You are on page 1of 1

KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM ) 2013-2025: * Kementerian Pendidikan berhasrat memastikan

kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringat menengah atas (Tingkat an 5) menjelang 2020. * Meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarab angsa mengikut pengukuran Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabang sa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dalam tempoh 15 tah un akan datang. * Merapatkan jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sos ioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50 peratus menjelang 2020. * Menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pe ngalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuh lagi asas perpaduan rakyat Malaysia. * Memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa. * Mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yan g dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia dan setiap anjakan perlu memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem iaitu akses, ku aliti, ekuiti, perpaduan dan kcekapan. * Melanjutkan pendidikan wajib daripada enam tahun kepada 11 tahun bermula pada umur enam tahun dengan disokong program pengekalan yang disasarkan. * Melancar Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sek olah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada 2017 bagi mengimbangi set ilmu penge tahuan dan kemahiran seperti pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah da n kepimpinan.

You might also like