You are on page 1of 39

1.

0 SEJARAH OLAHRAGA Sejak bertahun-tahun dahulu lagi, kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah. Maka, kekuatan ini menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan. Tujuan diadakan pertandingan hanyalah sematamata untuk mencari siapa yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk mencapai hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya, ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesama individu. Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi mereka yang gagal pula, sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih untuk menumpaskan lawan dan muncul sebagai pemenanng. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah tentu menarik dan mendapat perhatian orang ramai. Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin ramai individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan dan keupayaan masing-masing. Untuk mencapai kemenangan, mereka akan berlatih bersungguhsungguh dan akan mempamerkan kebolehan dan kekuatan sebenar semasa pertandingan. Ini menjadikan pertandingan untuk menguji kebolehan itu lebih menarik dan berjaya pula menarik minat orang ramai di merata dunia. Walaupun bentuk pertandingan agak berbeza, namun matlamat dan tujuannya adalah sama. Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di seluruh dunia, pelbagai bentuk pertandingan diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingan di kalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan olahraga atau athletics. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno.

2.0 SEJARAH AWAL Walaupun diakui sudah terdapat pertandingan seperti yang dinyatakan pada awal bab ini sejak zaman Sebelum Masihi lagi, tetapi adalah sukar untuk mengetahui dengan jelas dan tepat bila manusia menjadikan aktiviti berlari, melompat dan melontar ini sebagai satu pertandingan. Jika permulaan di Greek Kuno diambil kira seperti yang dinyatakan oleh kebanyakan buku sejarah, bermakna olahraga sudah bermula sejak 3000 tahun yang lalu. Jika pendapat ini diterima, bermakna olahraga sudah tentu merupakan sukan terawal di dunia. Salah satu bukti yang kukuh untuk menjelaskan kesahihan kenyataan ini dapat dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno. Sukan itu dipercayai bermula pada tahun 776 SM, sehingga kini sudah diakui merupakan catatan awal bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Ini disebabkan olahraga merupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata lain, orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat asal olahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan yang dipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai salah satu cabang seni melalui persembahan peserta-peserta yang mengambil bahagian. Dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno, olahraga merupakan acara yang mendapat perhatian ramai. Sebuah buku tentang sejarah dan perkembangan sukan iaitu The Encyclopedia of Sports ada menyatakan tentang olahraga yang bermula pada zaman Greek Kuno dan mencatatkan bahawa lompat jauh dianggap sebagai acara pertama yang dipertandingkan dalam sukan tersebut. Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu Sukan Olimpik tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius, tanpa menyatakan alasannya. Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk pada ketika itu berasa kehilangan sesuatu. Mereka tidak lagi dapat berkumpul dan bertanding seperti sebelumnya. Walau bagaimanapun, mereka tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan melontar. Setidak-tidaknya mereka dapat juga mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk diadili oleh orang ramai. Oleh sebab pertandingan sukan olahraga menerusi Sukan Olimpik Kuno itu diadakan khusus untuk penduduk sekitar Greek sahaja, tiada negara lain yang sanggup

meneruskan tradisi sukan tersebut akhirnya berkuburlah sukan itu. Hal itu berlanjutan sehingga abad ke-19. Walaupun tanpa sukan tersebut, mereka terus mengadakan pertandingan sesama mereka secara kecil-kecilan. 3.0 PERKEMBANGAN PADA ZAMAN MODEN Menjelang abad ke-19, barulah timbul ura-ura untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik yang sekian lama berkubur. Pada masa itu, terdapat pula usaha negaranegara lain yang mula menunjukkan minat (selain Greek) untuk menghidupkan semula sukan olahraga. Di England umpamanya, olahraga berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military College menerusi temasya sukannya yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap sebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno. Kejayaan kolej itu mengadakan temasya sukan olahraga telah mendorong pihak-pihak lain untuk turut sama mengembangkan sukan ini ke merata tempat di England. Tidak berapa lama selepas itu, muncul kelab olahraga yang pertama di dunia iaitu Kelab The New Guild di England. Penubuhan kelab ini juga turut mendorong kemunculan beberapa kelab olahraga yang lain selepas itu. Kebanyakan sekolah turut menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam olahraga, begitu juga dengan universiti dan kolej. Sasaran menjadikan sekolah, kolej dan universiti sebagai tempat mengembangkan sukan olahraga amat wajar dan dengan segala kemudahan serta pengurusan yang teratur, peluang untuk mengembangkan sukan olahraga amat cerah. Universiti Oxford adalah antara beberapa universiti yang terawal menubuhkan pasukan olahraga, iaitu Exeter College Athletics Club yang ditubuhkan pada tahun 1850. Apa yang menarik kelab itu masih wujud hingga ke hari ini. Perkembangan sukan di negara-negara Eropah khususnya di England termasuk sukan olahraga pada abad ke-19 memang ketara. Ini menjadikan penduduk di situ mudah mempelajari dan menerima kedatangan sukan olahraga ini. Oleh itu, tidak hairan jika dikatakan bahawa tahun-tahun 1860-an merupakan tempoh perkembangan sukan olahraga yang pesat di England. Sambutan penduduk setempat yang menggalakkan memudahkan lagi perkembangan sukan ini. Bagi meningkatkan perkembangan sukan olahraga ini, kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula dianjurkan oleh kelab-kelab olahraga di negara tersebut. Sekali lagi sukan olahraga

mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada penduduk di situ. Orang ramai sudah mula meminati dan turut menonton kejohanan-kejohanan yang dianjurkan. Selain itu, olahraga turut diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan Kanada. Usaha pengembangan sukan ini di England diteruskan pada tahun 1876, negara tersebut berjaya mengadakan kejohanan olahraga pertama yang berbentuk pertandingan peringkat antarabangsa. Kejohanan tersebut melibatkan England dan Ireland. Kemunculan sukan olahraga di Amerika Syarikat telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat negara tersebut. Perjumpaan olahraga turut diadakan dalam masa yang singkat. Pada penghujung abad ke- 19 dan awal abad ke20, ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat yang baru sahaja didedahkan dengan sukan ini mampu menunjukkan prestasi yang membanggakan. Sebilangan besar daripada atlit Amerika Syarikat bukan sahaja berjaya memenangi malah menguasai banyak perjumpaan sukan yang diadakan, termasuk di luar Amerika Syarikat. Turut membanggakan lagi ialah penguasaan ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat ini amat menonjol sehingga mampu mencipta dan memecahkan rekod yang terdahulu. Ketika itu kebanyakan rekod dunia masih belum mendapat pengiktirafan maka rekod-rekod ini tidak dicatat untuk rujukan. Walau bagaimanapun, daripada senarai pemenang pada kebanyakan perjumpaan olahraga menunjukkan bahawa sebahagian besarnya adalah peserta dari Amerika Syarikat. Perkembangan seterusnya ialah ke negara-negara Eropah yang lain, Kepulauan Inggeris dan ke beberapa negara dunia yang lain. Kemasukan sukan ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat, malah dalam masa yang singkat sahaja sudah mampu menghasilkan olahragawan bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, prestasi dan kebolehan para olahragawan Amerika Syarikat masih belum tergugat. Mereka masih menguasai sebilangan besar perjumpaan olahraga antarabangsa. Hal ini ditambah lagi dengan kemunculan atlit Amerika Syarikat yang berketurunan Negro yang menunjukkan prestasi yang membanggakan dan

menakjubkan. Di negara-negara lain juga turut diadakan kejohanan olahraga yang disertai oleh peserta-peserta luar negara. Malahan menerusi persatuan-persatuan olahraga masing-masing, mereka menjadikan perjumpaan olahraga sebagai

perjumpaan tahunan yang meriah. Perjumpaan olahraga seperti Sukan Olimpik telah dijadikan medan perjumpaan para olahragawan dari seluruh dunia untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para peserta masing-masing dalam bidang olahraga. Sejak diadakan pada zaman kuno lagi, perjumpaan sukan ini dianggap sebagai perjumpaan sukan yang terbesar di dunia dan olahraga dijadikan acara yang utama dalam sukan tersebut. Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan olahragawan yang mampu menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Olahragawan dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum mampu menggugat atau menandingi mereka, walaupun sukan olahraga telah diperkenalkan ke negara-negara tersebut. Selepas tahun 1960-an, barulah muncul peserta-peserta dari tiga bahagian dunia ini yang mampu menandingi dan memberi saingan, tetapi prestasi mereka masih belum mampu menggugat potensi ahli-ahli olahraga dari Amerika Syarikat, Eropah dan Kanada. Kini semakin ramai olahragawan dari ketiga-tiga rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan memenangi beberapa acara sejak kebelakangan ini. Ini menjadikan pertandingan olahraga, khususnya menerusi Sukan Olimpik semakin mencabar dan menarik. Kebanyakan negara mula menubuhkan persatuan olahraga masing-masing setelah beberapa tahun olahraga diperkenalkan di negara mereka. Persatuan-persatuan ini bertujuan menjadi badan penyelaras kepada setiap aktiviti dan kejohanan yang disertai oleh negara berkenaan. Persatuan ini juga bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas perkembangan dan kemajuan olahraga di negara masing-masing. Negara kita juga tidak ketinggalan menubuhkan persatuan olahraga sendiri sejak tahun 1926. Dengan adanya persatuan-persatuan olahraga ini telah memberi kesempatan dan peluang kepada peserta-peserta dari pelbagai negara mengambil bahagian dalam kejohanan dan perjumpaan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan yang bergabung dengan Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) atau anjuran badan dunia itu sendiri.

4.0 SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada tahun 1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan Ipoh Athletic Sports. Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya. Pada 1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama. Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh Amateur Athletic of British Malaya. Pada 1913, nama diubah kepada Amateur Athletic Association of Malaya. Nama kejohanan ditukar kepada Championships of Malaya. Pada 1940 hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua. Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada Federation of Malaya Amateur Athletic Union (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya. Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-peraturan baru telah diadakan di Seremban, rekod-rekod kebangsaan telah diiktiraf. Pada 1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari luar negara. Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada Malaysia Amateur Athletics Union (MAAU). Presiden MAAU yang pertama ialah Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie. Pada 1964, kejohanan pertama di bawah MAAU diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian. 5.0 PERSATUAN DAN ORGANISASI OLAHRAGA Seperti kebanyakan sukan dunia, cara paling baik dan berkesan untuk mengembang dan menyelaraskan segala aktiviti dan perjumpaan sukan termasuk olahraga ialah menerusi persatuan. Oleh itu, adalah penting ditubuhkan persatuanpersatuan sukan mengikut peringkat tertentu. Bagi olahraga, badan atau pertubuhan tertinggi untuk tujuan ini ialah Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912. Keahlian badan ini terdiri daripada persatuan-persatuan olahraga peringkat nasional negara masing-masing. Setiap negara boleh bergabung

