You are on page 1of 16

HALAMAN PENGAKUAN

Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama : NURUL HIDAYAH BINTI MOHD NOR

Tarikh : 20 September 2013

PENGHARGAAN

Pertamanya saya memanjatkan kesyukuran kehadarat ilahi atas limpah dan keizinannya dapat saya menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini pada masa yang ditetapkan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada Encik Dr Abd Aziz bin Ismail, sebagai mentor kepada major Pengajian Sosial kelas G6.3 yang telah membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa

bimbingan dan bantuan daripada beliau tidak mungkin dapat saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada warga Sekolah Kebangsaan Yaacob Latiff(1) yang telah memberikan kerjasama dan berkongsi ilmu yang mereka ada serta memberikan peluang kepada saya menemu bual guru cemerlang di sekolah tersebut. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Salwa Binti Ibrahim dan En. Mohd Nor Bin Hamzah. Tanpa restu dan keberkatan daripada mereka saya tidak mungkin berada di sini pada ketika ini. Akhir sekali terima kasih diucapkan rakan-rakan seperjuangan yang sedikit sebanyak membantu dalam menyiapkan kajian yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

BINA INSAN GURU (BIG) Pengenalan Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. YAB Dato Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendidkatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik iaitu menyeluruh, Beliau meneankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Oleh yang demikian, program BIG ini telah dirancang secara menyeluruh untuk melahirkan modal insan yang bergelar guru. Program BIG ini mengandungi pelbagai aktiviti sebagai intinya contohnya perkhemahan, khidmat komuniti dan sebagainya. Semua aktiviti ini dirancang serta diadakan untuk membentuk insan guru secara menyeluruh dari semua aspek. Sesungguhnya Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk Berkhidmat & Berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara. Bagi semester 6, para guru pelatih dikehendaki menemubual seorang guru cemerlang di sekolah Pratikum masing-masing semasa menjalani pratikum fasa 2. Saya telah menemubual sorang guru iaitu Mohd Khalid bin Mespan yang merupakan guru cemerlang di Sekolah Kebangsaan Yaacob Latiff (1). Kerjasama yang diberikan oleh guru Khalid amat dihargai. Segala maklumat akan saya gunakan semasa menjalani pratikum Fasa 3 nanti.
3

Definisi
Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan. Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

Guru

Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

TUJUAN PERLAKSANAAN GURU CEMERLANG Memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan

Menjadikan guru-guru yang dilantik sebagai role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing

Menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang dan gemilang

OBJEKTIF PENUBUHAN PROGRAM GURU CEMERLANG


Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.

Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.

Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang. Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.

Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).

TUGAS GURU CEMERLANG

Membantu sekolah dan unit lain dalam pendidikan Menghasilkan inovasi, projek, kajian tindakan dan Penulisan.
5

Membantu guru-guru yang bermasalah dalam P&P bagi bidang yang berkaitan

Ciri - Ciri Guru

Cemerlang

Mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam

Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan pelajarnya

Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan pelajar

Mengurus pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik

Menggunakan masa dan sumber secara berkesan

KUALITI PERIBADI GURU CEMERLANG

Kecemerlangan Peribadi Berakhlak mulia Amanah Bertanggung jawab Kreatif

Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berkebolehan menyelesaikan masalah Membuat keputusan yang rasional serta objektif Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing

Kecemerlangan Komunikasi

Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.

Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.

Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.

Kecemerlangan Potensi
Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Penglibatan yang bermakna dalam aktivitiaktiviti ilmu seperti kursuskursus profesional, seminar, bengkel. Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.

