Professional Documents
Culture Documents
AHLI KUMPULAN
JACKSON DOISI
PJM3106
ISI KANDUNGAN
SEJARAH TERAPI HIDRO DEFINSI DAN KONSEP KEPENTINGAN JENIS-JENIS TERAPI AIR PERANCANGAN AKTIVITI KESIMPULAN VIDEO
Dipelopori oleh Paderi Bavaria Jerman, Sebastian Kneipp (abad ke-19) yang menghidap penyakit batuk kering. Beliau percaya bahawa banyak penyakit yang boleh disembuhkan oleh air kerana air boleh menyingkirkan toksik dan bahan kumuhan dalam badan. Ketika sakit, dia membaca buku mengenai terapi hidro karya seorang pakar
perubatan mengatakan bahawa penyakitnya boleh dirawat jika dia berendam 2-3 kali
seminggu di sungai Danube yang sejuk untuk meransang sistem imun. Terbukti selepas melakukannya, kesihatan Kneipp bertambah baik dan dari situ dia
mula meneroka lebih dalam lagi tentang terapi air dan memperkenalkan kaedahnya
sendiri.
Sebenarnya sejarah rawatan menggunakan air bermula 4500 tahun sebelum Masihi berdasarkan penemuan runtuhan tab mandi kuno di Pakistan.
Manakala rumah mandi awam dikatakan menjadi antara unsur penting dalam budaya Rom kuno. Malah pakar perubatan Rom, Galen dan Celsus menulis majalah menyarankan amalan mandian sejuk dan suam bagi mencegah penyakit. Rumah mandi awam mula popular di seluruh Eropah pada kurun ke-17 dan 18 dan menjadi ikutan di Amerika pada pertengahan tahun 1700-an. Penggunaan air bagi tujuan perubatan juga tercatat dalam sejarah Cina, Jepun, India, Yunani dan Timur Tengah. Terapi air terus berkembang di seluruh pelosok dunia dan digunakan sebagai satu rawatan alternatif bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Definisi
Dalam melakukan terapi, perlu bimbingan ahli fisioterapi agar tidak berlaku kecederaan
Sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak.
Konsep
Banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan Tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.
Menghilangkan tekanan
Kreativiti
MENGHILANGKAN TEKANAN
Pergerakan bebas di dalam air menjadikan murid-murid seronok. Rangsangan semulajadi air memberikan ketenangan kepada murid dan menghilangkan tekanan dalam diri.
Penumpuan untuk melakukan pergerakan anggota badan dalam air merangsang sistem otak untuk merancang pergerakan tersebut. Murid pendidikan khas dapat melatih fungsi otak menjadi lebih aktif (slow learner/lembam)
Penggunaan jari jemari secara peratus dapat dilatih sewaktu berada di dalam air. Latihan ini menjadikan murid lebih mudah menggerakkan jari dalam air sewaktu berenang/melakukan pergerakan lain.
KREATIVITI
Murid akan menjadi lebih kreatif dengan melakukan pelbagai gerakan di dalam air. Alat bantuan permainan di sekitar kawasan air membantu mereka berfikir cara untuk bermain/merangsang pemikiran kreatif.
Pergerakan fizikal di darat akan dapat diubah melalui pergerakan di dalam air. Cara berjalan dengan betul dan kawalan kepala lebih tegak/normal juga dapat dibentuk.
KEYAKINAN DIRI
Keyakinan diri dapat dibentuk melalui latihan ketika berada di dalam air. Murid-murid yang ketakutan berada dalam air diberi latihan secara berperingkat untuk meningkatkan keyakinan diri dari semasa ke semasa. Aktiviti menyenyuh dan bermain air di kawasan cetek antara langkah permulaan mengatasi takut.
Ai chi
Dikembangkan di jepun 1990-an oleh Jun Komo Latihan ini direka untuk menguatkan tubuh dan meningkatkan ketenangan. Merupakan hasil gabungan pernafasan dalaman serta gerakan tangan, kaki dan tubuh secara lembut. Ai chi dilakukan dalam kedudukan berdirii pada kedalaman separas air di bahu dengan suhu kolam yang ideal antara 88 hingga 96 darjah fahrenheit.
Feldenkrais
Diperkenalkan oleh Dr Moshe Feldenkrais Menggunakan kaedah gerakan yang lembut dan fungsi manusia. Bertujuan meningkatkan fleksibiliti dan koordinasi serta mendorong individu untuk memperolehi kembali tahap kesegaran badan dan pergerakan mantap.
Berasal dari Jerman dan diperkenalkan ahli terapi Jerman pada tahun 1957 yang dilaksanakan di kolam Ragaz di Switzerland. Semasa latihan, individu perlu melalui rangkaian pelbagai gerakan yang disokong oleh cincin atau apungan di dalam air. Fokus kaedah ini untuk meningkatkan kekuatan otot, daya tahan, dan ketenangan yang berpanjangan
Ditumpukan kepada pesakit yang mengalami masalah sakit belakang Pesakit melakukan sendiri aktiviti seperti berjalan di dalam kolam renang dengan menggunakan langkah kaki yang berbeza. Fokus penyembuhan kepada masalah melibatkan bahagian punggung, kecederaan hamstring serta meningkatkan kekuatan perut.
Konsep Halliwick
Air digunakan dengan pola putaran untuk membantu mengawal keseimbangan dan kawalan postur badan.
Individu mengikuti rangkaian gerakan fokus kepada perkembagan awal kanak-kanak keperluan khas.
Kaedah Watsu
Berasaskan kepada model prinsip-prinsip Zen Shiatsu iaitu prinsip yang berkaitan dengan proses urutan. Pesakit dirawat dengan membolehkan satu bahagian badan melakukan aktiviti regangan.
Perancangan aktiviti
Langkah-langkah pelaksanaan : 1. Berjalan di dalam air yang cetek. 2. Didalam kumpulan besar berpegangan tangan bersama-sama guru 3. Di dalam kumpulan kecil dengan berpegangan tangan. 4. Berpasangan berpegangan tangan 5. Secara individu
Aktiviti lengan
Asas akua
Pergerak an setempat
Objektif : memperkuatka n daya tahan kaki dan kardiovaskular Contoh : kawat kaki setempat, jogging setempat dll.
Pergerak an menenda ng
Objektif : daya tahan otot dan fleksibiliti otot kaki, pinggang dan paha serta daya tahan kardiovaskular
Meningkatkan keyakinan diri dengan melakukan pergerakan bebas dan mematuhi masa.
Diaplikasi kepada kanak-kanak berkeperluan khas di dalam ruang tertutup seperti bilik darjah
Matlamat : 1. Meningkatkan penguasaan kemahiran pengamatan. 2. Meningkatkan kemahiran motor halus. 3. Meningkatkan kemahiran emosi, kognitif, efektif dan soaial
Aktiviti tanpa alatan : 1. Mengocak air menggunakan tangan di dalam besen, sinki atau peralatan yang sesuai. 2. Memercik air menggunakan hujung jari
Rumusan
Kanak-kanak berkeperluan khas tergolong daripada pelbagai kategori ketidakupayaan yang meliputi kekurangan fizikal, mental dan emosi yang menghalang mereka bertidak seperyi individu normal yang lain. Oleh itu, aktiviti terapi air akan menyediakan peluang bagi mereka untuk meningkatkan potensi yang dimiliki, disamping meminimakan ketidakupayaan yang dialami.
PKB 3108