You are on page 1of 13

PART : 1 Aku, Dia dan Telefon Bimbit

Batu kerikil halus itu ku asingkan. Tak banyak yang aku dapat. Lantas cangkul yang
sedikit kecil daripada saiz asalnya itu ku hayun. Tanah yang lembab itu mudah benar
melekat. Ku hayun lagi. Aku cuba memasukkan genggaman tanganku. Tak perlu
terlalu besar. Aku hanya mahu memastikan keadaan lubang itu benar-benar selesa
untuk Chikky.

“ Angahhhhhh…….Telefon!!”

Ajun menjerit. Aku masih laju mencangkul. Suara Ajun ku buat endah tak endah.
Aku memandang sekeliling. Lantas menjatuhkan punggungku di tepi longkang
bersebelahan dengan tempat aku mencangkul. Aku sempat memerhatikan kegelapan
malam. Bulan nampak terang. Namun tidak seterang hatiku.

“ Angah!! Telefonlahhh..……”

Aku menoleh ke arah suara. Mencuka. Wajah Ajun nampak berang sambil tangannya
laju melemparkan handphone ke arahku. Aku menyambutnya dengan wajah yang
lebih kurang macam kerut yang ada diwajah Ajun.

“ Orang panggil buat tak tahu aje….Kak Linda telefonlahh!!”

Ajun meninggalkan aku yang berada di kawasan belakang rumahku dengan wajah
yang masam. Di tangan kirinya ada pen. Maaflah. Aku tahu dia sibuk dengan
ulangkaji peperiksaan PMR yang akan berlangsung pada hujung tahun ni. Tapi aku
betul-betul takde mood nak angkat telefon. Tiada yang istimewa.

“ Assalamulaikumm…”
“ Wa’alaikumsalam..”
“ Hei Sha! Kau buat apa tu? Lamanya aku tunggu.”
“ Sorry…”
“ Weii…Aku nak tanya pasal minit mesyuaratlah!”
“ Esoklah kita bincang!” Mataku masih tepat memandang ke arah lubang yang ku
cangkul tadi.
“ Tak boleh! Gila kau…Esok meeting, esok nak buat! Yang Puan ni pun satu…ada ke
budak praktikal, dia suruh buat minit mesyuarat.” Linda membebel di hujung talian.

“ Sha! Hei….Kau kenapa ni?” Linda mula menyedari.


“ Takde apalah! Esoklah kita buat minit tu…sempat punya!!”
“ Weiiii….Kenapa ni?” Ini mesti ada apa-apa. Ceritalah Sha. Kau jangan macam ni.
Aku tahu, kau mesti ada masalah.”
“ Takde apalah!”
“ Ceritalah beb!!” Linda tak puas hati.

Aku senyap. Sesekali mata menoleh ke arah cangkul dan lubang yang ku korek tadi.

“ Sha….kenapa? Ceritalah…”
“ Elin……..” Aku tak tahan. Air mata mula bergenang. Dengan orang lain mungkin aku
boleh pendam, tapi dengan Linda memang aku kalah.
“ Kenapa? Apa masalah kau?”
“ Chikky mati!!” Air jernih mula jatuh apabila kelopak mata ku katup.
“ Laaaa….Kesiannya! Sorrylah….aku tak tahu!!
“ Aku baru nak beli kawan dia weekend ni, tengok-tengok balik kerja tadi….dia dah
keras.” Aku berhenti lama. Tarik nafas dalam-dalam. Mata merah Chikky terbayang-
bayang di ruang mata.
“ Takpelah….Bukan rezeki engkau nak jaga dia. Dah! Dah…Jangan sedih-sedih lagi
ye.”
“ Sedihlah Lin!” Aku sebak lagi.
“ Dah….Dahlah tu! Aku tak dapat peluk kau sekarang, esok aku ganti ye.”

“ Thanks……Aku tak tahu nak ngadu kat siapa!! Aku sebenarnya nak call dia, tapi…..”
“ Dia masih tak call?” Elin mula ubah topik.
“ Erhmmm…Aku rindu dialah Lin! Aku betul-betul rindu. Aku nak cerita kat dia pasal
Chikky ni, tapi aku kuatkan hati….aku dah janji, aku takkan call dia!” Wajah itu
menjelma di ruang mata, berselang-seli dengan bayangan Chikky.

Lama juga aku berbual dengan Linda. Dia pendengar yang baik, juga pemujuk hati
yang baik. Dan di waktu ini aku cuma berharap dapat jumpa Linda yang ku panggil
Elin, dapat peluk dia dan dapat meluahkan sesuatu padanya walaupun hari-hari aku
berpeluang berbuat begitu. Sudah ketentuan. Dua tahun form 6 bersama, dia di USM
dan aku di UKM Bangi, ianya bukanlah pemisah. Tanpa siapa sangka dan menduga,
kami ditempatkan membuat praktikal bersama.

Aku bingkas bangun. Langkahku laju menuju ke arah rumah Chikky yang ku buat
khas untuknya. Hatiku tiba-tiba sebak apabila terpandangkan Chikky yang terlentok
lesu. Aku mengangkat Chikky dan mengusap bulunya yang dah keras. Aku berlari
anak ke arah dapur. Aku dah tak sanggup memandangnya lama-lama. Lubang yang
ku buat tadi, rasanya dah tak sanggup terlopong lama. Ku timbus badan gebu Chikky
yang sudah terkulai itu. Batu-batu kerikil yang terkumpul tadi ku susun bentuk
bulatan. Selesai tugasku. Sekurang-kurangnya aku dah jalankan tanggungjawabku
terhadap Chikky. Rumahku banyak binatang peliharaan, tapi kehadiran Chikky seekor
hamster pemberian rakan abah lebih menyerikan kehidupanku. Apatah lagi,
kehadiran Chikky sama dengan kehadiran seseorang yang ku anggap sungguh
istimewa.

