You are on page 1of 11

JADUAL BERBUKA DAN IMSAK

KEDAH ( RAMADHAN 20 )

ZON Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang, Yan, dan 7.22 malam & 5.44 pagi
1 Kuala Muda
ZON Padang Terap, Sik dan Baling 7.21 malam & 5.44 pagi
2
ZON Kulim dan Bandar Baharu 7.21 malam & 5.44 pagi
3
ZON Langkawi 7.24 malam & 5.46 pagi
4
ZON Puncak Gunung Jerai 7.25 malam & 5.39 pagi
5

Rehal Ramadan
Puasa, tarawih himpun pahala, hapus dosa

MUKMIN yang taat kepada perintah Allah sentiasa bergembira dan merindukan
kehadiran Ramadan, bulan agung penuh barkah dan kerahmatan.

Mereka yang masih dipanjangkan usia hingga bersua dengan Ramadan kali ini,
sewajarnya bersyukur. Ia adalah tanda Allah masih memberi peluang untuk mereka
memperbaiki diri, memperbanyak dan menambah bekalan berupa amal soleh buat
persiapan menuju alam baqa.

Kesempatan yang sangat bernilai ini, sewajarnya direbut, sekali gus berazam untuk
melaksanakan puasa dengan sebaik-baiknya.
Ramadan menurut istilah Arab bererti terlampau panas. Mengikut sejarah, sewaktu
ingin meminda nama bulan daripada bahasa lama kepada yang baru, bangsa Arab
menamakannya mengikut suasana/keadaan yang berlaku pada sesuatu masa
tertentu.

Kebetulan suasana waktu itu terlalu panas, maka dinamakan Ramadan. Dapat juga
difahami bahawa dengan makna 'terlalu panas' itu, maka Ramadan dapat
membakar segala dosa orang mukmin menerusi pelbagai ibadat yang dilaksanakan
dengan penuh ikhlas seperti berpuasa dan solat Tarawih.

Nabi Muhammad bersabda maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada Ramadan dengan


penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan dosanya yang telah lalu."(Hadis
riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad).
Alangkah ruginya jika kebanyakan umat Islam mensia-siakan atau tidak
memanfaatkan kedatangan Ramadan yang sebentar itu dengan kerja kebajikan.
Perkara ini kerana pada bulan inilah Allah memberi banyak keistimewaan iaitu
berupa ganjaran pahala berganda bagi setiap amalan baik yang dikerjakan. Ia tidak
dikurniakan Allah pada bulan lain.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda :"Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang
terkandung dalam Ramadan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya
Ramadan berlaku sepanjang tahun." (Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya).
Ramadan hadir membawa rahmat serta maghfirah (keampunan) Allah. Allah akan
mengurniakan pahala yang berlipat ganda bagi setiap ibadat wajib yang dilakukan
pada Ramadan. Satu ibadat wajib pada Ramadan menyamai 70 ibadat wajib di luar
Ramadan, manakala ibadat sunat akan mempunyai nilai yang sama dengan ibadat
wajib apabila dilakukan dalam Ramadan. Malah, segala bentuk kebajikan sekecil
dan seringan mana pun, jika dilakukan dengan ikhlas pada Ramadan mengandung
nilai ibadat.

Peluang umat Islam mengaut ganjaran pahala yang Allah tawarkan sangat terbuka
luas melalui pelaksanaan pelbagai ibadat yang menjanjikan pahala berganda. Ini
seperti membaca dan bertadarus al-Quran, berzikir, bersedekah, beriktikaf,
berselawat, solat Tarawih serta ibadat sunat lain, selain solat fardu.
Ramadan adalah bulan yang dimakbulkan doa, bulan Allah memberi pengampunan,
bulan penyucian diri, malah tidur dan tarikan nafas seorang mukmin diberi pahala
ibadat.

Berdasarkan beberapa penjelasan hadis, dapat disimpulkan bahawa Ramadan


adalah bulan ibadat iaitu bulan yang pada satu sisi mampu memperbanyak
pelbagai nilai positif atau pahala. Pada sisi lain mampu pula menghanguskan
pelbagai nilai negatif atau dosa.

Pengumpulan pahala secara besar-besaran seiring dengan penghapusan dosa itu,


dihasilkan menerusi pelbagai bentuk ibadat dan amalan soleh, baik yang berbentuk
wajib mahupun sunat.

