Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
3Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Terjemahan Teks Ucapan Pengerusi Pelaksana KIBAR

Terjemahan Teks Ucapan Pengerusi Pelaksana KIBAR

Ratings: (0)|Views: 1,214|Likes:
Published by Ambuyat
KIBAR
KIBAR

More info:

Published by: Ambuyat on Sep 22, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

10/24/2011

pdf

text

original

 
Terjemahan Teks UcapanPENGERUSI PELAKSANA KIBAR Mukaddimah:DenganBismilLahAlhamdulilLah (Tahmid) dan Selawat.Pembukan:Terima kasih kepada Pengacara Majlis.Yang dimuliakan Tuan Pengetua SMAIP Al-Fadhil Us. Zainuddin Mahmud.Penolong Kanan Pentadbiran Al-Fadhil Us. Hj. Jasri Bin Hj. Juhor.Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Cikgu Maskupah Ag. Limuddin.Penolong Kanan Bahagian Kurikulum Al-Fadhil Us. Fuad Imamu Wahdan Syamsul Hadi.Penolong Kanan Bahagian Ko-Kurikulum Al-Fadhil Us. Akbar Bin Husain.Penasihat Kelab Bahasa Arab Al-Fadhil Us. Hj. Abd. Kadir Bin Abdullah.Semua Tenaga Pengajar SMAIP.Anak-anakku Putera dan Puteri yang sangat di kasihi sekelian.Isi Ucapan:Pertama sekali saya mengambil peluang keemasan ini untuk menglu-alukan kedatanganyang mulia tuan pengetua yang baru balik dari negara Amman Jordan yang jauhnyamengambil masa kira-kira 18 jam dengan menaiki pesawat (ballon kata orang Sarawak).Kita ucapkan: Selamat datang (Seribu AlhamduliLah kerana selamat kata orang Arab).Seterusnya saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasihatas keprihatinan yang ditunjukkan oleh beliau terhadap AJK Pelaksana KIBAR, anak-anak para peserta kepada “Kursus yang masih SUNTI ini”. Sekalipun beliau masih terlalu penat dan letih serta sakit-sakit setelah kembali dari negara Amman Jordan denganmengharungi berbagai kepayahan dan kerumitan sepanjang penerbangan pulang. Beliauterus sahaja ke mari dari KLIA dan belumpun sempat kembali menemui anak-anak danisteri beliau yang dirindui di negara Brunei Darus Salam. Beliau telah memaksa diriuntuk datang menemui kita dan seterusnya akan menyampaikan ucapan dan seterusnyamenyempurnakan perasmian penangguhan kursus KIBAR. Kita ucapkan selamat datangtuan pengetua yang dikasihi.Semua ini menunjukkan bahawa beliau begitu prihatin dan kometed dengan kerja(kursus) yang besar ini. Ini amat sesuai sekali dengan menamakan kursus ini dengansingkatan “KIBAR” (membawa makna DEWASA) sebagai kata jamak kepada perkataan“KABIR” (yang bermakna BESAR). Bermakna di dalam pengendalian kursus initerdapat banyak perkara yang dianggap cabaran BESAR. Seperti kemusykilan yang besar, masalah yang besar, kesabran yang besar dan perjuangan yang besar. Samadadirasai oleh AJK Pelaksana mahupun oleh anak-anak peserta kursus Kibar. Kita telahmenempuh berbagai masalah seperti kerosakan mesin potostat misalnya. Kerana peranannya yang begitu besar dalam melakukan kerja-kerjanya memotostat kertas kerjadan bahan berkaitan kursus. Kerosakan akibat beban tugasnya yang berat dan besar itumenyebabkan tertangguhnya penyedian sebahagian dari kertas kerja yang disediakanuntuk kursus ini.
 