“ Buat apa tu ngah?”

Aku memandang ke arah dalam rumah. Tiada siapa. Ku beralih kiri dan kanan.

“ Amboii….asyik sangat! Sampai tak nampak orang.”

Dia mengusap rambut lurusnya ke belakang. Seulas bibir menguntumkan senyuman.


Aku senyum membalas. Tak sangka langsung. Tak pernah menduga yang dia akan
menegur ku. Sudah lama aku ingin menyapanya. Tapi tiada kesempatan. Dan hari
ni….

“ Tengah mandikan hamster.” Aku mengangkat Chikky tinggi-tinggi.


“ Eiii….Suka hamster ye! Comelnya…..mata merah.” Matanya dikecilkan. Nampak
cute sangat. Rasanya kalau nak dibandingkan dengan Chikky tahap kecomelannya
itu, aku rasa aku terpaksa bagi Chikky tempat kedua sebab dia memang comel.
“ Actually, baru je dapat hari ni! Abah angah punya kawan kasi. Nak tahu tak nama
dia?” Aku rasa mulai mesra. Apatah lagi aku mula membahasakan diriku sebagai
‘angah’, nama panggilan bagi keluargaku.

Dia senyum. Matanya sekejap ke arahku dan kemudian beralih pada Chikky yang
sedang main buih sabun dalam besen di depanku.

“ Nama dia Chikky! Cute kan?” Aku bangga sambil mengusap-usap bulu Chikky yang
nampak licin dan kelakar bila bercampur dengan air.

Dia senyum lagi. Murah dengan senyuman rupanya. Aku ingat dia ni som . Tak berani
nak tegur. Rupa-rupanya…….

“ Seekor aje ke?”


“ Ha’ah! Tulah….ingat nak cari seekor lagi, biar sepasang. Nantilah….Biar dia manja-
manja dengan kita dulu, nanti barulah cari kawan untuk dia.” Aku mengambil tuala
yang berada di ribaan dan menyelimuti badan Chikky yang dah mula menggigil.
“ Takde class hari ni?” Aku dah mula pandai mencipta pelbagai soalan. Semakin ingin
mengenalinya. Sememangnya sudah lama aku menantikan hari ini. Tanpa aku
sangka, dia yang memulakan.

“ Angah……nanti gosokkan baju abah ye!”

Bayangan tentang kenangan itu masih berputar di benak. Aku menoleh. Wajah emak
muncul. Aku mengangguk lesu. Sejak dalam praktikal ni, menjadi rutin harian pula
bagi aku menggosok baju abah setiap hari.

“ Nanti kunci pintu dan gate belakang ye ngah!” Emak menghulurkan kunci. Aku
menyambutnya dan melontar pandangan jauh ke depan. Membiarkan emak
memulakan langkah masuk ke dalam.

Aku merapatkan kaki ke dada. Ke peluk kakiku rapat-rapat. Kenangan manis tadi
melintas kembali. Wajah sempurna milik lelaki itu turut menjelma. Sepasang mata
yang tajam dan dalam diserikan dengan kening sederhana lebat membuatkan
kawasan dahi itu cukup menarik. Dilengkapi dengan hidung mancung terletak dan
mulut kecil yang comel. Apatah lagi, mahkota bagi wanita yang dimilikinya itu
membuatkan dirinya cukup lengkap sebagai seorang lelaki idaman. Rambut lurus dan
sedikit panjang yang akan mengikut arah setiap kali angin berhembus membuatkan
wajah kacukan Cina itu sempurna. Mungkin bukan sahaja aku, malah setiap wanita
pasti menoleh melihat gaya dan personaliti fizikal yang dimiliki lelaki itu.

“ Kau memilih sebenarnya Sha!”


“ Abiss….Kalau tak pilih, tak gunalah Tuhan tu suruh hambaNya berusaha mencari
jodoh.”
“ Gilalah engkau ni. Dari form 6 sampai dan dua tahun kat universiti, masih takde
boyfriend lagi, memilihlah tu!”

Aku senyum. Roommate aku Suhana memang suka bertanyakan soalan macam tu.
Dah naik muak pula aku.

“ Dalam dunia ni, kita tak boleh terlalu banyak pilihan. Kalau itu yang datang, kau
kenalah terima!”
“ Sebab tulah aku nak buat pilihan yang tepat, sebab aku tahu yang pilihan itu
terhad.”
“ Okaylah….okay! Sebenarnya, kau suka orang yang macam mana? Cuba kau cakap
kat aku.” Suhana memandang wajahku tepat.
“ Orang yang sayang kat aku. Dan………” Aku berhenti lama. Suhana senyum simpul.
Mengharap jawapan yang seterusnya.
“ Dan apa?” Suhana sudah tidak sabar.
“ Dan….Bermula esok, takkan kembali…”Aku ketawa. Sengaja aku nyanyikan lagu
Sheila On Seven yang bertajuk ‘Dan’ kuat-kuat. Biar Suhana bengang.
“ Weeiii….kau ni!” Suhana memukul belakang badanku.
“ Dan….Yang paling penting, aku pun mestilah sayang kat dia!”