dalam persekutuan ini. Negara kita menerusi Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU) turut menganggotai badan ini. Dengan adanya IAAF, sebarang kejohanan dan perjumpaan sukan olahraga di peringkat antarabangsa hendaklah mendapat kebenaran dan pengiktirafan IAAF atau pun dianjurkan sendiri oleh badan berkenaan. Badan ini juga bertanggungjawab dalam menyelesaikan sebarang masalah atau pertikaian yang mungkin timbul di kalangan negara-negara atau persatuan-persatuan gabungannya. Umpamanya, dalam

menganjurkan perjumpaan sukan utama seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan sebagainya, badan berkenaan harus mendapat persetujuan daripada Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan IAAF. Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) juga berperanan

mengeluarkan segala undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan sukan olahraga untuk dipatuhi oleh semua negara anggota. Begitu juga dengan rekod-rekod pencapaian yang dicipta oleh setiap peserta, rekod yang mendapat kelulusan IAAF akan dicatat dan dikemaskinikan oleh badan ini pada setiap masa. Ringkasnya, IAAF sememangnya berperanan dalam semua hal yang berkaitan dengan sukan olahraga di peringkat dunia. 6.0 ACARA-ACARA OLAHRAGA Acara-acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu : 1. Acara-acara balapan 2. Acara-acara padang 3. Lain-lain Acara-acara Balapan Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di atas trek. Acara-acara balapan termasuk lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak sederhana dan jauh dan berjalan kaki.

Antara acara-acara yang termasuk dalam acara balapan : 1. Lari pecut a) 100 meter b) 200 meter c) 400 meter Sejarah Lari Pecut Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman Olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undangundang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walau bagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensel. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun

1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978. Pengenalan Acara Lari Pecut Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagianbahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat ( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin.. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut : a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki. b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut. c) Tangan digerakkan dengan pantas. d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan). Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada

beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semula jadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai koordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang. Teknik Mula Lari Pecut

Ada 2 teknik iaitu gaya berdiri dan gaya dekam. Gaya Berdiri I. Persediaan Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke garisan' diberi. II. Ke garisan Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan. Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan. Condongkan badan. Kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan. Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan. III. 'sedia' Condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan - Bengkokkan lebih lutut kaki hadapan Kaki belakang tolak ke tanah. Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel. IV. 'Bang' atau 'mula' Pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan. Gaya Dekam Terbahagi kepada 3 iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.

FASA-FASA DAN TEKNIK-TEKNIK LARIAN a) Fasa permulaan b) Fasa larian

c) Fasa pecutan d) Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan e) Fasa larian di selekoh f) Fasa penamat Fasa Permulaan Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak. b) Hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan. c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. Memulakan Larian dengan Blok Permulaan - Gaya larian melibatkan 3 gaya iaitu : Gaya peluru : Blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Letakkan kaki di blok, lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan serta ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk Gaya sederhana : Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Letakkan kaki di blok, lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan serta ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk Gaya panjang :

Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Letakkan kaki di blok, lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan serta ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk Kedudukan tangan, kepala dan leher Kedua belah tangan lurus dan dibuka seluas bidang bahu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka luas dengan jari-jari lain rapat di antara satu sama lain, diletak di belakang garis permulaan. Kepala dan leher di dongak, mata pandang ke hadapan Fasa Sedia Selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di blok permulaan. Kedudukan tangan Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain, diletak di belakang garis mula. Kedudukan kepala dan leher Kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan. Fasa Pecutan Pergerakan tangan dan kaki Selepas ' bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki.

Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan. Tangan lain digerakkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah. Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini. Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Pecutan berlaku pada awal larian 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya aka ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. Teknik Larian di selekoh Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'. Seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam untuk memastikan 'centrifugal'. Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam. Fasa Penamat Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya. Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan, bahu diangkat dan tangan ditarik ke belakang. larian selekoh berkesan ataupun mengimbangkan kuasa

2.

