi menghasilkan tenaga elektrik. Setiap molekul air juga mempunyai tenaga keupayaan kimia yang disebabkan oleh daya tarikan dan penolakan elektrostatik dalam setiap atom dan di antara atom. Tenaga kinetik adalah tenaga yang disebabkan oleh gerakan sesuatu objek. Tenaga kinetik sesuatu bahan dikait rapat dengan gerak rawak dan tetap atom atau molekulnya dan berkadar dengan suhunya. Sebagai contoh, apabila air dari empangan dibiarkan terjun, tenaga keupayaannya bertukar kepada tenaga kinetic akibat dari pergerakan air tersebut. Di samping itu, molekul air mempunyai tenaga terma disebabkan oleh putaran, getaran dan gerak rawak molekul.

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Layari Internet (1 jam)

Layari internet untuk mengumpulkan maklumat tentang pelbagai sumber tenaga di Malaysia. Kategorikan sumber tenaga itu sebagai tenaga yang boleh diperbaharui atau tenaga yang tidak boleh diperbaharui

1.3.3 Perubahan tenaga Semua bentuk tenaga adalah saling bertukaran antara satu sama lain. Rajah 1.2 berikut menunjukkan beberapa contoh perubahan bentuk tenaga.

Tenaga kimia

Perubahan tenaga tenaga haba dan tenaga cahaya Tenaga elektrik Tenaga kinetik Tenaga elektrik

Tenaga kimia Tenaga haba

Tenaga kimia Tenaga cahaya Tenaga elektrik

Tenaga bunyi Tenaga kimia Tenaga cahaya

Contoh Pembakaran bahan api seperti kerosin dan sebagainya Bateri Perubahan air kepada stim yang menggerakkan dynamo bagi menghasilkan tenaga elektrik Letupan mercun Fotosintesis Penyalaan mentol elektrik

Rajah 1.2 Perubahan bentuk tenaga

1.3.4 Hukum Pertama Termodinamik/Pemuliharaan Tenaga Apabila tenaga berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, jumlah tenaga adalah tetap. Tenaga dipulihara. Hukum Pemuliharaan Tenaga atau Hukum Pertama Termodinamik menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh ditukarkan daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain.

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Memikir (2 jam)

Lukiskan satu siratan tenaga yang menunjukkan pengubahan pelbagai jenis bentuk tenaga dalam kehidupan anda.

1.3.5

Tenaga dalam dan permindahan tenaga

Dalam termokimia, sistem adalah bahagian dari semesta yang akan dikaji, misalnya dalam suatu ujikaji, bahan dan hasil tindak balas adalah merupakan sistem. Sekitar adalah bahagian luar system, misalnya kelalang, makmal dan sebagainya. Sistem dan sekitar membentuk semesta. Sistem boleh dibahagikan kepada 3 jenis; iaitu

(a) Sistem terbuka Dalam sistem terbuka, kedua-dua tenaga dan jirim dapat dipindahkan daripada suatu sistem kepada sekitarnya. Misalnya, air kopi panas dalam cawan. Haba dihilangkan kepada sekitarnya manakala wap (sebagai jirim) juga turut meruap ke sekitarnya.

(b) Sistem tertutup Dalam sistem terbuka, hanya tenaga sahaja dapat dipindahkan kepada sekitarnya. Misalnya, air kopi panas dalam cawan yang tertutup rapat, hanya haba dihilangkan kepada sekitarnya.

(c) Sistem terpencil atau tersekat Pada sistem ini, tiada tenaga atau jirim yang dapat berpindah. Misalnya, air panas yang disimpan dalam termos.

Perpindahan tenaga berlaku dalam bentuk haba q atau kerja, w. Perpindahan tenaga ini menjejaskan jumlah keseluruhan tenaga, iaitu tenaga dalam, E yang 5

SCE3109 Tenaga dalam Kimia terdapat dalam sistem tersebut. Jumlah tenaga dalam, E sesuatu sistem terdiri daripada jumlah semua tenaga terma dan tenaga kimia untuk setiap molekul atau ion dalam sistem itu. Bagi suatu sistem terpencil atau tersekat, jumlah tenaga dalam adalah tetap kerana tiada tenaga atau jirim yang dapat berpindah. Ini merupakan suatu pernyataan lain bagi Hukum Pertama Termodinamik yang boleh dituliskan sebagai Jumlah tenaga dalam suatu sistem terpencil atau tersekat adalah tetap.

