You are on page 1of 25

BMM3114: KEBUDAYAAN MELAYU

PENSYARAH: PN. NORAINAH BT MOHD. SALEH


Ahli Pembentang: SITI NAMIRA AQILAH BINTI ABD LATIF NUR SAKINAH BINTI ABD RAUF FATIMAH AZZAHRA BT MOHAMED SHARIFF PISMP UNIT J3 SEMESTER 7 IPG KAMPUS IPOH

Negeri Kedah Darul Aman


Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya.

- bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. - Simbol agama islam

Merah adalah warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan

Banding beza budaya material dan bukan material.


Budaya material -objek fizikal atau artifak
Budaya bukan material -unsur yang tidak wujud secara fizikal

Senjata

Seni Pakaian & perhiasan

Budaya material di Kedah


Rumah & Pertukangan Peralatan muzik tradisional Alatan tradisional

BUDAYA MATERIAL

1. Rumah dan Peralatan Pertukangan Tradisional.

- dihiasi indah dengan ukiran-ukiran - rumah tradisional menggambarkan tentang ketinggian mutu kesenian orang-orang Melayu dahulu. - dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan juga kebudayaan. - contoh; tumbuh-tumbuhan, kehidupan dan benda. - Rumah orang-orang Melayu Kedah dahulu biasanya mempunyai serambi, rumah ibu, rumah tengah dan dapur. - Bumbung yang kebiasaannya terdapat ialah bumbung perak dan juga bumbung panjang.

Contoh: Rumah panjang di Kampung Kodiang Lama Kedah. Pada bahagian dinding terdapat kelarai yang diperbuat daripada pokok bertam.

Rumah Beranjung Rumah beranjung dan mempunyai beranda ini dirakamkan di Yan, Kedah.

Rumah Tradisional Salah sebuah rumah tradisional yang terdapat di Langgar, Kedah.

2. Senjata

- semenjak lima ratus tahun dahulu dan mereka juga telah menempah beberapa jenis alat-alat senjata lain seperti parang, pisau, badik, karambit, lembing dan sebagainya. - kegunaan pertarungan ataupun untuk pertahanan diri mahupun serangan. - kini fungsinya telah bertukar menjadi barang keramat yang mempunyai kuasa yang harus dihormati, barang yang dipuja, lambang ikatan keluarga, tanda jasa, tanda pangkat dan kuasa, barang mewah dan akhirnya dianggap sebagai karya seni. Badik Mempunyai mata yang berpamor. Hulu bengkok ke bawah yang diperbuat daripada kayu. Sarungnya juga diperbuat daripada kayu dengan bersimpaikan perak. Panjang hulu ke mata - 30cm Panjang sarung - 26cm

Gedubang Aceh Sebilah senjata tajam yang juga dipanggil Gedubang Aceh. Senjata ini berbentuk seperti pedang. Hulunya diperbuat daripada tembaga dan sarungnya daripada kayu. Panjang hulu ke mata - 63cm Panjang sarung - 49.8cm Tombak Sebilah senjata berbatang dan bermata tajam dihujungnya. Batangnya diperbuat daripada kayu dan bersimpai dengan rotan. Senjata ini selalu digunakan oleh pengawalpengawal istana di zaman dahulu. Panjang mata - 34cm Panjang hulu - 186.5cm

3. Seni pakaian dan perhiasan


Baju Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai. Pakaian ini dipakai oleh ramai wanita Kedah. Baju Kedah boleh disifatkan sebagai pakaian sehari-hari atau pakaian basahan. Ia dibuat singkat sampai keparas punggung dan biasanya dipakai dengan kain batik atau pun pelikat tanpa banyak hiasan. Orang lelaki Kedah pula gemar memakai Seluar Hitam dan Baju Baba yang juga berwarna hitam. Selain daripada Baju Baba, dipakai juga baju Melayu Cekak Musang dan Baju Petani Leher Johor, sampingnya Kain Pelikat Tapak Catur dan setangan dikepala ialah kain batik. Di pinggang sentiasa terselit Golok Kedah. Masing-masing tidak berkasut dan yang berada Berpayung Cina.

Orang-orang yang dihormati pula memakai Kain Bebat di pinggang. Bebat yang baik ialah dari Sutera Siam atau pun Kain Cindai.