Memilih?? Susah nak cakap. Mak abah ku sendiri pun tak faham dengan aku. Aku
sendiri mengakuinya. Aku memang pelik. Sukar sangat bagiku untuk buat pilihan.
Mak pun kadang-kadang naik hairan, dan selalu berharap aku dapat mencari
seseorang yang istimewa dalam meniti usia remaja 21 tahun ni.

Ramai yang cuba mendampingi. Yang sanggup tunggu bertahun-tahun juga ada.
Yang sanggup berubah semata-mata demiku juga ada. Semuanya ingin dan berharap
hatiku terbuka untuk menerima mereka. Namun hati ini begitu keras walaupun
mereka-mereka terlalu banyak berkorban untuk cuba meletakkan diri mereka di
tempat teratas dalam hatiku.

“ Awak takut dengan risiko! Sha takut kalau bercinta nanti, abang akan sekat
kebebasan Sha. Abang akan ganggu pembelajaran Sha. Sha memang takut dengan
risiko!”
“ Memang Sha takut! Dalam hati ini, belum ada lagi rasa setia, jujur. Sha tak nak
kecewakan abang. Abang terlalu baik untuk Sha.”
“ Sekiranya Sha menolak abang di saat ini, adakah Sha rasa, akan jumpa orang yang
lebih baik dari abang. Cakap Sha!”
“ Jangan cakap macam tu bang. Semua yang berlaku, Tuhan yang tentukan. Kita
hanya boleh berdoa untuk yang terbaik. Dan Sha tak pernah menolak kalau jodoh
Sha dengan abang, Cuma buat masa ni memang Sha tak boleh!”
“ Sha memang tak pernah berubah. Abang yang kenal Sha selama tiga tahun, tiga
tahun jugalah Sha tetap dengan perangai Sha yang keras hati. Cubalah lembutkan
hati untuk terima orang yang betul-betul sayangkan Sha!”

Wajah lelaki pengharap itu menjelma. Semua lengkap. Tetapi, dia tiada langsung di
hatiku. Cuma ada perasaan sayang sebagai seorang abang. Dan tidak mungkin aku
meletakkan dirinya di hatiku. Walaupun sudah hampir empat kali kalimah untuk
menjadikan aku sebagai insan istimewa keluar dari mulutnya. Namun aku tetap
dengan jawapan yang sama - aku belum bersedia.

“ Jangan paksa diri! Aku setuju dengan tindakan kau. Kalau kau paksa hati untuk
terima dia, sedangkan sebenarnya hati kau tiada padanya, sama-sama akan kecewa
dan menyesal nanti.”
“ Thank’s Lin! Kau aje yang setuju dengan aku. Bagi aku perasaan cinta perlu ada
pada dua hati.”

Memang benar. Sekiranya aku teriakkan pada orang-orang di luar sana, aku yakin
80% akan bersetuju denganku. Perasaan cinta perlu ada pada dua hati. Tidak
mungkin aku meletakkan hatiku pada orang yang tidak pernah aku sayangi.

Mataku beralih pada telefon bimbit yang berada di atas ribaan. Ku renung lama.
Lantas kuangkat dan satu ciuman melekap di bahagian atas telefon kesayanganku
itu. Handphone pemberian abah semasa hari lahirku itu sangat aku sayangi. Sejak
dua bulan yang lepas, telefon ini tidak pernah hilang serinya. Nada yang
menunjukkan isyarat mesej diterima sering menjadi pelengkap hidupku. Nada itu
seolah-olah menjadi sebahagian dari kehidupanku. Yakni dua bulan yang lepas. Kini
nada itu seperti hanya tinggal kenangan. Aku terlalu rindukan nada itu. Itu yang
paling aku rindui saat ini. Dan serta merta wajah comel itu melintasi ruang minda.

Nada mesejku berbunyi. Ku tekan butang terima. Mesej baru daripada ‘ Pretty Boy’.
Aku senyum. Laju sahaja jariku menekan punat ‘ok’. Mesej dari kotak simpanan
terus-terusan mempamerkan huruf demi huruf.

>>> Orang dah sampai kampung. How’s day? Terasa missing somebody…..
Kenapa eh? <<<

Aku sedikit ketawa. Ku lantas menekan butang ‘reply’. Satu demi satu huruf ku tekan
untuk membalas mesej itu.

>>> Alhamdulilah….harap-harap orang kampung sehat semua! Nanti kirim salam


famili ye. Erhmmmm…..missing somebody? Siapa eh??? <<<<<

Aku laju menekan butang ‘send message’ dan terus berharap si penerima
membalasnya.

Nada itu kedengaran lagi. Ku lihat di screen telefonku.

>>> Something happen we aren’t understand…. <<<<

Mataku masih di screen. Aku terpaku sebentar. Mesej itu benar-benar buat aku
tersenyum seorang. Bagiku ayat tersebut ada kebenarannya. Kadang-kadang kita tak
faham, kenapa perkara itu berlaku. Saat ini, aku betul-betul setuju. Setuju dengan
kata-kata yang terdapat di telefon bimbitku ini. Dan ayat itu terus hidup dalam
telefonku dengan membuang mesej-mesej lain yang kurang memberi kepentingan
padaku.

PART : 2 Aku, Dia dan Telefon Bimbit

Kegelapan malam diterangi taburan bintang di langit nan indah. Aku mencari kelibat
bulan yang hanya bersembunyi di balik awan. Sesekali mataku menyelinap ke
tempat pusara Chikky yang ku bina khas untuknya. Dan sesekali pula mataku,
melekap pada telefon bimbit jenama Philip pemberian abah. Dia yang menemukan
hubungan ini. Dia yang menyatukan dua insan. Dia jadi saksi atas segala-galanya.
Terima kasih. Cuma hari ni, aku betul-betul rasa rindu akan nada yang aku terima
setiap hari sebelum ini.