Pada praktiknya, adalah sesuatu yang tidak mungkin bagi kita memisahkan suatu tindak balas kimia dengan sekitarnya kerana bahan kimia yang kita gunakan sentiasa berada dalam keadaan bersentuhan dengan sekitarnya. Namun begitu, kita masih boleh mengukur akan perubahannya sahaja, disebut perubahan tenaga dalam, E, di mana E = Efinal - Einitial Efinal ialah tenaga dalam keadaan akhir sistem Einitial ialah tenaga dalam keadaan awal sistem Sebarang tenaga yang mengalir keluar daripada sistem kepada sekitarnya mempunyai tanda negatif kerana sistem tersebut mengalami kehilangan haba. Efinal < Einitial Sebaliknya tenaga yang mengalir masuk kepada sistem daripada sekitarnya mempunyai tanda positif kerana sistem tadi mengalami pertambahan haba. Efinal > Einitial 1.3.6 Tindak balas eksotermik dan endotermik

Haba yang terlibat dalam sesuatu tindak balas kimia disebut secara umum sebagai haba tindak balas. Haba tindak balas ini merupakan kuantiti haba yang bertukar di antara sistem dengan sekitarnaya apabila suatu tindak balas kimia berlaku di dalam sistem tersebut pada suhu tetap. Dalam tindak balas

eksotermik, haba dipindahkan dari sistem ke sekitar manakala dalam tindak balas endotermik, haba dipindahkan dari sekitar ke sistem. Rajah 1.3

SCE3109 Tenaga dalam Kimia menunjukkan profil tenaga bagi tindak balas eksotermik dan Rajah 1.4 menunjukkan profil tenaga bagi tindak balas endotermik.

Kandungan Haba , H

H2O (g) bahan H = - 44 kJ mol-1 (haba dibebaskan) H2O (l) hasil Laluan tindak balas

Rajah 1.3 Profil Tenaga Tindak Balas Eksotermik

Kandungan Haba, H

H2O(g) H = + 44 kJ mol-1 (haba diserap) H2O (l) Laluan tindak balas

Rajah 1.4 Profil Tenaga Tindak Balas Endotermik

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Perbincangan ( 2 jam)

Aktiviti PCK 1 untuk mengkaji pemindahan tenaga. 1. Laksanakan aktiviti yang berikut dan nyatakan perubahan tenaganya. i) Pasangkan lampu meja; ii) Nyalakan sesuatu lilin; iii) Pasangkan kalkulator yang berkuasa solar; iv) Masukkan dua bateri ke dalam kereta mainan dan pasangnya; v) Tarik satu belang getah; vi) Memerhati telefon yang berdering.

Pada akhir aktiviti ini, jawab soalan berikut: Apakah yang anda telah pelajari daripada aktiviti di atas? Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah yang mengajar topik ini? Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran anda. Apakah peranan guru dalam aktiviti ini? Apakah masalah pembelajaran/miskonsepsi pelajar dalam pembelajaran topikmindahan tenaga? Sebagai guru, bagaimanakah anda boleh membantu pelajar anda untuk mengatasi masalah pembelajaran atau miskonsepsi mereka?

1.4 Rujukan Ramli Ibrahim (2001). Asas Kimia. Puchong: Uni-Ed. Brown, T.L., Lemay, H.E., & Bursten, B.E. (2000). Chemistry: The Central Science. (8th ed.). New Jersey: Prentice Hall. http://www.fi.edu/guide/hughes/energyconservation.html (Hukum Pemuliharaan Tenaga) http://dbhs.wvusd.k12.ca.us/webdocs/Thermochem/Law-Cons-Mass-Energy.html (Hukum Pemuliharaan Tenaga)

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

TAJUK 15

KIMIA NUKLEAR

15.0 Sinopsis Sesetengah nukleus atom tidak stabil dan mereput secara spontan dengan memancarkan sinaran zarah alfa, beta dan gamma. Sinaran ini bergerak menembusi jisim dan mengion molekul, maka sinaran tadi boleh memberikan kesan terhadap organism secara biologi. Namun ini, adalah penting sinaran ini dapat dikesani. Dalam tajuk ini, anda akan diberi pendedahan tentang alat pengesanan sinaran radioaktiviti, kesan biologi radiasi dan penggunaan kimia nuklear.

