You are on page 1of 4

UNIT 8 : MARI BERSENAM BAHAGIAN A :

1. Larian Malaysia Cergas telah diadakan di SJK Taman Besteri pada hari Ahad. 2. Mereka hadir dari awal pagi dan berhimpun di padang sekolah. 3.Kim Ho berazam hendak berlari hingga garisan penamat. 4. Larian akan bermula dari padang sekolah ke padang Taman Bestari. 5. Apabila acara bermula, Cikgu Faizal membunyikan wisel untuk memulakan acara larian. BAHAGIAN B : BERJOGING Berjoging ialah senaman yang mempunyai banyak faedah. Badan sihat otak cerdas. Berjoging dapat mencegah penyakit jantung dan mengelakkan obesity. Berjoging juga dapat menambah hayat seseorang. Kita boleh ke padang untuk berjoging. Selain itu, kita juga boleh berjoging di taman, di tepi pantai atau di kawasan yang sesuai. Semasa berjoging, kita juga dapat menghirup udara yang segar. Kita hendaklah menjaga kesihatan kita supaya dapat menghindari pelbagai jenis penyakit. Oleh itu, berjoginglah selalu supaya rakyat sihat negara maju.

BAHAGIAN C : nilai murni ( m/s 37) Feadah Berbasikal 1. Kita hendaklah menjimatkan wang untuk membeli minyak petrol dengan mengayuh basikal ke sekolah. 2. Kita patutlah menyihatkan badan kita seperti Kim Ho yang selalu mengayuh basikal pada masa lapang. 3. Kita perlulah menjimatkan masa dengan mengayuh basikal ke sekolah bagi mengelakkan kesesakan jalan raya. 4. Kita mestilah pandai menguruskan masa seperti abang Kim Ho yang mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

UNIT 9 BAHAGIAN A 1. Kalang menolong Vinod mengangkat bakul sayur-sayuran ini ke atas meja. 2.Ibu meminta saya memberikan sayur-sayuran kepada guru-guru di sekolah ini. 3.Keluarga saya menanam sayur di kebun belakang rumah. 4. Vinod membawa sayur-sayuran yang segar ke sekolah untuk guru-guru. 5. Vinod rajin membantu ibu bapa mengusahakan tanaman sayur. BAHAGIAN B Aku sebagai lobak merah Aku ialah lobak merah. Nama saintifikku ialah Daucus carota. Aku sejenis sayur berumbi. Aku perlu ditanam di atas batas dan badanku membesar di dalam tanah. Aku perlu disiram setiap hari dan dibubuh baja. Aku mengandungi vitamin C yang penting untuk memastikan mata manusia sihat. Apabila tiba masanya, aku diambil dari kebun. Aku dibersihkan dan disusun bersama-sama kawanku. Aku dibawa ke pasar raya untuk dijual. Pada suatu hari, seorang wanita telah memegangku dan menelitiku. Akhirnya, dia telah membeli aku dan kawanku dengan harga RM3.00. Tuanku bernama Puan Ming Suan. Dia menggunakan saya untuk membuat kek. Aku dipotong dan dikisar bersama bahan lain. Akhirnya, sebiji kek yang sedap telah dibentuk. Inilah rikwayatku sebagai lobak merah. BAHAGIAN C mls 39 1. Kita mestilah menjaga kesihatan dengan banyak minum susu. 2. Kita perlulah menguatkan tulang kita dengan minum susu segar setiap hari. 3. Kita haruslah mencergaskan badan kita supaya hidup lebih sejahtera. 4. Kita patutlah mencerdaskan otak kita supaya dapat belajar dengan ceria.

UNIT 10 BAHAGIAN A 1. Vinod hendak membantu ayahnya berkebun di belakang rumahnya. 2. Vinod menukar pakaian lalu pergi ke stor di belakang rumahnya. 3. Vinod mengambil kasut but dan sarung tangan di dalam stor. 4. Vinod memeriksa kasut but dan sarung tangan sebelum memakainya. 5. Vinod memakai sarung tangan dan kasut but ketika berkebun.

BAHAGIAN B Taman permainan Pada hari sabtu yang lalu, Tia mengajak kawan-kawannya bermain di taman permainan. Mereka memakai baju sukan. Mereka berjalan menuju ke taman permainan dengan berhati-hati. Mereka berjalan di laluan kongsi sebelah kanan jalan raya. Mereka juga berwaspada terhadap kenderaan yang datang dari arah hadapan. Setibanya di sana, Kim Ho dan Kalang bermain papan gelongsor dengan beratur. Mereka tidak berebut-rebut semasa bermain papan gelongsor. Farhana dan Nisya pula bermain buaian dengan cermat. Mereka sentiasa menjaga keselamatan diri semasa bermain di taman permainan. Mereka balik pada waktu petang dengan perasaan gembira BAHAGIAN C

1. Kita mestilah mematuhi peraturan semasa berada di taman permainan. 2. Kita patutlah menjaga keselamatan diri dengan menggunakan laluan pejalan kaki. 3. Kita hendaklah bersikap hemah tinggi semasa berbasikal di taman permainan. 4. Kita haruslah menjaga kebersihan taman dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat.

UNIT 11 BAHAGIAN A m/s 50 1. Abang Kim Ho pergi ke kedai basikal pada setiap hari minggu. 2. Abang Kim Ho selalu memastikan basikalnya berfungsi dan selamat digunakan. 3. Abang Kim Ho selalu memeriksa brek basikalnya berfungsi dengan baik. 4. Abang Kim Ho juga memastikan loceng berbunyi dan lampu bernyala pada basikalnya. 5. Abang Kim Ho memastikan rantai basikalnya tidak berkarat dan tayar basikalnya berbunga dan berangin. BAHAGIAN B

Aku tali pinggang keledar Aku ialah tali pinggang keledar. Warnaku kelabu. Aku dihasilkan di sebuah kilang kereta di Sibu. Aku berada di tempat duduk pemandu dan penumpang. Aku mempunyai banyak fungsi. Aku digunakan untuk mengurangkan risiko kecederaan semasa kemalangan. Aku juga digunakan untuk mengurangkan risiko pemandu dan penumpang tercampak ke luar kereta sewaktu berlaku kemalangan. BAHAGIAN C m/s 52

1. Kita hendaklah bersabar semasa menunggu komuter. 2.Kita mestilah mematuhi peraturan semasa menunggu komuter dengan berdiri di belakang landasan. 3. Kita patutlah berdisiplin seperti Bavani yang duduk tertib di dalam komuter. 4. Kita haruslah menjaga keselamatan apabila keluar dari komuter dengan berhati-hati. barisan kuning di tepi

You might also like