Personaliti Unggul

HASIL DAPATAN TEMU BUAL

Temubual Ketika praktikum saya telah diberikan tugasna untuk menemubual seorang guru cemerlang bagi melengkapkan tugasan Bina Insan Guru (BIG) pada semester ini. Oleh demikan, temubual telah dilakukan mengikut item berikut :

Nama Tarikh lahir Tempat lahir Kelayakan Akademik

Ahmad Khalid bin Mespan 8 November 1981 Muar, Johor STPM (SMK Miharja) Diploma Perguruan Sains (Maktab Perguruan Teknik) Sarjana Muda Pengajaran (Sekolah Rendah) Dengan Kepujian (Universiti Terbuka Malaysia) SK Seri Bintang Selatan SK Yaacob Latif (1) Menyediakan modul UPSR Memberikan motivasi kepada Calon UPSR

Kronologi Perkhidmatan Sumbangan

2.1 Latar Belakang

Semasa menjalani latihan Pratikum, saya harus menemu bual guru cemerlang di SK Yaacob Latiff (1) iaitu Encik Ahmad Khalid bin Mespan. Beliau telah berkhidmat di selama 10 tahun dalam bidan pendidikan. Pada 3 tahun pertama perkhidmatannya, beliau telah mengajar di SK Seri Bintang Selatan. Kemudian beliau meneruskan perkhidmatannya di SK Yaacob Latiff (1) semenjak tahun 2006. Menurut beliau, beliau memulakan pembelajaran dalam bidang perguruan di Maktab Perguruan Teknik dalam bidang Diploma Perguruan dalam Sains. Lepas beberapa tahun berkhidmat di sekolah, beliau melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Muda Pengajaran (Sekolah Rendah) Dengan Kepujian (Universiti Terbuka Malaysia). Di SK Yaacob Latiff(1) beliau telah diberikan kepercayaan untuk mengajar Sains dan Pendidikan Jasmani. Beliau amat komited dalam segalam bidang. Baginya segala yang diberikan oleh pihak atasaan merupakan satu cabaran kepada beliau. Beliau sering menerima dengan terbuka. Bagi beliau setiap tugasan ada jalan penyelesaiannya. Beliau juga turut menjadi guru pembimbing dalam subjek minor Pendidikan Jasmani. Beliau merupakan Ketua Panitia Sains dan Pendidikan Jasmani. Beliau amat kaya dengan ilmu dan teknik semasa pengajaran. Beliau juga banyak membantu saya dan rakan saya iaitu Fatin dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar setiap aktiviti yang dijalankan melibatkan semua murid dan pembelajaran tersebut berkesan. Apabila ditanya tentang pandangan beliau tentang kerjaya sebagai seorang guru, beliau menyatakan aspek yang sememangnya perlu ditekankan ialah Pengajaran dan Pembelajaran. Komitmen yang tinggi terhadap pedagogi adalah penting dalam mengukur kecemerlangan seorang guru. Beliau sendiri telah membuat model pengajaran bagi subjek Sains tahun 6 bagi memudahkan lagi pemahaman murid terhadap Sains.

10

Selain daripada itu, beliau juga ada menjalankan kelas tambahan untuk murid tahun 6. Semasa menjalankan kelas tambahan, mereka diberikan teknik dan cara menjawab dengan betul. Beliau juga berharap agar UPSR 2013 akam meningkat daripada tahun lepas. Menurut beliau untuk mendapatkan 100% kelulusan daripada SK Yaacob Latiff (1) ini mustahil. Hal ini disebabkan oleh, SK Yaacob Latiff (1) ini terdiri dairpada murid yang mempunyai pelbagai latar belakang. Beliau juga sering bersikap positif semasa mengajar, beliau juga tidak pernah marah mmurid yang tidak dapat menjawab. Sebaliknya beliau mendidikan dan membimbing murid tersebut.Selain itu, beliau turut giat memberikan ceramah tentang matapelajaran Sains di sekolah sekolah dalam zon Bangsar dan zon Pudu. Beliau turut menyatakan bahawa gelaran yang beliau sandang ini memotivasikan diri beliau untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam profesion perguruan ini. Laporan Guru Cemerlang Guru yang cemerlang haruslah sentiasa menerima apa sahaja cabaran yang bakal atau perubahan. Guru cemerlang ini sentiasa mengikuti perkembangan semasa, semasa mengajar. Hal ini menyebabkan guru tersebut tidak ketinggalan dalam arus pemodenan. Guru cemerlang juga mementingkan pedadogi dalam proses pembelajaran dan pembelajaran.