15.1 Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan berbagai alat pengesan radioaktiviti; 2. 3. Menerangkan kesan biologi radiasi terhadap manusia; Menerangkan berbagai penggunaan kimia nuklear.

15.2 Kerangka Tajuk

Kimia Nuklear Alat Pengesan Sinaran Radioaktiviti

Kesan Biologi Radiasi

Penggunaan kimia nuklear

Figure 15.1 Kerangka Tajuk

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

15.3 Isi Kandungan 15.3.1 Alat Pengesan Sinaran Radioaktiviti Sinaran nukleus boleh dikesan menggunakan alat pengesan seperti berikut: a) Lencana filem fotografi b) Pengesan Sintilasi c) Tiub Geiger-Muller d) Elektroskop Kerajang Emas e) Cloud Chamber f) Pengira Spark Lencana filem fotografi Lencana filem fotografi biasanya digunakan oleh orang yang bekerja di sekitar yang mendedahkan mereka kepada radiasi. Lencana ini mengandungi filem fotografi yang terdedah apabila terkena radiasi. Di depan filem fotografi terdapat berbagai penyerap dengan ketebalan yang berbeza untuk menahan tembusan sinaran radiasi. Jika dos radiasi terlalu tinggi, filem fotografi bertukar warna kepada hitam. Selepas seketika masa, filem itu diproses dan dari ini kadar pendedahan akan menunjukkan dos radiasi yang diserap oleh seseorang pada masa itu.

10

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Rajah 15.2 Lencana Filem Fotografi (Sumber: http://images.goggle.com) Pengesan Sintilasi

Pengesan sintilasi adalah alat pengesan radiasi yang boleh menghitung zarah dipancarkan daripada nucleus radioaktif. Prinsip asas alat ini ialah penggunaan suatu bahan misalnya fosfor yang boleh memancarkan kilauan cahaya apabila ianya disinari oleh radiasi. Bilangan kilauan atau sintilasi se unit masa adalah berkadar dengan bilangan radiasi yang memukul permukaan suatu bahan. Rajah 15.3 menunjukkan proses suatu pengesan sintilasi. .

11

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Rajah 15.3 Pengesan Sintilasi (Sumber: http://images.goggle.com)

Bahan yang biasa digunakan ialah kristal natrium iodide yang mengandungi talium (II) iodida sebagai fosfor untuk mengesan zarah alfa. Kilauan yang dihasilkan oleh proses sintilasi dipancarkan melalui tingkap optik ke dalam tiub photomultiplier . Bahagian pertama photomultiplier ialah foto katod yang

menghasilkan elektron apabila cahaya memancar ke atasnya. Elektron ini akan ditarik kepada suatu siri plat yang dipanggil dinod melalui aplikasi voltan tinggi positif. Apabila suatu elekton daripada foto katod memukul dinod pertama, beberapa elektron dihasilkan yang kemudian akan ditarik kepada dinod kedua di mana penggandaan elektron berlaku. Urutan ini berterusan sehingga ke dinod terakhir di mana denyut elektron sekarang sudah berjuta kali lebih besar daripada di awal tiub. Pada takat ini, elektron dikumpulkan di anod pada hujung tiub dan membentuk denyut elektronik. Denyut ini dikesan dan dipamerkan di atas alat pengukur.

