You are on page 1of 23

ASAS ELEKTRONIK BERDIGIT

konsep logik
get logik litar kombinasi get logik

NIK SYUZAILI BT SANG PRI NUR SARAFINA BT ABU HASSAN

ELEKTRONIK BERDIGIT
KELUARGA LOGIK - TTL - CMOS SISTEM NOMBOR PERDUAAN - OPERASI TAMBAH DAN TOLAK KONSEP LOGIK

PENGUNAAN FLIP-FLOP - PEMBILANG - PERANTI INGATAN - PEMASA 555 - DAFTAR ANJAKAN GET LOGIK

ELEKTRONIK BERDIGIT

TAK DAN TAK DAN ATAU TAK ATAU EXKLUSIF ATAU

FLIP-FLOP RS D JK T. PENOLAK - SEPARUH - PENUH PENAMBAH - SEPARUH - PENUH

Dengan perkembangan bidang Elektronik Berdigit:


Saiz peralatan alat elektronik semakin kecil, bacaan pengukuran lebih tepat dan cepat dan fungsi peralatan semakin canggih dan kompleks. Ianya banyak digunakan secara meluas dalam bidang perindustrian, perubatan dan pelayaran. Contoh peralatan: Komputer, kalkulator, kamera digital, telefon mudah alih, pemain cakera DVD, termometer, alat pengesan tekanan darah dan sebagainya.

Pengenalan
Sistem nombor perduaan hanya mempunyai nombor 0 dan 1 yang mewakili suis buka dan suis tutup. Get DAN akan menghasilkan keluaran logik 1 hanya apabila kesemua masukan berada pada keadaan logik 1. Get ATAU akan menghasilkan keluaran logik 1 apabila sekurang-kurangnya satu

masukan berada pada keadaan logik 1.


Get TAK berfungsi untuk menyongsangkan masukan. Get TAK-DAN akan menghasilkan keluaran logic 0 apabila kesemua masukan berada dalam keadaan logik 1. Get TAK-ATAU akan menghasilkan keluaran logik 1 apabila kesemua masukan berada dalam keadaan logik 0.

Konsep logik

Konsep logik
Suis S

LED 5V R VK

Apabila suis pada keadaan buka: -Arus tidak dapat mengalir melalui perintang R. -Voltan VK, menjadi 0 V. -LED tidak menyala. -Pada ketika ini, voltan VK berada pada keadaan logic 0 dan LED tidak menyala bagi menunjukkan keadaan tersebut. Apabila suis ditutup: -Arus dapat mengalir melalui perintang R. -Voltan VK, menjadi 5 V. -LED menyala. -Pada ketika ini, voltan VK berada pada keadaan logic 1 dan LED menyala bagi menunjukkan keadaan tersebut.

Keadaan suis Buka Tutup

Nilai voltan, VK 0V +5V

Keadaan LED Tidak Menyala Menyala

Keadaan Logik 0 1

GET LOGIK

GET LOGIK
Get logik merupakan komponen asas bagi binaan komponen litar elektronik berdigit yang lain. Get logik ialah satu komponen yang mempunyai satu keluaran dan mungkin satu atau lebih masukan. Keluaran bagi tiap-tiap get logic bergantung kepada keadaan di masukan. Jenis get yang berlainan menghasilkan keluaran yang berlainan. Get-get yang terdapat dalam elektronik berdigit ialah get TAK, DAN, ATAU, TAK DAN, TAK ATAU dan ATAU Eksklusif

Simbol dan Jadual Kebenaran Get Logik

Get TAK
Get yang paling asas mempunyai satu masukan sahaja. Get TAK berfungsi menukar keadaan di keluarannya menjadi songsang daripada keadaan di masukan. Jika masukan adalah logik `0, maka keluaran adalah logik `1 Terdapat bulatan kecil di keluaran get TAK. Dalam litar logik, simbol bulatan kecil bermaksud operasi songsang.).

Get DAN
Get logik yang mempunyai dua atau lebih masukan dan hanya satu keluaran. Bagi get DAN, keluarannya adalah pada logik `1 hanya apabila kedua-dua masukannya pada logik `1. Keadaan ini boleh juga ditunjukkan oleh jadual kebenaran seperti dalam rajah Operasi get DAN juga boleh ditunjukkan oleh ungkapan logik dengan keluaran Y adalah bersamaan dengan masukan A DAN masukan B seperti yang ditunjukkan oleh ungkapan berikut Y = A.B ( A.B disebut A DAN B ) Get DAN boleh mempunyai lebih daripada dua masukan. Rajah dibawah menunjukkan simbol, jadual kebenaran dan ungkapan bagi get DAN tiga masukan.

