You are on page 1of 3

DOA PENGUBATAN ISLAM 1. Al-Fatihah 2. Selawat Syifa' 3.

Surah Al-Isra' ayat 82

4. Doa Penyembuh Dibacakan semua kombinasi ayat di atas sebanyak 7 kali dan juga sambil mengurut hidung pesakit dari atas ke bawah sebanyak 7 kali juga. Moga Allah swt menyembuhkan pesakit yang dialami selama ini.

Bacaan Untuk Rawatan Penyakit Asma 1. Surah Al-Fatihah 2. Selawat Syifa'

3. Baca doa berikut 7 kali Terjemahan: "Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya daripada kejahatan yang aku alami dan aku takuti". Bahan Yang Boleh Digunakan Untuk Rawatan Asma 1. Lendir Belut Liar (atau) 2. Kelapa Tumbuh (atau) 3. Madu Lebah dan Getah buah betik muda (atau) 4. Untuk kanak-kanak Sup Anak Burung Ciak rumah Cara Penyediaan dan Penggunaan Bahan 1. Lendir Belut Liar

a. Siram belut dengan air biasa terlebih dahulu untuk hilangkan kotoran yang melekat. b. Ambil sekeping Roti (cth. Roti Gardenia) kemudian sapukan pada badan belut supaya semua lendir daripada badan belut melekat pada roti tersebut. c. Sapukan mentega atau seumpamanya pada roti yang telah melekat lendir itu kemudian bacakan doa diatas sebelum makan roti tersebut. d. ATAU Sapukan beras pada badan belut tersebut, kemudian buatkan sup dengan beras tersebut e. PERHATIAN: Jangan bunuh belut tersebut jika bukan untuk dimakan. 2. Kelapa Tumbuh a. Pilih Kelapa tumbuh yang telah tumbuh kira-kira satu kaki. b. Ambil Pucuknya, Tumbuhnya, Kelapanya dan airnya (tidak termasuk tempurung dan sabut) campurkan sedikit air kemudian di"blend"kan menggunakan blender. c. Tapiskan kemudian ambil air yang telah ditapis untuk diminum. Sebelum minum bacakan doa diatas terlebih dahulu. 3. Getah betik Muda dan Madu lebah a. Ambil satu sudu Madu Lebah asli kemudian titiskan tiga titik getah daripada buah betik muda (Untuk kanak-kanak titiskan satu titik sahaja). b. Sebelum minum bacakan doa diatas terlebih dahulu. 4. Sup Anak Burung Ciak Rumah a. Sembelih tiga ekor anak burung ciak rumah. b. Dibersihkan kemudian buat sup berumur kurang daripada dua tahun. untuk diberikan kepada kanak-kanak yang

c. Sebelum minum sup bacakan doa terlebih dahulu

SURAH MARYAM (Maryam) Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. SURAH THAAHAA (Hai Manusia) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna. SURAH AN-NAML (Semut) Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya. SURAH AL-QA-SHASH (Cerita) Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus. SURAH AR-RUM (Rum) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akanmembinasakan orang yang hendak menzaliminya. SURAH LUQMAN (Luqman) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakitpenyakit perut.Barang siapa membaca ayat31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir. Ikhtiar mengubati penyakit : Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh. Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada si sakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh. SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran) Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

You might also like