Startegi pengajaran dan pembelajaran yang seringkali digunakan Cikgu Khalid


Starategi Pengajaran dan Pembelajaran yang digunakan Oleh Cikgu Khalid

Pemusatkan murid

berasaskan sumber

Strategi ini didapati lebih berkesan dalam mengembangkan kebolehan murid dalam mengaplikasikan konsep dan sikap yang positif, menggalakkan motivasi, mengembangkan penyuburan diri dan menggalakkan kemahiran sosial berkumpulan.

Strategi ini meliputi penggunaan sumber yang luas seperti buku, panduan belajar, buku teks, buku kerja, video, dan perakam pita.

11

Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam membantu guru menghadapi murid pelbagai keperluan.

Ciri-ciri Profesionalisme dan Komitmen Guru Cemerlang Sebagai seorang guru, yang mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan ini, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan beliau. Pengalaman beliau sebagai seorang guru banyak memantangkan beliau. Terutama dalam melakukan tugasan. Sebarang tugasan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada beliau tidak pernah ditolak. Beliau menerima tugasan tersebut sebagai satu cabaran. Menurut beliau daripada tugasan yang diberikan oleh pihak sekolah, beliau boleh belajar perkara baharu yang mungkin sukar untuk dipelajari sekiranya kita sendiri tidak mengalaminya.

Pendapat Cikgu Khalid mengenai ciri-ciri yang perlu ada pada seorang Guru Cemerlang :

Komited

sedia menghadapi cabaran

Rajin
ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru cemerlang

Usaha yang berterusan

Jujur

Semasa saya menjalani Pratikum saya seriang melihat beliau membantu guru-guru yang lain terutama dari segi ICT. Kebanyakkan guru kurang mahir dalam penggunaan ICT, jadi Cikgu Khalid merupakan tempat untuk meminta dan tunjuk ajar. Beliau juga tidak pernah lokek memberikan ilmu kepada rakan sejawatan
12

mereka. Terutama ketika beliau menghadiri kursus bersama-sama guru-guru cemerlang di peringkat negeri mahupun PPD. Pada beliau, semakin banyak ilmu yang beliau sebarkan semakin banyak ilmu yang beliau akan perolehi. Sebagai Ketua Panitia Sains di sekolah ini, beliau memikul tanggungjawab untuk menyusun khusus-khusus yang perlu dihadiri oleh guru-guru lain agar guru lain tidak ketinggalan dalam perkembangan semasa. Hal ini dibuktikan, pada tahun 2010 beliau bersama rakan beliau telah menghadiri Kursus Pengajaran dan Teknik Mengajar Sains UPSR anjuran PPD. Ilmu yang beliau peroleh itu dikongsikan bersama guru lain dan dipraktikkan kepada anak didik yang menduduki peperiksaan UPSR 2011. Hasilnya, pada keputusan UPSR 2011 peratusan Sains telah meningkat berbanding pada tahun sebelumnya. Sebagai penanda kertas soalan Sains UPSR, pihak sekolah telah memberikan kepercayaan kepada beliau untuk mengadakan krusus dalaman iaitu Pembinaan Jadual Spesikasi Ujian untuk semua guru Sains. JSU ini sebenarnya membantu guru untuk membina soalan daripada pelbagai aras yang berbeza dan tajubk yang berbeza. selain daripada itu, ia dapat melatih guru-guru untuk membina soalan ujian mengikut kehendak Lembaga Peperiksaan Malaysia.