Lari berganti-ganti a) 4 100 meter b) 4 200 meter c) 4 400 meter

Lari berganti-ganti Garisan-garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi menandakan jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi. Setiap zon sambut hendaklah sepanjang 20m dengan garisan pembahagi di tengah-tengahnya. Garisan tengah zon sambut pertama 4 x 400m (atau zon sambut kedua 4 x 200m) sama dengan garisan permulaan 800m. Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400m ialah garisan 10m di kedua-dua belah garisan permulaan/penamat Lari berganti-ganti 4 x 100m dan kalau boleh 4 x 200m hendaklah dijalankan dalam lorong sepenuhnya. Dalam 4 x 100m dan 4 x 200m, pelari-pelari kecuali pelari pertama sesuatu pasukan itu boleh memulakan lariannya tidak melebihi 10m keluar daripada zon sambutnya. Satu tanda yang jelas akan diletakkan pada setiap lorong bagi menandakan had luar zon. Bagi 4 X 400m, pelari pertama berlari dalam lorong sendiri; pelari kedua berlari 100m dalam lorong sendiri sehingga ke garisan memotong masuk lorong pertama (cut in line) selepas itu masuk ke lorong pertama. Pelari ketiga dan keempat akan menerima baton mengikut susunan kedudukan di selekoh 200m. Peraturan ini dikuatkuasakan jika terdapat lebih daripada 4 pasukan. Baton hendaklah diserahkan di dalam zon sambut. Kedudukan baton yang menjadi penentu bukan kedudukan tubuh, kaki atau tangan peserta. Peserta tidak boleh menghalang atau mengganggu peserta lain. Komposisi dan susunan larian peserta-peserta dalam pasukan hendaklah diisytiharkan secara rasmi sejam sebelum masa panggilan pertama pusingan pertama. Setelah pertandingan bermula hanya dua peserta boleh digantikan. 3. Lari berpagar a) 100 meter (wanita) b) 110 meter (lelaki)

c) 400 meter

4.

Steeplechase 3000 meter

5.

Lari jarak sederhana dan jauh a) 800 meter b) 1500 meter c) 3000 meter d) 5000 meter e) 10000 meter

Pengenalan Larian jarak sederhana dan jarak jauh sama dengan lari pecut, cuma berbeza dari segi teknik dan perlakuan sahaja. Larian jarak sederhana dan jauh memerlukan daya tahan, daya tahan, kelajuan dan kelajuan terutama semasa menghampiri garisan penamat. Bentuk dan pendekatan latihan lari jarak sederhana dan jarak jauh sedikit berbeza dengan lari pecut terutama dari segi jenis-jenis latihan dan juga intensiti latihan. Larian jarak sederhana dan jarak jauh mempunyai persamaan dari segi teknik berlari. Perbezaannya cuma dari segi jarak, halangan dan peraturan larian. Teknik Larian Teknik larian bermaksud cara pelari melakukan larian dari permulaan larian sehingga ke penamat larian. Permulaan Larian Semua permulaan bagi lari jarak sederhana dan jarak jauh adalah sama iaitu dengan cara berdiri. Permulaan larian dilakukan oleh pelepas di tempat permulaan dengan arahan Ke garisan!!, dan tembakan pistol dilepaskan. Dalam semua acara larian jarak sederhana dan jarak jauh, pelari akan berlari di permulaan mess start iaitu bermula di garisan lengkung secara beramai-ramai dan terus masuk ke lorong sebelah dalam. Bagi acara 800 meter, pelari akan bermula larian dengan dua cara iaitu: Jika peserta lebih dari 8 orang, pelari akan bermula larian dengan cara mess start iaitu bermula di garisan lengkung beramai-ramai.

Jika peserta 8 orang dan kurang, pelari akan bermula di garisan permulaan satu setengah stagger dengan pelari akan berlari di lorong masing-masing sehingga selepas 100 meter barulah pelari memotong masuk ke lorong sebelah dalam. Semasa Larian Teknik-teknik larian bergantung kepada bentuk badan serta kekuatan ayunan kaki dan tangan pelari. Kombinasi keseluruhan badan akan memberi kelebihan dan kekuatan untuk bergerak dengan lebih pantas. Bagaimana pun latihan sistematik adalah penting bagi penyesuaian diri pelari tersebut dengan acara yang disertainya. Teknik berlari dengan betul: Semasa berlari, kedudukan badan pelari hendaklah dalam keadaan lurus dengan kepala pada kedudukan selari dengan torso serta dalam situasi menegak dan seimbang. Pelari hendaklah mengelak dari menoleh ke belakang atau ke sebelah. Mata pelari hendaklah ditumpukan pada satu titik lebih kurang tiga meter di hadapannya. Berlari di lorong paling dalam. Berlari mengikut rentak keupayaan sendiri Meningkatkan dan mengekalkan kelajuan sepanjang larian. Elak memotong pelari lain di bahagian selekoh balapan Menamatkan Larian Cara menamatkan larian adalah sama dengan acara-acara larian yang lain iaitu dengan menghampiri bahagian torso ke garisan penamat. Peraturan Larian Jarak Sederhana dan Jarak Jauh Permulaan larian menggunakan gaya berdiri Bagi acara-acara sehingga dan termasuk 10km, minuman/pembasahan hendaklah disediakan, jika keadaan cuaca memerlukan ia disediakan.

