You are on page 1of 10

MNLSK/SJKC/SJKT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA NKRA - PENDIDIKAN

MANUAL INSTRUMEN NUMERASI LISAN SARINGAN 2 (SK/SJKC/SJKT) TAHUN 1 SEPTEMBER 2013

LINUS Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

MNLSK/SJKC/SJKT

KAEDAH PELAKSANAAN Instrumen ini hendaklah ditadbir pada 1 September hingga

27 September 2013 Semua murid Tahun 1 (2013) mesti menduduki saringan ini walaupun telah menguasai saringan sebelumnya Ditadbir oleh guru LINUS mengikut masa yang ditetapkan

menggunakan bahasa pengantar di sekolah Ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (bilangan murid dalam kumpulan kecil tidak lebih daripada 3 orang) Ditadbir mengikut urutan item / konstruk Jika kesemua konstruk telah ditaksir, guru boleh mentaksir semula mengikut urutan, konstruk yang belum dikuasai oleh murid.

(Pengulangan konstruk tidak lebih daripada dua (2) kali) Guru LINUS disarankan berada dengan murid ketika saringan dilaksanakan Ditadbir tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen perkauman dan tahap kecerdasan murid Murid disaring secara telus dan jujur Guru LINUS mesti mencatat pencapaian murid menggunakan Borang Prestasi Individu seperti yang dilampirkan pada halaman belakang Instrumen Saringan Numerasi Murid menguasai sesuatu konstruk jika dapat menjawab betul keduadua item yang mengukur konstruk tersebut

Manual Numerasi Lisan Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT) Tahun 1 (2013) LINUS Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

MNLSK/SJKC/SJKT

TINDAKAN HASIL PROSES SARINGAN

TINDAKAN HASIL PROSES SARINGAN

Selepas Saringan 2 dijalankan,murid-murid akan ditempatkan mengikut penguasaan konstruk berdasarkan jadual di bawah: Saringan 2 Tidak menguasai Konstruk 1 Konstruk 2 (dibimbing oleh guru Pemulihan Khas) Program LINUS Tidak menguasai mana-mana Konstruk 3 Konstruk 12

Menguasai Konstruk 1 hingga Konstruk 12

Kelas arus perdana

Program LINUS hendaklah dilaksanakan oleh guru Matematik.

Manual Numerasi Lisan Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT) Tahun 1 (2013) LINUS Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

MNLSK/SJKC/SJKT PENERANGAN INSTRUMEN SARINGAN 2 (LISAN) Item1 Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka Guru menyediakan kad angka 0 hingga 9 Guru menunjukkan kad angka 3, 9 dan 4 Guru minta murid menyebut angka-angka tersebut Murid menguasai tugasan ini jika menyebut o Tiga / bahasa pengantar di sekolah o Sembilan / bahasa pengantar di sekolah o Empat / bahasa pengantar di sekolah Catatan 1. Jika murid gagal menyebut angka 3, 9 dan 4 guru boleh menukar kepada angka-angka yang lain

Item 2 Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka Guru menyediakan kad angka 0 hingga 9 Guru minta murid mengambil kad angka 5, 8 dan 2 Murid menguasai tugasan ini jika mengambil kad angka 5, 8 dan 2 Catatan 1. Jika murid gagal mengambil kad angka 5, 8 dan 2 guru boleh minta murid mengambil kad angka yang lain

Item 3 Konstruk 2 : Keupayaan membilang Guru menyediakan 7 pensel Guru minta murid membilang semua pensel Murid menguasai tugasan ini jika membilang semua pensel hingga 7 / bahasa pengantar di sekolah Catatan 1. Guru boleh menggantikan pensel dengan objek lain

Manual Numerasi Lisan Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT) Tahun 1 (2013) LINUS Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

MNLSK/SJKC/SJKT Item 4 Konstruk 2 : Keupayaan membilang Guru menunjukkan gambar cempedak Guru minta murid membilang semua cempedak yang terdapat pada gambar Murid menguasai tugasan ini jika membilang cempedak hingga 8 / bahasa pengantar di sekolah Catatan 1. Guru boleh menggantikan gambar yang lain

cempedak

dengan gambar

Item 5 Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor Guru menyediakan 2 kad gambar Guru minta murid memilih kad gambar yang menunjukkan 6 epal Murid menguasai tugasan ini jika memilih kad yang menunjukkan 6 epal Catatan 1. Guru boleh menggantikan gambar epal dengan gambar yang lain

Item 6 Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor Guru menyediakan 5 kad nombor Guru minta murid menyusun kad nombor mengikut tertib menurun Murid menguasai tugasan ini jika menyusun 17, 16, 15, 14, 13

Item 7 Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi Guru menyediakan kad gambar Guru minta murid memilih gambar mengikut urutan panjang ke pendek Murid menguasai tugasan ini jika memilih kad gambar mengikut urutan panjang ke pendek Catatan 1. Guru boleh menggantikan gambar lampu suluh dengan gambar yang lain
Manual Numerasi Lisan Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT) Tahun 1 (2013) LINUS Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

MNLSK/SJKC/SJKT Item 8 Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi Guru menyediakan kad gambar Guru minta murid memilih kad gambar mengikut urutan nipis ke tebal Murid menguasai tugasan ini jika memilih kad gambar mengikut urutan nipis ke tebal Catatan 1. Guru boleh menggantikan gambar span dengan gambar yang lain Item 9 Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia Guru menyediakan wang kertas RM1, RM5, RM10 dan dua wang kertas negara luar Guru minta murid memilih semua mata wang Malaysia Murid menguasai tugasan ini jika memilih wang kertas RM1, RM5 dan RM10 Catatan 1. Guru mesti menggunakan wang sebenar

