You are on page 1of 10

PROFIL DIRI

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. NAMA PENUH NO. KAD PENGENALAN NO. SURAT BERANAK TARIKH LAHIR TEMPAT LAHIR NO. TELEFON ALAMAT RUMAH : : : : : : :

8. 9. 10. 11.

AGAMA BANGSA HOBI MAKANAN KEGEMARAN

: : : : : : :

12. MINUMAN KEGEMARAN 13. WARNA KEGEMARAN 14. NAMA SEKOLAH

JAWATAN DALAM PPIM: BIL. DARI 1. 2. 3. 4. TAHUN HINGGA NAMA JAWATAN YANG DI PEGANG

COGANKATA:

OBJEKTIF PPIM
Objektif PPIM digubal dengan tujuan untuk merealisasikan kandungan falsafahnya. Walaubagaimanapun, PPIM menyedari bahawa terdapatnya perbezaan umur dan perbezaan keperluan berdasarkan perbezaan kemampuan di antara ahli-ahli dan kalangan para pelajar sekolah-sekolah menengah dan rendah dengan maktab dan universiti, maka PPIM menggariskan objektif-objektif yang sesuai dengan keperihalan diri masing-masing seperti berikut : 1. Melahirkan sebuah masyarakat yang taat kepada perintah Allah, berilmu, berakhlak mulia, dan berbakti kepada masyarakat. 2. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, positif dan diterima masyarakat. 3. Mengukuhkan silaturahim antara satu sama lain.

MATLAMAT PPIM
Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara gabungjalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut : 1. Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilainilai pendidikan. 2. Mengukuhkan perhubungan dan silaturrahim di kalangan puteri- puteri. pertalian

3. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti. 4. Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri. 5. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan. 6. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

PENGERTIAN LOGO

Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada perkataan PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)

Di bawah logo ini tertulis perkataan :PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin

PENGERTIAN WARNA

Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan Hijau : Agama Taqwa sebagai TERAS Putih : Kesucian Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

FALSAFAH PPIM :

PPIM adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat Kebangsaan, Negeri, dan Daerah di Institut Pengajian Tinggi, Maktab-maktab perguruan dan sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktivitinya yang dijalankan sebagai Ko-Kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada ALLAH S.W.T. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan Negara selaras dengan ajaran Islam.

Suluh Kata P Patuh kepada ibubapa U Ugama/agama berteraskan AlQuran dan Al-Hadith T Taat kepada Allah dan Rasul E Erat ukhwah Islamiyah R Rela berbakti kerana Allah I Iman dipupuk ilmu dituntut I - Insaf diri Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali S Solat ditunai setiap waktu L - Larangan Allah dijauhi A Akhlaq mulia pengukuh keimanan M Muslimah Mukminah rakyat Seperjuangan

You might also like