You are on page 1of 11

Soalan 1 : berdasarkan pengurusan grafik, jelaskan maksud atau definisi ayat dan pembahagian subjek dan predikat.

Sertakan contoh-contohnya sekali :

Maksud atau definisi ayat :

1) TATABAHASA DEWAN M/S : 432 Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Ayat menurut Nik Safiah Karim et al. (1993: 414) ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.

2) ZABA Zaba dalam buku Pelita Bahasa Melayu, Penggal 1 (Permulaan Nahu Melayu) memberikan definisi ayat sebagai berikut: Ayat memakai susunan perkataan yang sekumpul -sekumpul dengan tentu hujung pangkalnya dan tempat-tempat berhentinya, serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap sekumpul kata yang dikatakan itu. ...maka tiap-tiap sekumpul perkataan itu ialah susunan yang sempurna maksudnya.

( Pelita Bahasa Melayu Penggal 1, 1965 hlm. 251)

3) ASRAF Dalam buku Petunjuk Bahasa Malaysia Baku KBSM, Asraf memberikan definisi ayat seperti yang berikut: Bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun kepada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat.

(Petunjuk Bahasa Malaysia Baku KBSM, 1990 hal. 227)

4) ASMAH HAJI OMAR Menurut Asmah Haji Omar dalam buku Nahu Melayu Mutakhir: Ayat adalah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu. Ayat terdiri daripada klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap, yakni yang dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai. (Nahu Melayu Mutakhir, 1993 hal. 355)

5) ABDULLAH HASSAN Abdullah Hassan bersama Ainon Mohd. Dalam buku mereka yang berjudul Tatabahasa Dinamika memberikan definisi ayat sebagaimana berikut: Apabila kita bercakap, kita menggunakan perkataan-perkataan yang kita susun menjadi ayat.... Ada ayat yang terdiri daripada dua patah perkattan sahaja... Tiap-tiap ayat mesti terdiri daripada dua bahagian: bahagian 1, benda atau subjek; bahagian 2, cerita atau predikat. (Tatabahasa Dinamika, 1994 hal. 284-285)

6) ARBAK OTHMAN Arbak Othman pula dalam bukunya Nahu Bahasa Melayu mengatakan: Ayat ialah satu ikatan perkataan yang mengandungi subjek dan predikat. Ikatan perkataan ini mempunyai susunan berdasarkan tekanan, intonasi dan hentian yang tertentu serta membawa satu fikiran atau idea yang lengkap. (Nahu Bahasa Melayu, 1989 hal. 116)

7) ABDULLAH HAMID MAHMOOD Abdul Hamid Mahmood dalam bukunya Betulkan Kesalahan Bahasa Anda mendefinisikan ayat seperti yang berikut: Ayat ialah unit pengucapan yang mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu atau beberapa perkataan yang diucapkan dengan intonasi yang sempurna. (Betulkan Kesalahan Bahasa Anda, 1994 hal. 60)

8) Noam Chomsky, ahli bahasa Amerika yang terkenal memberikan contoh ayat berikut: Mengikut Colorless green ideas sleep furiously, walaupun susunan perkataan dalam ayat tersebut kelihatan sempurna dari segi struktur ayat Bahasa Inggeris, tetapi ayat ayat itu masih dianggap bukan ayat sebab ayat itu tidak mendukung makna yang lengkap. Maksudnya, ayat tersebut tidak boleh diterima akal, kerana makna yang didukung tidak munasabah. Dalam mana-mana bahasa pun, ayat boleh dihasilkan seberapa banyak yang kita mahu, dan tidak terhad bilangannya. Ayat yang dihasilkan itu hendaklah sempurna, iaitu gramatis dan maknanya juga sempurna, iaitu munasabah.

Pembahagian subjek dan predikat :

Subjek

Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.

Predikat

Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

Contoh : Subjek (5). Amin (6). Abang kandungku (7). Pegawai kastam itu Predikat guru besar di sekolah baru itu. sedang berehat di bilik sebelah. amat cekap.

Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat dan meletakkan subjek di belakang Subjek (8). Guru besar di sekolah baru itu (9). Sedang berehat di bilik sebelah (10). Amat cekap Predikat Amin. abang kandungku. pegawai kastam itu.

Binaan subjek Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur berikut : i. ii. iii. iv. Kata nama Kata ganti nama Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama

I.Kata Nama Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata nama am, kata nama khas atau kata nama terbitan. Contoh : Subjek (nama am) Abangnya Manggis itu Subjek (nama khas) Osman Perdana menteri malaysia Subjek ( nama terbitan) Kesilapan itu Kenangan Predikat juruterbang. Untuk ibu Predikat pelawak terkenal. telah melawat ke Brunei. Predikat satu pengajaran. mengusik jiwa.

ii.Kata Ganti Nama Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata ganti nama orang atau kata ganti nama tunjuk. Contoh : Subjek (kata ganti nama orang) Saya Kami Awak Dia Predikat guru bahasa Melayu. pelajar institut guru. boleh belajar di sini. amat catik.

Subjek (kata ganti nama tunjuk) Ini Itu

Predikat pendapat yang bernas. tuduhan yang sangat melampau.

