You are on page 1of 13

PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Leslie William Chin Suriana binti Kadir Shella Gan

PERNIAGAAN
Definisi Perniagaan dan bukan perniagaan
Perniagaan dan masyarakat Perniagaan kini dan masa depan

Perniagaan dan untung


Faktor faktor pengeluaran

Perniagaan dan ekonomi

a. Definisi perniagaan

Aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barangan atau perkhidmatan antara pihak penjual dan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dan melibatkan pertukaran nilai bagi mendapatkan keuntungan. 4 konsep asas perniagaan : 1. Barangan dan perkhidmatan 2. Memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan 3. Pertukaran nilai 4. Keuntungan perniagaan

b. Perniagaan dan bukan perniagaan


Perniagaan

Bermotifkan keuntungan Penakatan (survival) : untuk terus beroperasi di pasaran. Pertumbuhan : memajukan dan mengembangkan syarikat seperti pembukaan beberapa cawangan. Tanggungjawab sosial : komitmen oleh pihak syarikat memberi perhatian kepada kebajikan awam seperti mengawal pencemaran persekitaran.

Bukan perniagaan

Organisasi yang dibentuk bagi menjaga kepentingan dan mencapai tujuan masyarakat atau ahli mereka. Terbahagi kepada agensi kerajaan dan badan sukarela. Agensi kerajaan yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan untuk menjaga kepentingan dan memberi perkhidmatan kepada masyarakat, seperti hospital, sekolah, bomba dan sebagainya. Badan sukarela yang ditubuhkan oleh sekumpulan manusia yang bertujuan untuk menjaga kepentingan ahli dan memberi perkhidmatan tertentu kepada ahli atau masyarakat umum, seperti FOMCA, PEMADAM, Greenpeace dan sebagainya.

c. Perniagaan dan untung


-

Untung ialah hasil bersih daripada aktiviti perniagaan setelah jumlah perbelanjaan ditolak daripada jumlah hasil. Kepentingan kepada perniagaan : ganjaran kepada pengusaha kerana kesanggupan menanggung risiko. Sumber modal bagi pembesaran dan penerusan perniagaan. Tahap keuntungan melambangkan imej / kecemerlangan syarikat. Matlamat dan hala tuju : ukuran kepada prestasi perniagaan. Keyakinan / dorongan kepada pelabur. Menyumbang kepada pembangunan kawasan setempat.

d. Perniagaan dan ekonomi


-

Kepentingan perniagaan terhadap ekonomi : Mewujudkan peluang perniagaan dan mengurangkan kadar pengangguran. Memberi pendapatan kepada negara melalui sebarang cukai perniagaan. Mewujudkan dan mengembangkan industri sokongan. Mewujudkan penempatan baru atau Bandar baru. Menstabilkan harga barang. Meningkatkan kemudahan awam seperti infrastruktur, pengangkutan dan perhubungan.

e. Perniagaan dan masyarakat


-

Peranan perniagaan terhadap masyarakat : Menyediakan barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Memberi pendapatan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan. Melibatkan dalam aktiviti sosial seperti derma, penajaan dsb. Meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, perhubungan, taman rekreasi dsb. Menjaga alam sekitar daripada terjejas akibat aktiviti perniagaan.

f. Faktor faktor pengeluaran


Tanah : digunakan untuk tapak perniagaan dan mendapatkan bahan mentah. Buruh - individu yang menyumbangkan masa, tenaga dan kemahiran dalam aktiviti perniagaan. Modal - sebarang bentuk kekayaan yang digunakan untuk menambahkan kekayaan dalam aktiviti perniagaan. (wang atau aset). Keusahawanan - individu yang berani mengambil risiko dan berpandangan jauh dalam perniagaan. Teknologi kaedah menjalankan aktiviti perniagaan mengikut perkembangan semasa.

g. Perniagaan kini dan masa depan


Masa -

kini : Berkait rapat dengan perubahan persekitaran perniagaan seperti penggunaan teknologi moden. Perkembangan teknologi maklumat telah mengubah corak komunikasi dan hubungan antara perniagaan seperti komunikasi melalui computer dengan menggunakan internet lebih cepat dan mudah. Pencapaian, penghantaran dan penyimpanan maklumat perniagaan lebih cepat, tersusun serta memudahkan usahawan membuat keputusan dengan pantas.

Menguruskan sumber kewangan dengan lebih berkesan seperti proses merekod, laporan kewangan, analisis prestasi kewangan dengan cekap, pantas dan tepat. Proses transaksi kewangan lebih licin dan cepat seperti pembayaran terhadap pembelian sumber-sumber dan pembayaran gaji dapat dibuat melalui bank dengan cepat. Aktiviti pasaran lebih meluas dalam memasarkan barangan dan perkhidmatan.

Masa

depan : 1. Globalisasi : Persaingan sengit (kualiti, harga, penyampaian), mobiliti pekerja / modal. 2. Peningkatan kemajuan teknologi : Perubahan produk, tempoh ke pasaran semakin pendek, perlu kemahiran teknologi, perlu modal tinggi. 3. Peningkatan tanggungjawab sosial : Batasan aktiviti komersial, desakan/ tekanan pihak NGO, kerajaan, pihak berkepentingan, buruh kanan-kanak, prihatin terhadap OKU.

4. Peningkatan sistem perniagaan Islam (Perbankan Islam): Pematuhan syariah. 5. Kewujudan blok blok perdagangan : Ketepuan pasaran, persaingan sengit, batasan perdagangan. 6. Sumber semakin berkurangan : Batasan pengeluaran, perlukan inovasi dan kreativiti yang tinggi, meningkatkan produktiviti (meningkatkan kecekapan penggunaan sumber) 7. Perubahan struktur demografi : Kebanjiran tenaga wanita dalam pasaran, memerlukan kemudahan/ suasana kerja yang berbeza daripada suasana biasa.

You might also like