“ Angah! Abang yang cute tu kirim salam.”


“ Wa’alaikumsalam.”
“ Dia tanya Ajun pasal angah tadi.”
“ Pasal apa?”
“ Macam-macam.”

Aku teruskan membaca. Namun dalam hatiku, benar-benar nak tahu cerita Ajun
dengan lebih lanjut.

“ Tapikan Ngah….Dia dua tahun muda dari Angah tau! Angah tahun ni 22 kan?”
“ Ha’ah!”
“ Umur dia 20lah kut?”

Kata-kata Ajun masih dapat kuingati. Dia memang dua tahun muda dariku. Kalau
abah tak pernah pindah dari rumah lama kami, aku pasti tidak mengenalinya. Dia
antara budak-budak kolej yang menyewa di sebelah rumah baru kami. Bulan
pertama aku dan keluargaku berpindah di situ, segala-galanya seperti biasa dan aku
tidak terasa sangat kerana tinggal di hostel. Namun apabila tiba cuti semester
selama tiga bulan, timbul kebosanan dan aku merasakan inilah masa yang paling
sesuai untuk mengenali mereka. Maklumlah, kamikan berjiran. Banyak kepentingan
bila kita baik dengan jiran ni. Aku tengok, emak juga nampak akhrab dengan
mereka. Boleh sembang, tukar-tukar juadah dan minta pertolongan bila sesak. Jadi
bagi aku tidak salah kiranya menambah kenalan.

“ Ohhh….Nama dia Amirul Akmal rupanya.” Aku meneliti kad pelajar yang tergantung
di cermin keretanya. Aku sempat menjeling padanya. Dia senyum. Tunduk.
“ Alamak…Terkantoi pulak!!” Sedikit tersenyum dengan menampakkan deretan gigi
yang tersusun.
“ Famili panggil apa?”

Dia senyum lagi. Namun langsung tidak memandang wajahku. Aku aje yang siap
memusingkan badanku untuk melihatnya.

“ Abah panggil Mal aje! Tapi, member-member panggil Mirul…”


“ Mal ke? Alahhh…Manjanya!! Angah nak panggil Mal jugalah.” Aku sengaja
mengusik. Walaupun sebenarnya aku lebih selesa memanggil dia Mirul.

Muka dia merah padam. Apatah lagi telinganya. Pemalu. Dia memang kategori insan-
insan pemalu. Sejak keluar kali pertama ke pasar malam aku mula menyenanginya.
Waktu tu pun, mak mengadu nak makan sejenis kuih ni. Aku ambil kesempatan
untuk mengajaknya, kebetulan dia ada di depan rumah sewaktu aku baru balik dari
tempat kerja. Dan kesempatan itu juga aku ambil untuk kenal siapa dia dengan lebih
dalam. Dan sebagai kesimpulan untuk kali pertama keluar, bercakap, bertentang
mata dengannya cukup membuatkan yang aku mulai suka padanya. Ya! Aku suka
pada Amirul Akmal.

>>> Mirul balik dulu ye!! Take care…<<<

Aku menjenguk ke arah laman. Kereta Wira miliknya mula bergerak meninggalkan
halaman rumah. Juga meninggalkan aku. Aku tiba-tiba rasa kehilangan. Aku dah
mula rasa sesuatu itu tiada. Apa yang tiada? Apa yang hilang?

“ Awak kat mana ni?”


“ Orang singgah Shah Alam. Solat!”
“ Elok-elok! Jauh lagi tu…”
“ Okay! You take care too.”
“ Drive carefully!!”
“ I will! Awak….”
“ Apa?”
“ Awak…”
“ Apanya…?
“ I’m gonna miss you!”

Aku ketawa. Dan yang sebenarnya aku bagaikan sedang di bawa bidadari terbang
bersiar-siar di kayangan. Indahnya….

“ Dengar tak?”
“ Dengar.”
“ I’m gonna miss you!”
“ Okay….Too!! Aku ketawa.
“ Apa?”
“ Too!! Aku ulangi.
“ Egonya...!!” Dia sedikit menjerit dan aku hanya ketawa mendengarnya.

Ku alihkan telefon bimbitku ke sekitar pipi. Di saat ini, aku rindu sangat dengan dia.
Di awal perhubungan, kami begitu mesra. Walau hanya mendengar suara dan mesej
tulisan setiap hari, aku rasa betul-betul gembira. Semuanya tak pernah aku sangka.
Tak pernah minta. Semuanya tidak pernah diduga. Ayat itu kembali melanggar
benak. Bertalu-talu- Something happen we aren’t understand.

“ Aku harap, kau tak salah buat pilihan.”


“ Entahlah Lin. Yang pastinya, aku happy bila bersamanya.”
“ Tapi, it’s to early nak buat apa-apa judgement kan?”
“ Ha’ah! Baru sangat relation ni. Aku tak nak kecewa nanti.”
“ Bagi tiga benda ni kat dia Sha! Masa, peluang dan ruang.”
“ Insyaallah! Kau kenalah selalu ingatkan aku Lin.”
“ Bertuah dia Sha. Jarang aku tengok kau macam ni. Aku rasa, kau dah betul-betul
jatuh cinta.”
“ Bertuah ke? Yang pastinya, aku betul-betul rindu kat dia sekarang ni!”
“ Elin….Cinta itu apabila….Cuba kau habiskan ayat aku!”
“ Cinta itu apabila dua hati menjadi satu.”
“ Wow!! Hebatnya kawan aku ni. Jiwang juga ye kau ni Lin.”
“ Kau pula?