Perhiasan pakaian kepala pula merupakan jenis-jenis pakaian kepala seperti tengkolok, selendang, songkok dan semutar.

Baju Kurung Salah satu pakaian yang dikenali di Kedah ialah Baju Kurung yang terdiri daripada baju yang longgar dan kain sarung. Kain sarung diikat ambak mengalur dan di masuk sebelah kiri atau kanan.

Baju Kedah Baju Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai. Baju Kedah selalunya diperbuat daripada kain cita (kapas) yang berbunga kecil ataupun kain kasa nipis yang jarang dan keras

Baju Sikap Baju sikap ialah salah satu pakaian tradisional yang dipakai oleh kerabat-kerabat DiRaja Kedah. Sepersalinan baju sikap merangkumi baju sikap, seluar, destar bertelepuk serta kain songket punca potong. Ianya mempunyai butang hingga ke paras pinggang dengan bilangan sembilan atau tujuh.

Pakaian Pengantin Pakaian pengantin dilengkapi dengan barang kemas tradisi. Seorang gadis yang berhias lengkap dengan barangbarang kemas.

Kasut Bertekat Diperbuat daripada kulit manakala bahagian atas hadapan dibalut dengan baldu, bertumit tinggi dan lebar. Motif yang paling kerap disulamkan ialah motif bunga dan burung.

Kasut Pengantin Cina Kasut Pengantin Cina jenis "slippers". Bahagian hadapannya ditekat gim.

4. Alatan tradisional

biasanya kayu dan buluh merupakan bahan yang paling digemari untuk diukir kerana ia mudah dibentuk dan tahan lama.

Lekar, Sudip Dan Kepul

Pengisar Padi Lesung Pengisar

Nobat merupakan muzik klasik istana yang ekslusif. Pada ketika ini, nobat terdapat di Kedah, Perlis dan Terengganu.

Balai Nobat

Nafiri

5. Peralatan muzik tradisional


Nobat dalam bahasa Sanskrit bererti sembilan, jadi Nobat yang dipermainkan itu juga terdapat sembilan jenis alatalat bunyian unsur-unsur muzik dari pengaruhpengaruh asing seperti Barat, Arab dan India

Budaya bukan material

Adat istiadat perkahwinan

Tradisi persawahan

Adat istiadat perkahwinan


Menengok sulit: Selepas mengetahui sedikit sebanyak tentang latar belakang si dara dan keluarga itu, orang tengah akan berjanji untuk melihat si dara itu sendiri. Apabila dipersetujui, orang tengah tadi akan pergi ke rumah si dara untuk memberitahu hajatnya yang sebenar. Buka cakap: Buka cakap dibuat setelah tengok-menengok selesai. Ibu bapa si teruna akan menyampai hajatnya untuk meminang si dara tersebut. Semasa datang, mereka membawa tepak sirih "Cik Puan" sebagai tanda hendak buka cakap. Selepas persetujuan diterima sambil berbual, sirih dimakan oleh kedua-dua pihak. Biasanya pihak si dara memohon penangguhan sepurnama untuk memberitahu saudara mara atas pinangan ini.

Cara cucuk sanggul goyang dipakai ke rambut pengantin

Bekas serba guna berbentuk leper digunakan untuk mengisi barang hantaran. Jenis ikatan tengkolok yang dipakai oleh pengantin lelaki Melayu

Bulan piama suatu istilah musim.


Burung balai sejenis burung dijadikan alamat untuk menentukan kerja-kerja mereka.

Dua musim iaitu hujan dan kemarau

Tradisi persawahan
Percaya semangat padi.
Pesawah memilih bintang menentukan masa menjalankan kerja sawah

Bintang Ketika sebagai bintang ketujuh.

Banding beza konsep asimilasi, akulturasi & akomodasi


asimilasi

akulturasi

akomodasi

Konsep budaya
Ini menyebabkan perkahwinan campur antara suku Melayu dengan pedagang Arab. Disebabkan kuatnya pengaruh arab terhadap Bahasa Melayu Kedah, kita boleh menyimpulkan bahawa sebahagian besar daripada Melayu Kedah mempunyai darah campuran Arab. Namun, ini tidak bermakud bahasa setiap Melayu Kedah merupakan keturunan arab. Misalnya, sebagian mereka yang di Pulau Pinang berkemungkinan mempunyai darah India, manakala mereka yang berada berdekatan Thailand mempunyai darah campuran Suku Thai.

