You are on page 1of 4

Kedatangan Benggali Putih ke Timur untuk teruskan Perang Salib, hancurkan Keraja an Islam TATKALA kita dilaungkan yang

Malaysia kini sudah 50 tahun mencapai kemerdekaan, kita seolah-olah lupa yang negara sebenarnya dijajah selama 446 tahun. Nyata usia kemerdekaan negara masih terlalu a dijajah. muda berbanding tempoh tanah watan kit

Antara penjajah pertama yang menduduki bumi bertuah milik kita ialah Portugis ap abila mereka menjajah Melaka pada 1511 dan mendudukinya selama 130 tahun. Bermula daripada Portugis, tanah air kita dijajah pula oleh Belanda, British dan Jepun sebelum ia diserah kembali untuk ditadbir anak watan sebagai sebuah negar a merdeka pada 31 Ogos 1957. Sejarah panjang penjajahan negara ini bermula dengan berlabuhnya angkatan laut P ortugis yang digelar Benggali Putih di Melaka pada 1509. Diketuai Lopez de Sequeir a, angkatan laut Portugis dihantar Raja Portugal kononnya untuk menjalinkan hubu ngan persahabatan antara Kerajaan Portugal dan Kerajaan Melaka. Bagaimanapun, terdapat niat lain di sebalik jalinan hubungan ditawarkan Portugis . Berbekalkan slogan Gospel, Gold and Glory (Injil, Emas dan Kemasyhuran), mereka mula belayar ke Timur seawal abad ke-15. Kedatangan Portugis ke Timur dikaitkan dengan keinginan mereka meneruskan Perang Salib; mereka ingin menghancurkan Kerajaan Islam di Timur termasuklah Kerajaan Melaka yang terkenal sebagai Pusat Pengembangan Islam di Nusantara seterusnya me nyebarkan ajaran Kristian. Selain itu, pelayaran mereka ke Timur juga bertujuan mengaut kekayaan menerusi p erdagangan rempah seperti lada hitam, kayu manis, bunga cengkih dan buah pala. Sebelum itu, perdagangan rempah dimonopoli pedagang Islam yang mendapatkan bekal an di Melaka sebelum menjual pada harga tinggi di Eropah. Portugis berpendapat j ika mereka berjaya menguasai Selat Melaka, mereka akan berjaya mengambil alih ke kayaan itu daripada pedagang Islam. Berikutan itu, dengan bermanis muka, Lopez de Sequeira masuk menghadap Sultan Me laka ketika itu, Sultan Mahmud Shah dan bagai menanam tebu di tepi bibir, lelaki Portugis terbabit mula menaburkan janji manis mengenai kebaikan jalinan hubunga n antara kedua-dua kerajaan. Tanpa menyedari niat serong di sebalik kata-kata Lopez de Sequeira, Sultan Mahmu d Shah menyambut baik hasrat Portugis malah membenarkan mereka berniaga di Melak a. Baginda juga memberi jaminan keselamatan sepanjang Portugis berniaga di situ. Bagaimanapun, hasrat Portugis untuk menguasai perdagangan dan menentang Islam di ketahui pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat lalu mereka segera memaklumkan musl ihat bangsa asing itu kepada Bendahara Tun Mutahir. Bendahara Tun Mutahir pantas menyampaikan berita itu kepada Sultan dan menasihat i baginda supaya menangkap orang Portugis termasuk pegawai kanan mereka, Ruy de Araujo. Lopez de Sequeira yang ketakutan kerana menyedari tembelang mereka sudah pecah, bertindak melarikan diri ke pangkalan mereka di Goa, India sekali gus meninggalk an beberapa anak kapalnya ditangkap dan dibunuh tentera Melaka.