Pelari tidak dibenarkan mengambil minuman dari mana-mana tempat yang bukan dikhaskan. Bagi acara 800 meter dengan garis permulaan satu setengah stagger, peserta akan berlari mengikut lorong masing-masing sehingga ke 100 meter pertama dan selepas melintasi satu garisan lengkung yang ditanda dengan bendera di luar balapan, peserta bebas memasuki lorong yang dikehendaki. Perlakuan menghalang pelari lain dikira satu kesalahan dan larian pelari tersebut dibatalkan. Marathon Marathon ialah satu acara larian yang terjauh sekali dipertandingkan. Jarak yang terpanjang ialah 42.195 km (26 batu, 358 ela). Permulaan dan penamat acara ini biasanya dilakukan di arena, tetapi perjalanan laluan keseluruhan dijalankan di atas jalan raya. Merentas Desa Acara merentas desa adalah satu acara di mana individu dan pasukan berlari mengikut laluan melalui desa. Pelari-pelari boleh bertanding secara individu atau dalam pasukan. Satu larian boleh mengandungi kedua-dua jenis pertandingan. Jarak yang akan dipertandingkan ditetapkan oleh pihak pengelola iaitu antara 2 5 km, 12 km atau 14.5 km. Untuk memastikan skor pasukan selepas larian / perlumbaan, kedudukan ahliahli setiap pasukan akan dikira dan dijumlahkan. Pasukan yang mendapat agregat terbaik akan diisytiharkan sebagai pemenang. Jikalau berlaku seri, pelari terakhir dari pasukan yang mendahului pelari-pelari terakhir daripada pasukan lain akan diberi kedudukan yang lebih tinggi.

6.

Berjalan kaki a) 20 km b) 50 km

Acara-acara Padang Selain dari acara-acara trek, anda juga perlu tahu acara-acara padang. Acara padang terdiri daripada acara lompatan dan balingan. Acara-acara ini boleh dipertandingkan serentak dengan acara trek kerana ia dijalankan di bahagian dalam trek. Acara-acara padang memerlukan peralatan dan kawasan tertentu. Antara acaraacara padang yang dipertandingkan adalah acara lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang, lombol bergalah, merejam lembing, melempar cakera, melontar peluru dan membaling tukul besi. Kebanyakan acara lompatan memerlukan aspek kepantasan, koordinasi, kelenturan dan kuasa yang tinggi. Acara-acara padang mengandungi : 1. Acara lompatan 2. Acara Balingan Terdapat dua jenis acara lompatan : a) Untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah. b) Untuk jarak jauh iaitu acara lompat jauh dan lompat kijang. Pengenalan Lompat Jauh Lompat jauh merupakan salah satu acara olahraga yang menarik bagi seseorang atlit mencuba mendarat sejauh mana yang boleh dari tempat yang dituju. Dalam masa yang singkat, atlit mestilah membuat pelarasan bagi membetulkan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan kedudukan kaki. Acara tersebut merupakan acara yang menarik kerana walaupun bukan semua orang dapat lompat dengan jauh, tetapi mereka juga minat terhadap acara lompat jauh. Bagi mendapatkan pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan, pelompat jauh perlu menjalani latihan yang sistematik dan berkesan di bawah bimbingan jurulatih. Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah berlari dengan kelajuan yang maksimum dan berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal. Tidak lupa juga bahawa masalah utama bagi

pelompat jauh adalah mengekalkan langkah larian pada tiga ke empat langkah sebelum melonjak. Di samping itu pelompat jauh harus meningkatkan komponen kelajuan, kuasa eksplosif dan kekuatan otot . Sejarah Lompat Jauh Sejarah permulaan acara lompat jauh dapat dikesan seawal tahun 708 SM iaitu dalam Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan tersebut, lompatan sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh Chionis, peserta Sparta. Terdapat pada tembikar dan corakcorak lukisan yang dibuat pada zaman itu, lompatan dibuat secara berkali-kali oleh peserta Sparta, sama ada lompatan dalam bentuk multiple, double-triple atau quintriple. Terdapat juga fakta menyatakan bahawa lompat jauh berasal dari sukan zaman purba di Greece dalam bentuk lompat jauh berdiri. Pada masa itu pelompat melompat dengan memegang beban yang dinamakan halteres pada kedua -belah tangan. Berat tersebut adalah di antara 0.9 kg hingga 4.5 kg, dan ia dipercayai dapat membantu untuk memberi kesan lompatan yang lebih jauh. Ini terbukti dalam tahun 1854, J.Howard yang melompat sejauh 9.02 m sebenarnya mendapat 2.4 m hasil daripada beban yang digunakan. Pelompat melompat dari threshold (tempat lonjakan) dan mendarat di skamma (tempat mendarat). Pada masa ini acara lompat jauh ialah lompat jauh berlari. Apabila Sukan Olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896, lompat jauh termasuk sebagai salah satu acara olahraga. Sejak itu ia terus diterima sebagai salah satu acara olahraga dalam kebanyakan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat di dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehinggalah kepada bentuk lompatan yang ada seperti sekarang. Fasa-Fasa Lompat Jauh Terdapat 4 fasa yang umum, iaitu :

Fasa Lari Landas (Approach) Mula dengan berdiri secara kaki segaris atau kaki depan belakang. Langkah pertama dari titik permulaan mesti bermula dengan kaki dominan atau kaki yang melonjak. Penentuan titik permulaan dari papan lonjakan adalah berbeza mengikut umur, iaitu : a) 11 langkah bagi yang berumur bawah 11 tahun b) 13 langkah untuk yang bawah 13 tahun c) 15 langkah bagi yang bawah 15 tahun d) 17 langkah untuk yang bawah 17 tahun e) 21 langkah bagi yang berumur 17 tahun ke atas Pelompat digalakkan mengulangi larian dari titik permulaan ke papan lonjakan untuk memastikan kaki dominan adalah pada papan lonjak sebelum melonjak. Jika diperlukan, pelompat boleh mengubahkan lokasi petanda titik permulaan Setiap atlet lompat jauh perlu mempunyai kelajuan yang tersendiri semasa larian landas untuk mendapatkan lompatan yang terbaik. Fasa Lonjakan (Take Off) Mencapai momentum yang maksimum apabila tiba di papan lonjakan. Badan pelompat seharusnya direndahkan sedikit untuk menghasilkan keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas.