Konsep
Asimilasi - proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. - Konsep ini diwakili dengan formula A+B+C=A. A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. - etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti. Akulturasi Akomodasi - perpaduan dua budaya - setiap kumpulan etnik - Kedua-dua unsur menyedari serta kebudayaan yang bertemu menghormati norma dan dapat hidup nilai kumpulan etnik lain berdampingan dan saling dan tetap mengisi tetapi tidak mempertahankan budaya menghilangkan unsur asli hidup masing-masing. - suatu proses sosial. Suatu - Konsep ini diwakili oleh kelompok manusia formula A + B + C = A dengan kebudayaan + B + C. A, B dan C tertentu dihadapkan merujuk kepada budaya. dengan unsur daripada - Konsep ini begitu meluas suatu kebudayaan asing. diamalkan di Malaysia - Kebudayaan asing itu kerana setiap kumpulan lambat laun diterima dan etnik bebas mengamalkan diolah. budaya mereka dalam keadaan harmoni.

Kerajaan Kedah merupakan salah satu kerajaan yang terkenal oleh pedagang dari Jazirah Arab. Ini menyebabkan perkahwinan campur antara suku Melayu dengan pedagang Arab. Disebabkan kuatnya pengaruh arab terhadap Bahasa Melayu Kedah, kita boleh menyimpulkan bahawa sebahagian besar daripada Melayu Kedah mempunyai darah campuran Arab. Namun, ini tidak bermaksud bahasa setiap Melayu Kedah merupakan keturunan arab. Misalnya, sebagian mereka yang di Pulau Pinang berkemungkinan mempunyai darah India, manakala mereka yang berada berdekatan Thailand mempunyai darah campuran Suku Thai.

Contoh yang sesuai di negeri Kedah


Asimilasi Akulturasi Akomodasi
- Melayu kedah - masyarakat cina Kedah - negeri kedah dipengaruhi dipengaruhi siam-thai memakai baju kurung oleh siam, Arab dan cina. membentuk satu budaya. Kedah yang merupakan Namun, setelah - Contohnya, cara hidup budaya masyarakat mempunyai percampuran boleh diterima dari aspek Melayu ketika tersebut, bahasa atau makanan seperti tom yam menghadiri majlis-majlis. dialek Kedah yang oleh masyarakat siam- Selain itu, masyarakat digunakan boleh diterima Thai. Maksudnya, Melayu Kedah atau dan diaplikasikan. masyarakat Melayu kedah masyarakat siam-thai yang - contohnya, masyarakat boleh menerima cara mempunyai campuran melayu Kedah, Cina hidup mayarakat Siamatau tidak boleh memilih Kedah dan masyarakat Thai yang terkenal satu budaya bersifat thai di sempadan Kedah dengan tom yam. kebendaan untuk dapat menggunakan dijadikan budaya namun dialek Kedah walaupun memberikan manfaat. mempunyai budaya yang berbeza. - Contoh Dialek Kedah (rujuk jadual 1.1)

Dialek Kedah
Bahasa Melayu Kedah Hang Cek Depa Hangpa Sepa Pi Mai Awat, Pasepa La Sat Mengkala Ketegaq Jom Kot GeRek Kamu Saya Mereka Kalian Kami Pergi Datang, Mari Mengapa Sekarang Sebentar, Sekejap Bila, Apabila Degil Ayuh, Mari Mungkin, Barangkali Basikal Bahasa Melayu Standar

Rujukan
Suraya (1995). Siri Tanah Airku: Kedah Darul Aman. Kuala Lumpur: Penerbitan Hartamas. Haji Buyong Adil (1980). Sejarah Kedah. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. Abdul Halim R (2001). Syair Kedah Darul Aman. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia. Perbadanan Perpusatakaan Awam Kedah. Memori Kedah. http://www.memorikedah.com. Dicapai pada 8 Januari 2014.

You might also like