You are on page 1of 2

SABARLAH WAHAI HATI

Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.

Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.

Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong. Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.

Allah swt berfirman;

"Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian bahawa sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar." - [Surah al-Anfal : 28]

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah 2:155]

Bila diuji, bersabarlah wahai hati.

Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.

Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..

Atau bagaimana?

Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.

Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.

Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.
Sunday, February 20, 2011

Jangan hanya mahir memberikan pendapat


Ramai orang mahir memberikan pendapat tetapi agak kurang yang mahir dalam menerima pendapat yang berbeza. Ungkapan ini membuatkan saya berfikir bahawa sesetengah orang memang bijak memberikan buah fikiran untuk sesuatu hal. Tetapi apabila berdepan dengan situasi berbeza pendapat, kebanyakannya terlalu ego untuk bertolakansur dengan pandangan orang lain dan apatah lagi untuk menerima pandangan orang lain itu. Rasanya sesetengah orang perlu sedar bahawa ada waktunya kita perlu bertolak-ansur dengan pandangan orang lain atau sekurangkurangnya mendengar pandangan orang lain. Mungkin pendapat kita lebih baik daripada pandangan orang lain tetapi adalah lebih bijak untuk mengambil kira buah fikiran orang lain juga. Keadaan ini memberikan gambaran tentang sikap rasa rendah diri kita terhadap orang lain dan inilah sifat yang membuatkan kita lebih dihormati. Tetapi jika seseorang itu bersifat ego dan tidak mahu bertolak-ansur, maka orang akan cenderung menganggap orang itu sombong dan tidak layak untuk dihormati. Oleh itu, janganlah hanya mahir memberikan pendapat tetapi berusahalah juga untuk mahir di dalam menerima pendapat orang lain.

You might also like