You are on page 1of 2

NAMA : DINESHA A/P VAIRAPPAN NO I/C : 910301-04-5134

Menyiapkan sesuatu tugasan sememangnya mempunyai banyak cabaran dan rintangan. Begitu juga sepanjang saya membuat lawatan ilmiah ke Kompleks Belia dan Sukan, Kuching sehingga membuat laporan tentang lawatan tersebut. Pelbagai iktibar dan pengalaman menarik telah diperoleh semasa menyiapkan tugasan ini. Namun begitu, perkara tersebut bukanlah satu alasan kerana apa yang paling penting ialah keinginan dan sikap positif yang perlu saya bentuk di dalam diri. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada pensyarah kami, Encik Zainudin bin Denan atas tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang proses penyiapan lawatan ilmiah ini yang berjalan dengan jayanya. Tidak lupa pula kepada rakan sekelas saya dan warga IPG yang telah membantu saya dalam menjalankan lawatan ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Saya berasa amat bersyukur kerana walaupun terdapat pelbagai kekangan yang dihadapi sebelum mengadakan lawatan ini, akan tetapi lawatan ini akhirnya berjaya dijalankan. Pada mulanya, saya menghadapi kekangan dari segi masa iaitu kesuntukkan masa dan pemilihan tempat lawatan. Akan tetapi dengan kerjasama kawan kawan dan pensyarah, kekangan tersebut dapat ditempohi dan lawatan ini berjaya. Melalui lawatan ini, saya telah mengetahui bahawa mengendalikan sesebuah organisasi yang besar adalah bukan perkara yang main main dan ia memerlukan kerjasama antara semua lapisan masyarakat mahupun pihak atasan. Begitu juga, jika sesebuah organisasi dibentuk, adalah penting untuk organisasi tersebut memikirkan dan merancang aktiviti dari semasa ke semasa supaya nampak peningkatan pencapaian organisasi tersebut. Di samping itu juga, melalui lawatan ini saya telah mengetahui bahawa organisasi tersebut perlu memikirkan cara untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menghidupkan organisasi mereka. Kelengkapan dari segi peralatan dan kemudahan juga memainkan peranan dimana jika sesebuah organisasi lengkap dengan kelengkapan yang canggih dan selamat, maka pengurusan organisasinya adalah baik dan mendapat sambutan dari pihak awam.

Secara kesimpulannya, saya berasa gembira sepanjang proses penyiapan tugasan ini. Saya berasa seronok kerana dapat mempelajari pelbagai kemahiran yang baharu di samping menambahkan pengetahuan yang sedia ada. Saya menganggap subjek ini sebagai satu persediaan untuk mempersiapkan diri saya untuk menjadi seorang guru yang versertil. Saya berharap agar suatu hari nanti saya akan menjadi seorang guru yang cemerlang dan mampu memenuhi aspirasi negara.

You might also like