13

Sumbangan Guru Cemerlang Sebagai guru yang cemerlang, beliau telah menghasilkan satu modul teknik menjawab soalan UPSR Sains . Pada mulanya, modul tersebut hanya digunakan di sekolah ini. Selepas setahun digunakan di sekolah ini dan kesannya nampak, barulah cikgu Khalid berani membawa modul tersebut keluar dari sekolah tersebut. Dalam modul tersebut terdapat nota-nota ringksa dan teknik menjawab soalan Sains dengan mudah dan ringkas. Selain daripada itu, cikgu Khalid ini juga membuat satu laman web berkaitan dengan bank soalan UPSR. Dalam laman web beliau terdapat pelbagai soalan daripada tahun 1 sehinggalah tahun 6. Selain daripada itu, beliau juga meletakkan nota untuk kegunaan murid-murid yang di alam maya. Murid-murid di SKLY(1) juga diberikan peluang untuk melayari internet dan belajar melalui internet seminggu sekali. Bagi Cikgu Khalid, beliau mengetahui bahawa murid di SKLY (1) tidak mempunyai kemudahan internet di rumah. Oleh itu, beliau memberikan masa kepada murid untuk mempelajari melalui internet sama seperti murid-murid yang lain diluar sana. Beliau juga mengetahui bahawa internet sekarang merupakan satu keperluan bukan lagi kehendak seperti dulu. Selain daripada itu, Cikgu Khalid juga ada melakukan post mortem mengenai UPSR. Hal ini disebabkan oleh, beliau boleh melihat sejauh mana pengajaran dan keberkesanan beliau semasa mengajar. Sebelum peperikasaan UPSR bermula, beliau akan membuat head count untuk mengenal pasti murid yang lemah dan yang pandai. Murid yang lemah akan diberikan kepada guru lain untuk membimbing secara persorangan. Dengan ini, beliau dapat membantu murid yang lain untuk meneruskan pembelajaran. Guru tersebut telah diberikan bimbingan tentang teknik menjawab soalan Sains UPSR. Cikgu Khalid juga mempercayai 100% rakan sejawatannya untuk membimbing murid berkenanan.

14

Selain daripada itu, Cikgu Khalid juga ada memberikan bengkel teknik menjawab soalan Sains UPSR kepada SKLY(1) secara percuma. Selain daripada itu, beliau juga ada memberikan taklimat kepada guru-guru lain yang membimbing murid secara persorangan. Dengan ini guru-guru lain boleh mengajar anak murid mereka dengan menggunakan teknik dan pengajaran telah diajarkan oleh Cikgu Khalid. 3.0 Refleksi Pada BIG pada semester ini kali ini, saya telah memberikan pengalaman baru kepada saya. Saya dapat menemubual seseoarang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan. Pengalaman beliau amat berguna kepada saya sebagai seorang guru yang baru. Selain daripada itu, pengalaman beliau juga dapat memotivasikan diri saya untuk menjadi guru yang cemerlang Hasil daripada temu bual ini, saya dapat mempelajari beberapa perkara iaitu sebagai seorang guru kita perlu bersikap positif dan mempunyai perasaan untuk memajukan diri sendiri. Dengan ini kita dapat dapat memajukan diri sendiri sebelum kita memajukan orang lain. Bagi saya BIG ini amat sesuai dengan tajuk guru cemerlang. Bukan senang untuk saya menemu bual guru cemerlang. Guru cemerlang sangat sibuk dengan tugasan yang sering bertambah. Guru cemerlang juga tidak pernah lokek untuk memberikan ilmu dan pengetahuan yang beliau ada. Segala ilmu yang beliau ada beliau akan kongsikan dengan saya dan rakan saya. Beliau juga berpesan bahawa segala kerja yang kita lakukan haruslah dilakukan dengan ikhlas dan mempunyai niat yang suci Hal ini disebabkan oleh segala amalan yang kita lakukan dengan ikhlas, kita akan berasa puas hati dan tidak akan berpuas hati atau iring hati dengan orang lain. Selain daripada itu, bidang perguruan ini memerlukan kesabaran. Hal ini disebabkan oleh, kita perlu menghadap pelbagai kerenah murid yang pelbagai latar belakang. Daripada guru cemerlang ini, beliau telah banyak memberikan motivasi kepada saya cara-cara untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Beliau juga menyatakan bahawa saya mempunyai banyak peluang dan harapan untuk menjadi guru cemerlang. Untuk menjadikan seseorang guru yang cemerlang kita haruslah
15

menetapkan pendirian yang ditinggi seperti guru tersebut. Beliau juga banyak memberikan kata-kata perangsang kepada saya untuk menjadi guru yang lebih baik serta cemerlang dalam pratikum.

16

You might also like