Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
19Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sample RPH

Sample RPH

Ratings: (0)|Views: 1,673 |Likes:
Published by azriff79

More info:

Published by: azriff79 on Sep 25, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/21/2011

pdf

text

original

 
BAB IIIPERANCANGAN PENGAJARAN1.0Pengenalan
Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran-pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah ataumakmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuanutama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, disamping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya denganberdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid.Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuatkeputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif (yang perludicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategi pengajaranyang sesuai bagi mencapai objektif. Ringkasnya, sesuatu persediaanpengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat: Pertama,mengenai murid dan perkara yang akan diajar; dan kedua, catatanmengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam sesuatuproses pengajaran-pembelajaran.Sehubungan dengan ini, semasa mengikuti program LatihanMengajar, guru pelatih dikehendaki merancang pengajaran lebihawal, selaras dengan Sukatan Pelajaran. Rancangan pengajaranyang terlibat merangkumi rancangan kerja bagi tempoh latihanmengajar, rancangan kerja mingguan dan rancangan kerja harian.Kesemua rancangan pengajaran tersebut hendaklah ditulis dalamBuku Persediaan Mengajar Fakulti Pendidikan UTM, mengikutformat yang telah ditetapkan. Di samping menulis rancanganpengajaran, guru pelatih dikehendaki melengkapkan maklumatmengenai kelas yang diajar (iaitu, nama pelajar), soalan-soalanpenilaian yang dibuat beserta dengan skema pemarkahan(lampirkan), markah penilaian, senarai nama buku teks dan bukurujukan yang digunakan, dan sebagainya. [
Perhatian
: Kegagalanguru pelatih menulis semua maklumat mengenai pengajarannya,akan diberi markah sifar (0), semasa penyeliaan].
3.1Kepentingan Penulisan Rancangan Pengajaran
Kepentingan persediaan mengajar tidak boleh dipertikaikan bagisetiap orang guru, terutamanya guru pelatih. Melalui (penulisan)persediaan yang terancang, guru pelatih akan dapat:
Perancangan Pengajaran
 ○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○ 
12
 ○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○ 
PANDUAN LATIHAN PRAKTIK 
 
i. Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk me-ngajar ke dalam bilik darjah / makmal / bengkel.ii.Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran: Objektif,pengetahuan sedia ada yang berkaitan, peralatan / bahan bantumengajar yang diperlukan, isi pelajaran, strategi dan kaedahpenyampaian yang berkesan, aktiviti guru-murid, penilaian,penutup, tugasan pengukuhan, dan sebagainya.iii. Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripadaperkara / aspek yang perlu diajar (sebagaimana yang disarankandalam Sukatan Pelajaran).iv. Mengingati bahan serta pendekatan pengajaran yang perludigunakan untuk mennyampaikan sesuatu isi pelajaran.v. Merancang serta menyediakan satu siri aktiviti untuk membantumurid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuanke arah yang dikehendaki.vi. Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategiyang lebih tersusun dan bersistem.vii. Menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktuyang diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapatdicapai dengan berkesan.viii.Membuat pertimbangan yang sesuai bagaimanakah caramenggunakan teknik terbaik untuk menyampaikan isi pelajaranserta menilai pembelajaran murid.ix. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun, dimana setiap aspek yang diajar dapat dikaitkan antara satu de-ngan lain, secara jelas.x. Menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih me-narik dengan cara mengaitkan tajuk dengan isu semasa ataufenomena harian yang biasa ditemui atau dilakukan murid semasadiluar bilik darjah.xi. Menilai secara objektif kemampuan mereka untuk merancangdan menulis sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan(refleksi kendiri), seterusnya mengambil langkah positif ke arahmengatasi sebarang kelemahan.
Perancangan Pengajaran
 ○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○ 
13
 ○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○ 
PANDUAN LATIHAN PRAKTIK 
 
3.2Rancangan Persediaan Mengajar
Terdapat tiga jenis perancangan yang perlu dibuat oleh guru pelatihsemasa mengikuti program latihan mengajar: Rancangan kerja bagitempoh latihan mengajar, rancangan kerja mingguan, dan rancanganpengajaran harian.
3.2.1Rancangan Pengajaran Bagi Tempoh Latihan Mengajar
Guru pelatih perlu menyediakan rancangan skim kerja untuk 6 (atau12) minggu pengajaran, dalam tempoh latihan mengajar. Dalamruangan rancangan skim kerja, guru pelatih perlu menulis namamata pelajaran yang diajar, tajuk besar dan sub tajuk yang akandilibatkan dalam tempoh latihan mengajar, dan menganggarkanbilangan minggu yang diperlukan (dengan menyatakan tarikh) bagimengajar setiap tajuk.Rancangan skim kerja yang dibuat perlu mengambilkira semua cutiumum, aktiviti atau takwim sekolah, peperiksaan, dan lain-lainfaktor yang terlibat dalam proses pengajaran-pembelajaran.Lampirkan bersama Sukatan Pelajaran bagi tajuk-tajuk yang terlibatdalam tempoh Latihan Mengajar tersebut.
3.2.2Rancangan Kerja Mingguan
Rancangan skim kerja untuk tempoh latihan mengajar perludiperincikan untuk pengajaran satu minggu. Semasa membuatperancangan kerja mingguan, guru pelatih perlu menyatakan segalaperalatan untuk setiap pengajaran. Rancangan kerja mingguanhendaklah ditulis sebelum bermulanya sesuatu minggu pengajaran.
3.2.3Rancangan Kerja Harian / Persediaan Mengajar
Berdasarkan rancangan kerja mingguan, guru perlu menyediakanrancangan kerja harian, yang juga dikenali sebagai
Persediaan Mengajar.
Rancangan kerja harian merupakan susunanperancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan guru,dengan bantuan bahan dan peralatan yang sesuai, dalam prosespenyampaian sesuatu unit pelajaran. Ringkasnya, persediaanmengajar merupakan rancangan mengenai apa yang perlu dilakukanoleh guru dan murid dalam satu atau dua waktu pengajaran. Dalampenulisan persediaan mengajar, guru perlu menggunakan strategitertentu untuk mencapai objektif pengajaran. Segala aktiviti guru-murid yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dalam bentuk yangmudah dicerap.
Perancangan Pengajaran
 ○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○ 
14
 ○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○ 
PANDUAN LATIHAN PRAKTIK 

Activity (19)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
camin0belon liked this
adiekah liked this
bear runggi liked this
zanarul liked this
nuray_yuni liked this
dangtimah liked this
sheoktin liked this
sheoktin liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->