You are on page 1of 2

Majlis Sukan Sekolah Zon Bandar

Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya,


JKR 2854,Pos Skudai,
No. Tel : 07-5569045
81300 Johor Bahru
No. Fax: 07-5569045
Ruj.Kami:ZB/JB/05/10/004/2013(2)
Tarikh
: 17 Januari 2013
Pengurus,
Cawangan CIMB Bank Skudai Kiri,
Jalan Skudai,
81200 Johor Bahru,
Johor.
Tuan,
PERMOHONAN PERTUKARAN TANDATANGAN CEK
MAJLIS SUKAN SEKOLAH ZON BANDAR
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu, saya selaku pengerusi Zon Bandar bagi sesi 2013/2014 memohon
untuk membuat pertukaran tandatangan cek Majlis Sukan Sekolah Zon Bandar selaras
dengan keputusan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi pada Mesyuarat Agung 2012
seperti berikut :Pengerusi

Osman Bin Ibrahim (No. KP : 540710-01-5651)


Guru Besar SK. Kg. Maju Jaya,JB

Setiausaha :

Yosnizaan Bin Jopri (No. KP : 780118-01-6551)


GPK Kokurikulum SK. Kg. Maju Jaya,JB

Bendahari

Zainab Binti A. Bakar (No. KP : 571020-01-6202)


Guru Besar SK Taman Tampoi Utama,JB

3. Bagi tujuan pengeluaran wang, sekurang-kurangnya dua tandatangan Ahli


Jawatankuasa Tertinggi diperlukan bagi mengesahkan cek berkuatkuasa mulai tarikh surat
ini. Bersama-sama surat ini dilampirkan Minit Mesyuarat Agung Majlis Sukan Sekolah Zon
Bandar 2012.
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

( OSMAN BIN IBRAHIM )


Pengerusi Majlis Sukan Zon Bandar
SK Kampung Maju Jaya,
Johor Bahru.

s.k. : Penyelia Kanan Sukan PPDJB

You might also like