Fasa Layangan/ Penerbangan (Flight) Merujuk kepada fasa apabila pelompat telah melepasi papan lonjakan dan berada di udara. Dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan kederasan. Untuk mengatasi rintangan tersebut, terdapat beberapa gaya yang boleh dilakukan di udara, iaitu : a) Gaya belayar (sailing) b) Gaya tendang kayuh (hitch-kick) c) Gaya gantung (hip-swing). d) Gaya mengayuh atau berlari di udara adalah yang paling licin dan banyak digunakan dalam lompatan bagi acara lompat jauh pada peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat antarabangsa. Fasa Pendaratan (Landing) Merupakan fasa yang terakhir dalam acara lompat jauh. Apabila badan mula jatuh ke pasir, tangan dan kaki pelompat dirapatkan dan digerakkan ke hadapan Apabila tumit mula mencecah tanah, tangan pelompat seharusnya digerakkan ke belakang dan ke hadapan. Gaya-Gaya Lompat Jauh

Gaya Layar Fasa lonjakan : Pelompat mesti mengayunkan lutut kaki hadapan ke atas secepat mungkin bagi menambah kelajuan menegak Fasa layangan Merapatkan lutut ke dada dan mengayunkan kedua-dua tangan ke atas dan ke hadapan semasa berada di udara. Gaya Gantung

Fasa lonjakan Pelompat mengangkat lutut kaki hadapan seberapa tinggi yang boleh. Pada masa yang sama, mengangkat tangan yang bertentangan tinggi ke hadapan.

Fasa layangan Pelompat perlulah mengayunkan kedua-dua tangan ke belakang. Lentikkan badan supaya kelihatan seperti tergantung. Mengangkatkan kedua-dua lutut serentak dengan ayunan tangan ke hadapan untuk persediaan mendarat.

Gaya Tendang Kayuh Fasa layangan : Pelompat perlu mengayuh satu setengah atau dua setengah langkah di udara. Kayuhan dua setengah langkah : Langkah kayuhan pertama ialah lonjakan kaki dari papan lonjak dan kaki bebas ke hadapan. Langkah kayuhan kedua ialah mengayuh, dan kaki lonjakan bersedia untuk mendarat. Langkah kayuhan setengah yang akhir mengehendaki pelompat untuk merapatkan kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat. Lompat Tinggi: Pengenalan Lompat Tinggi Acara lompatan mula menjadi sebahagian daripada acara olahraga yang penting apabila olahraga telah menjadi lebih formal pada tahun-tahun dalam abad-19 dan abad ke-20. Dalam abad ke-19, atlit lompat tinggi mula melompat dan mendarat di atas tanah berumput. Oleh demikian, untuk menjaga keselamatan pelompat, maka teknik lompat tinggi gaya gunting digunakan. Seterusnya, untuk meningkatkan lagi kualiti

keselamatan, pasir dilonggokkan di tempat mendarat untuk mengurangkan impak pendaratan. Pada masa yang sama, gaya gunting cara membelakang digunakan tetapi

cara ini banyak mencederakan para atlit. Sebelum tahun 1940-an, Gaya Timur adalah popular walaupun teknik ini lebih sukar dilakukan. Pada tahun 50-an, Gaya Guling Barat merupakan gaya pertama yang dipopularkan dan ia digunakan oleh ramai atlit sehingga pertengahan tahun 1950-an. Walau bagaimanapun, Gaya Pelana mula menjadi dominan sehingga sukan Olimpik 1968 di Mexico. Pada sukan Olimpik 1968, Dick Fosbury telah menggunakan gaya baru iaitu Fosbury Flop untuk membuat lompatan. Walaupun gaya lompatan tidak penting, perkembangan semasa menunjukkan bahawa atlet yang menggunakan gaya Fosbury Flop mencapai lebih kejayaan berbanding dengan atlet yang menggunakan gaya gunting. Rekod lompat tinggi kategori lelaki dan wanita dipegang oleh atlet yang menggunakan gaya Fosbury Flop. Ukuran lapangan sama dengan lompat jauh, tinggi tiang mistar min 2.5 meter, panjang tilam 3.15 m. Terdapat lima gaya yang biasa digunakan dalam acara lompat tinggi iaitu gaya gunting, gaya pelana, gaya barat, gaya timur dan gaya Fosbury Flop. Lompat tinggi boleh dibahagikan kepada empat fasa seperti berikut:

I. II. III.

Fasa lari landas/penujuan Larian menghala ke palang Fasa lonjakan Tindakan kaki untuk menaikkan badan Fasa penerbangan/layangan Gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang

IV.

Fasa pendaratan - sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.

Gaya Lompat Tinggi Gaya Gunting Penujuan Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira- kira 30 darjah. Pelompat menggunakan 7 -9 langkah. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri. Lonjakan Pelonjak melonjak dengan kaki luar. Semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan.

