You are on page 1of 2

.

Amalan yang dituntut dan diberi ganjaran besar oleh Allah SWT pada 10 Muharam (Hari Asyura) ialah: . a) Mandi sunat Asyura Tidak mengalami sakit berat pada tahun itu, sekiranya mandi awal hari dengan berniat:

. b) Memakai celak Tidak sakit mata pada tahun berkenaan. c) Memelihara kehormatan diri Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. d) Menahan marah Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang diredhai-Nya. e) Membaca surah Al-Ikhlas 1,000 kali Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat nanti. f) Solat Sunat Hari Asyura empat rakaat Allah akan mengampunkan dosa yang dilakukannya dalam jangka masa 50 tahun. g) Membaca Hasbiallah-hu wa nik mal wakila nikmal maula wa nikman nasiru. Tidak dimatikan pada tahun ini.

h) Berpuasa Allah menghapuskan dosa kecil setahun lalu atau dosa besarnya diringankan dan darjatnya akan ditingkatkan; serta diberi pahala 10 000 malaikat, 10 000 kali haji dan umrah, 10 000 kali syahid dan diharamkan daripada neraka. i) Menjamu orang berbuka puasa. Diberi pahala seperti memberi orang Islam lain berbuka puasa sehingga mengenyangkan perut mereka. j) Bersedekah Allah akan menjauhkannya daripada neraka sejauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. k) Melapangkan masa dan berbelanja untuk anak dan isteri. Allah akan memperbanyakkan pemberian, meluaskan rezekinya untuk sepanjang tahun dan melapangkan hidupnya pada tahun berkenaan. l) Mengusap kepala anak yatim Allah menaikkan satu darjat dan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang disapunya. m) Memuliakan fakir miskin Allah akan melapangkan dirinya ketika di dalam kubur. n) Menunjukkan orang sesat Allah akan memenuhkan cahaya dalam hatinya.

You might also like