Demikian pula pelbagai masalah yang ditanggung oleh AJK Pelaksana seperti masalahyang dihadapi oleh Us. Fuad apabila ahli keluarga beliau memerlukan khidmat beliaudalam pengurusan perkahwinan ahli keluarga beliau di Sandakan dengan pasangannya diBeaufort. Beliau telah mengadukan hal tersebut kepada saya ketika sedang mengawas peperiksaan apabila beliau terpaksa bertarung perasaan antara “Kibar yang penting atauKeluarga”. Saya telah menasihatkan supaya beliau memilih kepentingan keluarga dengan berkata “Serahkanlah kepada Allah, pilihlah kepentingan keluarga selesai masalahmu”.Pada hakikatnya saya merasa begitu bimbang dan takut dengan ketiadaan beliau keranamenganggap beliau lebih utama dan penting berbanding dengan keupayaan dua tangansaya (untuk mengendalikan Kibar).Saya pujuk hati saya dengan berkata: “berserahlah kepada Allah, jangan takut dan jangangentar Allah bersama kita”. Demikian pula apa yang menimpa Us. Akbar apabila salahseorang dari ahli keluarga isterinya meninggal dunia saya kata “Eloklah dibawa bersabar”sedangkan saya merasakan ketiadaan beliau bersama bagaikan kehilangan dua biji matakerana beliaulah yang memberi semangat dan dorongan untuk saya terus melaksanakanKibar. Demikian juga yang berlaku terhadap “Pengacara Majlis” kita yang popular jugamenghadapi masalah apabila
isteri
kepada bapa saudara beliau (Us. Shahrin Imran) telahkembali kerahmatullah dihari-hari terakhir peperiksaan. Kami telah pergi menziarahikawan karib kami Al-Hafis itu dan mengucapkan takziah. Saya melihat mata beliaumerah dan bengkak kerana banyak menangis lalu saya katakan “Semoga Allahmerahmatinya dan memasukkan beliau dalam golongan wali-wali dan mereka yangsoleh, sabarlah terhadap apa yang menimpa, bersabar itu amat elok”. Saya tidak sedar  bila kedua mata saya bergenang air mata sehingga kami sama-sama menyembahyangkan jenazah isterinya. Beliau sendiri yang menjadi iman walaupun terpaksa mengambil masauntuk memulakan solat jenazah kerana terlalu sebak. Setelah selesai dia meminta Us. Hj.Jasri untuk membacakan doa kerana dia sudah tidak larat meneruskannya kerana ketikaitu kedua matanya mencucurkan air mata bagaikan hujan yang turun lebat.Ketika itu saya berkata di dalam hati: “Bilakah pula sampainya giliran aku? Sekiranya diakembali kepada Allah akibat derita penyakit “Kencing Manis” aku juga salah seorangdari pengidap penyakit yang bahaya yang dikatakan sebagai pembunuh yang nombor satudi negara kita. Kejadian ini mendorong saya bertekad untuk meneruskan kursus KIBAR.Sekalipun syaitan sering kali membisikan perkataan “Tengoklah keupayaan kamu untuk melaksanakan kursus ini, siapa nak tolong kamu? Kamu sendiri? Apa sebenarnya yangkamu mahu? Minta dipuji atau….? Ketika itu saya hampir-hampir mengangkat ke ataskedua belah tangan saya dan “surrander” menyerah kalah terhadap hasutan yangmenyesatkan itu.Akhirnya saya berserah bulat-bulat kepada Yang Hidup lagi Tiada Mati (Allah) denganmenguatkan azam dan tekad. AlhamdulilLah dengan berkat taufiq dan hidayah dari Allahserta bantuan semua AJK Pelaksana akhirnya kursus KIBAR berjaya juga dilancarkansehinggalah tiba masa menuai pada hari yang penuh gemilang dan bercahaya dari cahayayang datang bersama tuan pengetua yang dikasihi.Antara aktiviti yang telah kami laksanakan ialah mengujudkan suasana perbincangan danmembuat kajian pada setiap peserta mengenai kertas kerja dan bahan yang disediakan.Antaranya ialah perbualan harian ketika bangun pagi, ketika sarapan, kudapan mararaudan megabi. Semua bahan ini adalah hasil usaha pelajar tingkata 6, lalu dengan bersusah payah (kerana kurang mampu) saya terjemahkan ke Bahasa Arab Fasih. Oleh itu saya

Activity (3)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Reynal Lawrence liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->