You are on page 1of 4

MINDA PENGETUA

SMK Bandar Putra, Jalan Nuri 9, Bandar Putra, 81000 Kulaijaya

Buletin MINDA PENGETUA 28 JANUARI 2011

KANDUNGAN DI DALAM

2011 TAHUN UNTUK MENCIPTA KEGEMILANGAN


Saya melihat tahun 2011 sebagai tahun yang penuh cabaran kepada kita kerana tahun ini merupakan tahun terakhir atau tahun performing untuk kita merealisasikan Perancangan Strategik SMK Bandar Putra 2009-2011. Marilah kita sama -sama merenung kembali dan membuat penilaian terhadap prestasi dan pencapaian kita pada tahun 2010 dan sebelumnya. Setiap daripada kita, perlu membuat refleksi bagi menilai amalan dan pencapaian kita setakat ini. Amalan yang baik perlu terus diperbaiki dan dimantapkan lagi. Sebaliknya amalan yang kurang sesuai dikaji semula dan diganti dengan kaedah atau pendekatan yang lebih baik. Sesungguhnya, amalan menilai prestasi dan pencapaian kita yang lepas adalah sebahagian daripada proses pendidikan yang dilakukan secara berterusan. Ia perlu diamalkan oleh semua guru dan staf sokongan dan murid agar amalan pengajaran dan tugas serta tanggungjawab sentiasa diperbaiki. Saya penuh yakin setiap guru, staf dan murid sekolah ini mampu menterjemahkan harapan dan impian sekolah, ibu bapa, masyarakat dan negara untuk menjadikan visi dan misi kita satu realiti. Justeru setiap pihak mempunyai tugas dan tanggungjawab yang perlu dimainkan dan ianya saling lengkap melengkapi. Marilah kita bekerja dalam satu pasukan secara profesional dan kolaboratif. Marilah kita jadikan tahun 2011 sebagai agenda menambah nilai kecemerlangan dalam semua aspek meliputi profesionalisme kita, akademik, kokurikulum, bina insan dan pembangunan di sekolah ini. Jadikan budaya kerja cemerlang sebagai amalan kita dan kita sentiasa berusaha untuk mencipta sejarah dalam apa juga tahap dan peringkat. Apa yang lebih penting ialah pada akhirnya apa yang kita laksanakan nanti akan memberi kesan positif kepada kemajuan pendidikan anak bangsa. Sesungguhnya, kejayaan kita melaksanakan apa yang terbaik adalah kejayaan kepada sekolah dan seterusnya kepada bangsa dan akan menjadi kebangaan masyarakat seluruhnya. Jika generasi kita diasuh dan dididik masa ini berjaya dan memberikan sumbangan positif kepada kepada pembangunan bangsa dan negara yang makmur dan bersatu padu, bakti dan jasa kita akan sentiasa dikenang. Anak-anak pelajar yang menjadi pewaris kepimpinan kini pula seharusnya mempersiapkan diri untuk terus cemerlang segalanya dengan memperkukuhkan daya saing diri untuk meneruskan survival kehidupan pada masa depan. - Ucap utama Pengetua hari
pertama persekolahan 3/1/2011

2 2 2 3 3 3 4

VISI Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang MISI Membangun potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Renungan : Dalam keghairahan kita untuk membina modal insan, jangan kita lupa tentang satu lagi matlamat utama pendidikan, iaitu untuk membangun jiwa insan. - YAB Tan Sri Mahyuddin bin Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Penasihat Akademik 2011 Medium murid berkongsi strategi kecemerlangan


Mulai tahun 2011, SMK Bandar
Putra telah mewujudkan program Penasihat Akademik yang telah dilancarkan oleh Pengetua pada 7 Januari 2011 dan dikelolakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Setiap murid akan diberik a n s e o r a n g p e n a s ih a t akademik dari kalangan guruguru SMK Bandar Putra. Setiap guru akan berperanan sebagai mentor, sumber rujukan dan guru bimbingan kepada muridmurid dalam apa juga aspek p e n d id ik a n d i s e k ola h . Sehubungan itu semua murid d ig a la k k a n m en d a p at k an perkhidmatan ini melalui medium perjumpaan/perbincangan dengan PA masing-masing untuk berkongsi hal-hal berkaitan pembelajaran di sekolah selain mendapatkan perkhidmatan d a r i p a d a U B K . Pastikan anda merujuk kepada edaran senarai PA dan ambillah peluang ini untuk terus mencipta kegemilangan diri masing-masing. Berpeganglah kepada pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Marilah kita memulakan dengan mengoptimumkan PA.