Layangan Kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang. Bahu berhampiran palang di kekal tinggi dan tidak condong ke arah palang. Kaki lonjak dihayun ke atas.

Pendaratan Pelompat mendarat di atas punggung atau dengan dua belah kaki.

Gaya Fosbury Flop Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang lompat tinggi di mana pelepasan palang dibuat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir dengan bahagian tengkuk. Penujuan Larian dilakukan dengan cepat dan beritma. Guna larian 5-9 langkah dengan tiga langkah terakhir secara melengkung. Butiran lain seperti gaya gunting.

Lonjakan Pelonjak melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki luar palang. Kaki di hadapan badan. Badan ditegakkan atau condong sedikit ke belakang.

Kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan. Tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke atas. Lutut di gerakkan melintang badan untuk membantu pusingan badan.

Layangan Di udara pelompat memandang palang sambil melentikkan badan. Kedua-dua belah tangan di sisi badan. Kedua-dua lutut dibengkokkan. Setelah bahan melepasi palang, luruskan kedua belah kaki dan gerakkan ke atas sambil mengangkatkan kepala ke atas. Pendaratan Pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya..

Acara-acara balingan pula termasuk : a) Lempar cakera b) Rejam lembing c) Lempar tukul d) Lontar peluru Sejarah Lontar Peluru Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. Asal usul Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang

diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru. Peraturan dan pertandingan. Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasikan teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum, semasa, dan selepas melakukan aktiviti. Persediaan atlet, kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan, pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri. Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan. Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000. PERATURAN DAN PERTANDINGAN Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasikan teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum, semasa, dan selepas melakukan aktiviti. Persediaan atlet, kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan, pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin

keselamatan diri atlet itu sendiri. Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan Fasa-Fasa Lontaran Acara lontar peluru boleh dibahagikan kepada fasa-fasa perlakuan seperti yang berikut: I. II. III. IV. V. Pegangan peluru Lakuan sedia (Preparation) Lungsuran (Glide) Lontaran (Delevery) Pulihan (Recovery)

Pegangan peluru Cara memegang peluru adalah sama bagi ketiga-tiga cara balingan. Peluru boleh dipegang dengan dua cara iaitu dengan menggunakan lima jari atau memegang dengan tiga jari. Peluru dipegang dengan tiga jari tengah dan disokong oleh ibu jari dan jari kelingking. Lakuan sedia

Bagi lontaran gaya berdiri, pelontar berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu mengadap arah lontaran. Peluru diletak rapat ke leher di bawah telinga. Lengan

diangkat hampir mendatar dan siku mengarah ke luar. Bagi gaya lungsur selangkah dan Parry O Brien, pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan, membelakang sektor lontaran. Peluru diletak hampir leher dan bawah telinga. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku keluar. Lungsuran

Tiada lungsuran bagi gaya lontar berdiri. Bagi gaya lungsur selangkah, bermula dengan berat badan pada kaki kiri, kaki kanan pula digerakkan ke bahagian tengah bulatan. Gaya Parry O Brien pula kedudukan badan dalam keadaan condong. Kaki kanan dibengkokkan dan kaki kiri dihayun ke hadapan dan ditendang ke belakang. Kaki kanan melungsur ke tengah bulatan. Lontaran Rendahkan kaki kanan. Kilaskan pinggang dan tangan kanan ditolak ke hadapan menyilang badan. Secara serentak tangan kiri dihayun ke belakang dan luruskan kedua belah kaki. Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan. Pulihan Langkah pulihan dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.

Gaya 90 Darjah/ Gaya 1,2,3 Dalam gaya 90 darjah atau Gaya 1,2,dan 3,peserta Baling Peluru akan berdiri 90 darjah ke arah tempat membaling.Ini bererti peserta akan berdiri dengan bahu kirinya(untuk pembaling tangan kanan) di arahkan ke tempat membaling. Tempat berdiri dalam bulatan-jika lungsuran digunakan, peserta akan berdiri di satu tempat hampir-hampir di belakang bulatan tetapi jika lungsuran tidak diguna ( dalam gaya berdiri),peserta akan berdiri hampir-hampir depan bulatan. Selepas kawasan berdiri ditetapkan, peserta akan membenam peluru ke tengkuknya atau pun ia akan menempatkan peluru betul-betul di bawah dagunya .Pada waktu ini, badan memberat di kaki belakang atau di kaki kanan. Kaki kiri atau kaki depannya pula adalah dalam keadaan yang relax .Tangan yang tidak memegang peluru juga dalam keadaan yang relax tetapi dibengkokkan sedikit di siku dan ditempatkan di depan paha kiri atau diangkat dan dibengkokkan di hadapan badan. Keadaan ini ialah untuk menimbang badan. Kedudukan tapak kaki-tapak kaki belakang adalah dalam lebih kurang 45 darjah menghala ke belakang dan tapak kaki depannya pula adalah lebih kurang selari dengan garisan tengah bulatan. Lungsuran : ( GAYA 90 DARJAH/ GAYA 1,2,3 ) Lungsuran dilakukan bila peserta mula berdiri di belakang bulatan. Lungsuran dilakukan seperti berikut: Membongkokkan badan atau merendahkan kedudukan badannya. sebagai persediaan melungsur. Semasa badan direndahkan ,badan juga mengilas ke belakang sedikit sambil kaki bebas pula, dihayun atau diterajang ke belakang untuk membolehkan kaki kanan melungsur ke depan. Semasa lungsuran berlaku, peserta diingatkan supaya tidak menegakkan badan. Sebelum lungsuran berhenti badan seharusnya mula mengilas sebagai persediaan membaling.