Aku senyum memandang Linda. Serentak wajah kacukan Cina itu terbayang.

“ Cinta itu apabila kita rasa rindu!”

Kami sama-sama ketawa. Aku dah mula terjebak. Hati aku dah mula ada pada
Amirul Akmal. Aku rindu semua miliknya. Walaupun aku tahu ianya masih terlalu
awal. Itulah kelemahan aku. Jangan bagi aku mula simpan sayang pada orang,
sebab aku akan pupuk perasaan itu sehingga ke akarnya. Aku cuma berharap dia
juga begitu.
PART : 3 Aku, Dia dan Telefon Bimbit

“ Kitaorang kenal masa form 3. Ada motivasi kat UPM. Masa tu Fadzillah Kamsah jadi
pembimbing.”
“ Ohhh…Then….” Aku meminta dia menyambungkan cerita.
“ Last day, ramai yang tukar-tukar alamat dan dalam ramai-ramai tu, alamat dia pun
Mirul dapat.”
“ Awak yang minta ke? Atau, dia yang kasi?” Aku senyum sinis. Sambil menjeling
pasangan-pasangan yang sedang berehat di kerusi-kerusi sekitar taman itu.
“ Tolong sikit….Awek-awek ni, tak mainlah!”

Aku tahu. Daripada ceritanya pun, aku tahu dia ni memang jenis yang susah nak
main perempuan. Maksud aku, dia susah nak memulakan. Dan menurutnya juga, dia
pernah digelar anti-perempuan.
“ Mirul bukan anti-perempuan! Tapi, susah nak rapat dengan perempuan.”
Reaksinya, bila aku tegaskan yang dia anti-perempuan.
“ Kenapa?”
“ Tak tahulah! Tapi, memang susah. So, diorang yang cari Mirul. Bukannya Mirul cari
diorang.”

Bila aku kaji balik, dia ni nampak ego. Mungkin juga sebab dia dikategorikan sebagai
orang-orang yang ada rupa. Nampaknya, aku kena banyak bercakap dengannya dan
mengorek rahsianya agar aku boleh kenal dia dengan lebih mendalam.

“ Kenapa clash?”
“ Panjang ceritanya!”
“ Pendekkan.” Aku memandang tepat. Dia menolak rambut ke belakang. Matanya
dialihkan ke arah tasik.

“ Sebab jauh?” Sengaja aku bertanya bila aku masih tak dapat jawapan pasti. Kalau
boleh aku nak cerita yang selesai, dan tak mahu buat kesimpulan sendiri.
“ Taklah!”
“ Habis tu?”
“ Mirul sekolah kat Ipoh dan dia kat KL, satu hari tu dia ajak jumpa kat KL.”
“ Awak tak pergi?”

Dia diam. Matanya dilemparkan jauh ke tasik. Aku tahu, yang dia cuba untuk
mengingati sesuatu. Akhirnya dia menggeleng.

“ Kenapa tak pergi? Dahlah jarang jumpa.”


“ Tak pernah jumpa pun lepas motivasi tu!” Dia senyum.
“ Laa….Habis tu? Kenapa tak jumpa dia, kan dia ajak jumpa?” Kerutan di dahi aku
mula jelas.
“ Yang paling best, bila dia ternampak Mirul dengan kawan-kawan kat KL. Cakap tak
nak jumpa dia, alih-alih turun KL dengan member!”
“ Ya Allah! Dasyatnya awak ni. Tak baik buat dia macam tu. Baik tak payah couple..
Buat sakit hati orang aje.” Aku pulak yang rasa nak marah dia. Sebab aku tengah
bayangkan, macam manalah aku kat tempat perempuan yang ‘malang’ tu.
“ Lepas tu, dia minta clash!”
“ Angah pun akan buat perkara yang sama.” Aku menjeling. Dia hanya senyum sinis.

“ Nak buat macam mana? Dah takde jodoh!”


“ Awak yang buat jodoh tu takde. Siapa yang sanggup, tak jumpa boyfriend sampai
setahun lebih?. Cakap kat telefon aje mana cukup. Baik tak payah jadi couple.. Awak
sebenarnya tak menghargai dia. Cuba belajar menghargai orang sikit.”
“ Mirul bukan tak nak menghargai orang, cuma Mirul tak tahu cara yang betul untuk
menghargai orang.”

Pertemuan kedua di Taman Tasik yang berhampiran tempat kerjaku banyak


memperlihatkan diri sebenar Amirul Akmal. Kisah cintanya yang diceritakan padaku
benar-benar membuatkan aku semakin ingin mengkaji dirinya. Malam pertemuan
itu, aku berbual dengan Ajun. Adik bungsuku yang matang fikirannya pada
pandanganku. Benarlah orang kata, anak bungsu ni manja tapi matang akalnya.

“ Ye ke?”
“ Betul ngah! Orang handsome ni, dia ada dua benda aje dalam diri dia.”
Aku beri tumpuan pada Ajun. Meletakkan pen aku di bawah kertas minit mesyuarat
yang perlu aku langsaikan esok pagi.

“ Pemalu dan ego!” Biasanya orang-orang macam ni, dua perkara ni tak dapat
dipisahkan dalam hidup diorang. Malu untuk menyatakan sesuatu yang sebenarnya
dia inginkan dan terlalu menjaga ego bila berdepan dengan perempuan.”