Dua ibadat yang menjadi inti amaliah Ramadan ialah puasa dan solat Tarawih. Dua
jenis ibadat itu mampu menawarkan kedua-dua sisi di atas iaitu pengumpulan
pahala dan penghapusan atau pembakaran dosa.

Oleh kerana puasa dan solat Tarawih adalah ibadat istimewa pada Ramadan, maka
apabila ia dilakukan dengan sempurna dan ikhlas, seseorang itu akan meraih
ganjaran pahala berlipat ganda. Ternyata pada masa sama, hasil pelaksanaan puasa
dan ibadah Tarawih, sekali gus juga menghapuskan dosa.

Perkara itu sesuai dengan sabda Nabi bermaksud: "Ramadan adalah bulan yang
Allah telah memfardukan atasmu berpuasa dalamnya, dan aku telah mensunahkan
bagimu berdiri dan beribadah pada malamnya. Barang siapa berpuasa dan bersolat
lail (Tarawih) kerana iman dan kerana mengharapkan Allah, nescaya dia keluar
daripada dosanya, bagaikan bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya."(Hadis riwayat
Ibnu Khuzaimah daripada Abu Hurairah).

Tiga amalan Nabi 10 malam terakhir


 Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman
 Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.
 Memperbanyak doa.
Aidilfitri peluang baiki silaturrahim

AIDILFITRI adalah hari raya khusus untuk orang yang bertakwa selepas sebulan
berpuasa. Hal ini menunjukkan hubungan dengan Allah semakin dekat dan kesan
puasa seperti kesucian dan kematangan jiwa, kekuatan mental, ketinggian moral
dan akhlak dapat dikembangkan dalam kehidupan masyarakat.

Aidilfitri juga hari perayaan iman. Bagi setiap orang yang benar-benar memahami
serta menghayati Islam akan menginsafi dan merasai bahawa betapa gembiranya
mereka pada hari ini.

Allah menetapkan Aidilfitri sebagai hari kegembiraan dan kemenangan bagi orang
beriman. Kita perlu merasakan hakikat nikmat Allah yang lengkap dan sempurna
ketika menyambut hari lebaran ini.
Betapa agungnya Aidilfitri jelas dilihat apabila Rasulullah saw melarang umatnya
(haram) daripada berpuasa pada hari itu.

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri, katanya: “Aku pernah mendengar


Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidak boleh berpuasa pada dua hari tertentu
iaitu Hari Raya Korban (Aidiladha) dan hari berbuka daripada Ramadan (Aidilfitri).”
(Hadis riwayat Muslim).

Kenikmatan berhari raya hanya dapat dirasakan oleh orang yang berpuasa
Ramadan dalam erti kata sebenar saja. Maksudnya, orang yang melaksanakan
ibadat puasa semata-mata kerana tunduk dan patuh kepada perintah Allah.
Bukan mulut mereka saja berpuasa, malah anggota badan lain seperti telinga,
mulut, hidung dan mata dipelihara daripada melakukan perkara keji dan kotor.

Orang yang hanya sekadar ’puasa-puasaan’ dan tidak berpuasa dengan sengaja
tanpa sebab dibenarkan syarak, bagi mereka hari raya tidak mempunyai sebarang
erti dan nilai.

Sesungguhnya, kegembiraan berhari raya itu bukan diukur dan bergantung kepada
kehebatan pakaian atau hiasan serta banyaknya makanan pada hari raya. Ia
terletak kepada sejauh mana bertambahnya ketakwaan dan keimanan seseorang
itu.
Kedatangan Aidilfitri hendaklah disambut dengan ucapan takbir dan tahmid. Takbir
dan tahmid yang kita ucapkan pada malam dan pagi hari raya mengandungi dua
makna. Pertama, menyambut kedatangan Syawal yang mulia dan kedua,
menunjukkan kesedihan di atas pemergian Ramadan al-Mubarak.
Dalam merayakan Aidilfitri ini, kita hendaklah membersihkan hati dan memperbaiki
hubungan sesama Muslim. Segala perasaan dendam, kebencian, iri hati dan dengki
hendaklah dikikis. Semua ini kita gantikan dengan perasaan kasih-mengasihi
sesama Muslim. Hulurkan tangan bermaaf-maafan dan binalah hubungan
persaudaraan yang kukuh berlandaskan persaudaraan Islam.