MINDA PENGETUA hanya untuk terbitan dan edaran dalaman sahaja. Kandungan, susun letak, grafik dan suntingan oleh En. Azman Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra, Kulaijaya.

Kejayaan PMR 2010


- Cabaran buat 293 calon
Tahniah kepada 221 calon PMR 2010
yang telah Berjaya meraih kecemerlangan dengan meningkatkan pencapaian GPS sekolah dari 1.22 kepada 1.20 dengan 94 orang mendapat perfect score. Natijahnya, SMK Bandar Putra masih mengungguli pencapaian di daerah Kulaijaya (1/16) dan mengekalkan kedudukan di 10 teratas negeri Johor (9/243). Kejayaan ini hendaklah menjadi satu cabaran kepada 293 calon PMR 2011 yang akan mengemudi bahtera kejayaan sekolah ini dengan sasaran 2011 iaitu:

Rahsia Cemerlang : Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
Cita-Cita perlu bagi manusia yang hidup. Manusia yang tidak bercita-cita sebenarnya mati kerana manusia yang tidak bercita-cita sudah mati batinnya dan kematian batin adalah sama dengan hidup dalam kubur (Abu Hanifah)

kemenjadian yang perlu kita pertahankan. - Petikan program Pengetua Bersama Calon PMR pada 28/1/2011 di Dewan Asrama

Warga SMK Bandar Putra meletaakkan harapan yang tinggi kepada anda untuk melunaskan tangungjawab ini demi maruah. Imej dan

- Pemangkin kecemerlangan murid

"1 Murid 1 Sukan" merupakan semangat persaingan yang sihat. rancangan transformasi pendidikan Aktiviti sukan juga dapat merapatyang diperkenalkan Kementerian kan hubungan dan meningkatkan Pelajaran bermula pada tahun 2011. persefahaman selain boleh mewuIa bagi memastikan setiap murid judkan semangat "esprit de corp" bergiat dalam sekurang-kurangnya iaitu saling membantu di antara satu satu jenis sukan. sama lain. Dasar ini berDalam konteks tujuan mengemSMK Bandar Putra ...Sukan juga dapat merapatkan balikan kegemilansemua murid wajib hubungan dan meningkatkan gan sukan ke perterlibat dalam seingkat sekolah kurang-kurangnya persefahaman.. disamping dapat 1 jenis sukan/ meningkatkan permainan dan

semua aktiviti sukan dan permainan akan dilaksanakan melalui rumah sukan masing-masing. Penilaian akan dibuat dengan menekankan penglibatan setiap murid dalam sukantermasuk penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mengenai sukan berkenaan tanpa mementingkan prestasi mereka. - Ucapan Pengetua dalam Perhimpunan Mingguan 17/1/2011

Bilik Darjah Kondusif - Mencetuskan semangat dan minat Iklim bilik darjah yang dikatakan
kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada pelajar -pelajar yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Iklim bilik darjah yang kondusif ini akan meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran-

Pesanan Pengetua, ambil masa 5 minit waktu pertama P&P untuk pastikan tiada sampah dalam bilik darjah, susunan meja kerusi kemas, sudut ilmu ceria, tingkap dan dinding tidak berhabuk, papan hijau dipadam, meja guru dan murid kemas. Kalau semua item berkenaan diurus dengan baik baru mulakan pembelajaran. Insyallah kita dapat titisan ilmu yang berkesan sepanjang hari berkenaan

pembelajaran.
Ucapan Pengetua dalam Perhimpunan Mingguan 17/1/2011 Senarai semak BD untuk tindakan murid-murid : 1. BD sentiasa bersih 2. BD sentiasa ceria 3. BD Selamat 4. BD selesa