Bila aku fikir-fikir balik. Betul cakap Ajun. Amirul Akmal tu ada rupa. Dia juga ada
harta. Mungkin sifat pemalu dia ada, ditambah pula dengan ego yang tinggi.
Menyebabkan dia jadi macam tu. Kenapa aku cari kelemahan dia? Kan aku dah
cakap pada diri aku sendiri. Bila aku dah jumpa orang yang aku sayang, aku takkan
cari kelemahan dia. Perkara tu akan buat aku benci kat dia. Tidak! Kali ni, aku
takkan buat macam tu. Aku tak mahu mengkaji lagi. Aku nak sayang dia seadanya.
Tapi….Petang tadi juga ada perkara yang betul-betul mengganggu aku. Buat aku
keliru. Keliru tentang perasaan aku, begitu juga perasaannya terhadapku.

“ Jangan terkejut tau!”


“ Kenapa pulak nak terkejut? Mehlah..…” Aku menghulurkan tangan. Cepat-cepat aku
meminta untuk melihat, apabila dia kata gambar wanita pertama dalam dirinya itu
ada di dalam walletnya.
“ Nah!”

Aku diam. Memandang lama. Wanita memakai pakaian berwarna hitam juga
berseluar hitam serta bertudung putih itu betul-betul buat aku terpaku. Gambar
yang di ambil dari bahagian sisi itu, cukup buat aku terkejut. Kemudian aku
mengalihkan mataku ke arah Amirul Akmal yang ada di depanku.

“ Sama kan?”

Aku masih diam. Masih menghayati wajah di dalam foto itu. Macam mana boleh
sama ni? Hidung, mata, gigi dia. Sama. Memang sama. Susah sungguh aku nak
samakan wajah aku dengan orang lain, tapi wajah yang ada di depan aku sekarang,
saling tak tumpah. Senyuman aku, senyuman dia. Sama sahaja.

“ Terkejut?”

Aku angguk. Memang terkejut. Barulah aku akui, sesungguhnya terdapat tujuh
orang yang berwajah sama dengan kita. Mungkin gadis ini salah seorang daripada
tujuh orang yang sama dengan wajahku. Kuasa Tuhan.

“ Nak tahu nama dia? Mesti terkejut juga?” Lelaki itu senyum.
“ Nama dia apa?” Mataku masih lagi memandang empunya wajah di gambar.
“ Shazrina!” Amirul Akmal makin lebar senyumnya.
“ Hah? Biar benar?” Aku terkejut. Sangat-sangat. Bulat mataku memandang Amirul
Akmal yang masih lagi tersenyum.
“ Tulah…Masa angah baru-baru pindah hari tu. Memang Mirul terkejut habis. Mana
taknya, macam penjelmaan pulak. Masa Angah angkat barang-barang masuk rumah,
Mirul baru balik dari class. Tengok aje angah, Mirul berpaling banyak kali. Sebab
memang sama. Sebijik!”

Aku masih kaku memandang gambar. Shazrina. Gadis yang pernah bertahta di hati
Amirul Akmal suatu waktu dulu.
“ Bila borak dengan Ajun, Mirul lagi terkejut! Tak sangka betul. Ingatkan muka aje
sama, nama pun nak dekat sama. Penjelmaan betullah…”

Penjelmaan? Malam tu aku memang tak boleh tidur. Terbayang-bayang wajah


Shazrina. Bersilih ganti dengan cerita lelaki itu siang tadi. Aku ni penjelmaan
Shazrina ke? Aku ni sekadar tempat Mirul lepaskan rindu dia pada Shazrina
agaknya? Atau aku sekadar tempat dia lepaskan perasaan kerana sifat penjelmaan
yang ada pada diri aku dan wanita itu? Semuanya berlegar-legar dalam kepala.

“ Ye la tu……” Panjang muncungku. Mencebik. Nasib berbicara di telefon. Kalau dia


nampak muka toya aku ni, tak tahulah macam mana reaksi dia.
“ Betul!! Buat apa Mirul nak tipu. Angah tak percaya orang ke?” Nampak bersungguh
dia menegakkan kata-katanya bila aku tanya pasal Shazrina padanya.
“ Manalah tau…..Angah ni ibarat penjelmaan aje kot? Ye la, muka kitaorangkan
sama. Mungkin sebab nak lepaskan rindu pada dia….” Belum sempat aku habiskan
ayatku. Dia dah pintas dulu.
“ Past is past okay! Shazrina is Shazrina. Shazlina is Shazlina. Angah tak percaya
Mirul ke?”

Nasib baik dia telefon aku malam tu. Kalau tak memang aku tak lena sampai pagi.
Aku harap dia jujur dengan kata-katanya. Janganlah aku ni sekadar sandaran atau
persinggahan sementara dalam hidup lelaki itu. Aku dah betul-betul sayangkan dia.

PART 4 : Aku, Dia dan Telefon Bimbit

“ Mak dia cantik sangat ngah! Putih, gebu, kulit dia pun cantik. Mak dia cikgu sekolah
menengah. Dia datang naik BMW tadi. Terkejut jiran-jiran kita kat sini.”

Aku memandang emak. Nampak bersungguh bila emak bercerita. Aku yang baru
sahaja balik dari kerja, menongkat dagu menjadi pendengar yang setia.

“ Memang manja rupanya si Mirul tu. Bila mak dia datang aje, dia terus peluk-peluk
dan cium mak dia. Bayangkanlah……Budak lelaki besar panjang macam tu, masih
cium dan peluk mak dia depan kawan-kawan. Mak dia siap beritahu, yang Mirul tu
manjalah sangat-sangatnya. Bukannya tak ada adik, tapi memang dia manja dengan
mak dia sebab kurang bercakap dengan abahnya.”