Diriwayatkan Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah


kamu saling marah, dengki dan tidak menegur antara satu sama lain. Tetapi jadilah
kamu semua bersaudara." (Hadis riwayat Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:


"Seseorang yang pemaaf, Allah menambahkan kemuliaan baginya." (Hadis riwayat
Muslim).

Dalam kemeriahan menyambut hari raya, janganlah sekali-kali dilupai orang yang
tidak berkemampuan. Sebagai tanda mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan
kepada kita, berilah bantuan kepada mereka dan binalah persaudaraan Islam sejati.

Kedatangan 1 Syawal tidak seharusnya dicemari dengan dentuman meriam dan


hiburan yang melampaui batas. Sebaliknya, perayaan Islam dimulakan dengan
takbir dan tasbih memuji dan menyucikan Allah.

Rasulullah menyarankan agar umat Islam menyambut hari raya ini dengan banyak
memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Hiasilah hari raya
(Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati
dan mengagungkan Allah)." (Hadis riwayat al-Thabrani).

Laungan takbir yang berkumandang di seluruh pelusuk tanah air, pasti


menyejukkan jiwa. Ia akan kembali menenangkan fikiran, melapangkan hati untuk
bermaafan, menjalin dan mengukuhkan ikatan persaudaraan yang lama terjalin
sesama umat Islam.

5 rahsia nikmati ibadat puasa


 Menguatkan jiwa.
 Mendidik keinginan ke arah kebaikan
 Menyihatkan badan.
 Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur.
 Mengingati dan merasakan penderitaan orang lain.
Doa Ramadan

• Hari Pertama

"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan


ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan
jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan
sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada
segala dosa."

• Hari Kedua

"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada
kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat
Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

• Hari Ketiga

"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta
jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku
daripada kebaikan yang kau turunkan, demi kemurahan Mu, wahai Tuhan
Maha Pemurah daripada segala dermawan."

• Hari Keempat

"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan


berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran
dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu,
wahai Tuhan Maha Melihat."

• Hari Kelima

"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon


keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di
kalangan auliya' (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi
Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada
segala pengasih."

• Hari Keenam

"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan
janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu
yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan
Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."

• Hari Ketujuh

"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya.
Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk
mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai
pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."

• Hari Kelapan

"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim,
pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan
kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

• Hari Kesembilan

"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah
aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu
yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."

• Hari Kesepuluh

"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku
di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan
orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang
memohon."

• Hari Kesebelas

"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan


kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku
daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu
wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."

• Hari Kedua Belas

"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku
dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan
keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku
takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."

• Hari Ketiga Belas

"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah


kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan
kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan
Mu wahai pengharap orang yang miskin."

• Hari Keempat Belas

"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan.


Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri
ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan
kaum Muslimin."

• Hari Kelima Belas

"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk.
Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan
Mu wahai keamanan orang yang takut."

• Hari Keenam Belas

"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti


mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang
melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam
akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."

• Hari Ketujuh Belas

"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-
cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa
ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada
dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad
dan keluarga baginda yang suci."

• Hari Kelapan Belas


"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah
cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran
Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."

• Hari Kesembilan Belas

"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku


menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman
kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."

• Hari Kedua Puluh

"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu
neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-
Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."

• Hari Kedua Puluh Satu

"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah
engkau biarkan syaitan menguasai diriku. Jadikan syurga tempat tinggal dan
berehat bagiku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."

• Hari Kedua Puluh Dua

"Ya Allah, bukakan bagiku pintu kelebihan dan turunkan bagiku keberkatan
Mu. Berilah kepadaku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan
keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai
penjawab doa orang dalam kesempitan."

• Hari Kedua Puluh Tiga

"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diriku daripada
keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hatiku, wahai pengampun
kesalahan orang yang berdosa."

• Hari Kedua Puluh Empat

"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan


Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan
kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati
Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang
meminta."

• Hari Kedua Puluh Lima

"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya' Mu dan memusuhi musuh
Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."

• Hari Kedua Puluh Enam


"Ya Allah, jadikan usahaku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-
dosaku sebagai dosa yang diampuni, kebaikanku sebagai kebaikan yang
diterima dan keaibanku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha
Mendengar daripada semua pendengar."

