You are on page 1of 5

1.

0) PENGENALAN

Artikel ini bertajuk “ Kesan Amalan Gaya Kepimpinan Pengetua Terhadap Perubahan

Tingkah Laku Dalam Organisasi”. Artikel ini cuba mengulas kesan pelbagai gaya

kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua terhadap perubahan tingkah laku dalam

sesebuah sekolah atau organisasi. Artikel ini dihasilkan berpandukan enam artikel lain.

Fokus utama artikel ini adalah untuk membincangkan enam gaya kepimpinan iaitu gaya

kepimpinan kolaboratif terbuka, autoritatif membina, situasi, tranformasi, pengajaran dan

pemudah cara akan dapat meningkatkan tahap motivasi dan kepuasan kerja guru,

membantu perubahan terhadap pemantapan pengurusan sekolah, mempengaruhi

pembentukan potensi diri dan inovasi serta perubahan terhadap pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan.

Susunan idea yang cuba disampaikan oleh penulis dalam artikel ini dimulai dengan

pengenalan yang menerangkan tentang definisi kepimpinan serta menekankan bahawa

kepimpinan pengetua merupakan faktor yang paling penting terhadap keberkesanan

sesuatu organisasi. Beberapa kajian yang dilakukan dalam artikel lain turut diulas oleh

penulis. Seterusnya idea dikembangkan oleh penulis dengan membuat tinjauan terhadap

model atau teori yang akan digunakan dalam kajiannya. Selanjutnya penulis

membincangkan hasil kajiannya. Penulis membincangkan Kesan amalan gaya

kepimpinan terhadap peningkatan motivasi dan kepuasan guru, pemantapan pengurusan

sekolah, perkembangan potensi diri dan inovasi serta amalan pengajaran dan

1
pembelajaran yang berkesan. Akhirnya penulis membuat rumusan terhadap kajiannya dan

mengemukakan cadangan yang boleh membantu perubahan tingkah laku dalam sesebuah

organisasi.

2.0) KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Kekuatan keseluruhan artikel ini boleh dilihat dalam idea utamanya iaitu yang

menekankan betapa pentingnya amalan gaya kepimpinan pengetua terhadap perubahan

tingkah laku dalam organisasi. Hal ini sememangnya benar kerana pengetua merupakan

pemimpin yang akan menentukan sama ada misi dan visi sekolahnya tercapai atau tidak.

Hal ini dapat dilihat terhadap penyatan Hussien Mahmood (1993) yang mengatakan

bahawa kepimpinan pengetua atau guru besar bertanggungjawab mengadakan falsafah,

matlamat dan objektif sekolah, membimbing para guru meningkatkan kecekapan mereka

dalam pengajaran dan lain-lain bidang kurikulum. Peranan ini disokong oleh Shahril @

Charil Marzuki (1997:74) mengatakan bahawa peranan pengetua/guru besar dalam

kepimpinan pengajaran adalah meliputi: menyelia, membuat cerapan dan memotivasikan

guru-guru dalam pengajaran, bertindak sebagai pakar rujuk, membimbing dan tunjuk ajar

kepada guru-guru dalam pengajaran, kurikulum, penggunaan alat bantu mengajar dan

pengurusan kelas, dan pencapaian matlamat dan misi sekolah Justeru itu, jelaslah

bahawa sememangnya keberkesanan sesuatu organisasi bergantung kepada kepimpinan

pemimpin dan begitu juga halnya dengan keberkesanan sesebuah sekolah yang

bergantung kepada kepimpinan pengetuanya.

2
Kekuatan artikel ini juga dapat dilihat dari segi penggunaan kaedah kajiannya iaitu

penulis meneliti enam artikel lain yang bersetuju menyatakan amalan gaya kepimpinan

pengetua mampu memberi perubahan terhadap sesebuah organisasi. Selain itu, kekuatan

idea dalam artikel ini juga boleh dilihat daripada model yang digunakan oleh penulis.

Model teori yang digunakan ialah model teori laluan matlamat House. Mengikut teori ini,

pemimpin dianggap berkesan melalui pelbagai gaya kepimpinan yang mampu

menghasilkan perubahan tingkah laku dalam organisasi seperti tahap motivasi dan

kepuasan guru, pemantapan pengurusan sekolah, pengembangan potensi diri dan inovasi

serta amalan Pengajaran dan Pembelajaran. Model ini memperlihatkan betapa pentingnya

gaya kepimpinan untuk melakukan perubahan. Model ini sememangnya releven dan turut

disokong oleh model perubahan autokratik. Model autokratik ini percaya bahawa

pengurusan yang berkesan ialah melalui kuasa. Mereka percaya kejayaan melaksanakan

perubahan dalam sekolah ialah dengan menggunakan kuasa yang ada pada Pengetua.