Aku ketawa. Terbayang-bayang muka Amirul Akmal bila melakukan seperti apa yang
emak ceritakan tadi. Sepanjang emak bercerita, aku hanya mencelah sesekali.
Hubungan aku dengan Mirul cukup rahsia. Tiada siapa yang tahu kecuali kami
berdua. Aku tak mahu mak dapat mencium hubungan kami. Walaupun sebenarnya
aku rasa bersalah menyembunyikannya. Cuma buat masa ni, aku rasa kurang sesuai
untuk diketahui umum. Tapi ia cukup menyeksakan apabila kami terpaksa cuba buat-
buat selamba di depan semua orang iaitu keluargaku mahupun kawan-kawan
serumahnya. Aku juga jarang duduk di laman rumah, kerana tidak berapa selesa
apabila terserempak dengannya. Masing-masing akan jadi kelu tanpa kata. Cuma
kadang kala, hanya menggunakan isyarat mata dan mimik muka. Bayangkanlah
betapa sukarnya perhubungan ini. Ada kalanya dia merungut kerana sukar sekali
untuk menatap wajahku. Sedangkan kami sebenarnya terlalu dekat dan bila-bila
sahaja boleh bertemu. Bak kata orang – Dekat tapi jauh.

“ Tolonglah….Mirul nak balik rumah ni! Kejap je. Dah dua hari Mirul tak nampak
angah. Tolonglah….Jenguk aje muka kat tingkap. Mirul nak lambai angah. Tolonglah
awak!!”
“ Eishh….Cuba awak tengok kat luar tu, semua orang ada! Kawan-kawan awak
dahlah ramai, mak dengan abah pun tengah borak kat luar tu. Tak naklah! Seganlah
awak…”
“ Sampai hati angah buat Mirul macam ni! Orang dah nak balik Kuala Selangor hari
ni, dia still tak nak jumpa orang. Takpe….”
“ Susahlah awak…..Ramai kat luar tu!”
“ Takpelah….Mirul balik dulu!”

Situasi itu selalu berlaku apabila tiba hari minggu. Biasanya dia akan pulang ke
rumah keluarganya di Kuala Selangor menaiki kereta pemberian ayahnya. Amirul
Akmal akan merajuk kerana tidak dapat melihatku. Dan aku yang serba salah ini,
terpaksa juga dengan selamba menjengukkan mukaku. Apabila mak dan abah tidak
beri tumpuan padaku, aku akan curi pandang padanya dan mengangkat tanganku
perlahan untuk melambai. Dia akan tersenyum puas dan membalasnya dengan
membuat ‘flying kiss’ dan mengenyitkan matanya ke arahku. Kemudian aku hanya
membalas dengan tersenyum juga puas melihat keretanya bergerak
meninggalkanku.

Semua tu kenangan manis. Kenangan yang tidak mampu aku buang dari ingatan
sampai bila-bila. Dengan dia, aku belajar banyak perkara. Dan aku juga belajar erti
rindu, kasih dan sayang. Juga erti pengorbanan. Betullah kata orang cinta itu bila
kita sanggup berkorban untuk orang lain. Tapi, kalau pengorbanan kita orang tak
hargai tentu lebih sakitkan? Tentu kita kecewa. Tapi, percayalah! Aku ikhlas atas apa
sahaja pengorbanan yang aku lakukan untuk Amirul Akmal.

Namun, ada juga beberapa perkara yang buat aku keliru. Semakin aku
mengenalinya, aku semakin tidak faham. Makin kurang mengerti.

“ Susah nak cakap Lin! Aku ikut kata kau. Bagi masa, peluang dan ruang. Bagi masa
kat aku dan bagi masa juga pada dia. Sebab hubungan ni terlalu baru. Peluang? Ye,
aku dah bagi peluang pada diri aku untuk cuba terima kelemahan dan kebaikan dia
seadanya. Bagi ruang pulak, pun aku dah bagi. Dia berhak ada ruang dia sendiri dan
aku juga begitu.”
“ Habis tu? Aku ingat, korang ni masih baru lagi. Banyak yang kau kena sesuaikan.
Lagipun, before ni kau tak pernah kenal dia kan. Relakslah….”
“ Dia cepat berubah! Kadang-kadang aku tak faham dengan dialah Lin. Serious!!
Sometimes aku tengok dia layan aku okay aje, tetapi ada kalanya dia layan aku
sebaliknya. Eishhh….tak fahamlah Lin!”
“ Susahkan Sha! Perempuan ni emotional. Slow-slowlah….Boleh tu! Susahkan, bila
hati dah sayang. Aku tahu kau sayang kat dia.” Linda menarik hidungku dan
kemudian ketawa meninggalkan aku untuk membasuh tangannya ketika kami
sedang menikmati makan tengahari bersama.

Apabila sampai pertengahan hubungan kami, ku lihat dia mulai berubah. Mungkin
betul madah pujangga yang sering orang lafazkan iaitu ‘tak kenal maka tak cinta’.
Sebulan hubungan kami berlangsung, aku dan dia ibarat pasangan kekasih yang
tidak mampu dipisahkan. Itu yang aku rasakan. Dan aku juga tahu, yang dia turut
rasakan perkara yang sama. Namun, kami tetap membatasainya kerana tidak ada
kalimah atau kata-kata yang menunjukkan kami telah diishtiharkan sebagai
pasangan yang bercinta. Mungkin juga dia mahu, aku merasakannya sendiri. Bagiku,
kita masih belum ada apa-apa ikatan tanpa dia melafazkan dia benar-benar suka
padaku. Aku juga merasakan kami lebih sesuai menjalinkan persahabatan dahulu,
kerana akan aku berikan padanya masa, peluang dan ruang untuk kenalinya dengan
lebih rapat sebelum kami bertindak lebih terhadap hubungan ini. Itu lebih baik
kiranya.

