Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
0Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Perubahan Identitas Melayu Di Thailand Selatan

Perubahan Identitas Melayu Di Thailand Selatan

Ratings: (0)|Views: 26|Likes:
Published by malaystudies

More info:

Published by: malaystudies on Jan 23, 2014
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

01/23/2014

pdf

text

original

 
1
Perubahan Identitas Melayu di Thailand Selatan
Tan Sri Ismail Hussein *  Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan **
Pengenalan
Selatan Thailand terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Selatan Thailand merangkumi 14 provinsi. Provinsi-provinsi tersebut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Provinsi bahagian Selatan atas dan bahagian Selatan bawah. Provinsi Selatan bahagian bawah ini merangkumi 5 provinsi yang dominan penduduknya adalah penduduk keturunan Melayu. Provinsi-provinsi tersebut adalah Provinsi Songkhla, Pattani, Narathiwas, Yala dan Setul. Walaupun Provinsi Songkla atau Singgora penduduk Melayu adalah penduduk minoritas tetapi jumlahnya tertinggi diantara provinsi-provinsi yang Melayu menjadi minoritas di Thailand Selatan. Bahasa Melayu yang dituturkan oleh penduduk keturunan Melayu di Selatan Thailand dibahagikan kepada 2 dialek iaitu: Pertama, dialek Kedah-Perlis yang dituturkan oleh penduduk keturunan Melayu di Provinsi Setul dan Daerah Sadao, Provinsi Songkhla. Provinsi Setul adalah sebahagian dari negeri Kedah, Malaysia di zaman dahulu. Daerah Sadao (kecuali Mukim Prik) juga adalah sebahagian dari negeri Kedah yang diserahkan kepada kerajaan Siam mengikut perjanjian Inggeris-Siam dalam tahun 1909. Kedua, dialek Patani. Dialek Melayu Patani tergolong dalam bahasa Melayu timur laut. Bahasa Melayu timur laut adalah salah satu cabang bahasa Melayu yang terdiri dari  bahasa Melayu Patani, Kelantan dan Trengganu. Bahasa Melayu dialek Patani tidak berbeza dari bahasa Melayu dialek Kelantan. Dialek Patani dituturkan oleh keturunan Melayu di  bekas negeri Patani lama iaitu Provinsi Pattani, Yala dan Narathiwas dan sebahagian dari Provinsi Songkhla.
Dasar Siamisasi atau asimilasi budaya di Thailand Selatan
Setelah negeri Melayu Patani diterap secara total ke dalan pemerintahan Thailand. Pihak pemerintah Thailand telah menjalankan dasar Siamisasi atau asilimasi budaya terhadap
 
2
masyarakat Melayu di kawasan tersebut. Beberapa dasar asilimasi budaya telah dijalankan sehingga sekarang. Dasar-dasar tersebut seperti :
Dasar Siamisasi melalui pendidikan Pendidikan Kurikulum Pemerintah
  Negeri Patani adalah sebuah negeri yang pernah menjadi pusat pendidikan Islam yang terkenal. Raja Rama V mulai menjalankan pengembangan pendidikan Siam ke kawasan
 – 
 kawasan di luar Kota Bangkok pada tahun 1868. Dalam tahun 1899 Pemerintah Siam lelah berjaya menubuhkan 2 buah sekolah Siam di Patani. Pada saat sekarang sekolah-sekolah pemerintah telah berkembang ke seluruh Patani. Dari peringkat SD sehingga SMA dan juga beberapa universitas telah dibangunkan di provinsi-provinsi di Patani. Dengan cara inilah anak-anak Melayu telah menerima pendidikan kurikulum Thailand yang  berasaskan bahasa Thai semenjak dari SD hingga ke universitas
Pendidikan sekolah agama
 Dasar Siamisasi melalui perubahan sekolah agama telah dijalankan. Seperti contoh, Pemerintah Thailand telah membuat satu peraturan untuk mengembangkan bahasa Thai ke sekolah-sekolah agama atau pesantren-pesantren. Pada tahun 1965 Pemerintah Thailand telah mengarah sekolah-sekolah agama atau pesantren-pesantren menukarkan status kepada sekolah-sekolah swasta mengajar agama Islam. Perubahan status pesantren-pesantren kepada sekolah-sekolah swasta mengajar agama Islam pada peringkat awal dijalankan dengan secara memaksa serta memberi bantuan kepadanya. Pengaruh dasar Siamisasi ini dapat dilihat contohnya pada sebuah sekolah swasta mengajar agama yang terkenal di provinsi  Narathiwas telah menggugurkan mata pelajaran bahasa Melayu tulisan Rumi dari pelajaran yang diajarkan di Sekolah tersebut.
Dasar Siamisasi melalui pentadbiran pemerintahan
Kerajaan Siam mulai campurtangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu Patani di zaman Raja Rama V. Raja itulah telah memperkenalkan sistem Thesaphibal pada tahun 1894. Pada tahun 1902, pihak Kerajaan Si
am telah memperkenalkan “
 Peraturan pentadbiran negeri-negeri Melayu tahun 1902
 