Subjek (kata ganti nama tunjuk tempat) Sana Situ Sini

Predikat tempat orang berniaga. koperasi sekolah kami. makmal bahasa yang baharu.

iii.Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama Kata kerja ini berfungsi sebagai subjek yang mengambil tugas kata nama. Subjek (Kata Kerja) Melukis Menjadi guru Bercakap Predikat menjadi hobinya. ialah cita-cita farhan. memang mudah.

Iv.Subjek Kata Adjektif Kata adjektif ini berfungsi sebagai subjek yang mengambil tugas kata nama. Subjek (Kata Kerja) Lemah lembut Hitam Miskin Predikat sifat orang-orang timur. cantik juga. jangan dipandang hina.

Binaan predikat Predikat sesuattu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur utama berikut: i. ii. iii. iv. Frasa nama Frasa kerja Frasa adjektif Frasa sendi nama

i.

Predikat Frasa Nama

Binaan frasa nama yang menjadi predikat sama seperti binaan frasa nama yang berfungsi sebagai subjek dalam sesuatu ayat. Unsur tersebut boleh terbina daripada frasa nama am dan frasa nama khas. Contohnya : Subjek Ariff Bapa Aini Subjek Beliau Institusi itu Predikat (Frasa Nama Am) pelajar. guru. Predikat (frasa nama khas) Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Universiti Malaya

ii.

Predikat Frasa kerja

Frasa kerja yang menjadi predikat dalam sesuatu ayat terbentuk daripada unsur yang berikut: Kata kerja asal Kata kerja terbitan Kata bantu Unsur keterangan

Kata kerja asal Terdiri daripada dua jenis iaitu :

a)Kata kerja asal tidak berimbuhan. Kata kerja yang terdiri daripada satu kata dasar sahaja dan boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut. Kata kerja transitif -- kata kerja yang memerlukan objek.

Kata kerja tak transitif Subjek Bapa Anis Jam Ahmad Matahari Kata kerja transitif Subjek Monyet itu Kucing Amira Predikat Kata Kerja Transitif Makan Minum Objek Pisang Susu Predikat Kata kerja tak transitif tidur hilang naik Keterangan

di sebelah timur.

b)Kata kerja asal berimbuhan. Terdiri daripada gabungan kata dasar dan imbuhan yang boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Contoh :

Subjek Para pelancong Dia

Kata kerja tak transitif Predikat sedang menari di majlis itu. berehat di bilik. Kata Kerja Transitif Predikat mengarang mengikat

Subjek Dia Perompak itu

Objek sebuah cerita jenaka. tangan kerani wang itu.

Kata Kerja Terbitan

Kata kerja yang asalnya bukan daripada golongan kata kerja tetapi daripada golongan kata yang lain seperti kata nama atau kata adjektif yang memerlukan imbuhan men....kan, men......i atau memper....... . Kata kerja terbitan ialah kata kerja transitif dan kehadirannya dalam ayat memerlukan objek seperti berikut : Subjek Kata kerja transitif Encik sulaiman Kerja mereka Menyekolahkan membuahkan Predikat Objek Anak bongsunya. Kejayaan.

Kata bantu

Menjadi unsur frasa kerja apabila perkataan tersebut hadir sebelum kata kerja yang terdapat pada dua aspek : a)Kata bantu aspek menyatakan atau menerangkan sesuatu perkataan dari segi masa, sama ada belum, sedang, atau sudah dilakukan. Contoh : akan, belum, pernah, sedang, sudah, baru, mula.

b)Kata bantu ragam menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan. Contoh : hendak, mesti, patut, mahu, mungkin, dapat, enggan, harus, patut .

Unsur keterangan

Frasa kerja yang mengandungi kedua-dua jenis kata kerja, transitif dan tak transitif iaitu boleh menerima frasa keterangan. Frasa keterangan ialah unsur yang menerangkan kata kerja secara lebih lanjut lagi. Contohnya : a) Dia berjalan dengan cepat. b) Ramai wanita bekerja di kilang. c) Dia berlagak macam orang kaya.

iii )Predikat Frasa Adjektif -Frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat terdiri daripada kata adjektif iaitu kata adjektif selapis atau kata adjektif ganda. Kata adjektif selapis : Subjek Frasa Nama Ibu pejabat firma itu Masakannya Predikat Frasa Adjektif Besar. Enak.

-Kata adjektif selapis boleh didahului dengan kata penguat. Contohnya : Ibu pejabat firma itu sangat besar. Masakannya cukup enak.

-kata penguat juga boleh hadir sesudah kata adjektif. Contohnya : Harimau itu besar sungguh. Ketua kampung itu baik benar.

-Kata adjektif dalam bahasa melayu boleh hadir bersama-sama kata bandingan lebih dan paling serta boleh disertai dengan imbuhan ter... yang membawa maksud paling. Contohnya :

Kucing itu lebih comel daripada kucing ini. Budak ini paling pandai antara mereka semua. -kata adjektif juga boleh digandakan untuk membawa erti banyak dan berbagai-bagai rupa bentuk dan sifatnya. Namun, subjek jamaknya tidak perlu digandakan. Contohnya : Rumah di bandar itu besar-besar. Pekerja kilang itu rajin-rajin.

Iv)Predikat Frasa Sendi Nama Terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh frasa sendi nama. Contohnya : Subjek Adik saya Mereka semua Abang ali Predikat Frasa Sendi Nama Di rumah. Dari kampung. Ke sekolah.

You might also like