You are on page 1of 9

Cara-cara memegang dan menggunakan alatan

Setiap alatan yang digunakan mempunyai cara tertentu untuk dipegang, Memegang alatan dengan betul amat penting untuk mengelakkan kecedaraan semasa melakukan aktiviti berkebun. Berikut merupakan cara memegang beberapa jenis alatan.

Pencakar

Garpu Tanah

Sudip Tanah

Pongkes

Penyiram

Penyiram

Gunting Dahan

Gunting Ranting

Cangkul

Parang Pemangkas

Nama:_________________________ Suaikan peralatan perkebunan dengan fungsinya.

Tarikh: ________________

Amalan keselamatan di Kebun


Peraturan Dan Keselamatan Keselamatan adalah faktor penting yang perlu diutamakan semasa menjalankan aktiviti perkebunan. Antara ciri-ciri keselamatan adalah seperti :1. Keselamatan Diri dan Rakan * Jadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan. * Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika bekerja di kawasan kebun. * Pakai apron dan kasut but yang sesuai. * Perlu memakai sarung tangan yang sesuai. * Jangan bermain atau bergurau atau bermain di dalam kawasan kebun. * Sentiasalah bekerjasama dan tolong menolong dengan rakan sekerja. * Basuhlah tangan menggunakan air dan sabun selepas selesai membuat kerja. 2. Keselamatan Am * Fahamkan semua peraturan keselamatan yang telah digariskan semasa berada di kawasan kebun * Dapatkan kebenaran guru sebelum memasuki kawasan kebun.

* Pastikan kawasan kebun sentiasa bersih, kemas dan teratur. * Berkebunlah dengan penuh minat. * Selalulah bertanyakan guru jika ada sebarang masalah. * Bersihkan tempat kerja (kebun) dan lantai sebelum meninggalkan bengkel. * Kemas semua peralatan dan bahan di tempat yang disediakan. 3. Cara Menyimpan Alatan * Alatan perlu dibersihkan selalu terutamanya selepas menggunakannya. * Alatan perlu disimpan rapi, kemas dan teratur di tempat yang telah disediakan. * Pastikan kawasan kebun selamat tanpa ada peralatan yang bersepah atau diletak merata. * Keadaan stor perkebunan perlu dibersihkan dan dikemas serta di label nama peralatan tersebut.
PERATURAN KESELAMATAN AM Murid-murid mesti mematuhi peraturan di dalam bengkel supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Peraturan tersebut ialah :
1. Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk atau keluar dari bengkel. 2. Beratur terlebih dahulu diluar bengkel sebelum menerima arahan masuk dari guru. 3. Jangan berebut-rebut dan bertolak-tolak semasa masuk dan keluar dari bengkel 4. Dilarang sama sekali membawa beg masuk ke dalam bengkel. 5. Pastikan tingkap dibuka untuk mendapatkan pengudaraan yang baik dan

pencahayaan mencukupi. 6.Labelkan semua peralatan dan bahan. 7. Ambil tindakan keselamatan dengan segera jika berlaku kemalangan. 8. Bersihkan meja dan bengkel setelah selesai melakukan aktiviti. 9. Pastikan bahan dan peralatan dan bahandijaga baik dan sempurna.

Carta peraturan keselamatan hendaklah disedikan dan dipamerkan di bengkel.

PERATURAN KESELAMATAN DIRI


1. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang masa. 2. Pakai apron, kasut, baju berlengan pendek atau lipat baju sampai keparas siku. 3. Ikat rambut yang panjang atau pastikan tudung diikat dengan kemas dan hujungnya dimasukkan kedalam apron. 4. Jangan bermain dan bergurau senda semasa berada di dalam bengkel. 5. Fahami cara yang bertul untuk menggunakan sesuatu alatan dan bahan serta patuhi arahan guru.

6. Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan. 7. Cuci tangan menggunakan sabun dan air setelah selesai melakukan aktiviti-aktiviti di bengkel. 8. Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan segera.

Memakai pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti amali di bengkel amat penting untuk keselamatan.

PERATURAN KESELAMATAN ALATAN DAN BAHAN


1. Rancang alatan dan bahan yang hendak digunakan dan fahami cara-cara untuk menggunakannya. 2. Minta kebenaran dan tunjuk ajar daripada guru tentang cara-cara menggunakan peralatan elektrik. 3. Bersihkan alatan dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan. 4. Alatan dan bahan yang berbahaya, mudah pecah dan mudah terbakar seperti petrol dan cat serta peralatan yang tajam hendaklah disimpan di dalam almari. 5. Gunakan alatan dan bahan dengan berhemah dan berjimat cermat.

6. Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan alatan kepada guru dengan segera.

Cara yang betul menyimpan alatan di dalam bengkel.

You might also like