You are on page 1of 15

AMALAN YANG BAIK SEMASA MENGGUNAKAN JALAN RAYA

Keselamatan diri perlu diutamakan.


Oleh itu, amalan yang baik PERLU DIAMALKAN semasa menggunakan jalan raya untuk mengelakkan kemalangan

Berjalan dalam satu barisan di sebelah kanan supaya kita dapat melihat kenderaan dari arah hadapan.

Memakai topi keledar dan mengikatnya dengan kemas semasa membonceng motosikal. Ini dapat mengelakkan kecederaan di kepala jika terjatuh.

Beratur menaiki bas sekolah merupakan nilai hormat-menghormati antara satu sama lain. Amalan ini boleh mengelakkan daripada terjatuh dan tercedera.

Berbasikal secara selamat di jalan raya. Lampu dan brek mestilah berfungsi dengan baik. Amalan ini boleh mengelakkan kita daripada kemalangan.

Aktiviti kumpulan
Fokus kepada ciri-ciri basikal yang selamat dan pakaian penunggang basikal

-Loceng yang berfungsi dengan baik

-Brek yang berfungsi dengan baik

-Tayar yang mempunyai bunga agar tidak licin

-Ketinggian tempat duduk yang sesuai

Pakaian penunggang basikal

Memakai topi keledar dan baju pantulan cahaya

Memakai pad perlindungan

You might also like