”. Dalam peraturan tersebut pihak Siam dibenarkan
melantik pegawai negeri atau
 Palad 
 
 Muang 
 untuk mentadbirkan negeri-negeri bersama raja-raja Melayu.
 
3
Sebelum tahun 1892, negeri-negeri Melayu Patani mempunyai taraf sebagai
 Prathedrach
atau
Vassal State
. Bagi negeri-negeri Melayu Patani itu, ia mempunyai struktur  pentadbiran pemerintahan tersendiri.
Pada saat sekarang gelaran Melayu seperti Dato’ telah
 terhakis daripada masyarakat Melayu Patani. Cuma gelaran ini hanya di sebut pada beberapa  jawatan saja.
Dasar Siamisasi penduduk Melayu melalui media massa
Media massa adalah salah satu bidang yang memainkan peranan penting dalam menjayakan dasar Siamisasi. Di peringkat awal penduduk keturunan Melayu di provinsi- provinsi di Thaialnd Selatan menerima saluran TV dan siaran Radio dari Malaysia. Kemudian pihak Pemerintah Thailand telah menjalankan dasar Siamisasi dengan  penubuhan stesen untuk memancarkan saluran TV dari stesen ibu di Bangkok. Penubuhan  beberapa stesen radio di provinsi-provinsi ini. Media massa telah menjayakan dasar Siamisasi sehingga masyarakat Melayu menerimanya.
 Kesan Perubahan Identitas Melayu di Thailand Selatan
Kesan terhadap Pendidikan, Bahasa dan Pemikiran
 
Mengikut
Puan
Zainab Binti Sulaiman, bapanya memiliki sebuah kedai runcit dan di sekitar awal tahun 1970
-
an. Kebanyakan orang
-
orang tua dan kanak 
-
kanak yang tinggal  berhampiran dengan rumahnya. Biasanya mereka akan menonton rancangan drama TV dari RTM Malaysia. Sekarang kedai runcitnya masih menjadi tumpuan orang
-
orang yang tinggal  berhampiran rumahnya. Tetapi tontonan mereka telah beralih dari RTM kepada TV
Thailand
Channel 3 ,5 , 7 ,11 dan ITV, kerana terpengaruh dari hubungan dengan masyarakat luar  baik hubungan dengan pihak pemerintahan, media massa ataupun penduduk keturunan Thai serta pengaruh dari pendidikan kerajaan di dalam kampung dan luar kampung menyebabkan  bahasa Melayu tempatan telah bercampur aduk dengan kata
-
kata dalam bahasa Thai.
Haji Abdullah Bin Haji Awang mengatakan pada zaman beliau masih kecil bahasa Thai belum lagi menyerap masuk ke dalam kampongnya dan mereka sering bercakap dalam  bahasa Melayu. Tetapi anak-anak sekarang lebih minat berbahasa Thai. Beliau menjelaskan lagi, d
i kalangan penduduk tua kata
-
kata bahasa Thai yang diselitkan dalam pertuturan mereka lebih sedikit dari kalangan remaja. Di kalangan remaja selain dari mereka

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->