Item 10 Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia Guru menyediakan wang syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen Guru minta murid memilih wang syiling 10 sen Murid menguasai tugasan ini jika mengambil wang syiling 10 sen Catatan 1. Guru mesti menggunakan wang sebenar 2. Guru boleh menggantikan wang syiling 10 sen dengan wang syiling yang lain

Item 11 Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu Guru menyediakan gambar Guru minta murid menyatakan waktu Murid menguasai tugasan ini jika menyatakan o Siang / bahasa pengantar di sekolah pada gambar A o Malam / bahasa pengantar di sekolah pada gambar B
Manual Numerasi Lisan Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT) Tahun 1 (2013) LINUS Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

MNLSK/SJKC/SJKT

Item 12 Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu Guru minta murid menyatakan nama hari selepas hari Selasa Murid menguasai tugasan ini jika menyatakan Rabu / bahasa pengantar di sekolah Catatan 1. Guru boleh mempelbagaikan kaedah penyoalan menggunakan nama hari yang lain

Item 13 Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas Guru menyediakan 10 pembaris dan sebuah bekas Guru memasukkan 5 pembaris ke dalam bekas Guru minta murid mengira pembaris di dalam bekas Guru minta murid memasukkan 4 pembaris ke dalam bekas Guru minta murid mengira semula pembaris di dalam bekas Guru minta murid menyatakan jumlah pembaris tersebut bertambah atau berkurang Murid menguasai tugasan ini jika o Menyatakan 9 / bahasa pengantar di sekolah o Menyatakan bertambah / bahasa pengantar di sekolah Catatan 1. Guru boleh menggantikan pembaris atau bekas dengan objek lain

Item 14 Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas Guru menyediakan kad simbol (+), () dan (=) Guru minta murid memilih simbol yang digunakan dalam item 13 Murid menguasai tugasan ini jika memilih kad simbol (+)

Manual Numerasi Lisan Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT) Tahun 1 (2013) LINUS Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

MNLSK/SJKC/SJKT

Item 15 Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia Guru menyediakan wang syiling 50 sen dan 20 sen Guru minta murid menyatakan jumlah nilai wang tersebut Murid menguasai tugasan ini jika menyatakan 70 sen / bahasa pengantar di sekolah Catatan 1. Guru mesti menggunakan wang syiling sebenar 2. Guru boleh menggantikan dengan nilai wang syiling yang lain

Item 16 Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia Guru menyediakan wang kertas RM1 dan RM5 Guru minta murid menyatakan jumlah nilai wang tersebut Murid menguasai tugasan ini jika menyatakan RM6 / bahasa pengantar di sekolah Catatan 1. Guru mesti menggunakan wang kertas sebenar 2. Guru boleh menggantikan nilai wang yang lain

Item 17 Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu Guru menyediakan pen dan pemadam Guru minta murid memilih objek yang lebih pendek Murid menguasai tugasan ini jika memilih pemadam Catatan 1. Guru hendaklah memastikan perbezaan ukuran pen dan pemadam adalah jelas 2. Guru boleh menukar pen dan pemadam dengan objek lain

Manual Numerasi Lisan Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT) Tahun 1 (2013) LINUS Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

MNLSK/SJKC/SJKT Item 18 Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu Guru menyediakan 2 botol yang berisi air penuh dan setengah Guru minta murid memilih botol yang berisi air setengah Murid menguasai tugasan ini jika memilih botol yang berisi air setengah Catatan 1. Guru boleh menukar botol dengan objek lain 2. Guru hendaklah memastikan isi padu air adalah jelas berbeza

Item 19 Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya Guru menyediakan kad gambar dan 3 kad ayat matematik Guru minta murid mengira semua objek Guru minta murid mengira bilangan objek yang dipangkah Guru minta murid mengira bilangan objek yang tidak dipangkah Guru minta murid memilih kad ayat matematik yang betul Murid menguasai tugasan ini jika memilih kad 9 3 = 6

Item 20 Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya Guru menyediakan kad nombor 0 hingga 9 dan kad simbol (+), ) ( dan (=) Guru menyediakan dua bekas berlabel A yang berisi 2 guli dan bekas B yang berisi 5 guli Guru minta murid mengira guli dalam bekas A dan guli dalam bekas B Guru minta murid mengambil kad nombor yang mewakili guli di dalam bekas A dan bekas B Guru minta murid mengira jumlah guli di dalam kedua-dua bekas Guru minta murid mengambil kad nombor bagi jumlah tersebut Guru minta murid memilih kad simbol yang menunjukkan aktiviti yang dijalankan Guru minta murid menyusun kad-kad yang dipilih menjadi ayat matematik Murid menguasai tugasan ini jika menyusun kad 2 + 5 = 7
Manual Numerasi Lisan Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT) Tahun 1 (2013) LINUS Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

MNLSK/SJKC/SJKT Item 21 Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat dan sebaliknya Guru membacakan situasi Guru minta murid menyatakan jawapan Murid menguasai tugasan ini jika menyatakan 7 / bahasa pengantar di sekolah

Item 22 Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat dan sebaliknya Guru membacakan situasi Guru minta murid menyatakan jawapan Murid menguasai tugasan ini jika menyatakan 9 / bahasa pengantar di sekolah

Item 23 Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang Guru membacakan situasi Guru minta murid menyatakan jawapan Murid menguasai tugasan ini jika menyatakan RM6 / bahasa pengantar di sekolah

Item 24 Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang Guru membacakan situasi Guru minta murid menyatakan jawapan Murid menguasai tugasan ini jika menyatakan meja guru / bahasa pengantar di sekolah

Manual Numerasi Lisan Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT) Tahun 1 (2013) LINUS Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

10

You might also like