You are on page 1of 4

SJK(T) YMHA, 34000 TAIPING PROGRAM PENINGKATAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 2014 OBJEKTIF Melalui program ini diharapkan

dapat: 1. Meningkatkan penguasaan murid dalam aspek Pemahaman, Penulisan dan Tatabahasa. 2. Meningkatkan pencapaian murid dalam ujian Bahasa Melayu 2014. 3. Menambah bilangan murid cemerlang bagi tahun 2014. MASALAH YANG DIKENALPASTI 1. Kurang mantap dalam penguasaan aspek Tatabahasa terutama dalam sistem tatabahasa, maksud perkataan, kata banyak makna dan memilih ayat yang betul. 2. Kurang mahir untuk menjawap soalan pemahaman. 3. Kurang berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu sama ada di sekolah ataupun di rumah. Ini menyebabkan mereka kekurangan kosa kata dan kurang mahir dalam penggunaan sistem bahasa. 4. Hanya sebilangan murid yang memiliki Kamus Dewan Bahasa & Pustaka sebagai rujukan di rumah. Sebahagian besar murid tidak memiliki kamus, hanya menggunakan kamus dari PSS semasa PdP di dalam kelas.

PROGRAM YANG TELAH DIRANCANG UNTUK DILAKSANAKAN 1. PROGRAM UTAMA Pengajaran aspek tatabahasa secara topikal di dalam kelas. Ejaan kosa kata secara spontan (lisan atau bertulis) Mencari makna perkataan berdasarkan petikan yang diberi dengan merujuki kamus setiap kali sesi PdP (10 perkataan atau lebih). Penulisan 2 nilai murni setiap sesi PdP, satu di dalam kelas dan satu lagi

disiapkan di rumah. Menulis sebuah karangan di dalam kelas dan menyalin 2 buah karangan di rumah. (3 karangan seminggu)

2. PROGRAM SAMPINGAN Program Bacaan Pagi setiap hari fokus pada murid yang lemah dalam aspek bacaan dan pemahaman. Program ini akan bermula pada bulan Jan 2014. Hafalan karangan di tapak perhimpunan, seorang murid setiap sesi mengikut giliran.

3. PROGRAM SOKONGAN Program doa (setiap Jumaat) Program i-THINK Program Minggu Bahasa Melayu Program ko-akademik (Persatuan Bahasa Melayu)

TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM Proses PdP dijalankan sepanjang tahun 2014. Program Bacaan Pagi dijalankan mulai Jan hingga Oktober 2014. Program Sokongan dijalankan mengikut takwim dan kesesuaian.

AKTIVITI PROGRAM PENINGKATAN YANG DIRANCANG ASPEK TATABAHASA 1. Pengajaran sistem bahasa berfokus, 2 waktu seminggu (60 minit). 2. Latih tubi soalan tatabahasa selepas sesi pengajaran. (10 soalan atau lebih dalam lembaran kerja/ menyalin ayat) 3. Penyoalan berterusan tentang aspek tatabahasa yang telah dipelajari dalam semua sesi PdP secara lisan. 4. Merujuki kamus untuk mencari makna perkataan sukar. 5. Aktiviti Pengayaan dan Pemulihan

PEMAHAMAN 1. Murid disarankan menggarisi isi-isi utama semasa membaca petikan

pemahaman sebagai proses untuk memahami petikan tersebut. 2. Penggunaan teknik penyoalan yang reflektif untuk menguji kefahaman murid. 3. Membantu murid memahami petikan dengan menerangkan isi-isi penting dalam petikan. 4. Merujuki kamus untuk mencari makna perkataan sukar. 5. Membaca soalan pemahaman terlebih dahulu untuk memudahkan mencari jawapan berdasarkan petikan. 6. Murid lemah akan membaca semula petikan dihadapan guru. 7. Aktiviti Pengayaan dan Pemulihan PENULISAN 1. Latihan membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang gramatis dan meluas. 2. Ejaan kosa kata secara spontan (lisan atau bertulis) 3. Menyalin 2 contoh karangan seminggu. 4. Melengkapkan petikan karangan sebagai proses memahirkan diri dalam aspek penulisan. 5. Meluaskan perbendaharaan kata dengan merujuki kamus. 6. Menggunakan peta pemikiran yang sesuai untuk mencatat idea utama dalam proses penulisan sesebuah karangan. 7. Menghafal karangan untuk menguatkan daya ingatan dan memahirkan murid dalam aspek pertuturan. (diperdengarkan di tapak perhimpunan) 8. Aktiviti Pengayaan dan Pemulihan.

PENILAIAN KEBERKESANAN AKTIVITI YANG DIRANCANG 1. 2. 3. 4. 5. Penyoalan reflektif selepas sesi PdP. Pemerhatian dan penyeliaan berterusan semasa proses pembelajaran. Semakan latihan murid. Hasil kerja murid melalui Program i-THINK. Penilaian sumatif dan formatif.

JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM HARI ASPEK ISNIN MEMBINA AYAT TATABAHASA KARANGAN PETIKAN PEMAHAMAN MENYALIN CONTOH KARANGAN PROGRAM i-THINK (PETA PEMIKIRAN) MENGIKUT KESESUAIAN TOPIK / / / / / / SELASA JUMAAT SABTU AHAD

Disediakan oleh, ......... (EN.N.THANABALAN) GURU BAHASA MELAYU 4T

You might also like