Tiub Geiger-Muller Tiub Geiger-Muller adalah alat pengesan radiasi yang beroperasi atas prinsip bahawa ion terbentuk apabila radiasi melalui tiub yang diisikan dengan gas pada 12

SCE3109 Tenaga dalam Kimia tekanan rendah. Zarah alfa dan beta boleh dikesan secara langsung menggunakan tiub Geiger-Muller. Alat ini terdiri daripada suatu tiub logam yang diisikan dengan gas pada tekanan seperti argon. Dalam tiub itu terdapat dua elektrod pada voltan tinggi dengan tanda bertentangan. Pancaran radiasi masuk ke dalam tiub melalui tingkap mika dan mengion gas argon dengan mengeluarkan electron daripada molekulnya. Ion dan electron yang dihasilkan oleh pengionan radiasi membolehkan pangaliran denyut arus elektrik ringkas di antara elektrod. Arus ringkas ini dibesarkan dan dibilang menggunakan alat pengira seperti meter kadar atau skala sebagai satu kiraan. Bilangan kiraan se unit masa adalah berkadar dengan jumlah radiasi yang melalui tiub GeigerMuller. Apabila tiub Geiger-Muller digunakan untuk mengesan pancaran radioaktif, kadar kiraan latarbelakang ditolak daripada kadar kiraan yang didapati. Rajah 15.4 menunjukkan proses dalam tiub Geiger-Muller manakala Rajah 15.5 adalah suatu tiub Geiger-Muller.

Rajah 15.4 Proses dalam Tiub Geiger-Muller (Sumber: http://images.goggle.com)

13

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Rajah 15.5 Tiub Geiger-Muller (Sumber: http://images.goggle.com)

Elektroskop kerajang-emas Elektroskop kerajang emas terdiri daripada sebatang logam tegak biasanya loyang dan pada hujungnya tergantung dua keping selari keranjang emas. Suatu terminal logam diletakkan di atas di mana caj yang diuji digunakan. Untuk melindungi kerajang emas daripada angin sejuk, ia diletakkan dalam suatu botol gelas, biasanya terbuka di bawah dan dipasangkan kepada suatu tapak. Elektroskop digunakan untuk mengesan kehadiran caj. Apabila terminal logam disentuh dengan objek bercaj, kerajang emas akan mencapah dalam bentuk V. Elektroskop juga boleh dicaj tanpa sentuhan dengan objek bercaj melalui induksi elektrostatik. Jika suatu objek bercaj di bawa berdekatan dengan terminal elektroskop, kerajang emas juga mencapah kerana medan elektrik objek menyebabkan batang elektroskop untuk mencapah. Caj dengan polariti yang bertentangan dengan objek bercaj akan tertarik kepada terminal, manakala caj dengan polariti yang sama akan menolak kerajang emas dan menyebabkannya mencapah. Rajah 15.6 menunjukkan proses dalam Elektroskop Kerajang Emas.

14

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Rajah 15.6 Proses dalam Elektroskop Kerajang Emas (Sumber: http://images.goggle.com)

Kebuk Awan (Cloud Chamber) Kebuk awan Wilson ialah alat untuk memerhati laluan pergerakan zarah radioaktif. Rajah 15.7 menunjukkan suatu kebuk awan dan Rajah 15.8 menunjukkan keratan rentas suatu kebuk awan.

15

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Rajah 15.7 Kebuk Awan (Sumber: http://images.goggle.com)

Rajah 15.8 Keratan Rentas Kebuk Awan (Sumber: http://images.goggle.com)

16

SCE3109 Tenaga dalam Kimia Bahagian atas dan bawah kebuk ditutup oleh gelas yang bergaris pusat beberapa sentimeter. Pada bawah kebuk terletak suatu omboh. Udara dalam kebuk ini ditepukan dengan wap air. Apabila omboh ditarik ke bawah dengan cepat, isipadu kebuk akan mengembang dan suhu akan menurun, menjadikan udara dalam kebuk tepu melampau dengan wap. Jika terdapat suatu zarah bercaj dalam keadaan tepu melampau ini, wap air akan mengkondensasi atas ion iaitu laluan caj. Maka, kita boleh lihat jejaknya. Cahaya dicerahkan dari tepi untuk melihat jejak zarah dengan jelas.