PERINGATAN : Lungsuran sepatutnya dilakukan lurus ke depan.

Membaling Pergerakan melungsur tadi diteruskan dengan licin dan serentak dengan tekanan dari kaki lungsuran dan tolakkan tangan yang memegang peluru hinggalah badan terangkat dan terdiri di atas kaki lungsuran(di depan sekarang) dan pada masa yang sama juga peluru dipandu keluar tangan. Kedudukan badan yang melenting ke belakang, kepala terlangut dan tekanan kaki lungsuran yang kuat tadi akan menghasilkan satu penerbangan peluru ke atas dan ke depan dalam satu bentuk parabola yang cukup berkesan. Perkara yang betul-betul boleh menghasilkan balingan yang baik ini ialah kejayaan mencantumkan pergerakan lungsuran dan balingan dengan balingan dengan penuh kelicinan serta pula teknik pergerakan yang pertama hinggalah peluru berlepas tangan. Selepas Membaling Disebabkan tekanan kaki lungsuran tadi, maka badan akan terangkat sehinggalah kaki lungsuran terangkat ke depan. Pergerakan ini yang sebenarnya ialah membolehkan peserta menimbangkan dirinya supaya ia tidak terlajak ke depan hingga terkeluar bulatan atau terpijak lengkong penampan yang di depan atas garisan bulatan. Di samping pergerakan ini berlaku, tangan bebas dan tangan yang membaling juga akan diguna untuk membantu menimbang badan. Kepala yang melangut semasa balingan tadi terus melangut memerhatikan penerbangan peluru hinggalah peluru mendarat di tempat balingan. Gaya Obrien( Gaya Membelakang)

Gaya OBrien adalah satu lagi gaya membaling peluru dan gaya ini adalah dianggap satu gaya yang terkemuka dan saintifik. Sebagaimana yang telah diterangkan awal-awal tadi, gaya ini mendapat namanya disebabkan seorang peserta yang namanya sendiri OBrien.

Gaya

ini

juga

dikenali

sebagai

Gaya

membelakang

sebab

fasa

persediaannya adalah dalam keadaan membelakang ke arah tempat membaling. Fasa Persediaan Peserta akan mengambil tempat dalam bulatan hampir-hampir di sebelah belakangnya dan ia akan berdiri membelakang ke kawasan membaling Peserta tangan kanan akan berdiri di atas kaki kanannya dan kaki kirinya pula di renggang ke belakang dalam jarak 10 hingga 14 inci jauh bergantung kepada tinggi badannya. Tangan kanan yang memegang peluru ditempatkan di bawah dagu atau pun ditekapkan di rusuk leher. Tangan bebasnya pula akan diangkat ke atas melebihi paras kepalanya. Kepalanya tegak memandang ke depan.

Fasa Lungsuran

Bongkokkan badan supaya kaki belakang atau kaki bebasnya terangkat ke paras pinggang. Pada masa ini kaki depan atau kaki berdiri akan dibengkokkan di lutut dan dalam masa yang sama atau serentak kaki ini juga akan di luncur ke

belakang(mengundur) terus ke depan bulatan untuk kilasan membaling. Semasa melungsur peserta mestilah kekalkan kedudukan badan yang rendah dan kaki yang melungsur hendaklah sentiasa rapat di atas muka bumi. Kesalahan biasa : ramai peserta tidak melungsur ke belakang tetapi mereka melompat ke depan. Fasa Kilasan Membaling Lungsuran dan kilasan mestilah satu pergerakan yang bersambung dan licin.Ini bererti bahawa peserta tidak berhenti selepas lungsuran tetapi ia akan terus mengilaskan badannya sebelum tamat lungsuran. Perbuatan tersebut akan memberi lajak dan tekanan yang berlebihan untuk mencapai balingan yang cukup kuat dan kencang. Fasa Balingan Dan Selepas Membaling Teknik dalam bahagian ini adalah sama sahaja seperti teknik dalam Gaya 90 darjah. Acara-acara Lain Selain daripa da acara-acara balapan dan padang seperti yang disebutkan di atas, terdapat juga acara-acara lain yang dipertandingkan dalam temasya olahraga. Antaranya ialah : a) Decathlon b) Pentathlon c) Marathon d) Merentas desa

Decathlon Ini merupakan pertandingan selama dua hari untuk atlet lelaki di mana atlet-atlet dikehendaki bertanding dalam acara-acara berikut : Hari pertama : a) Lari 100 meter b) Lompat jauh c) Lontar peluru d) Lompat tinggi e) Lari 400 meter Hari kedua : a) 110 meter lari berpagar b) Lempar cakera c) Lompat bergalah d) Rejim lembing e) Lari 1500 meter Pentathlon Ini adalah pertandingan untuk atlet wanita. Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut : a) Lari pagar 100 meter b) Lontar peluru c) Lompat tinggi d) Lompat jauh e) Acara 800 meter

You might also like