Setelah sebulan berlalu, dia lebih banyak mengikut hati. Aku dilayan mengikut
keinginannya. Sekiranya dia rasa selera dia lebih baik pada hari itu, dia akan layan
aku bagaikan seorang puteri idaman. Namun pabila moodnya kurang baik, dia akan
layan aku seperti aku orang asing dan tidak punya kepentingan langsung dalam
hidupnya.

“ Hai! Buat apa?” Aku menelefonnya pada suatu hari semasa waktu rehat di tempat
kerja.
“ Erhmmmm……” Bunyi malas di hujung talian.
“ Sorry…..Angah kacau Mirul ke?”
“ Erhmmm…..” Masih lagi sama.
“ Tidur ye? Sorrylah…..”

Diam. Senyap sahaja tanpa sebarang kata. Aku cuba cari idea. Tidak mahu insan di
hujung talin hanya membisu seribu bahasa.

“ Mirul ada problem ke? Angah kacau awak ke ni?” Aku makin tak tenang.
“ Tak!” Akhirnya kedengaran juga suaranya. Kasar. Aku sedikit tersenyum mendengar
balasan jejaka idaman di sebalik talian.
“ Sorry….. Kacau awak. Saje je call ni!”
“ Mana ada kacau! Cakap ajelah!” Suaranya makin keras.
“ Takpelah…Nanti bila ada masa Angah call lagi eh!”

Aku dah tak sanggup lama-lama. Aku paling tak suka bercakap dengan orang yang
tak selesa atau senang bercakap denganku. Aku tak suka orang menganggap aku
mengganggu tugas yang sedang dilakukan. Kecil benar hati aku bila Mirul buat aku
macam tu. Aku cuba berlagak tenang, tetapi di sudut hatiku aku menangis. Kenapa
layan aku macam tu? Jika dia ada masalah sekalipun, kenapa perlu bercakap kasar
denganku. Kenapa? Aku semakin tak faham. Yang paling pelik, dia langsung tak
pandai nak mengambil hati apabila dia melakukan kesalahan. Dia tak anggap itu
adalah salahnya. Dia lebih mudah berbuat seperti tidak tahu atau berlaku apa-apa.

“ Aik? Dah okay ke awak ni? Nampak ceria je?” Aku bingung. Gelak ketawa Amirul
Akmal makin ketara.
“ Okay! Mirul okay je. Kenapa?”
“ Tak ada apalah!” Aku malas nak mengungkit. Malas nak mengundang rasa kurang
enak bila perkara lepas yang dikenang.

Begitulah sikapnya. Dia langsung tak ingat apa yang dilakukan. Mungkin dia anggap
itu adalah perkara yang biasa dan bukan satu kesalahan. Apa salahnya meminta
maaf padaku atau paling tidak, cuba ingati apa yang dia lakukan padaku. Semuanya
buat aku rasa tak tenang. Aku selalu fikir tentangnya. Apa yang buat lelaki itu
berubah? Kenapa kita sudah tidak semesra dulu? Kenapa dia bersikap acuh tak
acuh? Datang dan pergi sesuka hati. Bukan itu yang aku mahu. Kadang-kadang, aku
selalu membandingkan faktor umur antara aku dan dia membuatkan kami semakin
tidak serasi.

“ Kau kena sabar! Dia tak matang lagi Sha. Baru 20 tahun. Muda sangat-sangat. Kau
yang pilih cara macam ni, so kau kenalah terima.”

Kata-kata itu yang Linda selalu berikan bila aku mengadu tentang sikap Amirul
Akmal. Mungkin benar kata-kata Linda. Dia budak lagi. Tapi, aku terima perkara itu
sebagai intipati dalam diri lelaki itu seadanya seawal perhubungan kami. Dan aku
berharap sangat ia bukannya masalah yang terlalu besar jurangnya dalam hubungan
ini. Yang paling penting dia dapat menghormati aku seperti aku menghormatinya. Itu
yang paling penting. Namun apa yang dapat ku lihat, elemen hormat dalam diri
Amirul Akmal terhadap aku semakin menipis. Itu yang buat aku semakin keliru atas
hubungan ini.

Nada mesejku berbunyi. Aku terkejut. Telefon yang berada di genggaman, ku intai.
Aku tahu tentu ia bukan dari insan yang aku tunggu. Jariku lantas menekan butang
terima. Huruf demi huruf terpampang.

>>> Penghargaan itu penting. Kita perempuan bukan mahu harta atau wang ringgit,
tapi cukuplah sekiranya dia pandai menghargai kita.<<<

Ku seka air mata yang tergantung di kelopak. Ku kucup lagi telefon bimbitku. Kau
seorang aje yang betul-betul faham aku Linda. Aku tak perlukan penghargaan yang
besar dari lelaki itu, cukuplah aku rasa dihargai. Harta, wang ringgit, rupa bukan
ukuran penting dalam perhubungan, tetapi kata-kata, layanan dan budi bahasa yang
buat manusia rasa dihargai. Aku manusia jenis itu. Ketahuilah wahai Amirul Akmal,
aku hanya mahu harga sebuah penghargaan dan rasa hormatmu bukannya lebih
daripada itu.

You might also like