Tindak balas Melaka itu segera disampaikan kepada Raja Portugal dan pada 1510, s atu angkatan laut diketuai Alfonso de Albuquerque dihantar untuk menyerang Keraj aan Melayu itu. Sebaik tiba, Alfonso de Albuquerque menghantar utusan menuntut askar Portugis ya ng ditawan segera dibebaskan dan Melaka perlu membayar ganti rugi kepada mereka. Wizurai Portugis itu juga meminta untuk mendirikan kubu di Melaka tetapi semua tuntutan itu ditolak dengan beraninya oleh Sultan Mahmud Shah. Melihat tuntutannya tidak dilayan, ledakan meriam daripada kapal perang Portugis dilepaskan pada 25 Julai 1511 seterusnya bermulalah serangan pertama Portugis t erhadap Melaka. Soldadu perang Portugis segera mendarat di pantai Melaka dan peperangan hebat te rus berlaku. Suatu ketika, askar Portugis berjaya menguasai jambatan Sungai Mela ka tetapi pahlawan tempatan segera bangkit menentang. Serangan balas diketuai Sultan Ahmad Shah menyebabkan angkatan Portugis terpaksa berundur. Portugis kembali menyusun strategi dan melancarkan serangan kedua pada 10 Ogos 1 511. Pertempuran hebat meletus lagi di bumi Melaka dan selepas dua minggu bertem pur, akhirnya Alfonso de Albuquerque berjaya menawan dan menjajah Melaka. Sultan Ahmad Shah dan ayahandanya, Sultan Mahmud Shah; pembesar, kerabat diraja serta beberapa rakyat terpaksa berundur ke Muar. Dari Muar, mereka berundur ke P ahang seterusnya Bentan. Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mendirikan kerajaan baru selepas kemangkatan anaka ndanya, Sultan Ahmad Shah. Selepas penawanan Melaka, Sultan Mahmud Shah beberapa kali cuba merampas kembali negaranya daripada Portugis tetapi gagal. Seterusnya pada 1511 kekal dalam ingatan kebanyakan kita - ia adalah tahun di ma na Melaka yang menjadi simbol kegemilangan Kerajaan Melayu di Tanah Melayu atau mungkin mewakili tanah air kita, buat pertama kalinya dijajah bangsa asing. Kelemahan pemerintahan Melaka punca dijajah PENJAJAHAN Melaka oleh Portugis pada 1511 turut berpunca daripada beberapa kelem ahan negara itu sendiri. Melaka yang dibuka pada 1400 oleh Parameswara atau Sultan Iskandar Shah mencapai kemuncak kegemilangannya sebagai sebuah kerajaan dan pusat perdagangan di zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah iaitu dari 1458 hingga 1477. Bagaimanapun, selepas kemangkatan Sultan Mansor Shah, zaman kegemilangan Melaka semakin menurun. Sultan Alauddin Riayat Shah yang menggantikan baginda, mati dir acun pada 1488 seterusnya diganti Sultan Mahmud Shah. Di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah, beberapa masalah dalaman timbul dalam Kerajaan Melaka antaranya kelemahan pentadbiran, masalah perpaduan, kelemahan ke tenteraan sehingga akhirnya, kedatangan dan serangan Portugis menyebabkan Melaka akhirnya dijajah. Kelemahan dalam pentadbiran kerajaan berlaku apabila Bendahara Tun Perak meningg al dunia pada 1498 dan jawatannya diganti Bendahara Tun Mutahir yang bersikap pi lih kasih sehingga mencetuskan iri hati di kalangan pembesar lain. Sikap pilih kasih itu juga menyebabkan Tun Mutahir difitnah yang beliau cuba men gatasi kekayaan Sultan menyebabkan Sultan Mahmud Shah amat murka. Tanpa usul per