Pengira Spark Pengira Spark ialah suatu alat khas untuk mengesan zarah alfa. Ia mengandungi kasa logam dengan suatu wayar di bawahnya dan disambungkan kepada bekalan kuasa,. Sumber zarah alfa ialah plutonium-209 yang disimpan dalam bekas plumbum tertutup. Zarah alfa akan menyebabkan pengionan udara dan menghasilkan suatu discaj percikan api yang dikesan oleh pengira.

Rajah 15.9 Pengira Spark (Sumber: http://images.goggle.com)

17

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Rajah 15.10 Penggunaan Pengira Spark (Sumber: http://images.goggle.com)

Memikir (1 jam)

Banding bezakan berbagai alat pengesan sinaran radioaktiviti dengan menggunakan penyusun grafik.

15.3.2 Kesan biologi radiasi Kerosakan yang dihasilkan oleh radiasi begantung kepada tenaga radiasi, tempoh pendedahan radiasi dan sama ada sumber radiasi di dalam atau di luar badan. Di luar badan, sinaran gamma adalah sangat merbahaya kerana ia dapat menembusi tisu manusia dengan berkesan. Kesan biologi radiasi boleh dikategorikan sebagai pendedahan masa panjang dan masa pendek.

18

SCE3109 Tenaga dalam Kimia (a) Pendedahan radiasi masa panjang menghasilkan pembinaan radikal bebas yang menyebabkan mutasi genetik atau kanser. Radiasi tenaga tinggi boleh membuangkan elektron daripada sebatian dan menghasilkan radikal atau radikal bebas dalam tisu yang dilaluinya. Radikal ini yang kekurangan elektron sangat reaktif dan boleh menyebabkan tindak balas dalam bahan stabil sel organisma hidup. Jika tindak balas ini melibatkan bahan genetik seperti gen dan kromosom, perubahan ini mengakibatkan mutasi genetik atau kanser.

(b) Pendedahan

radiasi

yang

kuat

masa

pendek

bercenderung

memusnahkan tisu di tempat yang didedahkan dan mengakibatkan sindrom radiasi merisik seperti rasa mual, keletihan, muntah, kehilangan selera, sakit tekak, cirit birit dan kekurusan sederhana. Kemusnahan cepat tisu menjadikan radiasi kuat sebagai suatu alat yang sesuai untuk rawatan setengah-tengah kanser.

(c) Pendedahan radiasi juga boleh menyebabkan kemandulan, kelihatan tua lebih awal, kekurangan sel darah putih, kemusnahan sistem badan, berdarah dalam dan akhirnya maut.

Membuat Nota (2 jam)

Untuk mendapat kefahaman mendalam tentang kesan biologi radiasi, baca artikel dalam laman web berikut: http://hps.org/publicinformation/ate/faqs/consumerproducts.ht mll Buat nota ringkas tentang bacaan anda dan kongsikan pengetahuan ini dengan rakan sekerja anda.

19

SCE3109 Tenaga dalam Kimia 15.3.4 Penggunaan kimia nuklear Kimia nuklear digunakan dalam berbagai bidang. (a) Rawatan Perubatan Bahan radioaktif banyak digunakan dalam rawatan perubatan sebagai penyurih radioaktif yang diagnostik untuk mengenal pasti sesuatu penyakit.. Misalnya, Iodine-123 digunakan sebagai penyurih radioaktif bagi rawatan kanser tiroid. Cobalt-60 digunakan untuk rawatan kanser untuk memusnahkan sel kanser yang membahagi dengan sangat cepat. Sinaran gamma digunakan untuk

mensterilkan alat pembedahan.

Rajah 15.11 Rawatan Kanser Tiroid (Sumber: http://images.goggle.com)

(b) Industri Bahan radioaktif digunakan untuk mengenal pasti kebocoran paip bawah tanah. Suatu bahan radioaktif yang menghasilkan zarah alfa dimasukkan dalam paip. Sinaran alfa mempunyai kuasa penembusan yang paling rendah, maka ia sesuai digunakan untuk mengesan kebocoran paip. Sinaran alfa yang dibebaskan oleh bahan radioaktif itu dikesan oleh pengira Geiger-Muller, maka mengenal pasti di mana tempat kebocoran paip itu. Bahan radioaktif juga digunakan untuk

mengawal ketebalan bahan seperti kertas dengan menggunakan pengira GeigerMuller.

