You are on page 1of 9

CONTOH SOALAN ESIE BMM 3104 DAN JAWAPAN

1. Hasil Pembelajaran Fokus Utama 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan i intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1 i. Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandung ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat

majmuk. Aras 1 i. Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan.

Berdasarkan hasil pembelajaran di atas, reka sebuah rancangan pengajaran harian yang lengkap bagi pelajar tahun empat selama 60 minit dengan mempertimbangkan prinsip prinsip pengajaran dan pembelajaran kemahiran bacaan. [20 markah]

2.

Teater Pembaca merupakan salah satu teknik yang sesuai digunakan dalam pengajaran kemahiran lisan. Jelaskan bagaimana anda melaksanakan teknik tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas. (20 markah)

Jawapan: Pengenalan: Teater Pembaca melibatkan sekumplan murid menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahan. Seorang pelajar akan membaca cerita dengan lancar dan nada serta intonasi yang betul. Murid melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau suasana cerita. Penggunaan suara, sebutan, gerakan badan dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu murid lain / penonton memahami dan menghayati cerita tersebut. Langkah pelaksanaan: Memilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, disesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Plot diperbanyakkan untuk dibahagikan kepada pelakon-pelakon. Pelakon dapat memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog. Pembaca cerita dapat membaca cerita dengan baik, nada dan intonasi yang sesuai. Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan. Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan. Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca. Pelajar-pelajar lain diberi tugasan tertentu.

2.

Dalam mengajar kemahiran membaca, pelbagai pendekatan digunakan, antaranya ialah Pendekatan Binaaan dan Pendekatan Cerakinan. Huraikan perbezaan kedua-dua pendekatan tersebut. (20 Markah) Jawapan Pendekatan Binaan Dikenali juga dengan pendekatan sintesis P&P bermula dengan memperkenal unsur-unsur kecil terlebih dahulu. Diikuti dengan unsur yang lebih besar. Dalam kemahiran membaca, huruf diperkenalkan terlebih dahulu. Huruf digabung menjadi suku kata. Suku kata digabung menjadi perkataan. Perkataan digabung menjadi ayat. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad. Pendekatan Cerakinan Dikenali sebagai analisis. Pengajaran ditumpu kepada unsur yang besar dahulu. Kemudian dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil. Dalam kemahiran membaca dengan pendekatan ini dimulai dengan cerita atau ayat. Kemudian ayat dicerakin kepada perkataan. Dari perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepada huruf. Dengan ini murid dapat mengaitkan huruf-huruf yang tiada makna (abstrak) dengan cerita / ayat yang bermakna. Murid mempelajari sesuatu yang bermakna dan menarik.

3.

Tunjukkan bagaimana anda mengaplikasikan Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA) dalam pengajaran menulis dengan memaparkan satu contoh langkahlangkah pengajaran yang sesuai. Jawapan Pengenalan LEA memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam mempelajari kemahiran bahasa. Satu bentuk pendekatan yang mamanfaatkan pengalaman murid dalam pembelajaran kemahiran bahasa. Tindakan yang perlu diambil ketika pendekatan ini diaplikasikan. i.Menyediakan pengalaman deria sebenar guru dan murid berkongsi pengalaman sebenar. membantu guru memerhati perkembangan murid dari segi penguasaan kosa kata dan memperkaya pengalaman. ii.Perbincangan awal, main peranan, drama dan muzik aktiviti yang dijalankan melalui teknik ini membolehkan murid mengalami semula peristiwa secara fizikal, motivasi dan kreativiti dihidupkan serta perbincangan dilaksanakan. iii.Meneruskan perbincangan murid digalakkan bercerita / berkongsi cerita dan pengalaman diikuti dengan tafsiran / interpretasi kreatif daripada rakan sebaya. iv.Menghasilkan ilustrasi murid digalakkan melukis gambar yang berkaitan dengan pengalaman mereka menerusi pemilihan isi-isi yang boleh diterjemahkan dalam bentuk lukisan diikuti dengan perbincangan dan perkongsian pendapat. v.Memperbaiki cerita lisan guru membentuk ayat-ayat berdasarkan cerita dan pengalaman murid. vi.Menulis cerita guru membantu murid menulis cerita selengkapnya. vii.Membaca cerita murid membaca cerita tersebut dengan bimbingan guru menggunakan intonasi yang sesuai. viii.Mengesan kefahaman soal jawab dijalankan bagi mengesan aras kefahaman murid. ix.Membina bank perkataan- perkataan-perkataan baharu yang terhasil berdasarkan pengalaman yang diceritakan akan dicatat untuk dijadikan rujukan pelajar. x.Berkongsi cerita murid boleh membacakan cerita tersebut kepada murid dalam kumpulan lain / bertukar-tukar cerita.
4

4.

Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Jelaskan tujuan membaca ekstensif. [20 markah] Jawapan

(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k)

Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain; Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari; Mendapat pengetahuan sambil berhibur; Memperkaya bahasa - perbendaharaan kata, ungkapan, struktur ayat dan sebagainya; Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan dan membina daya kreatif; Menambah minat membaca; Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik; Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca; Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa; Membentuk tabiat gemar membaca, membuat rujukan dan menggunakan perpustakaan; Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa;

5.