Bilik Darjah yang menjadi syurga semasa proses P&P hendaklah sentiasa kondusif

Hlm 2

Halaman 3

Membudayakan Headcount di kalangan murid


- amalan terbaik menggapai kecemerlangan
Headcount dalam konteks pendidikan ialah mekanisme dan proses untuk mengenalpasti prestasi akademik dan potensi kerjaya bagi seseorang murid. Antara kepentingan headcount adalah untuk memantau pencapaian murid secara berfokus mengikut mata pelajaran, kelas dan individu, membantu guru / murid mengenal pasti potensi akademik setiap pelajar / diri sendiri, dapatan headcount digunakan untuk melakukan postmortem dengan lebih berfokus merancang strategi yang lebih sesuai, proaktif dan ampuh, dalam bilik darjah , maklumat headcount membantu guru mata pelajaran membuat diagnosis yang lebih tepat mengenai kelemahan murid, menyenaraikan dan menetapkan unjuran (ramalan) pencapaian mata pelajaran murid, mengenal pasti dan menentukan ciri -ciri keupayaan pembelajaran bagi murid dan akhirnya pendekatan guru mengajar akan lebih terancang dan mudah dengan melihat kelemahan murid. Sehubungan itu semua murid perlu memahami dan menguasai istilah TOV, ETR, OTR, OTI dan AR dalam headcount ini. Dalam konteks membudayakannya sebagai strategi berkesan mencapai matlamat, tindakan berikut mesti diambil perhatian: 1. memahami dan menghayati HC. 2. terlibat dalam menentukan HC bersama guru subjek masingmasing. 3. memilik dan sentiasa menge maskini Kad Graf Prestasi Diri 4. Menulis HC dan graf prestasi subjek dalam halaman hadapan semua buku latihan dan nota murid.

5. Mewujudkan sudut HC dalam bilik darjah. 6. Berkongsi pencapaian dan sasaran HC bersama guru dan ibu bapa. ************************************* ..an inventory of people in a group taken by counting individual. inilah yang ingin kita aplikasikan dalam meningkatkan kecemerlangan murid di sekolah ini. Ucapan Pengetua Perhimpunan Mingguan 17/2/2011

Bahasa Malaysia dan bahasa Ingeris medium komunikasi utama - Penguatkuasaan dalam kawasan premis sekolah mulai 2011
Jawatankuasa Pengurusan Sekolah
naan. dalam mesyuaratnya pada 16/1/2011 Antara tujuan penguatkuasaan ini membuat ketetapan hanya bahasa Madibuat untuk meningkatkan kualiti penlaysia dan bahasa Inggeris sahaja capaian kedua-dua badibenarkan digunahasa berkenaan dalam kan sebagai bahasa dalam PMR, SPM dan ....antara faktor murid tidak komunikasi oleh PBS. Dapatan Audit menguasai A dan memperoleh murid-murid SMK Akademik pada near miss dalam kedua-dua Bandar Putra semasa 6/1/2011 menunjukkan subjek berkenaan kerana berada dalam kawaantara faktor murid kecenderungan menggunakan san sekolah. Bahasa tidak menguasai A dan bahasa ibunda dalam amalan ibunda hanya digunamemperoleh near miss komunikasi dan kan semasa proses dalam kedua-dua bapembelajaran.. pengajaran pembelahasa berkenaan kerana jaran subjek berkekecenderungan menggunakan bahasa ibunda dalam amalan komunikasi serta pembelajaran. Sehubungan itu semua murid dan guru dikehendaki mematuhi polisi ini dan sentiasa berusaha untuk memastikan keputusan BM dan BI berada pada tahap cemerlang di sekolah ini. Pendekatan ini juga digunakan selaras dalam konteks dasar Memartabatkan bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan bahasa Inggeris (MBMMBI) oleh KPM yang dipraktikkan di sekolah ini. - Ucapan Pengetua dalam Perhimpunan
Mingguan pada 7/2/2011

DISIPLIN DIRI PENENT U KEJAYAAN Sistem e-Disiplin telah digunapakai


sebagai mekanisme kawalan disiplin pelajar di SMK Bandar Putra sejak tahun 2009. Menerusi sistem secara online ini murid-murid yang melakukan salah laku disiplin akan dikenakan saman dan direkodkan secara online. Rekod kumulatif salah laku ini hanya boleh dilupus atau dikurangkan melalui aktiviti kerja amal yang diselia oleh guru disiplin dan guruguru. Laporan En. Nizam berdasarkan dapatan statistik salahlaku 2009 dan 2010 menunjukkan kemerosotan salah laku yang ketara dan statistik ini perlu terus dikecilkan hinggalah mencapai sasaran o seperti yang kita tetapkan dalam KRA bidang HEM. Sehubungan itu semua murid hendaklah sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah demi menjaga keharmoniah organisasi kita, Murid yang cemerlang ialah murid yang mampu membawa tahap pencapaian yang seimbang dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.
- Ucapan Pengetua dalam Perhimpunan Mingguan 3/1/2011

Kita mengajar disiplin supaya giat bekerja, bagi kebaikan dan bukan supaya anak-anak menjadi lemah, pasif atau penurut - (Maria Montessori)