Dalam hal in Pengetua tidak akan bertolak ansur dalam melaksanakan perubahan di

sekolahnya.(Abdul Razak Wahid : 2001).

Jika dilihat hasil kajian yang diperolehi, sebahagiannya melambanggkan kekuatan kajian

yang dilakukan oleh penulis. Menurut penulis dalam dapatan kajiannya amalan beberapa

gaya kepimpinan pengetua diantaranya gaya kepimpinan pemudah cara mampu

meningkatkan tahap motivasi dan kepuasan kerja guru. Hal ini dapat dilihat dalam

kenyataan Hall dan Hord (Huseein, 1993 : 53) mengatakan Pengetua sebagai pemudah

cara perubahan yang mengandungi tingkah laku yang dinamik dan produktif. Pengetua

jenis ini menganggap peranan mereka ialah memberi sokongan dan bimbingan kepada

3
guru-guru. Hasil kajian juga menyatakan bahawa gaya kepimpinan pengetua mempunyai

pengaruh terhadap perkembangan potensi diri dan inovasi pekerja. Perkembangan potensi

diri dan inovasi pekerja sememangnya penting dalam keberkesanan sesuatu organisasi.

Maka pengetua mempunyai peranan ke arah ini. Idea penulis ini disokong Wan Liz

Ozman wan Omar (1996) juga mengatakan bahawa ketua sesebuah organisasi

memainkan peranan yang besar dalam mencorak suasana kerja, motivasi, kelicinan dan

keberkesanan organisasi tersebut.

Walaubagaimanapun, artikel ini mempunyai kelemahan idea yang dapat dilihat dalam

bahagian hasil kajian yang dinyatakan oleh penulis. Hal ini dapat dapat dilihat melalui

kenyataan penulis yang mendapati gaya-gaya kepimpinan pemudah cara, gaya

pengajaran, situsasi dan tranformasional telah menunjukkan kesan positif terhadap

keberkesanan sekolah kecuali gaya kepimpinan pemudah cara. Hal ini kerana menurut

penulis dalam artikel Nordin (2004) mendapati bahawa gaya kepimpinan pemudah cara

hanya memberi kesan yang rendah terhadap tekanan kerja guru dan tidak mempengaruhi

keberkesanan organisasi. Walaubagaimapun hal ini bertentangan dengan pendapat Jaafar

Muhammad (1999) yang mengatakan gaya pemudah cara terbahagi kepada tiga iaitu

responder, pengurus dan perintis. Dan menurutnya pengetua yang menggunakan gaya

perintis ini lebih berkesan dalam melakukan perubahan. Gaya ini melibatkan Pengetua

percaya apa yang dilakukannya adalah yang terbaik untuk orang bawahan dan pelajarnya.

Pengetua dikatakan tegas, mempunyai pengharapan yang tinggi dan menjelaskan kepada

guru bagaimana matlamat boleh dicapai. Ia juga tidak menerima sesuatu program itu

tanpa melihat kesesuaiannya dengan keperluan sekolah. Sesuatu program akan

4
dibincangkan bersama staf dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada

matlamat sekolah.

Di akhir artikel ini, penulis mengemukakan beberapa cadangan terhadap amalan

kepimpinan dalam kalangan pengetua. Antaranya beliau menyarankan supaya pengetua

melakukan penyelidikan masa hadapan dalam konteks perbandingan tingkah laku

kepimpinan antara pengetua sekolah Bandar dan luar Bandar. Hal ini adalah penting

untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Hal ini terbukti apabila terdapat Penyelidikan

dilakukan oleh Noordin Yahaya dan Sharifudin Ismail, dan Prof. Madya Dr. Azizi

Yahaya. Kajian ini bertujuan melihat hubungan antara tingkah laku kepimpinan pengetua,

tekanan yang dialami oleh guru dan keberkesanan organisasi di beberapa buah sekolah

luar bandar di kawasan pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Seremban-Port

Dickson dan kawasan pentadbiran PPD Rembau-Tampin.

3.0) RUMUSAN

Secara keseluruhannya, saya berpendapat artikel ini cuba untuk menjelaskan bahawa

amalan enam gaya kepimpinan iaitu gaya kepimpinan kolaboratif terbuka, autoritatif

membina, situasi, tranformasi, pengajaran dan pemudah cara dalam kalangan pengetua

mampu menghasilkan kesan yang positif terhadap keberkesanan sesebuah sekolah. Oleh

itu pengetua seharusnya mempunyai kemahiran untuk memilih gaya kepimpinan yang

sesuai supaya ia berkesan untuk mencapai sesuatu matlamat seperti yang diinginkan.

You might also like