Biasanya Pendekatan Proses melalui tiga tahap utama iaitu peringkat sebelum menulis, peringkat semasa menulis dan peringkat sesudah menulis. Jelaskan langkah - langkah menulis karangan dalam pendekatan proses . (20 markah) Jawapan Guru memberi tajuk karangan mengikut tahap kebolehan minat dan latar belakang murid. Murid mencari dalam pelbagai sumber dan mengumpul bahan/makumat yang berkaitan topik dan menyediakan folio. Murid berbincang dengan guru untuk memilih maklumat yang yang menepati dan berkaitan topik sahaja. Murid menyediakan rangka karangan dalam bentuk grafik. Setelah rangka karangan menepati tajuk, murid menyediakan draf karangan. Proses mengedit karangan oleh rakan sebaya. Murid menulis karangan dan menghantar kepada guru.

6.

Bercerita merupakan salah satu kaedah yang sesuai digunakan dalam pengajaran kemahiran mendengar. Jelaskan bagaimana anda melaksanakan kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas. [20 markah] Jawapan:

Pengenalan: Kaedah bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan dalam pengajaran kemahiran mendengar kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Kaedah ini juga memerlukan pelajar mendengar dengan teliti cerita yang sedang atau yang akan disampaikan oleh guru. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa juga dapat disampaikan. Kaedah ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar. Langkah pelaksanaan: Memilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, disesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Penggunaan aspek-aspek bahasa. Frasa atau ayat-ayat penting dihafaz. Guru perlu berlatih bercerita seolah-olah berada di hadapan murid-murid sekurangkurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru hendaklah bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru juga boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau alat bantuan mengajar yang lain. Kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspekaspek bahasa yang hendak disampaikan juga perlu disediakan. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan sekaligus menghilangkan minat pelajar untuk mendengar.

7.

Dalam kemahiran membaca, pelbagai kaedah digunakan, antaranya ialah Kaedah Pandang Sebut dan Kaedah Abjad. Huraikan perbezaan kedua-dua kaedah tersebut. [20 markah] Atau: Bandingkan Kaedah Pandang Sebut dan Kaedah Fonik Jawapan: Kaedah Pandang Sebut: Dinamakan juga kaedah seluruh perkataan Pelajaran dimulakan dengan menggunakan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. Perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu mengajar, yang disebut ialah perkataan bahan yang ditunjukkan. Pengajaran dimulakan dengan murid terus diperkenal kepada seluruh perkataan yang disertai gambar.

Kaedah Abjad: Dinamakan juga kaedah mengeja. Kaedah berfokus pada penghafazan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Tujuannya bagi membolehkan murid mengeja perkataan. Nama huruf dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafaz huruf (a) hingga (z) mengikut susunan. Setelah murid menghafaz semua nama huruf, pengajaran difokuskan pada nama dan bunyi huruf vokal. Pelajaran kemudiannya diteruskan dengan pembentukan suku kata dan akhirnya perkataan.
7

Latih tubi mengeja perkataan dilakukan.

Kaedah Fonik Nama-nama huruf tidak dipentingkan Kaedah berfokus kepadaa bunyi-bunyi huruf Murid-murid dilatih membunyi huruf secara terasing dan kemudiannya menggabungkannya dengan bunyi-bunyi lain bagi membentuk suku kata dan perkataan. Ayat-ayat mudah diperkenalkan melalui gabungan perkataan yang dibentuk Murid menghafal bunyi huruf yang tidak bermakna. Masa yang lama diperlukan untuk membolehkan murid menghafal semua bunyi abjad.

8.

Membaca mempunyai dua tujuan iaitu membaca untuk tujuan serta merta dan membaca untuk tujuan lanjut. Tujuan lanjut bermaksud murid dapat membetulkan fahamannya yang salah,membandingkan fikiran dan pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah hidupnya sendiri. Jelaskan tujuan membaca untuk tujuan lanjut. (20 markah) Jawapan

Tujuan membaca untuk tujuan lanjut. I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. Sebagai alat untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari sekolah dan juga sebagai satu cara untuk menyambung pelajaran Merapatkan lagi diri dengan masyarakat dan memudahkan mereka untuk mengikuti perkembangan alam dan manusia. Meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah. Menjadikan bahan-bahan yang dibaca sebagai perbandingan dengan hasil pembacaan orang lain. Mendapat bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup iaitu dengan meneladani perkara-perkara yang baik yang dilakukan oleh orang lain. Memperkaya kosa kata, struktur ayat dan tahap penguasaan bahasa Membentuk tabiat gemar membaca dan memperoleh ilmu secara bersendiri Membina daya fikir yang matang dan membentuk sikap pembaca yang baik.
8

9. Kemahiran menulis mekanis yang dikuasai kanak-kanak pada peringkat awal adalah untuk membolehkan mereka menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Huraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dikendalikan oleh guru untuk memantapkan kemahiran menulis mekanis. ( 20 markah) Jawapan Aktiviti-aktiviti yang boleh dikendalikan oleh guru untuk memantapkan kemahiran menulis mekanis.

I.

II.

III. IV. V. VI. VII. VIII. IX.

Latihan menulis berdasarkan beberapa entuk geometri dan garisan yang ada mirp bentuk-bentuk huruf. Contohnya, ( huruf O,D), segi empat sama (huruf H,L) segi tiga ( huruf A, V,W) dan lain-lain. Latihan menulis huruf daripada gambar. Contohnya, bola sepak (O), payung (J), bumbung rumah (A), tangga (H) , roti (D), tongkat (T) dan lainlain. Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad berlubang atau plat huruf yang telah tersedia. Menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putusputus. Latihan menulis huruf dalam bentuk suku mudah seperti KV atau KVK. Latihan menamakan gambar secara terkawal. Contohnya; aam (y) Latihan menulis berpandukan gambar Latihan menyalin ayat atau frasa Latihan menyalin ayat daripada buku teks

You might also like