• Hari Kedua Puluh Tujuh

"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepadaku,


ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maafku dan
hapuskan dosa serta kesalahanku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada
hamba soleh."

• Hari Kedua Puluh Lapan

"Ya Allah, penuhkan hidupku dengan amalan sunnah dan muliakan aku
dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan
oleh permintaan orang meminta."

• Hari Kedua Puluh Sembilan

"Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta
penjagaan Mu. Bersihkan hatiku dengan fitnah, wahai pengasih kepada
hamba yang beriman."

• Hari Ketiga Puluh

"Ya Allah, jadikan puasaku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu
melalui jalan keredaan Mu serta keredaan Rasul Mu, cabangnya yang kukuh
dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad SAW dan keluarga
baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

Pahala berganda baca al-Quran ketika puasa

1. SOALAN: Apakah hukum bersahur?


Jawapan: Hukumnya sunat.

2. SOALAN: Adakah sah berpuasa dengan tidak berbuka?


JAWAPAN: Sah puasa

3. SOALAN: Seorang yang uzur tidak dapat berpuasa hingga ke tahun


berikutnya. Adakah wajib fidyah ke atasnya kerana terlewat qada?
JAWAPAN: Tidak wajib fidyah ke atasnya tetapi wajib qada ke atasnya.
4. SOALAN: Adakah pahala membaca Al-Quran dan bersedekah pada Ramadan
berganda daripada bulan lain? JAWAPAN: Pahala membaca al-Quran dan
bersedekah pada Ramadan adalah berganda.

5. SOALAN: Bolehkah isteri membayar fidyah puasa suami yang telah


meninggal dunia?
JAWAPAN: Harus isteri membayar fidyah puasa suaminya yang telah
meninggal, tetapi yang lebih utama berbuat demikian ialah anak-anak kerana
mereka yang menerima asabah daripada pusakanya. Perkara ini berpandu
kepada Imam as-Subki yang memfidyahkan puasa keluarganya yang
meninggal dunia.

6. SOALAN: Hukum puasa orang yang terkentut dalam air?


JAWAPAN: Puasanya sah kerana terkentut dalam air tidak membatalkan
puasa.

7. SOALAN: Apakah hukum perempuan hamil berbuka puasa kerana takut


menjejaskan kesihatan kandungannya?
JAWAPAN : Hukumnya harus.

8. SOALAN: Apakah hukum meninggalkan puasa kerana bersalin?


JAWAPAN: Hukumnya wajib, jika perempuan yang bersalin itu ada darah nifas.
Dia juga wajib qada puasa pada bulan lain. Tetapi, sekiranya perempuan yang
bersalin itu tiada darah nifas, maka harus dia meninggalkan puasa kerana
menjaga kesihatannya dan wajib qada pada bulan lain.

9. SOALAN: Bolehkah fidyah puasa dibuat jamuan kepada fakir miskin?


JAWAPAN: Tidak boleh fidyah puasa dengan duit. Mengikut Mazhab Shafie
fidyah puasa hendaklah dengan dikeluarkan beras secupak pada satu puasa
dan tidak boleh ditukarkan kepada yang lain.Oleh itu, hendaklah diberi beras,
jangan ditukar kepada yang lain atau makanan supaya hak orang miskin ini
tidak dapat diguna oleh orang yang tidak berhak.

10.SOALAN: Adakah boleh saya bagi fidyah puasa kepada satu orang?
JAWAPAN: Boleh.

11.SOALAN: Ibu saya meninggal dunia pada hari ke-10 Ramadan kerana sakit
dan tidak dapat puasa. Apakah hukumnya?
JAWAPAN: Tidak dikenakan apa-apa fidyah kerana dengan sebab tidak ada
masa untuk dirinya mengqadakan puasanya.

12.SOALAN: Adakah fidyah puasa boleh diberi kepada anak yatim?


JAWAPAN: Tidak boleh diberi kepada anak yatim. Yang berhak menerima
fidyah puasa ialah fakir miskin.
13.SOALAN: Apakah hukum orang yang berpuasa dan makan kerana terlupa?
JAWAPAN: Sah puasanya kerana makan dengan tidak sengaja.

You might also like