You are on page 1of 3

Rancangan Pengajaran harian Pendidikan Moral Tahun 3 KSSR

FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR

1. Mata Pelajaran dan Kelas 2. Nilai / Tajuk 3. Bilangan Murid 4. Masa 5. Standard Pembelajaran

: Pendidikan Moral, Tahun 3 Cempaka : Kerajinan / Usaha Tangga Kejayaan : 33 orang : 10.40 -11.40 pagi (60 minit) : 11.1.1, 11.1.2, 11.1.3, 11.1.4

6. Objektif Pembelajaran

: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

Penaakulan : i. menyatakan sekurang-kurangnya 3 cara bersikap rajin di sekolah. ii. menyatakan sekurang-kurangnya 3 kepentingan bersikap rajin di sekolah Perasaan : menceritakan sekurang-kurangnya 1 perasaan apabila bersikap rajin di sekolah

Perlakuan : menunjukkan sikap rajin dengan berusaha mencari sekurang-kurangnya 2 gambar kerajinan dari internet.

7. Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran: Set induksi: Guru menunjukkan gambar-gambar sebuah cerita, Kura-kura dengan arnab. Guru bersoal jawab dengan murid.

Langkah 1: Guru menjana idea dengan meminta murid bercerita berdasarkan gambar-gambar tersebut. Guru menjana idea dengan meminta murid memberi pendapat tentang nilai-nilai dalam cerita tersebut dengan menggunakan thinking tool (Bubble Map).

Guru menjelaskan nilai kerajinan.

Langkah 2: i. Guru mempaparkan teks cerita dan murid diminta membaca teks tersebut.

ii. Guru menggunakan thinking tool (Human Flow Map) untuk memastikan kefahaman murid terhadap cerita tersebut. iii. Perbincangan kelas dijalankan dengan mengaitkan aktiviti-aktiviti di sekolah dan kepentingan bersikap rajin.

Langkah 3: i. Dalam kumpulan, murid menggunakan internet untuk mencari 2 gambar berkaitan kerajinan di sekolah. ii. iii. Sumbangsaran perasaan murid berdasarkan gambar-gambar tersebut. Murid menjelaskan kepentingan bersikap rajin secara lisan.

Penutup: Guru membuat kesimpulan.

8. EMK: i. ii. Kreativiti & inovasi menjana idea, sumbangsaran TMK - Menggunakan internet

9. Bahan Bantu Belajar: Gambar-gambar cerita, gambar-gambar kerajinan, lembaran kerja, peta buih

9. Penilaian p&p: i. ii. lembaran kerja (Nyatakan aktiviti-aktiviti kerajinan di sekolah) gambar-gambar yang diakses oleh murid daripada internet

iii. murid dapat menceritakan perasaan apabila bersikap rajin

Aktiviti Pengayaan:

Aktiviti Pemulihan:

10. Refleksi i. 30 orang murid telah mencapai objektif yang ditetapkan. ii. 3 orang murid akan diberi latihan pemulihan sebelum waktu pelajaran akan datang.

You might also like