20

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Rajah 15.12 Pengesanan Kebocoran Paip Bawah Tanah (Sumber: http://images.goggle.com)

(c) Kaji Purba/Arkeologi Bahan radioaktif boleh digunakan untuk menetapkan tarikh bahan antic atau fosil. Misalnya, Karbon-14 digunakan untuk menentukan umur barang purba walaupun telah berumur beberapa ratus ribu tahun. Karbon-14 hadir di atmosfera dalam bentuk karbon dioksida. Tumbuhan menggunakan karbon dioksida yang mengandungi karbon-14 untuk proses fotosintesis. Selanjutnya, haiwan akan memakan tumbuhan tadi, maka padanya terdapat karbon-14. Apabila hidupan tadi mati, nisbah karbon-14 dengan karbon-12 mulai berkurangan kerana pereputan karbon-14 yang berterusan dengan kadar yang kecil. Nisbah keduadua karbon inilah yang menjadi kunci penentu tentang tarikh mati hidupan. Pentarikhan karbon-14 hanya boleh digunakan bagi bahan yang mempunyai umur tidak melebihi 50 000 tahun sahaja, bagi yang lebih lama lagi daripada tempoh ini, pentarikhan dilakukan dengan menggunakan isotop uranium-238.

(d) Pengawetan Makanan Bahan radioaktif juga digunakan untuk mensterilkan makanan untuk pengawetan supaya ia tahan lebih lama. Ia juga digunakan untuk menghalang percambahan kentang dan sayur-sayuran supaya boleh disimpan lebih lama. 21

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

(e) Pertanian Sinaran gama digunakan untuk mensterilkan haiwan peliharaan. Ia juga digunakan untuk menghasilkan baka tumbuh-tumbuhan yang baru. Fosfor-32 digunakan sebaagi pengesan untuk mengkaji penyerapan dan penggunaan fosfat oleh tumbuh-tumbuhan. Karbon-14 digunakan untuk mengkaji laluan karbon dalam fotosintesis tumbuh-tumbuhan.

(f) Senjata Nuklear Proses transmutasi nukleus bahan radioaktif secara pembelahan dan pelakuran digunakan untuk menyediakan bom atom dan bom hydrogen yang digunakan sebagai senjata nuclear. (g) Kuasa Nuklear Pembelahan nucleus secara berantai dengan kawalan terkawal dalam reaktor nuklear menghasilkan kuasa nuklear yang mampu memenuhi bekalan elektrik setiap sektor masyarakat.

Mengumpul Maklumat (2 jam)

Kumpulkan maklumat mengenai cara menguruskan bahan radioaktif. Senaraikan langkah keselamatan yang boleh diambil dalam pengurusan bahan radioaktif.

22

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

Latihan (2 jam)

Kumpulkan maklumat mengenai penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif yang bermanfaat bagi umat manusia. Sediakan satu poster tentang kelebihan dan kelemahan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di Malaysia. Sebarkan maklumat yang disediakan kepada orang lain dengan mempamerkan poster ini di papan buletin sekolah anda. Tuliskan satu refleksi sebanyak 200 perkataan tentang pengalaman anda semasa menyediakan latihan ini.

15.4 Rujukan Brown, T.L.; Lemay,H.E.; Bursten, B.E. (2000) Chemistry-The Central Science. Eighth Edition, New Jersey:Prentice Hall. McMurry,J.; Fay,R.C. (2001) Chemistry. Third Edition, New Jersey: Prentice Hall. http://hps.org/publicinformation/ate/faqs/consumerproducts.html (kesan biologi radiasi) http://en.wikipedia.org/wiki/Geiger-M%C3%BCller_tube (Tiub Geiger-Muller) http://physics.kenyon.edu/EarlyApparatus/Static_Electricity/Electroscope/Electros cope.html (Elektroskop Kerajang Emas) http://www.answers.com/topic/nuclear-reactor (Tenaga nuklear) http://en.wikipedia.org/wiki/Nuclear_reactor_technology (Tenaga nuklear)

23

You might also like