Antara kunci kepada kejayaan kita ialah kemampuan untuk merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa: 1. kita ingat 10 % apa yang dibaca 2. kita ingat 20 % apa yang didengar 3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat 4. kita ingat 70 % apa yang dicakapkan 5. kita ingat 90 % setelah dipraktikkan
(Petikan ucapan Pengetua dalam Perhimpunan Mingguan bil 1/2011 pada 3/1/2011)

Perkukuhkan Bahasa Inggeris


Antara faedah menguasai bahasa Inggeris adalah bagi membolehkan pelajar menguasai isi pelajaran yang bersumberkan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris juga penting di negara kita selaras dengan objektif pendidikan yang ingin melahirkan individu yang mampu bersaing dalam dunia global. Kemajuan ekonomi negara yang telah melepasi sempadan negara, memerlukan penduduk Malaysia yang mampu berbahasa Inggeris dengan baik agar dapat bersaing dengan mereka dari seluruh dunia. Kesimpulannya bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat perlu dipelajari dan dikuasai oleh semua pelajar. Seseorang yang dapat menguasai bahasa ini akan lebih berkeyakinan dan mampu merebut peluang yang tersedia sama ada pada peringkat nasional atau pada peringkat antara bangsa. Namun begitu, biar bagaimana penting sekalipun bahasa Inggeris ini digunakan oleh masyarakat antarabangsa namun penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara amat perlu dipertahankan dan dipertingkatkan martabatnya. Kita tidak mahu bahasa rasmi kita pupus akibat kelalaian kita mengagungkan bahasa Inggeris umpama kata pepatah Melayu yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

KEY RESULT AREA (KRA) SMK BANDAR PUTRA (Matlamat Strategik 2009-2011)
ISU STRATEGIK
1 BIDANG KURIKULUM

MATLAMAT STRATEGIK
Mencapai prestasi cemerlang dan gemilang dalam pentaksiran dan penilaian

OBJEKTIF
1. Meningkatkan pencapaian peperiksaan awam PMR dan SPM pada tahap 10 teraatas sekolah negeri Johor dan di atas paras negeri dan kebangsaan. 2. Meningkatkan pencapaian penilaian berasaskan sekolah di kalangan murid-murid. 1. Mencapai tahap sifar peratus dalam salah laku murid. 2. Mencapai kehadiran murid 100% 3. Meningkatkan pengamalan nilai-nilai murni sebagai budaya kehidupan murid.

BIDANG HEM

Melahirkan insan berkualiti yang dapat memenuhi keperluan agama, bangsa dan negara BIDANG 1. Mencapai 100% penglibatan murid dalam Melahirkan insan KOKURIKULUM berketrampilan dalam aktiviti kokurikulum 2. Meningkatkan pencapaian murid dalam bidang kokurikulum
pelbagai pelbagai kegiatan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Ucapan Pengetua dalam majlis

Pelancaran English Week pada 10/1/2011

10 Rahsia Kejayaan Murid


1. Yakin kepada kebolehan diri sendiri. Yakin BOLEH ! Jangan melihat diri sendiri secara negatif. 2. Sentiasa melihat pelajaran dari sudut positif. Sentiasa mengaitkan belajar itu dengan perkara yang menyeronokkan dan mudah. 3. Mempunyai wawasan yang tepat dan jelas. Tetapkan matlamat dengan tepat dan jelas yang membolehkan diri berusaha sedaya upaya untuk mencapainya. 4. Menggunakan kaedah pembelajaran yang berkesan. Gunakan kaedah yang berkesan dan sesuai dengan diri anda. 5. Belajar secara berterusan. Mengulangkaji pelajaran setiap hari mengi kut jadual belajar. 6. Bijak mengurus masa. Masa amat berharga dan elak daripada membuang masa. 7. Berdisiplin. Didik diri anda dengan amalan-amalan baik. 8. Mentaati perintah agama. Jangan lupa ajaran agama dan sentiasalah berdoa agar diberi kejayaan. 9. Menghormati ibu bapa. Doa dan restu ibu bapa adalah penting. Jaga hati dan dengar nasihat mereka. 10. Mentaati guru. Tanpa didikan guru, pelajar tidak akan berjaya. Rajin bertanya sekiranya tidak faham apa yang diajar.
(Petikan ucapan Pengetua dalam Perhimpunan Mingguan bil 2/2011 pada 10/1/11)

Kejayaan akan tercipta apabila murid sentiasa melakukan amalan-amalan terbaik dalam kehidupan.

Hlm 4

You might also like