You are on page 1of 8

[MERDEKA RAYA]

SK SERI SENTOSA

Merdeka Raya
Pertandingan Mewarna Tahap 1 Sempena majlis sambutan kemerdekaan dan jamuan raya yang diberi nama Merdeka Raya, saya telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan tiga set lukisan untuk pertandingan mewarna bagi tahap 1 iaitu tahun 1, 2 dan 3. Pertandingan mewarna yang dijalankan bertemakan kemerdekaan. Setelah menerima penerangan daripada guru pembimbing, saya telah mencari lukisan-lukisan tersebut di internet tetapi hanya menjumpai lukisan-lukisan yang berwarna dan tidak berkualiti. Oleh itu, saya telah mengambil tiga lukisan yang berasingan daripada internet dan mengedit lukisanlukisan tersebut dengan menggunakan perisian Paint dan Photoscape untuk mendapatkan tiga set lukisan yang baik, jelas dan berkualiti. Apabila sudah siap, saya telah menyerahkan tiga set lukisan tersebut kepada guru pembimbing untuk disahkan. Apabila sudah disahkan, set-set lukisan tersebut telah diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk memperbanyakkan lukisan tersebut kepada semua kelas yang terlibat. Gimik Perasmian Selain itu, saya dan rakan-rakan guru pelatih telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan gimik perasmian Majlis Merdeka Raya. Pada peringkat awal, kami telah berbincang bersama pihak pentadbir dalam usaha menjana idea yang menarik dan bernas untuk dilaksanakan. Setelah mencapai persetujuan, kami sebulat suara telah memilih gimik melepaskan beberapa ekor burung daripada sangkar sebagai simbol kebebasan dan kemerdekaan. Sambutan tersebut telah diadakan pada hari jumaat (30 ogos 2013) dan kami telah bertungkus lumus sejak hari Isnin untuk menjayakan tugasan yang telah diterima. Saya dan seorang rakan guru pelatih berusaha mendapatkan beberapa ekor burung di kedai haiwan. Setelah puas mencari, kami telah berjaya menemui seekor burung yang berharga RM6 seekor lalu telah membelinya sebanyak dua ekor. Pada mulanya kami

[MERDEKA RAYA]

SK SERI SENTOSA

bercadang untuk membeli burung yang bersaiz kecil dan banyak namun burung yang bersaiz kecil tersebut lebih mahal harganya. Justeru, kami mengambil keputusan untuk membeli dua ekor burung yang bersaiz sederhana dan dapat diisi dalam sangkar yang telah diberikan oleh salah seorang guru. Kami telah memilih seorang murid untuk melakonkan watak seorang raja yang mencari permaisuri untuk menyerahkan kunci kebebasan sebagai simbolik perasmian. Selain itu, kerja-kerja menghias juga dijalankan dengan baik sekali. Kami telah menggunakan Jalur Gemilang untuk menggantikan banting. Jalur Gemilang tersebut telah dihias dengan huruf-huruf yang membentuk perkataan SELAMAT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 56. Pada hari tersebut, gimik perasmian telah berjalan dengan lancar. Murid yang terlibat telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik. Kami telah menerima ucapan tahniah daripada pihak pentadbir dan guru-guru di atas usaha kami dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

[MERDEKA RAYA] Laporan Bergambar

SK SERI SENTOSA

[MERDEKA RAYA]

SK SERI SENTOSA

[MERDEKA RAYA]

SK SERI SENTOSA

[MERDEKA RAYA]

SK SERI SENTOSA

[MERDEKA RAYA]

SK SERI SENTOSA

[MERDEKA RAYA]

SK SERI SENTOSA

You might also like