Get ATAU
mempunyai dua masukan atau lebih dan hanya satu keluaran, sama seperti get DAN. Bagi get ATAU, keluarannya akan menjadi `1 jika salah satu atau kedua-dua masukannya berada pada tahap logik `1. Ungkapan logik bagi keluaran Y bagi get ATAU adalah bersamaan dengan A ATAU B seperti yang ditunjukkan oleh ungkapan berikut: Y= A+B A + B disebut sebagai A ATAU B.

Get TAK DAN


ialah hasil kombinasi get DAN dan get TAK dengan keluaran get DAN disambungkan ke masukan get TAK seperti yang ditunjukkan dalam Rajah Simbol get TAK DAN sama seperti get DAN tetapi terdapat bulatan kecil dikeluarannya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah Bulatan di keluaran get TAK DAN menunjukkan keluaran get TAK DAN adalah songsangan daripada get DAN. Bagi get TAK DAN, keluarannya hanya akan menjadi logik `0 apabila keduadua masukan adalah pada logik `1. Y=A.B ( A.B disebut sebagai A DAN B) Tanda baris di atas keseluruhan ungkapan A.B menunjukkan bahawa keluaran bagi get TAK DAN adalah songsangan kepada keluaran get DAN.

Get TAK ATAU


Get TAK ATAU adalah hasil kombinasi get TAK dengan get ATAU seperti yang ditunjukkan di bawah. Simbol get TAK ATAU adalah sama dengan get ATAU kecuali terdapat get TAK yang diwakili oleh bulatan kecil pada keluarannya Keluaran get TAK ATAU menjadi `1 hanya jika keduadua masukannya adalah `0. Keluaran Y get TAK ATAU adalah bersamaan dengan songsangan masukan A ATAU B seperti yang ditunjukkan oleh ungkapan berikut:Y=A+B Ungkapan ini sama seperti ungkapan bagi get ATAU tetapi terdapat baris di atas keseluruhan ungkapan A + B

Get ATAU Eksklusif


Simbol bagi get ATAU Eksklusif dan jadual kebenarannya adalah seperti yang ditunjukkan di bawah Fungsi get ATAU Eksklusif adalah sama seperti get ATAU tetapi keluarannya ialah `0 jika kedua-dua masukannya adalah `1. Oleh itu, jika kedua-dua masukan adalah sama iaitu kedua-duanya ialah `0 atau `1, maka keluaran adalah `0. Ungkapan logik get ATAU Eksklusif ialah:

Litar kombinasi get logik

Litar dalam elektronik berdigit boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu litar kombinasi get logik dan litar jujukan. Litar kombinasi get logik ialah litar rangkaian get dengan keluaran yang bergantung kepada keadaan di masukan get pada keadaan semasa. Ialah rangkaian beberapa get dengan keluaran yang bergantung kepada keadaan di masukan. Kombinasi get logic akan dibina berdasarkan ungkapan logic dan ungkapan logic terhasil berdasarkan kombinasi get logic. Antara kegunaan litar kombinasi get logik ialah dalam pembinaan litar penambah atau penolak dan juga dalam melaksanakan sesuatu reka bentuk litar logik. Kebolehan menganalisis litar kombinasi get logik adalah diperlukan terutamanya dalam mereka bentuk litar logik.

Ungkapan logik bagi setiap jenis get telah dipelajari sebelum ini. Cara mendapatkan ungkapan logik daripada litar kombinasi get logik ditunjukkan melalui satu contoh yang mudah seperti

Litar Kombinasi Logik


A _ A _ _ A +B _ B B
Get Tak Get Atau
A _ A
A B A +B

Get Dan

A B

Y=A.B

Y=(A+B).C
Keluaran kombinasi get logic
Y=(A+B).C

A=1

MASUKAN

KELUARAN

A
1 B=0 1 1

B 0 1 0 1

Y 1 0 1 0

Y=1

1 0 1 1

Contoh litar kombinasi get logik

A X

B
C Y

LATIHAN GET LOGIK


LATIHAN KOMBINASI GET LOGIK

SEKIAN,TERIMA KASIH

You might also like