iksa, baginda menjatuhkan hukuman bunuh kepada Tun Mutahir dan keluarganya. Selepas kematian Tun Mutahir, barulah Sultan Mahmud Shah menyedari kesilapannya. Dalam kekesalahn, baginda menyerahkan tampuk kepimpinan kepada anakandanya, Sul tan Ahmad Shah tetapi pengganti baginda adalah seorang pemerintah yang tidak cek ap dan lemah. Pengganti Bendahara Tun Mutahir iaitu Tun Pepatih Putih adalah seorang yang uzur menyebabkan kewibawaan pentadbiran Melaka menjadi semakin lemah. Masalah dalama n semakin menjadi-jadi dengan amalan rasuah dan fitnah berleluasa. Cukai kepada pedagang pula semakin tinggi menyebabkan pedagang mula beralih untu k berniaga di pelabuhan lain yang mengenakan cukai lebih rendah seperti Acheh, B antam, Patani dan Brunei. Masalah perpaduan di kalangan penduduk Melaka timbul apabila Tun Mutahir dilanti k sebagai bendahara menggantikan Tun Perak. Pelantikan Tun Mutahir menimbulkan p ersaingan antara Orang Melayu dengan India-Muslim dan kemuncak masalah adalah pe mbunuhan Tun Mutahir akibat fitnah. Kesan masalah itu turut merebak kepada rakyat jelata di mana masyarakat Melaka s emakin berpecah-belah dan tidak bersatu padu. Keadaan itu turut menjejaskan perd agangan di Melaka. Kelemahan askar Melaka yang hanya menggunakan senjata tradisional seperti keris, panah, sumpit beracun, perisai dan tombak turut menjadi punca kekalahan dan pen jajahan Melaka oleh Portugis. Walaupun ada antara tentera Melaka menggunakan senapang dan meriam, senjata api milik Portugis ternyata lebih hebat malah meriam mereka mampu menembak ke sasara n yang lebih jauh. Struktur dan strategi ketenteraan Portugis juga nyata lebih lengkap dan terlatih berbanding tentera Melaka. Portugis mendapat sokongan dari pangkalan tentera me reka di Goa semasa melancarkan peperangan sebaliknya askar upahan Melaka dari Ja wa bertindak melarikan diri semasa serangan Portugis. Semua kelemahan itu menyebabkan Melaka akhirnya berjaya dijajah Portugis dan seh arusnya ia menjadi iktibar kepada kita pada hari ini, semoga sempena kemerdekaan negara yang ke-50, sejarah hitam penjajahan itu tidak akan berulang. FAKTA: Pemerintahan Portugis # 1511: Alfonso de Albuquerque tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaa n membina kubu Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak Sultan. Selepas 1 0 hari mengepung, Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan membina A Famosa dalam tempoh enam bulan. Dengan tewasnya Sultan Mahmud Shah, Portugis m emerintah Melaka selama 130 tahun. # 1513: Patih Unus dari Jawa, seorang pahlawan Jawa yang menjadi Sultan Demak di Sumatera menyerang Kerajaan Portugis di Melaka. # 1518-1519: Sultan Mahmud Shah mengerah rakyatnya membina tembok tinggi mengeli lingi Melaka dalam masa tiga bulan dalam usaha menawan kembali negara itu. # 1521: Gereja St Paul dibina Kapten Portugis, Duarte Coelho dan dinamakan Our La dy of The Hill , tetapi kemudian ditukar Belanda kepada tempat persemadian bangsaw an dan dinamakan Gereja St Paul.

# 1523: Sultan Mahmud gagal sekali lagi dalam penawanan Melaka. # 1525: Laksamana Hang Nadim mengepung Kota A Famosa. Portugis membuat catuan ma kanan dari Goa. # 1526: Seangkatan kapal besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar Portugal unt uk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud t erpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatera. # 1528: Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar, Sumatera. # 1537: Acheh menyerang Portugis di Melaka pada kali pertama. # 1545: Buat pertama kalinya, Fr Francis Xavier tiba di Melaka. Pada keseluruhan nya, beliau membuat lima lawatan ke Melaka kerana hendak menjadikan Melaka sebag ai pusat operasinya di Timur. # 1548: Kolej St Paul, sekolah pertama di Melaka, dibina St Francis Xavier untuk orang Katolik Portugis dan orang tempatan yang murtad memeluk Kristian. # 1551: Gabungan Johor, Japara dan Perak menawan Melaka dan mengepungnya selama tiga bulan. # 1568: Johor membantu Portugis Melaka mematahkan serangan Acheh. Acheh mengawal Selat Melaka selama 60 tahun. # 1582: Portugis membantu Johor daripada serangan Acheh dan Sultan Abdul Jalil R iayat Shah menjadi Sultan Johor pertama yang melawat Melaka. # 1587: Johor menyerang Portugis secara besar-besaran melalui serangan darat dan laut tetapi gagal. # 1597: Belanda membuat serangan pertama ke atas Kota Portugis Melaka. # 1606: Belanda di bawah Laksamana Matelieff de Jonge bekerjasama dengan Sultan Johor untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa. # 1615-1616: Acheh menyerang Melaka. # 1628-1629: Acheh memerintah Melaka selama lapan bulan sebelum Portugis kembali mengambil Melaka. # 1636: Kapal Belanda memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan. # 1641: Belanda menewaskan Portugis pada 14 Januari dan menakluk Melaka dengan b antuan Sultan Johor.

You might also like